Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Cara Mengurut Seluruh Badan Bagi Pesakit Lelaki Dan Perempuan.

Cara mengurut seluruh badan bagi pesakit lelaki dan perempuan seharusnya mengikut cara yang telah diamalkan oleh tukang urut bertauliah bagus yang terdahulu kerana mereka telah dahulu melalui pengalaman menjalankan rawatan urut mungkin berpuluh tahun ditambah ilmu urut yang diperolehi secara formal.

Tujuan Berurut.

Pastikan rawatan urutan ini dilakukan oleh bidan atau juruurut yang berpengalaman dan bertauliah bagi tujuan:

1.Mengembalikan atau menaikkan sistem peranakan yang jatuh akibat masalah kekerapan buang air kecil ataupun bersalin.Ini seterusnya dapat mengatasi setiap masalah yang dikatakan rahim jatuh/turun dari kedudukan asal itu akibat sebab usia dan proses melahirkan bayi tersebut sendiri.

2. Membetulkan kedudukan bayi di dalam kandungan.

3. Bagi membetulkan urat-urat yang tersimpul dan terseliuh.

4. Membantu melancarkan perjalanan darah.

5. Memecahkan ketulan darah beku yang boleh memudaratkan pesakit jika dibiarkan.

6. Membuang angin meroyan selepas bersalin.

7. Melegakan dan merehatkan diri daripada tekanan, stres setelah penat bekerja.

Teknik Mengurut.

1. Teknik Mengurut Yang Betul:

-Dengan ibu jari dan jari tangan.

2. Waktu Yang Sesuai Untuk Diurut:

-Sebelah pagi atau petang.

-Urut sebelum makan atau lima minit sesudah makan.

-Badan rasa letih atau tidak sedap badan.

Kaedah Mengurut Tradisional.

Kaedah mengurut seluruh badan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian.Pertama urut semasa pesakit dalam kedudukan duduk samada bersila atau berlunjur.Bahagian kedua urut semasa pesakit baring terlentang.Masa yang diambil untuk mengurut seluruh badan pesakit lebih kurang satu jam.

1. Dalam Kedudukan Duduk.

(a) Urut bahu dan leher.

(b) Urut belakang leher dan kepala.

(c) Urut tangan dan tapak tangan jari.

(d) Urut urat belikat.

(e) Urut bahu ke pinggang.

2. Dalam Kedudukan Meniarap.

(a) Urut urat belikat.

(b) Urut belakang.

(c) Urut pinggang dan punggung.

(d) Urut belakang paha.

(e) Urut tapak kaki.

Langkah-Langkah Urutan Tradisional.

Langkah Pertama: Mengurut Semasa Duduk.

Seseorang yang hendak melakukan urutan sebaik-baiknya hendaklah dimulakan dengan mengambil air wuduk dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT diikuti dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.Mulakanlah urutan dalam kedudukan duduk dengan terlebih dahulu menyapu minyak urut rempah ratus di kedua-dua bahu dari leher ke bahu, ulangi sebanyak 10 kali.Kemudian urut urat-urat belikat kiri dan kanan sebanyak 10 kali diikuti dengan urat selangka bahagian kiri dan kanan badan.Sesudah urutan bahu dan belikat dilakukan bawa urutan terus ke pinggang, urutlah sebanyak 10 kali urutan.Untuk bahagian tangan pula,sapukan minyak urut rempah ratus di bahagian tangan.Luruskan tangan dan urut dari pangkal lengan serta belakang lengan (ketiak) hingga ke pergelangan tangan sebanyak 10 kali.Kemudian bahagian atas tapak tangan diurut beberapa kali hingga ke jari-jari secara lembut.Setelah selesai melakukan urutan tersebut, tarik jari-jemari tangan satu per satu supaya berasa lega.

Langkah Kedua:Mengurut Semasa Meniarap.

Setelah selesai mengurut dalam kedudukan duduk, langkah-langkah mengurut seterusnya adalah dalam kedudukan meniarap di mana sapulah minyak urut rempah-ratus ke seluruh belakang badan dan urut urat bahu hingga ke urat belikat seterusnya bawa urutan hingga ke selangka badan kiri dan kanan terus ke punggung pesakit.Buat beberapa kali urutan.Kemudian sapukan lagi minyak urut di bahagian tengah aras bahu leher di mana kedua-dua ibu jari ditekankan secara selari ke bahagian sisi tulang belakang hingga terus ke hujung salbi yang berhampiran dengan lurah dubur sebanyak empat kali ulangan.
Setelah selesai,pesakit baring mengiring sebelah kanan dan mulakan mengurut dari paras punggung hingga ke lutut dan terus ke betis.Ulangi beberapa kali.Selepas itu,minta pesakit terlentang untuk mengurut paha pula.Urut paha berulang kali terus ke labu betis hingga ke kaki.Urut kaki serta tapak kaki seterusnya ke jari jemari dan tarik jari-jari kaki supaya lega.Selepas selesai mengurut secara mengiring badan sebelah kanan tukar posisi badan mengiring sebelah kiri.Ulangi cara urutan seperti yang telah dibuat tadi.

Langkah Ketiga:Mengurut Semasa Terlentang.

Dalam keadaan pesakit dalam kedudukan terlentang setelah urut kaki tadi,bolehlah mulakan pula urutan pada bahagian perut.Baring secara lurus dengan membengkokkan kedua-dua belah lutut kaki.Mulakan urut perut pesakit dan ulu hati hingga ke pusat secara menurun.Seterusnya dari arah perut kanan ke kiri hingga ke pusat secara menaik.Selepas itu,dari pangkal rahim hingga ke pusat,urut secara menaik dan pada masa yang sama pesakit tarik nafas,hembuslah nafas.Seterusnya ulangi beberapa kali.Insya-Allah jika peranakan turun,selepas diurut ia akan naik dan akan pulih seperti sediakala.
Selepas itu,urut pula bahagian dada pesakit hingga ke lurah buah dada.Buat berulang kali supaya rasa segar dan boleh menegangkan buah dada dan untuk wanita bersalin dapat membanyakkan air susu.Akhir sekali,setelah selesai mengurut,pesakit diminta membuat senaman ringan.Kemudian,pesakit duduk berlunjur dan urutlah di dahi bermula dari tengah di antara atas kening dan ditekankan tolak ke tepi kanan dan kiri dengan urut ibu jari.Buatlah sebanyak tiga kali.Selepas itu,picitlah bahagian kepala pesakit hingga ke leher,buat berulang kali.Seterusnya sapu sedikit minyak pada belakang leher dengan menggunakan kedua-dua ibu jari kanan dan kiri.Urutlah dengan menolaknya naik bermula dari di atas bahu leher naik hingga sampai berhampiran aras hujung ranbut,kuatkan kadar tekanan urut itu sambil memicit di pangkal telinga.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page