Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Bersalin Urut Tradisional | Membetul Kedudukan Urat Dan Otot Ibu Selepas Bersalin.

Sudah diketahui umum bahawa proses mengandung dan melahirkan anak memerlukan banyak tenaga mental dan fizikal,selain itu,berbagai kerosakan ke atas urat saraf dan otot-otot serta lain-lain tempat dalaman dan luaran anggota tubuh seseorang ibu telah berlaku.Keadaan seperti ini terpaksa memakan masa untuk dibetul dan dibaikpulihkan kembali.

Masa Pantang.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu dalam rawatan urut tradisional bahawa masa pantang atau berehat bagi kaum ibu yang baru lepas bersalin ialah selama kira-kira 40 hari.Dari sudut pandangan ahli Sains Perubatan pula,tempoh tersebut ialah selama tidak kurang dari 8 minggu dan kaedah ini adalah sama dengan pandangan Islam.Semasa dalam pantang,organ-organ jantina khususnya uterus,perlahan-lahan kembali kepada keadaan sepertimana sebelum hamil,samalah halnya dengan lain-lain perubahan yang berlaku,akan kembali kepada asal,walau tidak sepenuhnya 100%.

Oleh hal yang demikianlah,jagaan selepas bersalin dalam rawatan urut tradisional dikira amat penting bagi kaum ibu.Beberapa kaedah dan praktikal amali perlulah dilakukan demi untuk mempercepatkan pemulihan seperti sediakala samada dari segi mental atau fizikal.Perawatan yang dimaksudkan itu merangkumi kejelitaan rupa paras dan bentuk badan terutamanya alat kelamin yang teruk terjejas demi untuk memberi dan cita rasa yang sama kepada kaum suami berbanding sebelum melahirkan anak.

Bersalin Urut Tradisional | Mempercepatkan pemulihan.

Dari sudut pemakanan dalam rawatan urut tradisional dan rawatan moden,ibu yang lepas bersalin perlu mengambil makanan yang banyak mengandungi zat besi,protein dan vitamin.Ini termasuklah daging,ayam,telur,ikan dan bahan-bahan sayuran.

Bagi sesetengah wanita yang melahirkan anak sulung,didapati susah untuk melahirkan anak mungkin disebabkan saluran yang hendak dilalui agak sempit.Oleh sebab saluran kemaluan agak sempit,telah menyebabkan ia menjadi renggang dan tercedera.Dalam kes ini,Doktor terpaksa menggunting permukaan lubang farajnya untuk memudahkan bayi dikeluarkan,akibatnya berlakulah luka-luka di tempat tersebut.Walaubagaimana pun,ia kemudiannya dijahit.Selepas itu,ada kemungkinannya ia akan berlaku pernanahan di tempat tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman.Kuman-kuman tersebut ada kalanya memasuki badan bayi melalui umbi rambut atau kelenjar.

Sesudah dijahit semula,ada kalanya menjadi lebih sempit dari saiz yang asal,ini menyebabkan hubungan seksual suami isteri amat menyakitkan buat beberapa ketika.

Bersalin Bersalin Biasanya pihak doctor akan menasihati ibu-ibu terbabit supaya menjaga kebersihan di kawasan tersebut dengan mengelakkan terkena basahan air kencing atau terkena najis dalam masa 2 minggu.Selain itu,ia dikehendaki membasuh kemaluannya sampai 3 kali sehari dengan menggunakan air Dettol atau menyemburkan dengan ubatan anti biotic yang dikenali sebagai “Dermoplast”.Penggunaan ubat ini bukan sahaja dapat menjauhkan dari jangkitan kuman serta virus tetapi juga dapat mengurangkan kadar kesakitan.

Rahsia Penyusuan Ibu.

Selain itu para ibu dinasihatkan supaya mengamalkan penyusuan dada kepada bayi.Kajian mendapati bahawa bilamana bayi diberi susu dada,sejenis hormon akan dikeluarkan dari kilang pituitari dan hormon inilah yang akan membantu mempercepatkan proses pengucupan dan pencerutan rahim.

Kebiasaannya,dalam tempoh antara 2 hingga 4 minggu selepas bersalin,wanita yang memberi susu dada kepada anak akan mendapati bahawa rahimnya yang besar sudah tidak ada lagi di atas perut kerana ianya telah tenggelam dalam rongga punggung.

Kaedah Pemulihan Berbeza-Beza.

Bersalin Bersalin Sebenarnya kaedah dan cara untuk memulihkan kembali tenaga serta mempercepatkan sembuh tisu-tisu yang rosak atau luka agak berbeza antara satu kumpulan bangsa dengan bangsa yang lain.Sebagai contohnya,masyarakat Melayu lebih gemar kepada urut,bertungku panas,berdian dan mengamal makan ikan haruan setiap hari kerana dipercayai boleh mempercepat sembuhkan anggota dalaman yang telah rosak dan luka.

Masyarakat Cina pula dikatakan banyak mengamal makan ubatan tradisional Cina ataupun singseh.Selain itu,ramai juga di kalangan mereka yang menggunakan berbagai jenis minuman keras untuk memanaskan badan.Mungkin juga kaum India mempunyai kaedah serta cara perawatan mereka yang tersendiri.

Rawatan dan pemulihan bagi wanita selepas bersalin perlulah diberi perioriti segera dalam apa cara sekalipun asalkan ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan atau bercanggah dengan adab atau faham sesuatu agama.

Sukacitanya dinyatakan di sini bahawa ramai di kalangan wanita masa kini khususnya mereka yang bekerja di pejebat-pejabat didapati tidak sempat meruangkan masa yang cukup untuk ,merawat pulih anggota yang teruk terjejas selepas bersalin.Hal ini berlaku disebabkan kesuntukan masa cuti yang diberikan oleh majikan mereka atau terlalu susah untuk mendapatkan seorang tukang urut atau bidan kampung yang boleh merawat pulih di tempat kediaman mereka.

Oleh sebab itulah satu-satunya kaedah dan cara yang paling ringkas perawatan selepas bersalin hanyalah dengan mengambil beberapa jenis pil serta vitamin setiap hari untuk selama beberapa minggu.Tindakan yang sedemikian rupa-rupanya kurang mendatangkan hasil dan keadaan ini menyebabkan para suami yang masih muda mula hilang daya tarik nafsu seksual terhadap si isteri.

Suami Hilang Nikmat.

Ramai di kalangan lelaki mula hilang keghairahan seksual terhadap isteri terutamanya selepas isteri mereka melahirkan anak yang pertama dan kedua.

Antara faktor sungutan yang menghilangkan daya tarikan mereka terhadap kaum isteri ialah:-

  1. Saiz buah dada yang terlalu besar melebihi kapasiti badan.
  2. Terlalu banyak parut luka di sekitar kulit perut.
  3. Perut menjadi kendur dan gendut menurun ke bawah yang menyebabkan tidak sedap mata memandang.
  4. Persetubuhan tidak mendatangkan apa-apa nikmat kerana lubang faraj terlalu longgar.
  5. Sedutan faraj isteri semasa mengadakan hubungan seksual langsung tidak dirasai kerana faraj dipenuhi air putih.
  6. Kedua-dua,suami & isteri mengadu terlalu sakit pada setiap kali dilakukan persetubuhan kerana permukaan lubang faraj terlalu sempit setelah dijahit semula oleh Doktor.

Bersalin Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Kelantan,amalan tradisi untuk mempercepatkan pemulihan anggota serta penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran masih lagi kekal sehingga kehari ini khususnya mereka yang tinggal di luar-luar bandar.

Antara amalan serta kaedah perawatan yang dimaksudkan termasuklah berdian,bertungku,mengurut,mengambil ubat tradisional dan memakan ikan haruan.

1.Berdian.

Berdian ialah suatu amalan di mana si ibu berbaring dengan unggun api.Tujuan berbuat demikian ialah untuk memanaskan badan dan ini adalah bertepatan sekali dengan teori sains yang menyatakan bahawa panas itu ialah tenaga.

Sungguhpun begitu,amalan berdian kini nampaknya semakin hari semakin dilupakan oleh generasi moden kerana ianya membawa berbagai risiko dan kesan sampingan.Antaranya termasuklah kulit punggung serta pinggul si ibu didapati pecah-pecah setelah beberapa hari sahaja dia berdian,dibimbangi bayi mengalami sesak nafas apabila terhidu asap dan terlalu ditakuti berlakunya bencana kebakaran ke atas diri si ibu serta harta benda.

2.Bertungku.

Bertungku membawa maksud menekan dan menguli batu bulat kebujuran yang telah dipanaskan dan dibalut bungkus dengan daun pisang serta kain pada anggota luaran tubuh ibu.

Tempat-tempat yang perlu ditungkukan ialah di tapak kaki,di betis,dip aha,di sekitar perut,punggung,pinggang,belakang,belikat,tapak tangan dan lengan serta di sekitar ari-ari.Bertungku biasanya dilakukan oleh bidan kampung kadangkala sampai 20 hari berturut-turut.Pada masa ini didapati amat susah untuk mendapatkan tukang bertungku atau bidan kampung,terutamanya di bandar-bandar besar.

3.Mengurut.

Amalan mengurut juga mengalami nasib yang sama saja dengan amalan bertungku kerana terlalu susah untuk mendapatkan seseorang tukang urut yang betul-betul mahir khususnya  bidan kampong

Bidan kampung yang sudah dikertahui umum berpengalaman bukan sahaja urut mengurut,bertungku,dia juga pandai memproses adun ubat-ubat tradisional dan lebih mengetahui tentang pantang larang ibu lepas bersalin.

4.Memakan Ubat Tradisional Dan Ikan Haruan.

Kaum ibu mengakui bahawa kebanyakan bidan-bidan kampung memang mengetahui akan kaedah serta cara-cara untuk membantu ibu lepas bersalin dengan memberikan beberapa petua,pantang larang serta membekalkan ubat-ubat.

Satu darinya untuk ditampal dan dibalut bungkus pada perut untuk mengurang dan menghilangkan tanda perut atau kulit perut  yang pecah.

Sejenis lagi ubat ialah berbentuk kapsul yang diproses adun dari berbagai jenis akar,daun serta kulit kayu.Selain itu,daging ikan haruan juga dimasukkan sama bagi tujuan mempercepatkan sembuh luka-luka dalaman dan luaran.

Bersalin Bersalin Bersalin

 

 

 

 

 

Ikan Haruan.

Amalan memakan ikan haruan ataupun kapsul yang mengandungi daging ikan haruan,iaitu sejenis ikan air tawar dikatakan amat perlu bagi ibu-ibu selepas bersalin.Sebaik-baiknya amalan itu dilakukan selama 40 hari berturut-turut.

Ikan haruan dipercayai mengandungi sejenis hormon yang boleh mempercepatkan sembuh luka-luka di sekitar saluran uterus dan faraj di samping membantu mempercepatkan pengucupan rahim kepada saiz yang asal.

Urut Tradisional | Lain-Lain Jenis Ubatan Tradisional.

Ramai di kalangan bidan-bidan kampung telah memberitahu tentang berbagai jebis ubat serta kaedah mengadunnya.

  1. Gatal-Gatal Di Sekitar Kemaluan Atau Faraj – Anda disarankan supaya mengamal minum air rebusan tangkal daun sireh.
  2. Kulit Perut Pecah Dan Bengkak – Anda disarankan mengamalkan meminum air rebusan kacang taugeh pada setiap hari,atau proses adunkan ramuan berikut untuk dijadikan minyak sapu pada perut.Ambil satu sudu kapur sireh,satu sudu air limau nipis,20 titik minyak kayu putih.Semuanya itu dibancuh kacau di dalam piring,kemudian dibuat lumur pada perut setiap pagi dan malam.
  3. Buah Dada Bengkak – Ambil daun kacang panjang,masukkan ke dalam air kapur sireh.Selepas 2 minit angkatkannya keluar dan ramas.Ambil air ramasan tadi sapukan di sekitar puting susu dan kawasan yang bewarna hitam/gelap.
  4. Puting Susu Pecah Atau Luka-Luka – Ambil kulit,batang pokok kirau,asahkannya pada pasu yang dibuat dari tanah liat.Kemudian ambil air asahan tadi lumur sapu di tempat yang luka.
  5. Kuku Dan Tersentak Betis Kerana Sejuk – Ambil segenggam halia merah,sesudu besar lada hitam.Masukkan satu sudu kecil minyak kayu putih.Semuanya itu ditumbuk,kemudian diambil dan tampal pada tempat yang tersentak tadi.
  6. Sakit Pinggang Lepas Bersalin – Ambil temu lawak sebesar jari telunjuk ditumbuk bersama sesudu minyak kelapa.Gunakanlah minyak tersebut untuk dibuat urut pada punggung.Minyak tersebut boleh juga dibuat minum pada setiap pagi dan malam antara satu titik hingga tiga titik.

Kaedah Dan Cara Mengurut.

Sebenarnya kaedah dan cara mengurut dalam rawatan urut tradisional kepada ibu lepas bersalin agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan cara dan kaedah mengurut orang lelaki,walaupun seluruh badannya perlu diurut dengan urut tradisional.Menurut beberapa orang bidan kampung yang ditemubual bahawa kaedah mengurutnya dalam rawatan urut tradisional hendaklah dengan menggunakan tumit tapak tangan dan caranya perlulah perlahan-lahan.Penggunaan tapak kaki,siku dan lengan jangan sekali-kali dilakukan.Sebaik-baiknya amalkanlah ia secara berselang hari/berselang seli dengan bertungku.Sekiranya pada hari ini ibu diurut,maka pada keesokannya hendaklah ditungku dan begitulah sebaliknya.Satu lagi perkara yang diberitahu jangan sekali-kali menarik rambut apabila mengurut ibu-ibu lepas bersalin.Ini kerana boleh menyebabkan terlalu banyak rambut akan gugur.

Senaman.

Dari sudut ilmu perubatan moden pula,anda disarankan agar melakukan gerakan badan ataupun senaman.Dengan melakukan senaman diharap boleh membantu mengembalikan semula bentuk badan kepada yang asal.Anda boleh juga mendapatkan rawatan urut tradisional untuk melancarkan perjalanan darah dari pakar urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page