Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Penyakit Strok Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Penyakit strok dalam rawatan urut tradisional boleh dilihat dalam beberapa keadaan seperti tidak dapat berkata-kata,tidak dapat mengangkat tangan serta menggerakkan jari,tidak dapat mengangkat betis dan menggerakkan kaki.Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini boleh berlaku dalam sekelip mata pada bila-bila masa terutamanya di waktu malam.

Strok dalam rawatan urut tradisional ini juga dikenali sebagai kecelakaan otot.Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini disebabkan berlakunya kerosakan pada pembuluh darah di dalam otak.Ianya terjadi apabila sesetengah tempat di dalam otak tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.Apabila bekalan darah tidak boleh sampai ke otak,maka akan rosaklah saraf pembawa berita atau motor nerve atau mungkin juga berlaku kerosakan pada saraf penerima berita.

Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini yang serius biasanya menyerang seseorang dan terus tidak sedarkan diri buat beberapa ketika dan kadangkala boleh membawa maut dalam beberapa jam.Kesan daripada itu,sekiranya mangsa tersebut sedar kembali,ia akan mendapati bahawa sesetengah dari anggotanya di sebelah kanan atau kiri menjadi lumpuh,tidak dapat digerakkan.Adakalanya serangan strok dalam rawatan urut tradisional ini tidak menyebabkan pengsan tetapi ia tetap juga menyerang mana satu anggota tubuh dan biasanya terpaksa memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

Biasanya,jika kerosakan pembuluh darah di otak itu terjadi di sebelah kanan,maka otot-otot dan urat pada anggota tubuh di sebelah kiri akan mengalami lumpuh dan begitulah sebaliknya.

Tempat-Tempat Yang Mudah Terkena Strok.

Antara tempat  yang dikenal pasti sering dan mudah diserang apabila terkena strok ialah di muka,mulut dan pipi,tangan dan lengan serta kaki dan betis.Jika diperhatikan,serangan penyakit strok lebih kerap menyerang kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita.

Jenis-Jenis Penyakit Strok Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Ahli-ahli sains perubatan telahpun mengenalpasti bahawa terdapat sebanyak 4 jenis kes penyakit strok atau lumpuh yang antara lainnya termasuklah lumpuh di otak kerana kecelakaan/kemalangan,lumpuh di otak kerana kejang,lumpuh kerana gangguan saraf dan lumpuh di muka.

1. Lumpuh Otak Kerana Kecelakaan.

Kes dalam rawatan urut tradisional ini terdapat dalam 3 keadaan.Boleh jadi pembuluh darah di dalam otak telah pecah disebabkan oleh penyumbatan darah yang beku di tempat itu,yang mana disebut “Thrombosis”.Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini mungkin terjadi semasa berlaku kemalangan di kaki,di pelvis atau arteries.

Akibat dari kes-kes yang tersebut di atas maka otot-otot dan urat menjadi bengkak dan tegang kerana tisu saraf di sekitarnya telah lumpuh sehingga tidak dapat berfungsi mengirim berita.Atau boleh jadi juga disebabkan oleh darah beku yang terapung lalu berlakulah penyumbatan pada pembuluh darah.

2. Lumpuh Otak Kerana Kejang.

Di sini pula anda akan mendapati beberapa jenis penyakit saraf di dalam badan manusia mempunyai tisu yang berfungsi mengatur kegiatan otot-otot.Sebagaimana tisu penerima (Sensory Nerves).Jadi bila mana salah satu mengalami peradangan,maka akan hilanglah keupayaannya untuk mengendalikan otot-otot yang dirangsangkan oleh saraf.Apabila keadaan ini berlaku,bukan sahaja anggota yang dimaksudkan itu semakin bertambah lemah bahkan ianya juga akan kehilangan rasa sakit disebabkan oleh kebas-kebas.

3. Lumpuh Kerana Gangguan Saraf.

Di sini pula anda akan dapati beberapa jenis penyakit saraf.Banyak di antara saraf di dalam badan manusia mempunyai tisu yang berfungsi mengatur kegiatan otot-otot.Sebagaimana tisu penerima (Sensory Nerves).Jadi bila mana salah satu mengalami peradangan,maka akan hilanglah keupayaannya untuk mengendalikan otot-otot yang dirangsangkan oleh saraf.Apabila keadaan ini berlaku,bukan sahaja anggota yang dimaksudkan itu semakin bertambah lemah bahkan ianya juga akan kehilangan rasa sakit disebabkan oleh kebas-kebas.

4. Lumpuh Muka.

Gejala lumpuh dalam rawatan urut tradisional seperti ini menjejaskan saraf yang berfungsi menggerakkan otot muka.Ianya terjadi di satu bahagian sahaja.Samada di kiri atau kanan.Kesan daripada akibat tersebut,mulut menjadi kemek sebelah,dahi menjadi berkerut sebelah,manakala matanya pula didapati amat susah untuk ditutup.Selain itu,percakapan seseorang menjadi tidak fasih dan susah untuk difahami kerana sebutannya itu tidak begitu betul dan kurang jelas.

Gagal Dan Jayanya Rawatan Urut Tradisional.

Bukan semuanya pesakit  lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini berjaya dirawat dengan urut tradisional khususnya bagi kes lumpuh biasa.Walaubagaimanapun bagi kes lumpuh luar biasa lebih 50% pesakit yang telah diurut dengan rawatan urut tradisional didapati sembuh walaupun tidak sampai ke tahap 100% pulih.

Berbagai Kaedah Rawatan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang belum mengetahui bahawa sebenarnya masih terdapat banyak lagi kaedah dan cara-cara rawatan bagi pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Kelantan,khususnya di kalangan bomoh-bomoh tradisional.Di sini jelaslah bahawa kaedah merawat pesakit lumpuh bukanlah sekadar diurut dengan rawatan urut tradisional serta memakan ubat sahaja sepertimana fahaman sesetengah orang.Selain diurut dengan rawatan urut tradisional,pesakit adakalanya ditanam di tepi pantai sehingga separas bahu dan dibiarkan di situ antara 30 hingga 60 minit pada setiap tiga hari sekali.

Pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini juga disarankan menerima rawatan secara ditungku dengan batu panas pada setiap hari,terutamanya di sekitar otot-otot dan urat anggota yang lumpuh.Dalam pada itu,pesakit juga perlu dirawat dengan cara ditampal ubatan tradisional pada anggota lumpuh dan dibalut dengan kain.

Sesetengah bomoh urut tradisional menggalakkan pesakitnya melatih diri bermandikan embun terutamanya diwaktu pagi,sebelum waktu subuh dengan cara berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat atau dibantu oleh seseorang.Sejarah telah membuktikan bahawa seorang pahlawan Melayu terkenal dari Pahang iaitu Datuk Mat Kilau telah mengamalkannya untuk menguatkan urat saraf.otot-otot serta sendi tulang.

Beberapa kaedah rawatan dan amalan tersebut di atas boleh membantu pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini.

Strok Terbahagi Kepada 2 Kategori.

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa dari sudut pandangan dan kajian,kes strok atau lumpuh dalam rawatan urut tradisional terbahagi kepada 2 kategori yang berlainan sebab.Satu darinya disebut penyakit strok biasa yang dikaitkan dengan penyakit-penyakit dalaman badan seseorang dan yang keduanya ialah penyakit strok luar biasa yang berhubung kait dengan terkena buatan orang.

1. Penyakit Strok Biasa.

Penyakit strok biasa dalam rawatan urut tradisional ini berpunca dari kes-kes dalaman yang telahpun dihuraikan pada awal tajuk.

2. Penyakit Strok Luar Biasa.

Penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini amat mudah untuk dikenal pasti.Secara ringkasnya,apabila si pesakit diperiksa oleh mana-mana Pegawai Perubatan dengan bantuan peralatan moden,kemudian ianya disahkan tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit dalaman yang ada kaitannya dengan strok biasa,samada kes lumpuh otak kerana kecelakaan,lumpuh otak kerana kejang,lumpuh kerana gangguan saraf atau lain-kain sebab,maka dari situ jelaslah bahawa pesakit tersebut telah diserang oleh penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini.

Strok Luar Biasa Ialah Terkena Buatan Orang.

Penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini ialah sejenis penyakit yang ada kaitannya dengan ilmu sihir,ilmu hitam atau terkena buatan seseorang.Penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini tidak boleh dikesan atau dikenal  pasti walaupun dengan menggunakan alat-alat moden yang canggih yang terdapat di hospital-hospital.Kalaulah Berjaya dikesan sekalipun pihak berkuasa di hospital tidak berupaya merawat pulih penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini.

Penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional jenis ini biasanya terkena atau menimpa seseorang dengan tiba-tiba terutamanya diwaktu malam hari.Kedatangan penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini dikatakan terlalu pantas seperti kilat manakala pemergiannya amat perlahan seperti perjalanan seekor semut.

Kes penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini adalah seakan-akan sama saja dengan kes seperti lelaki yang terkena kunci senjata.Apabila seseorang lelaki telah terkena kunci,Ia lazimnya tidak berupaya menegangkan anggota tersebut terutamanya apabila berada di luar stesyen.Pada pandangan pakar urut tradisional,dari satu sudut,mungkin juga lelaki yang terbabit dengan kes senjata dikunci boleh dimasukkan di bawah kategori strok zakar.

Pandangan Orang Alim Serta Bomoh Tradisional.

Menurut seorang Tuan Guru yang juga berkhidmat sambilan sebagai bomoh tradisional terkenal di Kelantan,bahawa terdapat 2 cara bagaimana sesuatu bala atau penyakit itu boleh sampai dan menimpa seseorang.Setiap bala dan penyakit yang akan menimpa manusia sememangnya sudah tertulis di loh mahfuz..samada ianya berlaku atau tidak,itu bergantung kepada kehendak Allah.Jika seseorang itu sentiasa berwirid,memohon dijauhkan bala dan banyak berselawat ke atas nabi serta banyak bersedekah,kemungkinan doanya itu dimakbulkan.Sebaliknya jika bala masih juga menimpanya,ia haruslah dianggap sebagai suatu kifarat yang boleh menghapuskan dosa sekiranya ia bersabar.

Sebenarnya terdapat 2 cara bagaimana sesuatu penyakit itu khususnya penyakit strok dalam rawatan urut tradisional ini menimpa seseorang.Pertamanya ialah dengan termakbulnya doa serta berkat sembahyang  hajat yang dilakukan oleh orang perseorangan atau ahli-ahli jemaah yang telah dizalimi.Yang keduanya ialah dengan cara menggunakan ilmu sihir dan ditujukan terus kepada seseorang atau ditanamkan sesuatu di tepi jalan atau di pintu pagar.

Penyakit Luar Biasa Berlaku Dalam 3 Keadaan.

Kesimpulannya,penyakit-penyakit luar biasa pula terbahagi kepada 3 kategori yang berlainan cara.Antaranya yang dikenal pasti ialah:-

  1. Penyakit yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,ke atas seseorang.
  2. Penyakit atau bala yang diturunkan Allah SWT ke atas seseorang sebagai memakbulkan doa atau berkatnya sembahyang hajat golongan dizalimi.
  3. Penyakit dari hasil usaha manusia yang ditujukan kepada seseorang dengan niat jahat atau hasad dengki dan dengan izin serta kuasa Allah,maka terkenalah penyakit ke atas mangsa yang ditujukan.

Cara Dan Kaedah Menganiayai Manusia.

Lazimnya golongan yang memainkan peranan penting untuk menganiayai atau menyakiti seseorang dengan cara jampi dan pemujaan ialah sami-sami Budha dan bomoh-bomoh dalam rawatan urut tradisional yang telah diupah sanggup melakukan pekerjaan terkutuk itu.

Sesetengah sami Budha dan juga bomoh dalam rawatan urut tradisional menggunakan kaedah penghantaran melalui angin diwaktu malam,penggunaan gambar serta pakaian dalam (under wear) si mangsa semasa upacara jampi mentera dan pemujaan dilakukan.Selain itu,kes terkena buatan orang boleh berlaku dengan cara dimasukkan sesuatu ke dalam minuman atau makanan si mangsa.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan berbagai jenis patung oleh bomoh-bomoh Siam sudah menjadi  suatu yang lumrah dalam upacara pemujaan serta rawatan pesakit.Oleh hal yang demikianlah dinasihatkan agar pesakit jangan terlalu ghairah dan taksub untuk mendapatkan khidmat rawatan dari mereka kerana ditakuti anda terlibat dengan perbuatan syirik,iaitu suatu dosa besar yang tidak diampuni Allah.

Pengalaman Pakar Tukang Urut Tradisional.

Antara cara serta kaedah yang sering dilakukan untuk mengenakan sakit ke atas seseorang termasuklah pemujaan ke atas makhluk ghaib samada jin atau syaitan dan lain-lain.Usaha ini biasanya dilakukan oleh sami-sami Budha atau bomoh-bomoh dalam rawatan urut tradisional yang diupah dengan bayaran yang lumayan.Di sana terdapat berbagai cara dilkakukan yang kadangkala amat susah untuk dipercayai oleh seseorang.

Adakalanya sesuatu barang atau benda yang telah dijampi dalam upacara pemujaan,ditanam di hadapan pintu pagar rumah atau di tengah-tengah jalan.Sekiranya seseorang itu terpijak atau tersalah langkah benda tersebut,maka terjadilah sesuatu.Hal ini memang betul terjadi.Saya,Farish Awang mempunyai ibu saudara yang mana telah terkena buatan orang seperti ini.Sebelah mukanya lumpuh.Boleh dikatakan sebelah muka cantik dan sebelah muka lagi satu lumpuh.Perbezaannya diibaratkan seperti langit dengan bumi.Hidupnya amat terseksa dengan penyakit lumpuh sebelah muka tersebut.5 tahun selepas itu,dia meninggal dunia.

Dari apa yang diperhatikan,kebanyakan daripada mangsa-mangsa pengkhianatan seperti di atas,kadangkala terpaksa menanggung penderitaan sampai bertahun-tahun dan tidak kurang juga ada yang menjadi kurus kering sampai membawa maut.

Kaedah Rawatan Awal Dan Mengesan Penyakit.

Sepertimana yang telah dijelaskan,bahawa semua jenis penyakit luar biasa khususnya penyakit strok dalam rawatan urut tradisional ini amat mudah sekali untuk dikenalpasti,di mana apabila pesakit telah sekian lama dirawat di hospital atau diurut dengan rawatan urut tradisional berulangkali tetapi masih juga tidak membawa apa-apa kesan.Itu beerti ianya telah diserang oleh penyakit luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini.

Pesakit ini apabila apabila dibawa bertemu dengan bomoh yang betul-betul mahir dalam selok belok ilmu hitam atau sihir,akan segera menunjukkan sikap serta tabiat berlawan atau negative.Lazimnya,apabila bomoh urut tradisional mengurut dan memicit perlahan-lahan pada mana-mana satu,samada jari tangan atau jari kaki terutamanya di ibu jari,maka pesakit akan melaung sekuat-kuatnya.Semakin kuat tekanan urut tradisional dilakukan oleh bomoh,maka semakin kuatlah pula laungan.Pada masa itulah bomoh urut tradisional ini boleh berkomunikasi dengan pesakit.

Biasanya,soalan pertama yang diajukan kepada pesakit ialah,”Dari manakah kamu ini datang”.Pesakit pula boleh jadi akan menjawab,”Aku tak mahu beritahu” ataupun “Aku datang dari kampung…”.Soalan kedua ditanya oleh bomoh urut tradisional itu ialah,”Siapakah yang menyuruh kamu kemari?”.Pada ketika itu,sekiranya sami Budha atau bomoh urut tradisional yang terbabit dengan penghantaran atau pembikinan benda yang ditanam di pintu pagar rumah pesakit itu terdiri di kalangan orang yang betul-betul hebat atau pakar dalam ilmu hitam atau sihir,maka pesakit seolah-olah enggan untuk berterus terang,sehinggalah bomoh urut tradisional yang merawatnya bertindak kasar.

Pesakit Mencabar Bomoh.

Sekali sekala ada juga di kalangan sesetengah pesakit yang enggan menjawab soalan,telah mencabar balik atau meminta jaminan bomoh urut tradisional yang merawatnya sebelum soalan-soalan itu dijawab.Dalam hal seperti itu,bomoh urut tradisional itu akan menyahut apa sahaja cabaran yang dikemukakan oleh pesakit.

Antara cabaran yang selalu dikemukakan ialah,mengajak bomoh urut tradisional itu bertumbuk dan jika ia kalah,semua soalan akan dijawab,sebaliknya jika bomoh urut tradisional itu yang kalah dalam perlawanan itu maka soalan tidak akan dijawab dan upacara merawat pesakit akan berhenti setakat itu sahaja.Walaubagaimanapun,dalam setiap perlawanan,jarang sekali pesakit mendapat kemenangan.Berhubung dengan jaminan pula,pesakit akan meminta bomoh urut tradisional itu supaya tidak membalas dendam terhadapnya,jika semua soalan dijawab.Ini kerana,apabila semua soalan telah dijawab maka terbongkarlah segala rahsia orang-orang yang bertanggungjawab membuatnya jatuh sakit.Dalam hal ini pun,bomoh urut tradisional itu akan mengia sahaja apa yang dipinta oleh pesakit.

Cerita Tak Logik?

Apabila cerita yang sedemikian dipaparkan kepada umum sudah tentu para pembaca terasa amat ragu untuk mempercayainya kecuali anda datang sendiri dan melihatnya secara lebih dekat.

Anda sudah tentunya akan bertanya bagaimanakah seorang pesakit strok dalam rawatan urut tradisional ini yang tidak boleh berdiri dan berjalan tiba-tiba sanggup mencabar orang yang sihat untuk lawan bertumbuk atau bergusti,logiknya begitulah pada pandangan mata kasar.Satu lagi soalan yang akan timbul dalam kepala anda ialah,bagaimanakah seorang pesakit berupaya memberitahu orang lain tentang dari mana asal usul penyakit serta orang yang bertanggungjawab membikinkannya.

Rawatan Cara Hipnotais Dan Penurunan.

Sebenarnya kaedah rawatan yang disebutkan di atas adalah berasaskan kepada satu cara yang dinamakan “Konsep Hipnotais dan Penurunan”.Walaupun amalan konsep di atas setelah disepakatkan oleh alim ulama sebagai suatu amalan syirik,namun ianya masih lagi diamalkan oleh kebanyakan bomoh tradisional dalam rawatan urut tradisional ini bila merawat pesakit yang terkena buatan orang.

Teknik Hipnotais.

Hipnotais satu kaedah yang seakan-akan sama dengan Ilmu Pukau tetapi amalan ini sebenarnya bertujuan baik demi untuk memberi rawatan kepada pesakit yang terkena buatan orang.

Kaedah Hipnotais sebenarnya telah lama diamalkan oleh orang-orang barat,orang-orang India dan juga Timur Tengah serta lain-lain Negara sejak berkurun-kurun dahulu lagi.Di negeri Kelantan,biasanya bomoh-bomoh Melayu dalam rawatan urut tradisional akan membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan diikuti pula dengan jampi mentera kemudian dihembuskan ke muka pesakit,dalam tempoh beberapa minit sahaja,pesakit didapati seolah-olah tak sedarkan diri tetapi bukanlah beerti ia jatuh pengsan kerana pada masa upacara dilakukan,pesakit duduk bersela secara berdepan dengan bomoh urut tradisional tersebut.Apabila pesakit sudah dihipnotaiskan,maka bomoh dalam rawatan urut tradisional tersebut boleh berkomunikasi dengan pesakit dan dimasa itulah segala soalan dikemukakan,manakala pihak pesakit pula akan menjawab soalan-soalan tersebut.Walaupun jawapan yang diberikan itu dalam keadaan ia tidak sedarkan diri,namun kebanyakannya didapati betul.

Teknik Penurunan(Menurun).

Menurut pandangan Professor Datuk Dr. Harun Din dan Mufti Negeri Selangor,Datok Isak Baharom,bahawa setiap amalan penurunan dalam rawatan urut tradisional bagi apa-apa tujuan sekalipun adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Konsep dan kaedah menurun dalam rawatan urut tradisional ini sebenarnya ada berbagai cara,tetapi di dalam siri ini huraian hanya kepada satu sahaja kaedah yang selalu diamalkan oleh kebanyakan bomoh-bomoh urut tradisional di Kelantan.

Menurut seorang bomoh urut tradisional yang banyak mengguna “Teknik Mystician dan Hipnotais” untuk merawat pesakit terkena buatan orang,memberitahu bahawa kaedah rawatan di atas sebenarnya mula  diperkenalkan di Negeri Jawa,Indonesia dan beliau sendiri telah mempelajari salah satu cabang ilmu tersebut dari seorang mahaguru yang bertapa di gunung Karakatoa.

Menurut beliau,dari satu sudut,tujuan penggunaan Ilmu Hipnotais dan Ilmu Menurun dalam rawatan urut tradisional ini untuk merawat pesakit yang terkena buatan orang mempunyai matlamat yang sama sahaja iaitu supaya pesakit dapat menceriakan latar belakang penyakit dan bagaimanakah penyakit tersebut boleh menyerangnya.Selain itu,bomoh urut tradisional yang menggunakan kaedah hipnotais dan menurun boleh nampak dengan jelas rupa paras orang yang bertanggungjawab serta tempat kediamannya semasa upacara rawatan dijalankan.

Apa Dia Menurun?

Menurun dalam rawatan urut tradisional ialah suatu tindaklaku seorang bomoh urut tradisional menyeru dan memanggil roh mahagurunya supaya meresap masuk ke dalam badannya dengan membaca doa serta wirid tertentu dan sesudah itu ditariknya nafas yang panjang berulangkali.Apabila roh mahaguru telah meresap ke dalam tubuh bomoh urut tradisional tersebut maka ia dilihat seolah-olah berada di alam yang lain dan mempunyai keupayaan tenaga fizikal yang lebih.

Golongan Sasaran.

Di bawah ini adalah orang perseorangan atau kumpulan yang mempunyai risiko tinggi diserang oleh penyakit strok dalam rawatan urut tradisional ini:

1. Pengidap kencing manis yang teruk.

2. Pengidap sakit jantung.

3. Pengidap tekanan darah tinggi.

4. Mangsa terbabit dalam kemalangan.

5. Lelaki yang terlalu gemuk.

6. Usia yang terlalu lanjut.

7. Ibu yang lepas bersalin.

Jenis-Jenis Strok Luar Biasa.

1. Kena Buatan Orang – Terminum,termakan,terlangkah,terpijak atau terkena minyak.

Tempat Rujukan:

Mula-mula bawakan pesakit ke hospital.Jika pihak hospital tidak dapat mengesan penyakit,bawalah berjumpa dengan mana-mana bomoh yang dianggap betul-betul pakar dalam merawat pesakit.Jika didapati bomoh urut tradisional tersebut juga tidak berupaya merawat pesakit,maka bawalah bertemu dengan orang-orang yang tahu selok belok merawat pesakit itu.

Dihospital pesakit diberi rawatan secara fisioterapi dan juga terapi.Selain dari itu pesakit diberikan ubat.Kebanyakan bomoh urut tradisional menggunakan kaedah mengesan penyakit dengan mmemicit urut di ibu jari pesakit.Selain itu diguna juga kaedah penurunan.Pesakit kemudiannya dimandikan dengan menggunakan air yang mengandungi berpuluh jenis bungaan yang sudah dijampi doa.

2. Terkena Doa Atau Sembahyang Hajat Seseorang Ataupun Ahli Jemaah Yang Dizalimi.

Tempat Rujukan:

Mula-mula bawalah pesakit ke hospital dan terbuktilah pihak di sana tidak berupaya merawat,bawa bertemu bomoh. Kebanyakan bomoh dalam rawatan urut tradisional menggunakan kaedah mengesan penyakit dengan mmemicit urut di ibu jari pesakit.Selain itu diguna juga kaedah penurunan.Pesakit kemudiannya dimandikan dengan menggunakan air yang mengandungi berpuluh jenis bungaan yang sudah dijampi doa.

3. Terkena Doa Atau Sembahyang Hajat Seseorang Ataupun Ahli Jemaah Yang Dizalimi.

Tempat Rujukan:

Bawalah bertemu Bomoh.Kebanyakan bomoh dalam rawatan urut tradisional menggunakan kaedah mengesan penyakit dengan mmemicit urut di ibu jari pesakit.Selain itu diguna juga kaedah penurunan.Pesakit kemudiannya dimandikan dengan menggunakan air yang mengandungi berpuluh jenis bungaan yang sudah dijampi doa.

4. Ibu Lepas Bersalin.

Tempat Rujukan:

Bawalah berjumpa dengan bidan-bidan kampung yang betul-betul berpengalaman dan mahir.Kaedah rawatannya adalah dimandikan sisakit dengan air yang dimasuk 20 jenis bunga  selama 7 hari berturut-turut.Diberi makan ubat serta minuman air penawar.Kemudiannya ditungku dengan batu yang panas dan diurut dengan rawatan urut tradisional tiap-tiap pagi selama 7 hati berturut-turut selepas dimandi.Dalam apa jenis rawatan sekalipun pesakit perlu juga diurut dengan rawatan urut tradisional.

Pesakit Strok Mati Pucuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan lelaki yang diserang oleh strok yang serius didapati telah mati pucuk.Oleh hal yang demikian,disarankan agar seluruh zakar/peler pesakit perlulah juga diurut dengan rawatan urut tradisional.

Langkah-Langkah Pengawalan.

1.  Kawalkanlah makanan dan diet anda agar badan tidak menjadi terlalu gemuk serta berperut buncit.Berat badan yang gemuk melebihi 10 kg boleh membawa risiko penyumbatan salurnadi darah akibat kelebihan paras kolestrol dan lemak.Apabila hal ini berlaku,maka berbagai jenis penyakit lain pula dijangka menyerang anda seperti tekanan darah tinggi,tajuk jantung,pembekakan salur nadi darah di otak yang mana kesemuanya itu boleh membawa kepada serangan strok dalam rawatan urut tradisional ini.

2.  Kawalkanlah makanan dan diet agar tidak terkena penyakit-penyakit kencing manis.Kencing manis yang teruk menyebabkan lelaki akan mati pucuk.

3.  Pastikan anda mendapatkan gerak badan atau senaman yang mencukupi setiap hari untuk membantu hancurkan lemak serta kolestrol di dalam badan anda.

Urut Tradisional | Jenis-Jenis Ubatan Tradisional.

Anda boleh mencuba proses adun sendiri ramuan berikut untuk dijadikan ubat.

1.  Ambilkan segenggam daun landepri.Pokok ini senang didapati dip agar-pagar rumah masyarakat Melayu.Batangnya bewarna hijau dan berduri.Daunnya berwarrna hijau,tajam dan tirus di hujung.Ambilkan adas pulowaras dan masukkan sedikit air mati.Ketiga-tiga bahan tadi ditumbuk hingga lumat kemudian ditampal pada urat otot-otot bengkak anggota yang terkena strok,iaitu selepas pesakit diurut atau dituku.Selepas itu balutkanlah dia dengan kain untuk mengelakkan tergugur atau tertanggal apabila kering nanti.Proses dan tampalkanlah ubat ini setiap hari selama mana pesakit diurut.

2.  Amalkan memakan burung merpati yang jantan dengan cara membuat sup yang dimasuk bersama halia merah.

3.  Ambillah sarang lebah yang masih terdapat lagi sedikit madunya.Tumbukanlah sarang lebah tersebut sehingga menjadi kemps,kemudian tampalkannya di anggota yang terkena strok dengan cara diikatkannya dengan tali atau dibalut dengan kain.

4.  Ambilkan pokok serai,daun pandan dan daun nangka.Kesemuanya itu direbus dalam periuk tanah sehingga mendidih.Apabila air tersebut sudah didapati panas/suam,maka gunakanlah untuk dibuat mandi pada setiap pagi.

Walau apapun cara rawatan di atas,yang teramat penting dan utama adalah urut tradisional melalui rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page