Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Jenis-Jenis Urut.

Maksud urut dan picit/cubit adalah sebenarnya berbeza.Urut seperti biasa keeluruhannya memerlukan minyak.Picit/cubit pula tidak.Picit memerlukan penggunaan seluruh 5 jari tangan untuk picit-picit bahagian badan tertentu manakala picit adalah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sahaja untuk picit mana-mana bahagian badan.Maksud urut,picit dan cubit dalam bahasa Inggeris adalah sama sebenarnya.Tapi di Malaysia,kita telah salah menterjemah makud tersebut.

Daripada hasil tinjauan dan kajian di bandar-bandar utama di Malaysia,urut dijalankan oleh kategori orang dan jantina yang berbeza berasakan kepada jenis-jenisnya.Jenis urut yang dikenalpasti tergolong dalam 2 kategori iaitu pertama ‘urut kesihatan’dan yang kedua ‘urut seronok’/enjoy massage.Jenis ‘urut’ kesihatan adalah Urut Tenaga Batin(Marital Bliss Massage),Urut Tradisional,Urut Tapak Kaki dan Urut Kebatinan yang biasanya diberikan oleh orang lelaki dan golongan tua seperti di kampun-kampung.Urut Tenaga Batin(Marital Bliss Massage) adalah urut untuk menguatkan tenaga seks manakala Urut Tradisional adalah urut seluruh badan bagi tujuan membuang angin seterusnya menghilangkan rasa letih dan lesu.’Urut seronok’/enjoy massage dilanggan oleh mereka yang bukan 100% mahukan urut betul.Mereka mahukan urut untuk bersuka-suka,gatal-gatal dan lain-lain maksud seumpamanya.Rawatan urut ini biasa diberi oleh golongan gay,pondan dan gadis-gadis muda.

Jenis Urut.

Untuk penerangan yang teliti,di sini saya senaraikan berbagai jenis urut yang terdapat di Malaysia.

1. Urut Tradisional.

Kebiasaannya,rawatan urut ini diberikan oleh tukang urut lelaki kepada kastemer lelaki.Rawatan urut ini memerlukan lumuran minyak di anggota badan yang hendak diurut iaitu seluruh badan dan ia akan diurut(ditekan & ditolak) menggunakan mana-mana anggota jari jemari,tapak tangan,siku,lengan,tapak kaki dan tumit.Urutan ini perlu dijalankan ke seluruh badan yang mana permulaan urut bermula di tapak kaki dan naik sampai ke kepala.

2. Urut Refleksologi.

Di Indonesia,urutan ini dinamakan sebagai picit Tusrah manakala di Malaysia ia dikenali sebagai picit/urut tapak kaki.Urutan ini mula diamalkan di Mesir beribu tahun dulu kemudian melarat ke China dan kemudian berkembang ke seluruh dunia.Pada era selepas itu,ia mula dikaji dan diperkenalkan oleh seorang bangsa Swiss bernama Mr. Heidi di mana hasil kajian menunjukkan pusat perjalanan darah manusia terletaknya di tapak kaki.Pendapat beliau menegaskan,urutan di tapak kaki sahaja sudah memadai untuk memulihkan segala penyakit organ-organ manusia.Urutan ini biasa ditawarkan di pusat-pusat urut antara 15-30 minit bagi setiap tapak kaki dan sudah memadai mengenakan urut berapa minit sahaja bagi yang urut secara bebas.

3. Urut Marital Bliss.

Urutan ini boleh didefinisikan juga dengan urutan batin.Urutan ini dilakukan oleh tukang urut @ bomoh tenaga batin lelaki khusus untuk mengurut anggota sulit lelaki(zakar) bagi melancarkan perjalanan darah dan seterusnya menjadikan zakar sihat,keras,bertenaga dan tahan lama.Jika anda belek,urutan,urutan ini ada ditawarkan melalui iklan di pelbagai surat khabar.

4. Urut Mysticism.

Urutan bukanlah rawatan seperti rawatan urut tradisional yang memerlukan penggunaan tenaga fizikal yang banyak dengan mengurut seluruh badan.Urutan ini adalah rawatan yang dibuat secara batin yang berbentuk spiritual di mana ia dilakukan oleh pakar urut yang betul-betul tahu dan mahir sahaja.Masa urutan ini tidak lama dan ia tidak memerlukan lumuran minyak urut.Apa yang dibuat adalah urut sekejap menggunakan jari,gosok dan tepuk pada bahagian badan yang bermasalah dalam 1 nafas.Pada kebiasaannya,lepas sahaja rawatan itu,pesakit akan rasa badan jadi lega,ringan & bertenaga.

5. Urut Body/Body Massage.

Urutan ini keseluruhannya diusahakan oleh perempuan cina yang beroperasi di tempat yang dipanggil Helth Care @ Rumah Urut.Urutan ini bukanlah urutan seluruh badan yang serius & teliti menggunakan minyak urut seperti urut tradisional.Ianya diberi sekadar memenuhi syarat sentuhan untuk berseronok-seronok dan tidak ada kesan kesihatan besar untuk kesihatan perjalanan darah menyeluruh seluruh badan. Cara urutan ini diberikan ialah dengan tukang urut memicit & memukul badan kastemer menggunakan jari dan rusuk tangan.Di samping tukang urut wanita,urutan ini banyak diusahakan juga oleh golongan mak nyah,pondan dan bapuk.Kedai golongan songsang ini dikatakan lebih berjaya/maju berbanding dengan seterunya.

6. Urut Kaki/Leg Massage.

Urutan ini seakan sama bentuknya dengan urut body/body massage akan tetapi ia khusus diberikan untuk anggota badan betis & paha sahaja.Urutan ini bukan urut teliti serius seperti rawatan urut tradisional.Ia diberi dengan memicit & memukul betis betis dan paha kastemer menggunakan jari dan rusuk tangan.Uritan ini diberi untuk memberi kelegaan kepada masalah lenguh betis dan paha.Pengusaha rawatan urut ini terdiri dari kalangan wanita,gadis dan mak nyah/pondan/bapuk di mana lokasi kedai urut dirahsiakan dan tidak didedahkan dengan terang kepada umum.

7. Urut Facial Scalp.

Urutan ini bukan rawatan urut seluruh badan.Urutan ini adalah urut kecantikan yang mana rawatan masaj hanya diberikan kepada bahagian muka dan kepala sahaja.Urutan ini terdapat di salon-salon yang mana operasi terasnya adalah menyolek dan menggunting rambut pelanggan.Pekerjanya terdiri dari wanita dan gadis.Urutan ini dilanggan oleh kastemer lelaki dan wanita.

Cara Dan Jenis Urut Berbeza Mengikut Negara.

Jika mereka yang suka merantau ke seluruh dunia dan mendapat rawatan urut di lain-lain negara,sememangnyalah tidak dapat dinafikan,cara urut adalah berbeza di antara negara dengan negara lain.Kita akan terkejut dengan cara urutan yang diberikan di mana tidak di minda kita tidak pernah terlintas terdapatnya teknik urut sedemikian rupa.Tapi masing-masing ada musabab untuk mengatakan urutan mereka terbaik sebab ianya telah diwarisi dari zaman berzaman dan diterima/diamalkan menyeluruh di seluruh negara mereka.Bahkan ia menjadi ‘trademark’ kepada budaya masyarakat mereka dengan pemilikan satu jenis urut yang dibanggakan.

Di Jawa,Indonesia kebanyakan teknik urut adalah menggunakan urut cara kebatinan iaitu dengan menekan di badan yang bermasalah kemudiannya menolaknya perlahan-lahan sambil menarik nafas dgn kuat.Ada tukang urut dari gadis-gadis hanya menggunakan rusuk tangan sahaja untuk menepuk dan menampal anggota badan pesakit.Yang paling terkenal,ada yang menggunakan duit syiling timah lama dalam urutan mereka.

Di England,mereka menggunakan losyen untuk mengurut.Ia dikendalikan oleh wanita di ‘health centre dan rumah urut.Di Hong Kong,kebanyakan urut dibuat dengan menekan jari di tempat tettentu di badan pesakit.Di Jepun,penggunaan bedak adalah sebahagian dalam rawatan urut mereka.Bedak disapu di tempat yang hendak diurut kemudianurat dan daging tempat tersebut dipicit-picit dan diramas-ramas.Di China pula,sejenis kayu dan juga sendi tulang harimau digunakan untuk mengurut tapak kaki.

Mengikut pengalaman pelancong mat saleh,rawatan urut terbaik & paling seronok yang pernah diterimanya adalah di Kota Bharu,Kelantan.Rawatan urut tradisional seluruh badan menggunakan minyak yang diberikan,mengikut perbandingan rawatan urut di seluruh dunia,ia adalah terbaik.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page