Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Bertungku.

Bertungku adalah amalan dari generasi ke generasi bermula dari zaman nenek moyang masyarakat Melayu dulu-dulu lagi.Khasiat dan kebaikan bertungku telah terbukti keberkesanannya dan ia kini menjadi amalan kepada wanita baru lepas bersalin pantang akan teapi diamalkan juga oleh kaum wanita kategori lain termasuk golongan muda.

Ibu yang bersalin haruslah bertungku selama 44 hari sepanjang tempoh berpantang seelok-eloknya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.

Kebaikan Dan Khasiat Bertungku.

1. Melancarkan perjalanan darah nifas bagi wanita yang baru bersalin dan dalam pantang.

2. Bagi wanita yang mengalami senggugut ketika haid dapat diatasi dengan bertungku di mana boleh meredakan rasa sakit-sakit akibat perjalanan darah yang kurang lancar.

3. Darah yang berkitar dengan sempurna akan menyahkan darah toksid kotor yang tidak diperlukan oleh tubuh.Apabila darah dah bersih sempurna,seri wajah juga akan secara automatiknya terpancar.

4. Untuk ibu baru bersalin dapat mengurangkan sakit urat dan otot badan, dapat mempercepatkan pengecutan rahim di samping memulihkan fungsi peranakan serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal.

Peralatan Bertungku.

Bahan-bahan persediaan yang diperlukan untuk bertungku terdiri daripada:

Batu sungai,Daun mengkudu dan 2 helai kain.

Cara-Cara Menyediakan Balutan Tungku.

Bentang kain dan letakkan daun mengkudu,seterusnya letak batu sungai yang telah dipanaskan di atas daun mengkudu,kemudian dibungkus kemas dengan ikatan tali perca.

Langkah-Langkah Bertungku.

Bertungku dibuat di bahagian perut,sisi punggung kanan & kiri dan kaki.Cara bertungku adalah tekan perlahan-lahan untuk beberapa saat kemudian angkat.Ulang lagi.Bertungku di punggung kiri dan kanan akan mengurangkan/menghiulangkan kesakitan otot punggung,urat serta sendi badan bilamana peredaran darah sudah lancar di tempat yang ditekap itu.Bertungku di bahagian perut dengan cara menekan perlahan-lahan batu itu akan dapat mengkemaskan/mensolid semula kedudukan rahim yang terkeluar dan jatuh dari kedudukan yang asal akibat dari proses melahirkan bayi.Bertungku di kaki akan melancarkan peredaran darah di bahagian tersebut yang terkenal dengan pusat urat saraf badan.

Bengkung.

Sepanjang tempoh berpantang,berbengkung adalah salah satu rawatan tradisional yang diakui memberi kesan yang baik kepada bentuk badan wanita agar kelihatan cantik dan kemas.Berbengkung bukan sahaja memberi kesan secara menyeluruh terhadap kesan lebihan lemak pada bahagian perut bahkan pinggang dan paha.

Kebaikan Memakai Bengkung Sepanjang Berpantang.

-Dapat memberi kesan secara menyeluruh terhadap kesan lebihan lemak pada bahagian perut,pinggang dan paha.

-Membentuk badan wanita kembali kepada bentuk asal kelihatan lebih menarik.

-Dapat mengempiskan perut yang buncit.

Jenis Bengkung.

-Bengkung Lilitan Panjang.

-Bengkung Pendek.

Cara-Cara Memakai Bengkung.

Bengkung Lilitan Panjang.

-Lilitan dimulakan dari bahagian bawah ke atas.

-Bengkung yang dipakai ikatan pada bahagian hadapan mesti kemas serta tersusun merangkumi kawasan bermula dari paras paha naik terus ke pinggang.

Bengkung Pendek.

Lipatkan bengkung yang sudah siap dijahit dengan memasukkan tali yang panjang ke dalam ruang yang disediakan dengan kemas dan ketat atau selesa dipakai.

Memakai Pilis Dan Bedak Param.

Selain daripada rawatan dalaman,ibu yang masih dalam berpantang juga perlu mengamalkan rawatan luaran iaitu:

Pemakaian Pilis.

-Selepas mandi pagi atau petang,wanita bersalin haruslah memakai pilis hingga kering.

-Pilis disapu ke dahi bagi memghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin(Cara pemakaian pilis di mana bancuh pilis yang diperbuat daripada herba dan akar kayu.Pilis disapu memanjang menutupi dahi).

Pemakaian Bedak Param.

-Wanita yang bersalin haruslah memakai bedak param untuk mengelakkan badan dari masuk angin.Caranya ialah dengan menyapu dan meratakan bedak tersebut bermula dari leher terus keseluruh badan hingga sampai hujung jari kaki.Amalan ini mesti dibuat selepas mandi pada waktu pagi dan mandi waktu petang.Ia mesti diamalkan selama 44 hari.

-Pemakanan param ini bertujuan untuk memanaskan badan yang sejuk setelah bersalin normal,melancarkan perjalanan darah dan seterusnya mengecutkan tubuh badan dan kembali kepada bentuk asal dengan lebih cepat agar kelihatan menarik.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page