Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Keperluan Minyak Urut @ Bahan-Bahan Pembantu Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Minyak UrutPada kebiasaanya,minyak urut tradisional adalah bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urut tradisional,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional tadi.Antara jenis minyak urut tradisional yang sering digunakan ialah minyak nyiur tanak,minyak zaitun (olive oil),minyak bijan (gingelli oil) dan sebagainya yang telah didoakan atau dijampi.

Minyak urut tradisional yang diperbuat daripada campuran minyak dan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan hidupan menurut kaedah-kaedah tertentu.Walaupun demikian terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahan,kaedah pemprosesan dan kandungan yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan urut tradisional dengan seorang pengamal perubatan urut tradisional yang lain.Adakalanya minyak urut tradisional diproses hanya dengan menggunakan bahan-bahan tumbuhan atau bahan-bahan hidupan sahaja.Namun demikian menurut kebiasaannya,minyak urut tradisional diproses daripada bahan-bahan tumbuhan dan hidupan.

Kajian ini akan membicarakan tentang penggunaan bahan-bahan atau sukatan (dose),kaedah pemprosesan minyak urut tradisional dan kegunaan sesuatu minyak urut tradisional,berdasarkan kepada keterangan yang diberikan oleh beberapa orang informan.Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,banyak nama tempatan dan istilah yang berbeza yang digunakan oleh informan untuk merujuk nama tumbuh-tumbuhan dan kadar atau sukatan dalam bentuk ukuran seruas jari kelingking,sebesar ibu jari tangan,seinci,sejemput,segenggam,secawan,secupak dsb.Sukatan ini berdasarkan kepada sukatan kebiasaan atau melalui pengalaman dari orang-orang tua terdahulu.Kalau ada sukatan pun,mereka tidak menggunakan sistem metrik seperti gram,miligram,liter dan sebagainya.Jesteru itu adalah sukar untuk menentukan suatu sukatan atau ukuran itu dengan tepat.Kerana itu dalam keterangan berikut,sukatan bagi bahan-bahan tersebut ditulis dalam kadar timbangan,kecuali bagi beberapa jenis bahan tertentu di mana penggunaan sukatan atau ukuran tersebut tidak dapat dielakkan.Berikut ini diperturunkan beberapa jenis minyak urut tradisional yang diproses daripada akar-akar dan binatang.

Minyak Urut : Minyak Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Minyak Akar Kayu.

Akar tumbuh-tumbuhan adalah bahan utama yang digunakan oleh pengamal Perubatan Melayu tradisional @ tukang urut tradisional untuk memproses minyak urut tradisional.Akar yang digunakan tidak hanya didapati dari hutan,tetapi juga didapati di tepi-tepi jalan,di kawasan terbiar dan di tanah sebagai hiasan di halaman rumah.2 jenis minyak urut tradisional yang diproses daripada campuran beberapa jenis akar kayu.

Minyak Urut

Minyak Kelapa Tanak

Minyak Urut

Minyak Lenga / Minyak Bijan

Minyak Urut

Serbuk Akar Kayu

Burung Bubut

Burung Bubut

Minyak Urut

Burung Ciak

Urut Tradisional

Serai Wangi


1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Urut Tradisional.

Bahan-bahan:

1. Minyak kelapa tanak – 500 gram

2. Minyak Lenga – 300 gram

3. Campuran serbuk akar kayu,iaitu akar tongkat Ali,akar haji Samat,akar setunjang bumi,akar teja lawang,akar tengkok biawak,akar sakar,akar mek dak,akar pak mulut,akar elex besi,akar elex tembaga – 150 gram.

4. Campuran lada hitam,bunga cengkeh,jadam,lengkuas kering,hadas pedas dan hadas manis – 50 gram.

5. Burung bubut – 1 ekor.

6. Burung ciak – 5 ekor.

7. Serai Wangi(batang) – 2 batang.

Cara Memproses:

Burung bubut dan burung ciak disembelih,dicabut bulunya dan dibersihkan.Lada hitam (Piper nigrum),bunga cengkeh (Euvenia caryophylla),hadas pedas (Foeniculum vulgare),hadas manis dan lengkuas kering yang telah kering dijemur,dogoreng tanpa minyak selama lima minit.

Kemudian masukkan minyak kelapa dan serbuk akar kayu.Biarkan bahan ini mendidih hingga betul-betul masak iaitu kira-kira satu jam.Sebelum minyak diangkat dari api,serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam minyak berbau wangi.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional boleh digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,untuk memulihkan penyakit gangguan saraf seperti sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,terseliuh dsb.Minyak urut tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat sengatan serangga.

Minyak Urut

Santan Kelapa Tua

Minyak Urut

Ubi Jaga

Minyak Urut

Akar Tongkat Ali

Minyak Urut

Lengkuas Kering

Minyak Urut

Hadas Pedas

Minyak Urut

Hadas Manis

Minyak Urut

Lada Hitam

Minyak Urut

Siput Kechar

 

2. Bahan-Bahan Dan Kadar Timbangan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Ramuan Akar-Akar Kayu.

Bahan-Bahan:

1. Santan kelapa tua – 800 gram.

2. Campuran serbuk isi ubi jaga,akar tongkat Ali,akar haji samat,akar kerbau jantan,akar kerbau hamuk,akar gajah tarik,akar celaka putih,akar celaka merah,akar serapat,akar penyepit,akar mata kucing putih,akar mata kucing merah dan akar kancing baju merah. – 150 gram.

3. Bawang putih,lengkuas kering,hadas pedas,hadas manis,lada hitam dan zat param – 50 gram.

4. Merpati putih (merpati kampung yang muda) – 2 ekor.

5. Burung ciak – 5 ekor.

6. Isi siput kechar – 150 gram.

7. Serai wangi (batang) – 3 batang.

Cara Memproses:

Santan kelapa tua dimasukkan dalam kuali dan dicampurkan dengan semua bahan di atas.Santan kelapa beserta ramuannya ditanak di atas api yang sederhana besarnya sehingga santan masak dan bertukar menjadi minyak.Masukkan serai yang telah dititik ketika minyak sedang mendidih supaya minyak berbau harum.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,juga untuk menjalankan rawatan urut tradisional berbagai jenis penyakit gangguan saraf.

———————————————————————————————————————————————————————

Minyak Urut : Minyak Binatang Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Banyak bahan hidupan,samada hidupan laut atau darat digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat ubat,terutamanya minyak urut tradisional.Semua informan yang ditemui berpendapat,bahan-bahan hidupan mempunyai khasiat yang lebih dan amat sesuai dijadikan ubat untuk merawat sakit atau menjalankan rawatan urut tradisional gangguan saraf.

Minyak Urut

Minyak Kelapa Tanak

Minyak Urut

Ibu Gamat

 

1. Bahan-Bahan Dan Sukatan Yang Digunakan Untuk Memproses Minyak Urut Tradisional (Tanpa Nama).

Bahan-Bahan:

1. Minyak kelapa tanak – 200 gram.

2. Campuran daripada serbuk seratus jenis bahan-bahan tumbuhan (akar,daun,kulit dan teras kayu) – 200 gram.

3. Ibu gamat yang telah dikeringkan – 50 gram.

4. Burung ciak – 7 ekor.

Cara Memproses:

Burung ciak disembelih,dibuang bulu dan dibersihkan (tanpa dipotong).

Ibu gamat dibakar di atas bara api yang kecil untuk diambil abunya.

Bahan-bahan di atas dicampur dengan minyak kelapa dan ditanak di atas api yang sederhana besarnya.Biarkan bahan-bahan ini mendidih sehingga minyak tinggal separuh daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit urat saraf seperti sakit pinggang,sakit sendi,kebas dan sebagainya.Caranya ialah dengan melimurkannya untuk merawat penyakit gatal,luka-luka kecil atau sakit gigitan serangga.

Minyak Urut

Minyak Kelapa Tanak

Minyak Urut

Ibu Gamat Kering

Minyak Urut

Bawang Putih

Minyak Urut

Bunga Cengkih

Minyak Urut

Jadam

Minyak Urut

Kapur Barus

Minyak Urut

Jemuju

Minyak Urut

Serai Wangi

 

2. Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Gamat.

Bahan-Bahan:

1. Minyak kelapa tanak – 1,000 gram.

2. Ibu gamat kering – 50 gram.

3. Lengkuas bukit (kering) – 20 gram.

4. Bawang putih – 10 gram.

5. Bunga cengkih – 5 gram.

6. Jadam – 2 gram.

7. Pija – 20 sen.

8. Kapur barus – 2 gram.

9. Lamuju atau Jemuju – 30 sen.

10.Serai wangi (batang) – 2 batang.

Cara memproses:

Ada 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

1. Untuk memulakan kerja,doa-doa berikut dibaca:

* Bismillah sekali.

* Istighfar – 25 kali.

* Selawat – 21 kali.

* Al-Fatihah – 21 kali.

* Al-Ikhlas – 3 kali.

Bahan-bahan basah,iaitu lengkuas bukit atau lengkuas geting dan bawang putih dipotong nipis dan dijemur hingga kering.Kemudian digoreng tanpa minyak antara 3 hingga 5 minit sahaja.Masukkan minyak kelapa tanak dan lain-lain bahan ramuan ke dalam tempat menggoreng lengkuas geting dan bawang putih tadi.Masukkan serai wangi yang dititik ketika minyak mendidih.Biarkan minyak mendidih di atas api yang sederhana besarnya selama antara 30 minit hingga 1 jam.Setelah sejuk,minyak ditapis dan hampasnya dibuang.Minyak dimasukkan dalam botol atau bekas tertentu untuk kegunaan sendiri,keluarga atau untuk dipasarkan.

Kegunaan:

Minyak gamat dalam rawatan urut tradisional ini juga digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,seperti urut tradisional untuk penyakit gangguan saraf,bengkak-bengkak,untuk merawat luka-luka kecil,disengat binatang bisa seperti lebah,lipan,tebuan dsb.

Minyak Urut

Belut Basah

Minyak Urut

Cacing Gelang

 

3. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Belut.

Bahan-Bahan:

1. Belut basah (seelok-eloknya atau belut yang masih hidup) – 1 kilo

2. Cacing gelang – 7 ekor.

3. Minyak bijan – 500 gram.

Cara  Memproses:

Belut hidup disembelih dan diambil darahnya untuk dijadikan salah satu bahan campuran.Kemudian badan belut disalai di atas bara api yang sederhana besarnya untuk mendapatkan minyaknya.Setelah itu,badan belut dipotong kecil-kecil.Kepala belut dibakar sehingga hangus dan ditumbuk lumat.

Kemudian,semua bahagian belut tadi dicampur dengan cacing gelang yang telah dimatikan dan ditanak dengan campuran minyak bijan.Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya,sehingga semua bahan campuran hancur.

Kegunaan:

1. Minyak belut dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat sakit lumpuh anggota badan,iaitu dengan melumur minyak tadi serta mengurut secara perlahan-lahan di bahagian yang lumpuh.Amalkan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang sehinggalah penyakit sembuh.

2. Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.

Minyak Urut

Lintah

Minyak Urut

Minyak Bijan

Minyak Urut

Lemak Buaya

Minyak Urut

Kulit Kayu Manis Cina

 

Minyak Urut

Bunga Cengkih

Minyak Urut

Buah Kelisa

Minyak Urut

Buah Pinang Muda

Urut Tradisional

Buah Pelaga

Urut Tradisional

Burung Gagak

Urut Tradisional

Memberang

Urut Tradisional

Syahwat Buaya

Urut Tradisional

Buaya & Shahwat


4. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Lintah.

Bahan-Bahan:

1. Lintah tembaga (pilih yang besar) – 20 ekor.

2. Minyak bijan – 300 gram.

3. Lemak buaya – 5 gram.

4. Kulit kayu manis Cina – 5 gram.

5. Bunga cengkih – 7 biji.

6. Buah kelese – 5 biji.

7. Buah pinang muda – 3 biji.

8. Buah pelaga Hindi – 3 biji.

9. Hati dan hempedu gagak – 1 biji.

10. Syahwat memberang – 1 batang.

11. Syahwat buaya – 1 batang.

Cara Memproses:

Lintah tembaga yang masih basah digoreng tanpa menggunakan minyak atau air sehingga keluar lemak.Lemak tadi ditapis dan dibuang hampasnya.

Kemudian lemak tadi ditanak dengan minyak bijan dan dicampur dengan bahan-bahan di atas (bahan-bahan ini tidak perlu dipotong).Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya antara 40 minit hingga 1 jam.

Kegunaan:

Minyak lintah digunakan khusus sebagai minyak urut tradisional untuk merawat sakit lemah tenaga batin (impotency).Mereka yang mengalami sakit ini boleh merawat dirinya sendiri,iaitu dengan cara melumurkan minyak tadi pada sehelai daun sirih kemudian dibalutkan pada zakar.Amalkan selama 3 hari berturut-turut,seelok-eloknya diwaktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga pulih.

Urut Tradisional

Ikan Lumba-Lumba

Urut Tradisional

Siput Gondang

Urut Tradisional

Kambing Gurun

Urut Tradisional

Keluang

Urut Tradisional

Burung Ruak-Ruak

Urut Tradisional

Kambing Hitam

 

5. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Untuk Lelaki.

Bahan-Bahan:

1. Santan kelapa hijau daripada buah sulung – 2,000 gram.

2. Belut basah (seelok-eloknya yang masih hidup) – 2,000 gram.

3. Ikan lumba-lumba 50 gram.

4. Isi gondang – 50 gram.

5. Daging kambing gurun – 20 gram.

6. Darah keluang atau darah kelawar – 20 gram.

7. Burung merpati putih (merpati kampung) yang masih dara 2 ekor.

8. Burung ciak – 5 ekor.

9. Burung ruak-ruak – 1 ekor.

10. Anak burung gungguk – 1 ekor.

11. Syahwat kambing hitam – 1 batang.

Cara Memproses:

Burung merpati,burung ruak-ruak,anak burung gungguk,burung ciak dan belut disembelih,disiang dan dibersihkan.Kepala belut dibakar hingga hangus untuk diambil abunya.

Campurkan semua bahan,kecuali darah keluang atau kelawar dan abu kepala belut ditanak dengan santan kelapa sehingga masak dan bertukar menjadi minyak.Minyak ditapis dan dibuang hampasnya.

Minyak dicampur dengan darah kelawar atau keluang,manakala abu kepala belut ditanak untuk kali keduanya.Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya selama setengah jam.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan khusus untuk merawat sakit lemah tenaga batin.Lumurkan minyak urut tradisional ini pada zakar.Urut dari pangkal bawah zakar ke bahagian atas hingga ke pergelangan kepala zakar.Sebelum mengurut doa berikut hendaklah dibaca:

Ya Allah

Ya Allah

Ya Allah

Ya Qahhar

Ya Qahhar

Ya Qahhar

La Ilaha illa ‘Llah

Hulwahidu ‘l-Qahhar

Amalkan selama tiga hari berturut-turut,seelok-eloknya diwaktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga pulih.

Sesungguhnya,semua jenis minyak urut tradisional di atas adalah minyak urut terbaik dalam rawatan urut tradisional.Keberkesanannya telah terbukti dan telah lama digunakan oleh pakar-pakar urut tradisional.Nak guna minyak biasa atau beli dari kedai pun tidak ada masalah akan tetapi kiranya dibuat sendiri dengan ramuan yang pelbagai,anda telah menambahkan sesuatu nilai istimewa di dalam minyak urut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page