Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Bisul Di Kepala Anak.

BisulBisul,dalam banyak hal dikenali sebagai penyakit bawaan bakteria. la biasanya keras, berwarna merah kekilauan terutamanya ketika betul-betul matang. Pesakit akan terasa pedih, nyeri dan senak pada peringkat akhir pembesarannya.Pada peringkat awal ia dilihat seperti jerawat yang tumbuh disekitar umbi rambut. Jerawat tersebut membesar dengan cepatnya dan anda akan dapat mclihat satu inti di tengah­ tengahnya yang berwarna putih kekuningan yang disebut gumpalan nanah. Bomoh tradisional pula menyebutnya, punat atau mata bisul.

Kejadian penyakit bisul adalah suatu fitrah semula jadi yang berlakunya penyakit itu, maka kuman-kuman pembawa penyakit dimusnah dan dibuang dalam bentuk nanah. Salah satu jenis kuman yang sering memasuki dan berada di dalam badan rnanusia dikenali sebagai “Staphylococcus Aureus”.Kuman ini dikatakan memasuki badan melalui kelenjar peluh atau umbi rambut.

Tentera Dalam Badan.

Badan manusia mempunyai tiga peringkat dan keadaan semulajadi untuk melawan kuman dan bakteria yang memasuki tubuh.Pertamanya ia akan cuba menahan bahan organik luaran memasuki tisu badan. Kedua mana-mana organik luaran yang berjaya memasuki tisu badan akan dibunuh, yang ketiganya ia akan mengurangkan kadar bilangan atau kuantiti bahan luaran itu sekiranya langkah diambil pada peringkat pertama dan kedua tidak berjaya.Tugas yang amat luar biasa ini dilakukan oleh sel darah putih dengan bantuan sel-sel yang disebut “phagocytic”.

Sekiranya kuman atau bakteria memasuki tisu badan maka phagoyctic akan memakannya. Dari sudut lain pula, jika tindakan ini tidak berjaya dimakan, ia akan berusaha menghapus atau membunuhnya. Pendek kala berbagai cara dilakukan oleh phagocytic menghalang kuman memasuki tisu badan.

Antara cara-cara yang dilakukan oleh sel-sel tersebut ialah, mengepung sekitar daerah yang dimasuki kuman tadi.Dalarn pertempuran untuk mengawal badan diserang atau dimasuki oleh kuman yang membawa bakteria tadi, banyak antara mereka yang telah musnah. Sesudah peristiwa itu terjadi, maka bahan­ bahan yang musnah itu tclah di bawa keluar oleh darah dalam bentuk nanah, samada benanah itu terjadi pada tempat yang luka ataupun berlakunya pertumbuhan bisul-bisul.

Bisul Di Kepala Kanak-Kanak.

Proses kejadian bisul yang sarna juga terjadi dikepala bayi yang baharu dilahirkan. Pada peringkat awalnya bisul tidak didapati,tetapi bila bayi sudah berusia antara 5 hiingga 15 bulan,maka mulailah timbul tanda-tanda bisul dikepalanya.Sungguhpun begitu, bukanlah bererti setiap anak yang baru dilahir akan diserang oleh penyakit bisul.

Satu persoalan telah timbul tentang mengapakah penyakit bisul biasa menyerang kanak-kanak hanya di sekitar kepala dan kurang kelihatan dilain-lain anggota? Untuk menjawabnya,beberapa faktor sampingan yang ada kaitan di ntara satu dengan yang lain perlu diambil kira.

Bisul Hanya Di Kepala?

Sebagai jawapan kepada persoalan di atas,disini dihuraikan secara terinci tentang mengapakah bisul seringng terjadi hanya di sekitar kepala tetapi jarang terdapat di lain-lain anggota bayi.Kebiasaannya, kuman-kuman yang membawa bakteria berpenyakit memasuki tisu badan melalui umbi rabut atau kelenjar peluh dan apabila berlaku peperangan antara tentera pengawal badan dengan bakteria yang menyerang masuk maka hampir kesemua bahan-bahan tersebut sama-sama musnah dan akan dikeluarkan melalui umbi rambut atau mana-mana tempat anggota yang luka dalam bentuk nanah. Oleh hal yang demikianlah sekali sekala kita dapati bahawa pusat bayi dapati bemanah akibat pemotongan yang dilakukan ke atas tali pusat.

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa kes bisul sering terjadi di kepala kanak-kanak disebabkan lubang pelvis di mana terletaknya kepala bayi disaat akhir kelahirannya sudah sedia dijangkiti oleh kuman bakteria. Hal yang sama juga terjadi disekitar lubang servik dan lubang faraj. Ada kemungkinan juga,kuman bakteria yang terdapat disekitar itu telah menyerang masuk ke badan bayi melalui umbi rarnbutnya yang kemudiannya telah mengakibatkan bayi diserang penyakit bisul.Walaubagaimanapun rarnai pula yang bersetuju bahawa faktor dan punca sebenarnya ialah terdapatnya kekotoran pada lubang faraj ibu semasa saat-saat akhir bayi dilahirkan.

Bisul

Pandang Bomoh Tradisional.

Kajian mendapati penyakit ini boleh dan telah berjaya dirawat pulih hanya dengan diurut secara perlahan-lahan dengan menggunakan ibu jari kanan. Setakat ini sudah berpuluh-puluh orang kanak-kanak yang terkena penyakit ini telah saya urut
rawatkan dan hampir kesemuanya didapati sembuh.

Dari sudut pandangan Bomoh Tradisional, penyakit ini terjadi akibat dari wujudnya apa yang dipanggil “Ibu” atau urat­-urat bengkak yang berbucu-bucu dicelah-celah antara telinga dengan kepala. Lihat gambar dimuka sebelah. Memandangkan yang kes ini berpunca dari “Ibu maka cara dan juga kaedah”serta alat yang diperlukan untuk merawat pulihkan hendaklah terdiri dari jenis ibu-ibu. Biasanya, semakin membesar saiz ibu yang dimaksudkan, maka semakin besarlah saiz bisul dan semakin bertambahlah bilangannya.

Bisul Berpunca Dari IBU.

Dalam ilmu perdukunan tradisional, bisul ialah sejenis penyakit yang ada mempunyai “Ibu”, manakala bisul itu sendiri” disebut “Anak”. Oleh itu, untuk menghapuskan semua anak­-anak, maka kita haruslah terlebih dahulu membunuh ibu yang mengeluar serta membekalkan makanan kepada anak-anak tadi.

“Ibu” bisul dalam lain-lain sebutan ialah key atau point sesuatu penyakit. Key atau point dalam lain-lain sebutan pula ialah urat-urat bengkak yang berbuku-buku sebesar jari kelingking dan kadangkala membesar sehingga saiz ibu jari tangan. Untuk menghilang dan menghapuskan bisul, maka urat­-urat yang bengkak berbuku ini hendaklah diurutkan sehingga betul-betul hancur.

Dalam mengendalikan urusan urutrawat pada bisul yang terjadi di kepala kanak-kanak, terdapat empat jenis “Ibu” yang perlu digunakan. Pengalaman saya yang telah lepas yang hanya merawat pulih dengan menggunakan ibu jari sahaja tanpa lain­-lain jenis ibu nampaknya kurang berkesan. Antara jenis-jenis ibu yang saya maksudkan ialah:

Jenis-jeis Ibu Penawar.

Bisul Ibu jari  Bisul lbu Jampi  Bisul Ibu Kunyit  Bisul Ibu rninyak

Ibu jari yang dimaksudkan ialah ibu jari tangan kanan tukang urut. Ibu jampi ialah Surah Al Fatihah dan Selawat ke atas Nabi SAW. Ibu kunyit ialah ruas kunyit yang besar yang hampir mengeluarkan benih.

Urut Tradisional

Manakala ibu minyak ialah mana-mana minyak masak samada minyak kelapa atau minyak kelapa sawit yang beku.Bisul di kepala bayi ini banyak tertumpu di sebelah kanan,ini bererti, ibunya juga terletak di telinga sebelah kanan.

Kaedah Rawatan Dan Tempat Yang Perlu Diurut.

Bisul Di Kepala Anak Kenalpasti terlcbih dahulu letaknya ibu kepada bisul tersebut.

Bisul Ambilkan satu ibu kunyit sebesar ibu jari, diuli dalam minyak kelapa beku yang ada dalam piring.

Urut Tradisional Celupkan ibu jari kanan ke dalam minyak dan tuliskan perkataan dalam ejaan jawi, “Allah & Muhammad” sebanyak tiga kali, sambil membaca Surah Al Fatihah sekali dan selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali.

Bisul Dengan menggunakan ibu jari tadi, urutkan perlahan-lahan di tempat bengkak yang disebut “Ibu”. Urutkanlah ia hingga sampai menjadi kendur. Sekiranya bilangan ibu didapati melebihi dari satu, maka anda perlulah memilih urat mana satu yang lebih besar.

Bisul Urutkan pula disekitar bisul perlahan-lahan tetapi jangan sampai ke kemuncaknya atau inti yang mengandungi nanah wama kuning rnuda,

Masa yang diambil untuk rawatan bisul di kepala kanak­-kanak tidak sampai sepuluh minit. lnsya Allah, setelah diurut fawat,pada keesokan harinya, bisul yang besar akan segera petah manakala yang kecilnya akan berubah menjadi semakin kendur dan beransur-ansur hilang dengan sendirinya.

Ubatan Tradisional Dan Kaedah Rawatan.

Urut Tradisional Ambil satu biji ubi ken tang dan parut, kemudian tampal­kannya di bisul. Biarkan ia kering dan terjatuh atau tertangga dengan sendiri.

Urut Tradisional Ambilkan lima duri pokok kabu, asahkannya pada pasu bunga yang dibuat dari tanah liat. Kemudian ambilkannya sapu pada bisul.

Bisul Di Kepala Anak Tumbukkan tangkai daun sirih yang dicampur dengan tiga atau empat titik minyak kelapa. Kemudian bakar dan ditampa! pada bisul.

Bisul Ambilkan daun kemboja, ramas ataupun tumbuk dengan tiga atau empat titik minyak kelapa kemudian tampa! dibisul.

Bisul Bisul dikepala kanak-kanak yang sudah membesar dan kemerahan hendaklah di urutkan dengan kepala zakar bapanya. Masa yang paling sesuai dilakukannya ialah semasa awal pagi, sebelum mandi dan pada masa itu, zakar si bapa didapati betul-betul tegang.

Begitulah satu set lengkap penerangan tentang salah satu penyakit kepada anak-anak iaitu bisul.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page