Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional Adalah Rawatan Urut Terbaik.

Urut TradisionalDi seluruh dunia terdapat pelbagai jenis urut mengikut budaya dan negara tersebut.Cara,sentuhan dan teknik urutan tersebut berbeza-beza mengikut tujuan urutan tersebut dijalankan.Ada jenis urut yang bertujuan untuk memanjakan diri serta mendapat kepuasan sahaja tanpa bertujuan untuk membuang angin seluruh badan dan tak lebih ada juga urutan yang serba rigkas bertujuan untuk kesihatan.Nisbah minat seseorang pelanggan juga berbeza-beza terhadap setiap jenis urutan tersebut.Tetapi bagi saya,kalau untuk tujuan kesihatan,rawatan urut tradisional adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan jenis urut-urutan yang ada.Ini adalah kerana rawatan urut tradisional ini melibatkan rawatan urut ke segenap pejuru di seluruh badan kita.

Urut Tradisional | Mengapa Badan Menjadi Lenguh.

Urut TradisionalBadan kita terdiri daripada tulang,isi,organ dan otot.Badan menjadi lenguh disebabkan angin yang terkumpul di otot-otot kita atau kalau dalam bahasa orang putih “muscle”.Kita boleh tengok otot-otot kita dengan pergi ke pertandingan bina badan atau melihat gambar-gambar atau video-video bina badan yang bertaraf tinggi.Ahli bina badan tersebut memberi kita satu kerangka terhadap otot-otot manusia yang terdapat di segenap penjuru badan kita.Di otot-otot inilah angin-angin ini terkumpul dan menjadikan ianya sebagai rumah mereka.Angin yang terkumpul inilah yang akan menyekat peredaran darah dalam badan kita.Apabila darah tak dapat dihantar ke seluruh badan,maka oksigen  tidak boleh di edarkan dengan baik.Apabila bahagian tertentu badan kita tak cukup oksigen,badan kita sekaligus tidak mendapat nutrien dan zat yang mencukupi yang terdapat di dalam oksigen terbabit.Si sinilah sebab badan menjadi lenguh kerana tidak dapat apa yang diperlukan dalam proses tabienya.

Angin? Apa tu?. Tahukah anda di mana angin yang mana biasa orang cakap ini adalah sebenarnya asid-asid yang berkumpul di sesuatu tempat di otot kita yang membentuk ketulan-ketulan dalam pelbagai saiz.Asid ini datangnya dari pemakanan kita di mana asid serta kotoran ini akan berkumpul sesama mereka dalam satu tempat dan membentuh satu ketulan yang dipanggil angin.Angin ini harus dibuang dengan rawatan urut tradisional kerana rawatan urutan tradisional merangkumi urut seluruh badan pesakit.

Cara Urut Yang Betul Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Urut TradisionalDalam rawatan urut tradisional,cara rawatannya adalah urutan seluruh badan untuk membuang angin-angin yang terdapat di dalam badan kita.Angin-angin ini tidak terdapat di tulang-tulang,organ atau  isi kita.Ianya terdapat di otot-otot kita.Biasa kalau kita pergi dapatkan rawatan urut tradisional di lain-lain tempat,terdapat pelbagai jenis cara urutan dalam urut tradisional yang kita perolehi.Ada tukang urut tradisional ini yang urut bermulanya dari bahagian atas anggota badan kita dahulu seperti mula dari bahu kemudian turun ke bawah dan seterusnya penamat di kaki.

 

Cara rawatan urut tradisional itu tak betul sebenarnya.Bahkan jika dirujuk kepada pakar kesihatan sekalipun.Jika rawatan urut tradisional ini bermula dari atas,seluruh toksik dari angin-angin yang diurut/dihancurkan tadi dihalakan dan dikumpulkan di kaki.Ianya tidak dapat dibersihkan.Bila toksik berkumpul di kaki,kotoran ini akan membahayakan badan anda seperti terjadinya ghout dan sebagainya.Memanglah kita akan merasa lega selepas rawatan urut tradisional tu sebab otot otot sudah kendur sedikit tetapi masa selepas itu pasti akan membahayakan kesihatan anda.

Cara rawatan urut tradisional yang betul adalah bermula dari kaki dan menghala ke atas dan penamatnya di bahu/tengkuk atau kepala jika kita mahu urut kepala.Mengapa saya katakan rawatan urut tradisional adalah sebegini.Ianya adalah kerana,segala otot-otot yang mempunyai angin itu diancurkan dan toksik tersebut ditolak ke atas menuju ke arah jantung.Di jantung inilah darah kita dibersihkan melalui proses-proses yang ditetapkan Ilahi. Proses ini seterusnya secara automatik berakhir di pundi kencing di mana  air kencing dibuang dalam pelbagai warna.Kalau bewarna kuning,maka itulah toksik tadi serta toksik yang terdapat di dalam badan kita.

Sebab itulah,selepas mendapat rawatan urut tradisional,pesakit digalakkan untuk meminum air masak / lebih baik air suam dengan banyak bagi membolehkan badan mengangkut toksik-toksik tersebut dengan berkesan.Di sinilah terlihatnya proses dan kelebihan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page