Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Kerjaya Sebagai Terapist Atau Tukang Urut.

Kerjaya sebagai terapist atau tukang urut seakan sama dengan kerjaya sebagai seorang tukang masak yang memberi khidmat terus langsung kepada pelanggan.Yang membezakan adalah kerjaya tukang urut pelanggan akan mengenali tukang urut manakala kerjaya tukang masak tidak.Kerjaya ini tukang urut akan lebih terpuji andai orang tidak mengetahui pengurut sebenarnya akan tetapi rawatan urut adalah terbaik.Perkara ini harus diterapkan ke arah mengekalkan nilai profesionalism seorang tukang urut itu.Andainya tidak,nilai tersebut akan terus lenyap dan terkebawah dan tidak sesuai lagi disamakan dengan nilai profesionalism seorang tukang masak.Tidak perlu kepada pujian.Yang ada adalah contoh terbaik sebagaimana yang dipersembahkan oleh seorang tukang masak.Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dengan usaha tanpa ada sedikit pun kecacatan pada servis diberikan.Hal terbalik berlaku dikala ini.Apa yang diperhatikan sekarang,jarang sekali ada seorang tukang urut yang betul-betul profesional daripada keseluruhan jumlah tukang urut yang bertebaran di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur.Masing-masing susah bersifat ikhlas dan jujur selari dek kalah dengan tekanan hidup yang bertambah membelenggu hidup mereka.

Membuat Penilaian Kepada Seseorang Tukang Urut.

Nilai profesional tukang urut itu akan dinilai terus oleh pelanggan.Bukan secara berdepan,pelanggan sekarang terlebih sensitif dan memilih sehinggakan melalui sms @ panggilan juga akan dinilai seadanya.Bagi pelanggan juga ada kata-kata nasihat yang boleh diguna pakai kalau mahu.Andai anda menghubungi tukang urut itu,menilainya dan tahap keyakinan hampir mencecah ke 100%,tidak elok kiranya kit beralih kepada tukang urut lain kerana memilih dalam keadaan tenang,anda sudah pun berada di landasan yang betul untuk memperolehi seorang tukang urut berkualiti.Tidak percaya.Saya berikan contoh begini.Andai kita ingin ke pasar malam,di dalam kepala sudah pun ada senarai benda yang hendak dibeli.Rancangan itu mestilah telah dibuat dalam jangka masa yang lama dan ia sudah pun betul berdasarkan bajet yang kita ada.Tapi bila tiba di pasar malam,kita kabur mata dengan benda yang pelbagai,lebih enak dari apa yang kita rancang.Jadi kita beli makanan yang tidak dirancang itu.Adakah itu betul?Tidak rasanya.Tengok-tengok,kita sudah lari bajet.Makanan yang kita rancang nak beli pun tak pun kita beli.Bila tiba di rumah,kita rasa makanan yang kita beli di luar perancangan kita itu tidaklah sesedap mana.Hanya elok di luar.Jadi siapa salah.Begitulah perumpamaannya.Jadi,dalam menilai seseorang tukang urut,apa yang kita perlu buat,kita cuba dahulu.Tukang urut bagus akan memberi perubahan kepada badan kita.Badan kembali bertenaga.Dari segi keupayaan seks pula,tukang urut bagus akan memberi rawatan urut bahagian batin yang akan menjadikan keinginan seks pelanggan meningkat.Tapi jika tidak berapa menjadi,pelanggan tidak boleh persalahkan kepada tukang urut juga sebab hal-hal berkaitan batin seperti zakar tidak mantap dan masalah terpancut awal adalah separuhnya di luar kawalan tukang urut itu sendiri.Ini mungkin berpunca dari masalah bahagian dalaman pelanggan itu sendiri di mana tukang urut tidak boleh memperbaikinya pun kecuali pelanggan menjaga pemakanan,cara hidup dll.Untuk rawatan luaran urut badan,bersyukur juga,badan kita tidaklah terdapat kesan lebam dan calaran kuku hasil dari rawatan urut yang diberi.Mengikut pengalaman,seseorang pelanggan dijangka mengulangi rawatan dari tukang urut yang sama jika pelangan terima kesan bagus dari apa yang disebutkan dan akan jadi pelanggan untuk sekali saja jika terima kesan yang tidak bagus seperti yang diterangkan.

Kaedah Untuk Kenal Seorang Tukang Urut Yang Tidak Bagus.

Berdasarkan kajian,telah lengkap senarai pengenalpastian seseorang itu pandai mengurut atau tidak.Orang yang dikategori pandai mengurut ialah mereka mendapat kelas formal tentang urut dan memiliki pengalaman urut yang lama.Kalau tak ada pun hadirkan diri di tempat belajar urut,pengalaman pun baru setahun jagung,jangan harap pelanggan boleh terima kesan bagus hasil urutannya.Di sini,disenaraikan ciri-ciri seorang tukang urut yang tidak bagus,kalau boleh anda hindarkan rawatan servisnya pada masa hadapan.

1.Kedudukan & posisi tukang urut seperti tidak tetap dan tidak meyakinkan.Kedudukannya seperti tiada hala tuju.

2.Bukan pentingkan urutan tapi suka buat perkara yang tidak berapa perlu seperti memusingkan kepala,mematah-matahkan sendi dan tarikan lain milik pelanggan.Jika ini berlaku,tujuan rawatan urut tidak ke mana.Sekadar menghabiskan masa pelanggan.

3.Urutannya menyebabkan pelanggan sering rasa tidak selesa sebab sakit disebabkan tekanan dan cara urut salah.

4.Masalah pelanggan tidak hilang malah lebih bertambah teruk.Dari lenguh & letih sedikit menjadi bertambah lagi derita tersebut.

5.Jari tukang urut terutama kuku ibu jari panjang.Tukang urut tiada ilmu mengenai kesedaran berkuku pendek dan tumpul untuk mengurut orang.

6.Lebam-lebam @ calar-calar badan pelanggan sebab terkesan dari cara urutan @ panjangnya kuku jari tukang urut.

7.Tukang urut tidak mengurut tempat puncanya sakit.Bagi masalah terseliuh contohnya,bila saja nampak tempat lebam,dia hanya urut di situ tanpa urut tempat yang sepatutnya walau bagaimanapun rupa tempat terseliuh itu.

Teliti,Halusi Dan Yakinkan Diri Memilih Tukang Urut.

Memilih tukang urut bertauliah,berilmu dan berkualiti akan membahagiakan hidup anda.Apa tidaknya,kos yang dikeluarkan akan berbaloi malah akan terlebih berbaloi jika dapat tukang urut unik dan terlampau bagus.Kesihatan kita bertambah.Prestasi kerja meningkat.Bila ditolak kos mengupah pengurut,keuntungan bagi diri sendiri menjadi lebih besar.Tak apalah dengan kata orang yang mengurut akan menyebkan ketagih.Bagus.Teruskan.Bagus mengurut ni.Jangka hayat kita akan menjadi lebih lama.Kejernihan rupa badan & muka akan terserlah bila anda kena rawatan urut oleh tukang urut terbaik.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page