Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Perkhidmatan Urut Tradisional Di KL.

Urut TradisionalKuala Lumpur adalah kota metropolitan.Di KL,kenderaan bersimpang siur.Begitu juga dengan penghuninya.Ada yang berhati baik dan sebaliknya.Keluar saja rumah,pasti tidak ada tempat yang sunyi untuk kita tenangkan hati.Itulah ibu negara Malaysia,tempat yang boleh dikatakan lubuk mencari rezeki oleh rakyat Malaysia.

Jika dikaitkan dengan mencari rezeki dalam bidang rawatan urut tradisional,ramai orang yang menyediakan perkhidmatan urut tradisional ini pada masa sekarang.Lihatlah iklan di surat-surat khabar,majalah,internet atau di mana-mana.Pasti perkhidmatan urut tradisional ini atau perkhidmatan urut lain akan menggamit anda untuk mencuba atas tiket menjaga kesihatan,bersantai-santai dan juga berseronok-seronok.Ada yang memilih tukang urut tradisional lelaki dan ada juga yang memilih tukang urut tradisional perempuan.Di dalam perkara tersebut,pastinya ada perkhidmatan urut tradisional yang meninggalkan kesan yang tidak baik bagi sesetengah pelanggan.

Kenali Rawatan Urut Tradisional Di KL.

15 tahun yang lepas,banyak pusat urut atas nama pusat urut tradisional tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di KL.Tidak terkecuali juga pada masa ini.Ada banyak perkara yang membezakan pusat urut tradisional dahulu dan pusat urut sekarang.

Jika 15 tahun dahulu,lesen pusat urut tradisional ni senang saja diperolehi atau kalau susah pun,hiaslah dengan cara-cara tersendiri,pasti dapat juga lesennya.Tapi sekarang,buatlah apa pun,lesen pusat urut tradisional ini tidak Massagediluluskan lagi kecuali pusat urut tradisional refleksologi dan juga pusat urut tradisional luar dari KL seperti di Selangor dan sebagainya..Ada yang ingin benar benar ingin membuka pusat urut tradisional mereka sendiri,lalu menjadikan sebahagian dari kedai salon sebagai tempat rawatan urut tradisional.Itu ok lah.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang,walau tidak diberikan lesen,banyak pusat urut tradisional lelaki dan perempuan tumbuh dengan disedari atau tanpa disedari.Kalau pusat urut tradisional lelaki,pelanggan yang datang biasanya lelaki sendiri.Tapi kalau pusat urut tradisional perempuan,pelanggan yang datang pastinya lelaki juga.Tapi,apa bezanya kedua-dua ini.Semuanya pelanggan lelaki ni.

Itulah sebenarnya panorama tentang pusat urut tradisonal di KL ini.Bagi yang sanggup menghadapi cubaan dan dugaan,pasti mereka tidak risau menubuhkan pusat urut mereka sendiri walau tidak dikeluarkan lesen.Itu bergantung pada seseoranglah.Semangat dan minat yang kuat,pasti tidak menjadi masalah.

Memilih Perkhidmatan Rawatan Urut Tradisional Dengan Betul.

Kalau pelanggan yang betul-betul mahukan perkhidmatan urut tradisional atau rawatan urut apa sekalipun,mereka pasti tidak ragu-ragu untuk ke pusat-pusat urut tradisional yang melata di KL ni.Tapi harus diingat,perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku jika tidak kena pada tempat dan waktunya.Peristiwa diserbu oleh pihak berkuasa sering berlaku dan kadang terpampang di dada-dada akhbar dan tidak kurang juga di televisyen.Jika mengunjungi pusat urut yang tidak berlesen dan diserbu polis,pasti ke balai juga untuk makan angin di sana dalam tempoh 24-36 jam sebelum dijamin keluar.Bagi pelanggan,mereka diminta untuk pemeriksaan air kencing.Tapi bagi tukang urut pula,mereka di periksa dengan ujian air kencing dan pemeriksaan untuk mengenalpasti pendatang asing.

Bagi pelanggan yang trauma dengan perkara seperti ini,mereka lebih senang menelefon dan memanggil tukang urut tradisional terus ke rumah mereka sahaja atau dengan kata lain outcall.Tengok saja di iklan surat khabar,majalah dan internet.Panggil saja.Ada tukang urut tradsional yang mengenakan bayaran mahal dan ada juga yang mengenakan bayaran sederhana dan berpatutan.Ada tukang urut tradisional ini yang menyediakan rawatan urut tradisional untuk tempoh 1 jam,1 1/2 jam dan ada juga 2 jam.Ini bergantung kepada tukang urut tradisional itu sendiri.Syarikat lain-lain.

MassageTapi bayar bayar juga.Perkhidmatan yang diberikan memuaskan? Klu kena tukang urut tradisional yang bagus dan berkemahiran tak apa.Tapi kalau kena tukang urut yang untuk main-main,pasti rugi bebenor rasanya.Ada juga pelanggan yang sengaja mencari tukang urut tradisional hanya untuk suka-suka.Tak tahulah suka kaum sejenis ataupun nak cari tukang urut tradisional perempuan untuk berhibur.

Ingatlah,berhati-hati juga dengan tukang urut tradisional dari iklan-iklan yang terdapat kini.Mengikut pengetahuan,jika tukang urut tradisional lelaki yang iklannya hanya untuk pelanggan lelaki sahaja,biasanya,tukang urut tradisional ini hanya untuk main-main sahaja.Jadi,pilihlah tukang urut tradisional yang memenuhi kehendak anda.Ada tukang urut tradisional yang bagus dan sebaliknya.Nilai wang anda bergantung kepada tukang urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page