mp9003829992 Urut Tradisional Seluruh Badan

Urut Tradisional.

Apakah dia rawatan urut tradisional? Rawatan urut tradisional adalah rawatan urut yang dijalankan oleh orang Melayu untuk membetulkan urat dan mengeluarkan angin dari badan sejak berpuluh tahun yang lalu.Rawatan urut tradisional ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu kini kerana rawatan urut tradisional ini amat berkesan untuk merawat segala penyakit.Rawatan urut tradisional ini sememangnya disukai oleh semua bangsa di negara ini kerana rawatan urut tradisional ini adalah rawatan urut yang sememangnya tidak mengecewakan si pelanggan atau pesakit.Dalam mengetahui definisi rawatan urut tradisional ini,kita mesti juga tahu langkah-langkah rawatan urut tradisional ini dijalankan oleh pakar urut tradisional.

Urut Tradisional Seluruh Badan.

Semasa Meniarap.

179d7  4797918 thumb Urut Tradisional Seluruh Badan1. Urut Tradisional Tapak Kaki Dan Jari : Cara yang paling baik untuk urut tradisional tapak kaki dan jari ialah melalui picit refleksi.Terdapat sekurang-kurangnya 61 tempat daerah refleksi di sekitar kaki dan dengan hanya memicit atau mengurut di tempat-tempat tersebut,membolehkan pengaliran darah pada organ-organ tertentu di dalam badan berjalan lancar.Punca utama seseorang terkena penyakit adalah disebabkan terhalang dan tersekatnya pengaliran darah pada mana-mana satu organ tubuh.Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam rawatan urut tradisional tapak kaki dan jari ini,kaedah picit refleksi tersebut hendaklah digabungkan dengan kaedah asal rawatan urut tradisional dalam mengurut bahagian ini.Saya sememangnya mempunyai kemahiran dalam menjalankan rawatan urut tapak kaki dan jari ini kerana saya mempunyai sijil Basic Reflexology dan sijil Foot Reflexology & Foot Spa Advance Training dalam rawatan urut tradisional tapak kaki dan jari ini.

calf Urut Tradisional Seluruh Badan2. Urut Tradisional Betis / Labu Betis : Ramai orang mengalami sakit atau lenguh betis di mana bilamana mereka duduk,berdiri,berjalan dan berlari,kesakitan betis ini memberikan satu gangguan kepada perjalanan aktiviti mereka tersebut.Lenguh-lenguh tidak dapat diceritakan lagi sehinggakan hendak melangkah pun terasa amat sakit.Angin angin yang berkumpul di otot-otot betis ini sebenarnya menjadi penyebab kepada lenguh betis ini sebenarnya.Dalam rawatan urut tradisional betis / labu betis,seseorang pesakit akan diberi rawatan urut tradisional di 2 otot besar yang terdapat di betis tersebut.Setelah urut tradisional tersebut,angin akan hilang dan pesakit akan merasa lega.Baki yang di sebelah bawahnya itu akan diurut semasa pesakit berada dalam keadaan terlentang nanti.Semasa pesakit diberi rawatan urut tradisional betis / labu betis tersebut,pesakit juga akan diberi rawatan urut di perlipatan lutut (bahagian bawah dari lutut) kerana di sini adalah tempat terkumpulnya bahan bahan toksid dan kotoran. Saya sememangnya mempunyai kepakaran dalam rawatan urut tradisional sakit atau lenguh betis / labu betis ini kerana saya mempunyai sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage untuk merawat sakit atau lenguh betis ini.

hamstrings calf Urut Tradisional Seluruh Badan3.Urut Tradisional Belakang Paha: Ramai orang mengalami lenguh di bahagian paha terutamanya belakang paha.Paha mereka terasa gatal,sakit dan lenguh.Dari akibat tersebut,aktiviti kehidupan harian mereka terganggu bilamana mereka juga akan merasa tidak berapa kuat di bahagian paha untuk mengangkat sesuatu.Batin mereka juga tidak berapa kuat akibat sakit dan lenguh di bahagian belakang paha ini.Untuk pengetahuan anda,paha dan belakang paha adalah urat utama bagi saraf batin bagi lelaki.Jika terdapat banyak angin atau ketulan di bahagian bawah paha ini,biasanya batin seseorang itu akan menjadi tidak bermaya atau lemah.Di bahagian paha dan belakang paha ini terdapat 14 garisan bagi urat saraf tenaga batin.Bilamana paha atau belakang paha ini diberi rawatan urut tradisional paha,insyaallah,batin serta juga otot di paha akan menjadi kuat semula.Saya sememangnya mempunyai kepakaran dalam membuang angin atau memberi rawatan urut tradisional belakang paha ini kerana saya mempunyai sijil Malay Traditional Massage, sijil Sport Injury Massage dan sijil Male Health Massage.

punggung dan antomi punggung 300x225 Urut Tradisional Seluruh Badan4. Urut Tradisional Punggung / Isi Punggung & Pinggang : Punggung merupakan satu tempat yang terdiri segala-galanya.Di sini terdapat banyak otot yang bersilang dan unik.Bahagian ini sebenarnya terdiri daripada isi dan juga otot.Bahagian ini juga merupakan pusat bagi urat saraf tenaga batin.Ada ramai yang mengalami sakit bahagian punggung dan sakit tersebut pastinya merebak ke pinggang.Jika sakit punggung,maka anda juga akan sakit pinggang.Jika sakit atau lenguh di punggung,biasanya tenaga batin seseorang itu juga mengalami masalah.Dalam rawatan urut tradisional lenguh punggung & pinggang ini,tukang urut tradisional akan membuang segala angin di punggung & pinggang.Cara urut tradisional di punggung sebenarnya unik.Ada pelbagai cara.Yang semestinya,cara terbaik untuk rawatan urut tradisional punggung adalah dengan menggunakan jari.Dalam masa urut tradisional punggung tersebut,tukang urut tradisional akan mengesan dan merasa angin yang berkumpul di bahagian tersebut.Selepas itu,tukang urut tradisional akan mengurutpula bahagian pinggang kerana kedua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain.Saya sememangnya pakar dalam rawatan urut tradisional sakit / lenguh punggung dan pinggang ini kerana saya mempunyai sijil untuk sijil Malay Traditional Massage, sijil Sport Injury Massage dan sijil Male Health Massage.

back massage sol 300x199 Urut Tradisional Seluruh Badan5. Urut Tradisional Belakang Badan : Terlalu ramai sebenarnya orang yang mengalami sakit atau lenguh di bahagian belakang.Mereka tidak tahu tempat mana untuk mendapatkan rawatan urut tradisional sakit belakang ini kerana bukan semuanya tukang uruttradisional berjaya dalam rawatan urut tradisional sakit atau lenguh bahagian belakang ini.Kebanyakan tukang urut tradisional ini lebih tertumpu kepada kepercayaan tertentu dalam memberi rawatan urut tradisional mereka.Sebenarnya untuk pengetahuan anda,sakit belakang ini berpunca juga dari masalah angin yang banyak di anggota kaki,betis,paha,punggung dan juga pinggang.Mereka saling berhubungan.Tetapi bilamana pesakit diurut untuk merawat sakit atau lenguh di pinggang ini,tukang urut tradisional juga akan mengurut serentak untuk bahagian punggung dan juga pinggang.Tukang nurut tradisional tersebut akan membuang segala angin di kawasan terbabit.Jika tidak dibuang angin di dua kawasan terbabit,masalah sakit belakang akan datang kembali.Perlu berhati-hati dalam menjalani sesi rawatan urut tradisional sakit belakang ini.Jika kerap melakukan urutan yang tidak betul,pesakit rawatan urut tradisional tersebut berkemungkinan besar akan mengalami lumpuh.Terdapat masalah besar di mana ramai tukang urut tradisional tidak begitu teliti dalam memberi rawatan urut tradisional sakit atau lenguh belakang ini.Sememangnya ilmu atau pengetahuan rawatan urut tradisional sakit belakang ini tidak hanya boleh diperolehi melalui pembelajaran sahaja.Bakat atau keistimewaan dalam memberi rawatan urut tradisional sakit belakang ini juga semestinya penting.Dalam rawatan urut tradisional sakit atau lenguh belakang saya,saya sememangnya berkemampuan untuk menghilangkan segala angin yang terdapat di bahagian terbabit.Ada caranya yang tersendiri.Saya adalah seorang yang teliti dan sememangnya saya akan memastikan segala angin di urat belakang pesakit saya akan hilang semuanya dan pesakit rawatan urut tradisional saya akan menjalani kehidupan tanpa sakit belakang yang berulang lagi.Untuk pengetahuan anda,urut tradisional belakang ini sebenarnya juga penting untuk melegakan asma dan juga dapat mengeluarkan kahak dan lendir yang boleh melegakan urat saraf di paru-paru.Saya mempunyai kepakaran kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

images1 Urut Tradisional Seluruh Badan6. Urut Tradisional Kawasan Tulang Belikat : Tulang belikat adalah tulang tiga segi sebesar 2 tapak tangan setiap satu yang terletak di belakang badan di bawah sikit dari paras bahu.Terdapat 2 tulang belikat iaitu belikat kiri dan kanan.Masalah sakit atau lenguh kawasan tulang belikat ini berkait rapat dengan masalah angin yang terdapat di 2 urat besar di belakang badan.Angin tersebut akan berjangkit di kawasan tulang belikat di mana ketulan angin akan berkumpul di bawah celah tulang belikat.Akibatnya belakang,bahu dan leher kita akan merasa lenguh dan menimbulkan rasa yang amat perit terutama apabila kita membongkok atau melakukan kerja berat.Semua ini akan berjangkit juga ke bahagian kepala.Saya mempunyai kepakaran dalam rawatan urut tradisional menghilangkan angin di kawasan tulang belikat ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

images2 Urut Tradisional Seluruh Badan7. Urut Tradisional Belakang Leher / Kepala : Biasanya,jika seseorang itu mengalami sakit di bahagian bahu,maka mereka juga akan mengalami sakit di bahagian belakang leher kerana angin yang berkumpul di bahu menghalang darah untuk sampai di kawasan belakang leher dan juga kepala.Akibatnya,belakang leher dihuni oleh ketulan angin yang besar yang menyekat peredaran darah untuk sampai ke kepala.Dari akibat ini,leher akan merasa lenguh dan tidak selesa serta kepala juga akan merasa pening kerana darah yang mengandungi nutrien tidak sampai ke kawasan kepala.Dalam rawatan urut tradisional belakang leher,seorang tukang urut tradisional mestilah berhati hati dalam menjalankan rawatan kerana jika tersilap,pembuluh darah di kawasan terbabit boleh pecah yang boleh membawa kepada maut.Urut tradisional di kepala pula adalah dengan urutan serta tekanan /picitan / tusukan yang perlahan-lahan di kawasan kepala tersebut.Tukang urut tradisional juga akan menekan point-point yang terdapat di bahagian kepala tersebut.Selepas itu,tukang urut akan menarik-narik rambut si pesakit itu iaitu dengan memegang seberapa banyak rambut yang boleh,kemudian ditarik dan digoncangkan.Tukang urut tradisional tersebut akan mengulangkan perbuatan itu beberapa kali agar semua rambut pesakit itu habis ditarik dan digoncang.Untuk menghilangkan sakit kepala,tukang urut biasanya akan mengurut di bahagian bahu,belakang leher serta kepala itu sendiri termasuk urutan di urat di keseluruhan cuping telinga.Saya mempunyai kepakaran dalam menghilangkan angin di kawasan belakang leher dan kepala ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

arm massage for men 300x249 Urut Tradisional Seluruh Badan8. Urut Tradisional Belakang Lengan : Di lengan terdapat banyak otot yang bersilang-silang.Hampir keseluruhan kawasan lengan ini terdiri daripada otot-otot di mana fungsi otot ini adalah untuk mengangkat sesuatu benda dll.Jika terdapat banyak angin di lengan,maka lengan kita akan terasa lenguh,sakit dan gatal.Lengan juga tidak akan kuat sekiranya terdapat banyak angin di kawasan ini.Untuk menguatkan lengan termasuk belakang lengan ini,seseorang mestilah mendapatkan rawatan urut tradisional belakang lengan untuk melancarkan semula pengaliran darah di bahagian ini.Sebenarnya,lengan mudah merasa sakit semasa menjalani rawatan urut tradisional belakang lengan ini.Jadi,tukang urut tradisional pakar akan menyesuaikan tekanan semasa memberi rawatan urut tradisional belakang lengan ini kepada pesakit.Saya mempunyai kepakaran dalam memberi rawatan urut tradisional belakang lengan ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

images3 Urut Tradisional Seluruh Badan9. Urut Tradisional Bahu Dan Rusuk Leher : Seseorang pesakit akan merasa sakit dan lenguh yang teramat sangat di bahagian ini kerana angin yang berkumpul di bahagian bahu dan juga di belakang leher.Angin yang berkumpul di bahu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan penimbulan angin di belakang leher ini.Sesungguhnya,angin dan kesakitan ini amat mengganggu keseluruhan aktiviti kehidupan harian seseorang individu.Dalam rawatan urut tradisional,rawatan urut tradisional yang diberikan di kawasan ini biasanya menggunakan permukaan ibu jari.Tukang urut akan mengesan angin yang terdapat di bahagian ini dan kemudian rawatan urut tradisional bahu dan rusuk leher yang teliti akan dibuat untuk menghilangkan segala keseksaan tersebut.Saya mempunyai kepakaran dalam memberi rawatan urut tradisional bahu dan rusuk leher ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

Semasa Terlentang.

1. Urut Tradisional Betis & Urat Tepi Tulang Kering : Pada masa pesakit terlentang ini,tempat pertama yang hendak diberi rawatan urut tradisional adalah betis.Urat yang hendak diurut terletaknya berhampiran dan selari dengan kedudukan tulang kering.Ianya berukuran sebesar ibu jari kaki dan panjangnya tak lebih dari 1 1/2 kaki.Dengan lain perkataan,ukuran panjang urat di tepi tulang kering itu ialah 3/4 daripada ukuran jarak dari buku lali ke lutut.Ianya terletak dari aras buku lali sebelah luar / rusuk dan terus hingga berhampiran dengan lutut.Cara rawatan urut tradisional di tempat itu sungguh rumit kerana ianya memerlukan kepada kemahiran serta kebiasaan mengurut.Jika tukang urut tradisional itu tersilap langkah,sudah pasti akan terkenalah pada tulang kering dan boleh menyebabkan pesakit mengeluh kesakitan.Kawasan kesakitan itu akan terus dirasai hingga beberapa hari.Pada rawatan urut tradisional saya,urut tradisional betis dan urat tepi tulang kering ini saya biasanya saya mulai dengan mengurut kaki terlebih dahulu mengikut kaedah urut tradisional tapak kaki refleksologi.Kemudian barulah saya mengurut di bahagian betis dan tepi tulang kering.Saya mempunyai kepakaran dalam memberi rawatan urut tradisional di bahagian betis & urat tepi tulang kering ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

2. Urut Tradisional Paha Luar & Dalam : Urut tradisional di bahagian paha terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pertama urut tradisional paha belakang dan kedua urut tradisional paha luar & dalam.Dalam rawatan urut tradisional paha luar & dalam ini,ia terbahagi kepada paha bahagian dalam,paha bahagian atas dan paha bahagian tepi / rusuk. Pada keseluruhan bahagian paha,terdapat 14 garisan saraf tenaga batin yang mana saraf tersebut letaknya di celah-celah otot paha tersebut.Urut tradisional paha luar dan dalam ini amatlah diberi keutamaan oleh tukang urut tradisional pakar,kerana di sinilah letaknya kunci-kunci kepada urat-urat syahwat orang lelaki.Pemuda-pemuda yang sihat dan masih bujang,apabila diurut di bahagian paha luar & dalam ini,kemaluan mereka pun secara automatik akan menjadi tegang bahkan ada pula yang akan terpancut keluar air maninya tanpa disedari.Saya sememangnya mempunyai kepakaran dalam membuang angin atau memberi rawatan urut tradisional paha luar & dalam ini kerana saya mempunyai sijil Malay Traditional Massage, sijil Sport Injury Massage dan sijil Male Health Massage.

3. Urut Tradisional Perut : Pernah di beberapa perbincangan dengan pelanggan di kalangan doktor perubatan,ramai juga di antara mereka itu telah menasihati supaya seboleh-bolehnya dikecualikan mengurut di kawasan perut,lebih-lebih lagi jika seorang pelanggan itu seorang yang gemuk dan berperut buncit.Mereka juga berpendapat bahawa rawatan urut tradisional di perut dengan menggunakan jari oleh sesetengah tukang urut tradisional sungguh membahayakan.Berkemungkinan sekiranya diurut pada bahagian perut dengan menggunakan jari,boleh meninggalkan kesan-kesan sampingan seperti calar merah,lebam dan luka.Satu lagi nasihat yang pernah diterima ialah,jangan sekali-kali menekan atau mengurut di pusat kerana itu amalan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada seseorang pelanggan.Walaupun begitu,ramai tukang urut tradisional berpendapat dan bertegas untuk terus menjalankan rawatan urut tadisonal di sekitar perut dengan membuat beberapa penyesuaian berdasarkan kepada garis panduan dan nasihat yang diberikan oleh pelanggan yang terdiri daripada golongan pegawai-pegawai perubatan.Beberapa ujian telahpun dibuat tentang keberkesanan cara rawatan urut tradisional di perut dan didapati bahawa kaedah urut tradisional ini telah memberikan keselesaan dan tidak meninggalkan apa-apa kesan sampingan atau kemudaratan kepada pelanggan.

4. Urut Tradisional Lengan Dan Ketiak : Ketulan angin yang terkumpul di kawasan lengan sebenarnya akan menyebabkan lengan dan ketiak menjadi lenguh,sakit serta gatal.Kaedah dan cara rawatan urut tradisional lengan sebenarnya seakan sama dengan rawatan urut tradisional di paha.Kawasan lengan terbahagi kepada 4 tempat iaitu i. Kawasan atas lengan(bermula dari pergelangan tangan sampai ke perlipatan siku), ii. Kawasan dalam lengan(bermula dari pergelangan tangan @ tapak tangan sampai ke perlipatan siku), iii. Kawasan rusuk lengan(bermula dari perlipatan lengan terus melalui otot besar yang timbul di lengan tu sampai ke pangkal bahu) dan iv. Kawasan rusuk lengan(bermula dari bawah lengan sampai ke ketiak).Mendapatkan rawatan urut tradisional di kawasan lengan sebenarnya dapat menguatkan lagi otot lengan tersebut serta genggaman tangan kita akan menjadi bertambah kuat.Mendapat rawatan urut tradisional di kawasan ketiak pula sebenarnya baik bagi pengidap asma dan orang yang kuat merokok.Urut tradisional di ketiak ini dapat melegakan saluran bronchus atau pernafasan dan dapat melekangkan kahak serta lendir yang tersumbat.Saya mempunyai kepakaran dalam memberi rawatan urut tradisional di bahagian lengan & ketiak kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

5. Urut Tradisional Tangan Dan Jari : Untuk pengetahuan anda,tapak tangan sebenarnya adalah tempat yang mempunyai punca-punca urat saraf untuk keseluruhan organ selain daripada telinga dan tapak kaki.Dalam urut tradisional tangan dan jari ini tukang urut tradisional akan mengurut tangan bermula dengan tangan bahagian atas diikuti dengan tangan bahagian bawah.Selepas itu sesi urut tapak tangan bermula diikuti dengan urutan pada jari pelanggan atau pesakit.Saya sememangnya mempunyai kepakaran dalam memberi rawatan untuk urut tradisional tangan dan jari ini kerana saya mempunyai sijil Basic Reflexologi dan juga sijil Foot Reflexology & Foot Spa Advance Training .

6. Urut Tradisional Dada Dan Tulang Rusuk : Tujuan sebenar urut tradisional di bahagian dada dan celah-celah tulang rusuk ialah semata-mata untuk memberikan keselesaan pada sistem pernafasan seseorang.Selain itu,ia juga telah terbukti boleh menghilangkan perasaan seperti dicucuk dengan jarum sekali sekala di sekitar dada khususnya bagi mereka yang kuat merokok.Urut tradisional dada dan tulang rusuk ini juga boleh melegakan asma bagi yang mengidap asma.Sesungguhnya,dengan urut tradisional dada dan tulang rusuk ini sebenarnya dapat melegakan salur bronchus atau pernafasan dan dapat melekangkan kahak serta lendir yang terdapat dan tersumbat.Semasa rawatan urut tradisional saya,saya biasa mengurut dada dan tulang rusuk pada masa terakhir rawatan urut saya.Saya mempunyai pengetahuan dalam rawatan urut tradisional dada dan tulang rusuk ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage dan sijil Sport Injury Massage.

7. Urut Tradisional Muka : Kaedah dan cara urut tradisional muka dikira agak rumit kerana ianya terbahagi kepada beberapa peringkat dan tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja.Tujuan utama urut tradisional di bahagian muka hanyalah sekadar untuk memberikan sedikit kerehatan pada urat-urat saraf anggota yang terdapat di sekitar muka.Selain itu,amalan mengurut muka juga boleh menenangkan fikiran serta memudahkan tidur.Urut muka juga boleh menjadikan muka kita akan kelihatan muda dari sebenar.Urut muka boleh juga dilakukan sewaktu kita membersih atau mencuci muka dengan pembersih muka iaitu dengan cara mengurut muka dalam bentuk bulatan dari dagu ke arah atas.Ini untuk membolehkan isi muka /pipi naik dan mengelakkan jatuh.Jangan urut muka dari atas ke bawah.Nanti muka kita akan jatuh dan kita akan kelihatan tua.Antara tempat-tempat yang menjadi sasaran urut tradisional pada muka adalah dahi,lubang cengkungan mata bawah kening serta sendi-sendi tulang rahang dan pipi.Urutan di dahi bermula dari tengah dan tekan serta tolak ke tepi kanan dan kiri.Urutan di lubang cengkungan mata ialah dengan menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan iaitu urutkanlah dari tepi batang hidung kanan dan kiri.Kemudian urutkanlah pula ia di dalam lubang cengkungan mata iaitu di bawah kening tolak ke tepi kanan dan kiri hingga separuh daripada bingkai lubang cengkungan mata.Rawatan urut tradisional pada bahagian muka ini biasanya diberikan dalam rawatan urut Aromatherapi Dan Thai Massage.Semasa rawatan urut tradisional saya,saya jarang mengurut muka pelanggan.

Semasa Duduk Bersila.

1. Urut Tradisional Rusuk,Leher Dan Bahu : Untuk memastikan angin yang berkumpul dihapus sepenuhnya serta memudahkan rawatan urut tradisional rusuk,leher dan bahu ini,biasanya pelanggan atau pesakit diminta oleh tukang urut tradisional untuk duduk bersila.Ini kerana rawatan urut tradisional di bahagian ini akan menjadi lebih mudah kerana otot akan lebih timbul berbanding pesakit dalam kedudukan terbaring.Biasanya,tukang urut tradisional akan memberi rawatan urut tradisional di bahagian ini dengan menggunakan siku,belakang perlipatan jari dan juga dengan memggunakan permukaan ibu jari.Ini semua bergantung setakat mana tahap kesakitan yang dialami aleh pelanggan atau pesakit di bahagian ini.Semasa rawatan urut Aromatherapi Dan Thai juga,pesakit biasanya diberi rawatan bagi urut tradisional rusuk,leher dan bahu ini.Saya mempunyai kepakaran dalam rawatan urut tradisional di tempat ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage,sijil Sport Injury Massage dan sijil Royal Thai Medical & Aromatherapy Massage Basic Training.

2. Urut Tradisional Belakang Leher Dan Kepala : Bagi seorang pelanggan yang tidak cukup tidur,stress dan sebagainya,urat di belakang leher akan didapati bengkak.Hal ini akan menyebabkan keadaan yang lenguh,tidak selesa serta pening kepala melanda seseorang individu tersebut.Untuk penyembuhan secara menyeluruh,tukang urut tradisional biasa akan memberi sekali rawatan urut tradisional di bahagian bahu kerana sakit atau lenguh di bahagian belakang leher dan kepala ini berkait rapat dengan urat di bahagian bahu.Biasanya,tukang urut tradisional akan memberi rawatan urut tradisional belakang leher dan kepala ini dengan menggunakan permukaan hadapan ibu jari tangan.Setelah menjalani rawatan urut tradisional belakang leher dan kepala ini dari tukang urut tradisional pakar,pelanggan atau pesakit akan merasa lega dan pening kepala sudah tiada lagi.Saya mempunyai kepakaran dalam rawatan urut di kawasan ini kerana saya mempunyai sijil dalam sijil Malay Traditional Massage,sijil Sport Injury Massage dan sijil Royal Thai Medical & Aromatherapy Massage Basic Training.

3. Urut Tradisional Memegang Dan Menarik Rambut : Untuk rawatan urut tradisional memegang dan menarik rambut ini,rawatan urut tradisional ini biasanya dibuat di akhir dan penutup rawatan urut tradisional tersebut.Rambut pelanggan akan dipegang oleh tukang urut tradisional,digenggam,ditarik dan kemudian digoncangkan.Bagi pelanggan yang berkepala botak,tukang urut tradisional tidak akan melakukan rawatan urut tradisional memegang dan menarik rambut ini.Tukang urut tradisional sekadar mengurut sahaja bahagian kepala tersebut.

Servis Dan Amalan Urut Tradisional.

Pada keseluruhannya,semua urutan dalam rawatan urut tradisional Melayu untuk jenis-jenis urutan di atas adalah sama.Hanya terdapat beberapa perbezaan dalam melakukan gerak kerja dan penumpuan kepada urut tradisional di tempat-tempat khas pada badan.Untuk tujuan urut tradisional terseliuh dsb atau disatu-satu bahagian badan yang sakit,saya selalunya memberi tumpuan khas yang mungkin memakan masa antara 30 minit hingga 1 jam.Tetapi untuk urut tradisional seluruh badan,tujuan penyembuhan memerlukan dalam tempoh 2 jam berbeza dengan urut tradisional sekadar “maintain” kesihatan badan yang hanya memerlukan tempoh hanya 1 jam sahaja.

Jadi sebelum rawatan urut tukang urut tradisional akan memastikan yang pesakit telahpun membersihkan badan mereka.Mereka harus mandi dahulu atau sekiranya hendak buat scrub badan,harus dilakukan dahulu sebelum menjalani rawatan urut.Rawatan urut adalah proses akhir.

Urut Tradisional Seluruh BadanSebelum mendapatkan rawatan urut tradisional,pelanggan atau pesakit dinasihatkan supaya tidak makan.Ini adalah kerana,apabila sesi rawatan urut tradisional,sukar untuk pelanggan atau pesakit bernafas dan proses mengurut juga sukar.Juga,selepas sesi rawatan urut tradisional pula,dinasihatkan supaya pelanggan atau pesakit tidak mandi dalam jangka waktu 1 jam.Sekiranya terpaksa mandi,mandilah dengan air suam.Ini adalah untuk menjaga urat saraf yang telah tukang urut tradisional rangsang sebelumnya supaya tidak sejuk dan dimasuki angin.Jika anda mandi juga sebaik sahaja rawatan urut tersebut,badan anda akan lenguh lenguh dan sakit-sakit kerana badan anda dimasuki angin kerana liang roma masih lagi terbuka selepas rawatan urut tersebut.

Urut Tradisional Seluruh BadanSelalunya,apabila memulakan kerja mengurut,tukang urut akan mulakan dengan bahagian belakang di mana ia dimulakan dari kedua-dua punggung ke atas.Kebanyakan strok yang tukang urut gunakan adalah ke atas kerana ini dapat menjamin darah yang tukang urut tolak dengan gerak mengurut itu dapat pergi ke atas dan boleh membantu jantung mengepamnya dengan lebih cepat.

Urut tradisional seluruh badan di atas telah dikenal pasti mempunyai 3 bahagian.Pertamanya ialah urut tradisional semasa meniarap,semasa terlentang dan semasa duduk bersila.Bila dicampurkan semuanya,masa yang saya ambil untuk mengurut seseorang pelanggan atau pesakit bagi rawatan urut tradisional seluruh badan ini.Urut Tradisional Seluruh Badan adalah selama 2 jam bagi pelanggan atau pesakit yang mahukan urut 2 jam rawatan urut tradisional dan 1 jam bagi pelanggan atau pesakit yang mahukan urut selama 1 jam rawatan urut tradisional.Bagi saya,dalam menjalankan rawatan urut tradisional ini,saya ikhlas berkenaan dengan masa rawatan urut tradisional ini.Biasanya saya tidak berapa lihat sangat akan masa semasa sesi rawatan urut tradisional tersebut.Ada rawatan urut tradisional yang terlebih sedikit masanya tapi yang pastinya tidak ada yang terkurang.Untuk menjalankan perkhidmatan urut tradisional,apa yang pastinya adalah saya sentiasa menjalankan urut tradisional terbaik bagi setiap sesi rawatan urut tradisional. ** 012-3087430 **