Urut Tradisional Refleksologi Tapak Kaki.

Untuk pengetahuan anda,kedua-dua tapak kaki kita adalah amat penting sekali.Gunakan kaedah yang sama.Urutlah tapak kaki anda dengan tumpuan yang mendalam.gambar%2Brefleksologi Urut Tradisional Refleksologi Dan Jenis JenisnyaDengan urut tapak kaki,ia akan menjamin peredaran darah berjalan dengan betul dan sempurna untuk semua organ dalam badan anda.Ini juga anda boleh lakukan sendiri di rumah tetapi ingin dinasihatkan kepada pembaca,bagi keberkesanan urut tradisional tapak kaki refleksologi yang maksimum,tumpuan adalah teramat penting.

Perlu diketahui bahawa urut tradisional refleksologi bukanlah pengubatan.Dalam kaedah urut tradisional refleksologi ini,tiada ubat yang dimakan,tiada jarum yang ditusukkan,tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.Rawatan urut tradisional refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi membenamkan penyakit.Rawatan urut tradisional refleksologi bukan mengubat penyakit,bukan juga membenamkan penyakit,tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kepada penyakit.Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang,ini bermakna masalah sudah selesai-sakit/penyakit sudah sembuh.

Seorang ahli urut tradisional refleksologi sebenarnya adalah seorang mekanik yang akan cuba membetulkan setiap bahagian yang rosak dalam tubuh manusia.Oleh sebab itu seorang pengamal urut tradisional refleksologi tidak hanya perlu tahu point-point urut tradisional refleksologi sahaja tetapi harus mahir dengan selok belok tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya.Dia harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit.Bila ia tahu penyebabnya barulah matlamat urut tradisional refleksologi tercapai dengan sempurna iaitu kesembuhan dari penyakit.

Pengertian Urut Tradisional Refleksologi.

Rawatan urut tradisional refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan yang mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

Asal-Usul Urut Tradisional Refleksologi.

Tidak ditemukan suatu bukti yang pasti bila,di mana dan siapa yang menemukan kaedah rawatan urut tradisional refleksologi ini.Kebanyakan pendapat/buku menyatakan bahawa urut tradisional refleksologi bermula dan ditemukan di negeri China sejak lebih 5000 tahun yang lalu.Namun ada satu bukti yang agak jelas menunjukkan bahawa rawatan urut tradisional refleksologi ini sudah bermula sejak zaman mesir kuno lagi,iaitu dengan penemuan lukisan/lakaran orang sedang melakukan terapi urut tradisional refleksologi di salah satu piramid di kota itu.Konon ada cerita yang mengatakan bahawa Firaun itu tidak pernah sakit kerana melakukan terapi urut tradisional refleksologi setiap hari.

Tujuan/Manafaat Urut Tradisional Refleksologi Bagi Tubuh.

Kaedah rawatan urut tradisional refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri,yakni pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.Bila pengaliran darah di seluruh tubuh normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.Jadi secara umum tujuan/manafaat rawatan urut tradisional refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu dalam keadaan sihat.

Cara Kerja Urut Tradisional Refleksologi.

Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa.Bila jantung mengucup,ianya memberi tekanan pada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.Sebaliknya bila jantung mengembang,darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ-organ pembuangan.Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui kencing.footv1 1 Urut Tradisional Refleksologi Dan Jenis JenisnyaBila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh (arteri) tidak lancar,maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu,biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari masa ke semasa.Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut “arteriosclerosis“.Apabila keadaan ini berlaku,iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen,maka fungsinya akan terganggu.Apabila fungsi organ terganggu maka seseorang itu akan sakit.Begitu juga sebaliknya bila darah balik (vena) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak terbuang.Bila tidak terbuang,kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.Sebahagian kotoran tatu toksid itu juga akan mendap dalam salur darah balik (vena),yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya terjadilah penyakit.Penyakit terjadinya penyumbatan dalam salur darah balik (vena) ini disebut dengan istilah “varicosevena”.

Maka terapi urut tradisional refleksologi akan menanggalkan kotoran-kotoran penghalang pada salur darah pergi (arteri) sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.Tanpa adanya halangan,maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup,baik oksigen ataupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerjanya dengan sempurna.Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam salur darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid;samada karbon dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik,sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.Kotoran-kotoran ini akan terbuang melalui 4 cara:

i. Kencing 2. Berak 3. Peluh 4. Pernafasan

Apa Itu Sakit?

Menurut bahasa sakit bermakna berasa tidak sihat tubuh badan atau organ-organ lainnya oleh satu atau beberapa sebab.Menurut istilah sakit bermakna; rasa yang tidak menyenangkan,pedih,berdenyut,bengkak,salah urat,luka dsb.Sebenarnya sakit/rasa sakit menunjukkan bahawa di bahagian yang berkenaan sedang ada masalah yang perlu diperhatikan.Rasa sakit adalah siren kecemasan yang bertujuan memohon pertolongan dan minta bantuan.Rasa sakit itu sendiri biasanya datang bila gangguan itu sudah sampai ke peringkat yang agak serius.Sedangkan di peringkat awal gangguan belum mendatangkan rasa sakit lagi,tapi mungkin baru terasa kebas,krem,lenguh,penat,letih,tidak bertenaga dsb.

Seorang pengamal rawatan urut tradisional refleksologi hendaklah tahu dan mengerti apa penyebab datangnya penyakit atau rasa sakit itu sendiri.

Penyebab Gangguan Tubuh/Penyakit.

  • Gangguan Dari Luar- Ini boleh disebabkan oleh berbagai-bagai hal seperti berlanggar,jatuh,terhantuk,kena pukul,terluka,disengat binatang,terbakar,keracunan,berlebihan makan,urat saraf yang tersepit,salur darah yang menyepit dsb.
  • Gangguan Dari Dalam – Ini boleh terjadi disebabkan perasaan cemas,takut,marah,tension,pikiran kacau,sakit hati,putus asa,kecewa dsb.

Baik disebabkan gangguan dari luar ataupun dari dalam,ianya sangat mempengaruhi perjalanan/pengaliran darah dalam tubuh yang menyebabkan perubahan kimiawi dalam badan.

Mengetahui Gejala Penyakit.

Untuk mengetahui gejala penyakit dari kawasan refleksi adalah dengan cara menekan titik-titik point dari organ-organ yang bersangkutan,bila anda terasa kelainan atau sedikit bengkak dan terasa sakit bila ditekan,maka ini bermakna organ yang berkaitan sedang bermasalah atau sakit.Bila rasa sakitnya tak seberapa waktu ditekan,maka ini menunjukkan bahawa penyakitnya pun tidak seberapa atau tidak serius.Sebaliknya bila sakit sangat atau bengkaknya agak lebih besar,ini menunjukkan bahawa penyakitnya agak serius atau telah terjadi agak lama.Bila kawasan refleksi yang ditekan tiada terasa bengkak dan sakit,ini beerti organ berkenaan dalam keadaan baik.Jadi untuk mengetahui seseorang itu sihat dengan kaedah rawatan urut tradisional refleksologi,ialah bilamana keseluruhan point-point refleksologi tidak menunjukkan sebarang bengkak atau sakit bila ditekan.

Cara Terapi Urut Tradisional Refleksologi.

Bila kita telah melakukan diagnos terhadap pesakit,perlu juga kita tanya pesakit,maka barulah kita mulai melakukan rawatan urut tradisional refleksologi iaitu dengan menekan bahagian-bahagian bermasalah itu untuk beberapa ketika.Tekanan pengurutan dalam urut tradisional refleksologi hendaklah kita sesuaikan dengan daya tahan seseorang itu yang mana ketahanan ini tidak sama pada setiap orang.Kita hendaklah mengerti bahawa kesembuhan itu biasanya tidak akan berlaku dengan hanya sekali rawatan urut tradisional refleksologi,tetapi perlu diulang 2 atau 3 hari sekali sampai beberapa kali bergantung pada serius atau tidaknya penyakit yang ada.

Kesan Yang Mungkin Timbul Dari Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.

  • Kencing lebih kotor dan berbau lebih busuk kadangkala juga seakan-akan berpasir.
  • Bahagian-bahagian tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.
  • Rasa letih,lesu dan mengantuk.
  • Timbul gatal-gatal di kulit.
  • Berak cair atau berminyak.
  • Kepala terasa sakit.
  • Muntah-muntah.
  • Banyak buang angin.
  • Urat darah nampak timbul.
  • Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat.
  • Rasa lebih ringan dan lebih cergas.

Penyakit-Penyakit Yang Senang Disembuhkan Dengan Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.

  • Sakit kepala.
  • Sakit buah pinggang.
  • Sakit lutut.
  • Kebas kaki/tangan.
  • Lenguh-lenguh.
  • Sembelit.
  • Sakit jantung.

Penyakit-Penyakit Yang Sukar Disembuhkan Dengan Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.

  • Barah yang sudah terlambat.
  • Urat saraf yang sudah putus.
  • Penyakit yang disebabkan oleh sihir.
  • Kena rasuk Jin.

Lamanya Pemijatan Urut Tradisional Refleksologi.

Tidak ada satu ukuran yang pasti tentang berapa lamanya satu-satu tempat itu mesti dipijat / ditekan.

  • Bergantung kepada penyakit.Bila penyakitnya serius maka pemijatan tidak boleh lama kerana seseorang yang sakit teruk,ketahanan badannya akan lema.Bila ditekan kuat dan lama akan memudaratkan pesakit.
  • Bergantung kepada cara atau kekuatan tekanan yang dilakukan.

2 Jenis Lagi Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.

Urut Tradisional Refleksologi Tapak Tangan.

Untuk pengetahuan pembaca,ingin diterangkan bahawa di tapak tangan juga adalah tempat yang mempunyai punca-punca urat saraf untuk keseluruhan organ selain daripada telinga dan tapak tangan. Urut Tradisional Refleksologi Dan Jenis JenisnyaUrut point-point refleksologi di tapak tangan seperti mana urut point refleksologi di tapak kaki.Hilangkan segala urat-urat yang berketul si setiap bahagian di tapak tangan tersebut.Setelah anda lakukan urutan tapak tangan tersebut,anda akan rasakan kelegaan pada badan anda kerana darah telah berjalan dengan lancar di anggota yang pointnya ada di point-point refleksologi di telinga,tapak kaki dan tapak tangan tersebut.Point refleksologi terbesar adalah di tapak kaki,diikuti tapak tangan dan seterusnya point di telinga.Urut tradisional refleksologi sebenarnya boleh menghilangkan migrain @ sakit kepala.Tapi point utama untuk menghilangkan migrain adalah di kepala.Di kepala ada point juga untuk kita tekan bagi menghilangkan migrain tersebut.

Urut Tradisional Refleksologi Telinga.

Kita telah mengetahui bahawa di kepala terdapat urat saraf yang mewakili semua urat saraf di dalam badan kita.Tidak boleh dinafikan bahawa di telinga juga terdapat urat saraf yang berangkai-rangkai mewakili organ kita. Urut Tradisional Refleksologi Dan Jenis JenisnyaSekiranya kita merasakan sukar untuk urut di antara bahagian badan kita untuk kesegaran dan kelegaan bolehlah kita cuba urut bahagian telinga kita sahaja.Sambil-sambil duduk melihat televisyen,berehat di taman dan sebelum tidur malam bolehlah kita urut telinga kita sendiri yang mana dapat melegakan badan kita juga.

Rawatan urut tradisional refleksologi sebenarnya lebih kepada mencegah.Mencegah sebelum anggota badan kita sakit.Dan ia juga boleh merawat.Yang lebih utama adalah kita mencegah dahulu supaya tidak terjadi apa-apa penyakit.Selain daripada urut tradisional refleksologi tersebut,cara paling utama untuk mencegah dan menghilangkan penyakit adalah melalui urut tradisional.