Elok Mandi Air Rebusan Daun-Daun Bagi Wanita Pantang.

Setelah wanita dibawa pulang ke rumah,wanita dalam pantang sepatutnya diberi rehat yang cukup.Lebih afdal lagi sekiranya para suami yang tidak dapat menjaga isteri bersalin mencari seorang pembantu untuk menjaga isteri mereka ketika dalam pantang.Dari hari pertama balik ke rumah,wanita dalam pantang digalakkan mandi dengan air rebusan daun-daunan seperti di bawah:

Serai,daun pandan,daun tulang,daun lengkuas dan daun inai yang direbus dalam satu periuk.Apabila pastinya telah keluar barulah dibancuh dengan air suam di dalam besen.Bahan daun ini boleh dibuat untuk 3 hari.Cebuk dengan air sireh yang telah direbus di vagina dan air sireh ini dapat mencuci permukaan vagina wanita bersalin.

Bertungku.

Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas.Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita.Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin.Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.

tungku batu Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut TradisionalSetelah bertungku,proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional.Urut tradisional wanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan.Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut.Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut,taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.

Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:

1. Campurkan ingu/jadam dan halba(dimesen kering) dan dimasak.Setelah dimasak dan dalam keadaan suam,sapukan ke atas perut,ATAU

2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas,kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.

Bagi tempoh 7 hari,bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang sering kita panggil barut “kereta”.Dalam tempoh 7 hari,kita tdak digalakkan membengkong kerana ,membengkong memerlukan cerutan yang kuat.Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut.Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.

tunku2 Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional

Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation),jangan dibarut atau dibengkong.Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.

Tujuan berbengkong adalah:

1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.

2. Bagi merapatkan kembali vagina.

3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.

4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.

5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.

Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi.Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari.Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu.Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.

Selain dari mandian herba,bertungku,berurut dengan urut tradisional dan membengkong,ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang.Ibu-ibu juga digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut.Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf,saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.

Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan.Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan.Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan.

Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas atau alat penghawa dingin.Kedua-dua lubang telinga disumbat dengan bawang putih yang telah dibuang kulit.

Sapukan pilis di dahi.Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya.Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.

Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas,pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang.Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan,urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.

Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri.Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di Antara Kelebihan Urut Tradisional Bagi Wanita Bersalin Ialah:

1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan,mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran.Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.

2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas.Oleh yang demikian,tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf,juga dapat membuang angin.wanita bersalin Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional

3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin,dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun,akan mengakibatkan kesan kepada wanita itu sendiri seperti kencing tidak tos,dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj(prolapse).

Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal,amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya.Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.