Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

BAB 1 : Pengenalan AIDS.

AIDS adalah penyakit yang berpunca daripada sejenis virus yang dikenali sebagai Human Immunodefiency virus atau HIV.Virus ini boleh melumpuhkan keupayaan badan melawan penyakit. Kelumpuhan ini akan menyebabkan pesakit terdedah kepada semua penyakit yang biasanya tidak membahayakan. Selain itu terdapat beberapa jenis barah yang jarang-jarang dihadapi orang lain.

Sebenarnya AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome adalah peringkat akhir penyakit disebabkan HIV.Peturbuhan Kesihatan Sedunia mengketegorikan AIDS sebagai tiga kumpulan utama iaitu kumpulan yang aktif, pembawa virus HIV dan kumpulan yang kekurangan sistem ketahanan.

BAB 2 : Sejarah Penyakit AIDS.

Mengikut ahli sains, penyakit AIDS mula dikesan pada 1970-an. Pada masa itu penyakit tersebut masih belum diketahui sama ada dari segi punca dan kesan terhadap pesakit. Penyakit tersebut masih baru dan didapati tersebar luas pada 1981 di California, Amerika Syarikat.

Virus HIV telah mula dikesan oleh sekumpulan penyelidikyang diketuai oleh Pro, Luc Montagnier di Institut Pasteur, Paris pada tahun 1983.Virus tersebut terlalu halus dan hanya boleh dikesan melalui mikroskop elektron.Virus tersebut diambil oleh seorang homoseksual yang mengidap pembengkakan lifa (lympha glands) yang kronik. Setelah membuat kajian beberapa lama barulah sekumpulan penyelidik tersebut mendapati bahawa virus HIV merupakan agen penyebab kepada penyakit AIDS.

Kini bilangan pembawa virus HIV semakin bertambah dengan kadar yang tinggi. Tidak ada tanda-tanda penyakit tersebut berkurangan . Malahan di Malaysia, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih daripada 3000 kes dilaporkan sejak tiga tahun kebelakangan ini. Sebenarnya angka ini amat kurang jika dibandingkan dengan kes yang tidak dilaporkan.

Kajian  yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan menunjukan golongan yang paling banyak menghidapati penyakit tersebut ialah golongan muda iaitu sekitar 15-29 tahun. Jumlah ini mencakupi 50% daripada jumlah peskait secara keseluruhan.

BAB 3 : Bagaimana HIV Boleh Dijangkiti.

Virus hiv adalah sejenis virus yang boleh menyerang ketahanan manusia .Kekurangan sel darah putih menyababkan pelbagai penyakit yang lazimnya tidak merbahaya bagi orang yang sihat.

Virus HIV boleh didapati dalam dos yang tinggi dalam air mani, darah, bendalir faraj atau susu pesakit. Oleh itu jangkitan akan berlaku sekiranya menjadi pemindahan bendalir dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.

Sekiranya seseorang dijangkiti virus HIV, perbezaan fizikal tidak kelihatan dalam tempoh masa yang panjang.Hanya setelah mencapai tahap kritikal, barulah pengidap HIV dikenali sebagai pembawa virus HIV dan mendapat penyakit lain-lain. Umumnya jangkitan akan berlaku melalui tanda :-

  1. Melalui Hubungan Seks
  2. Berkongsi Alat Suntikan
  3. Pemindahan Darah
  4. Ibu Mengandung

1. Melalui Hubungan Seks

Jangkitan melalui hubungan seks merupakan punca utam merebaknya AIDS. Ini boleh berlaku antara lelaki dan perempuan (hetereseksual), lelaki lelaki(homoseksual), atau kedua-dua jantina(biseksual). Jangkitan akan bermula berlipat kali ganda apabila terdapat satu-satu pasangan yang menghidap penyakit kelamin.

Jangkitan melalui seks boleh berlaku apabila pengaliran bendalir dari penghidap HIV kepada individu yang lain. Hal ini boleh berlaku melalui faraj, dubur dan sebagainya.Jangkitan melalui seks amat ketara di Negara-negara Eropah.Kebanyakan Negara-negara tersebut mengamalkan seks bebas. Selain itu terdapat juga perkahwinan antara dua jantina yang sama. Ini lebih menggalakkan lagi penularan penyakit tersebut.

Bilangan mangsa AIDS yang disebabkan hubungan seks di Negara-negara Eropah mencapai 80 peratus, sedangkan di Negara-negara Asia hanya kurang daripada 20 peratus. Ini disebabkan Negara-negara Asia masih mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding masyarakat di Barat.

2. Berkongsi Alat Suntikan

Pemindahan darah melalui suntikan juga sering kali terjadi kepada penagih dadah. Ini disebabkan penagih berkongsi jarum suntikan sehingga darah tercemar kepada orang lain.

Suntikan yang dicemari virus HIV akan memasuki salur darah penagih baru. Virus HIV akan menyerang sistem pengaliran darah sehingga menjadikan penagih sebagai pembawa HIV yang baru. Penularan penyakit ini di Negara-negara membangun adalah tinggi.Dilaporkan lebih daripada 60 peratus disebabkan penagihan dadah, sedangkan di Negara-negara maju kurang daripada 20 peratus.

3. Pemindahan Darah

Selain itu, pemindahan darah boleh berlaku akibat pembedahan atau menerima darah yang telah tercemar.Risiko untuk mendapat jangkitan HIV melalui pemindahan darah yang tinggi.Lazimnya pemindahan darah ini berlaku di Negara-negara yang tidak mempunyai kelengkapan untuk menyaring dan menganalisis darah.Terdapat juga kejadian yang disebabkan pemindahan organ yang tercemar sehingga memberi kesan kepada penerima.

Lazimnya, penerima darah atau organ yang tercemar hanya akan hidup beberapa bulan sahaja. Ini disebabkan virus HIV telah menyerang seluruh sistem pendarahan pada tubuh badannya.

4. Ibu Mengandung

Jangkitan virus HIV juga berlaku melalui ibu mengandung. Ibu mengandung yang menghidap penyakit AIDS akan menular kepada anak yang dikandung. Oleh itu ibu yang menghidap AIDS akan melahirkan anak yang menghidap AIDS juga.

Lazimnya bayi yang menghidap AIDS hanya dapat hidup kurang daripada dua tahun.Pelbagai penyakit sampingan mudah dilihat sejak kelahiran bayi. Bayi berada dalam keadaan pucat , kurang aktif , sentiasa menangis, mengalami sakit perut dan pelbagai penyakit lagi yang boleh membawa kepada kematian.

Pengesahan Melalui Antibodi.

Bagi memastikan seseorang itu terdedah kepada virus HIV , mereka perlu menjalankan ujian darah. Sekiranya ujian tersebut positif, bermakna terdapat virus HIV yang meresap ke dalam badan. Kemudian, ujian ulangan akan dilakukan antara enam minggu hingga tiga bulan untuk memastikan mereka menghidap AIDS. Ujian pertama dikenali sebagai elise dan ujian pengesahan pula dikenali sebagai wester blot.

Sebaik sahaja virus HIV masuk ke dalam tubuh manusia, virus tersebut akan menyerang sel-sel yang berfungsi sebagai sistem pertahanan semula jadi badan daripada serangan penyakit. Sel-sel tersebut akan memusnahkan sistem daya tahan melawan penyakit secara perlahan-perlahan. Akibatnya, pesakit yang mudah terkena serangan penyakit yang lazimnya tidak berbahaya kepada manusia normal.

BAB 4 : Golongan Sasaran.

Penyakit AIDS adalah penyakit yang boleh berjangkit melalui cecair yang ada pada tubuh badan seperti air mani, darah dan susu ibu. Jarang-jarang berlku kes yang melibatkan air liur, air mata atau peluh.

Menyedari hal ini terdapat beberapa golonga sasaran yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk dijangkiti penyakit tersebut. Antara:

  1. Penagih dadah
  2. Pelacur
  3. Golongan homoseksual
  4. Ibu mengandung

1. Penagih Dadah

Penagihan dadah mula menjadi masalah sosial utama di seluruh Negara sejak beberapa dekad dahulu.Ini disebabkan penagihan dadah mampu merosakkan sesebuah negara.Dari segi kesan lain, penagihan dadah boleh mengakibatkan penularan penyakit AIDS. Sering kali penagih dadah menggunakan jarum yang sama untuk menyuntik dadah di dalam tubuh badan mereka. Mereka tidak dapat memastikan kesan tersebut secara realistik memandangkan mereka berada di dalam separuh sedar. Tambahan pula, mereka tidak dapat mengetahui atau melihat sama ada jarum tersebut sudah dijangkiti HIV atau sebaliknya.

Virus yang terdapat pada jarum suntikan akan masuk ke dalam tubuh badan mereka melalui darah. Kemudian virus itu akan menular ke seluruh badan mereka. Virus tersebut dijangkiti oleh sorang pembawa HIV. Kemudian virus tersebut akan menular kepada kepada penagih yang baru. Penyebaran jenis ini lebih banyak dilaporkan berbanding cara yang lain. Ini disebabkan jumlah penagih dadah Negara ini adalah ramai.Dengan jumlah ini peratusan dijangkiti AIDS juga turut meningkat.

2. Pelacur

Pelacur merupakan golongan yang paling terdedah kepada penyakit berbahaya ini.Pelacur menjalankan aktivit berkaitan seks rambang. Sekiranya seorang pelacur membuat hubungan dengan pembawa virus  HIV adalah mudah virus itu berjangkit.

Kemudian, virus HIV akan berjangkit kepada orang lain. Kepada aktiviti pelacuran didapati di seluruh Negara.Segelintir masyarakat di Negara-negara maju dan mundur menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan.Oleh itu, tidak hairanlah mereka menyumbangkan peratusan penyakit AIDS yang tinggi.

3. Golongan Homoseksual

Golongan homoseksual  juga ikenali sebagai gay. Golongan ini mempunyai tahap keinginan yang berlawanan dengan manusia normal.Mereka mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks sesama jantina.

Lazimnya hubungan yang mereka lakukan terkeluar daripada tabie manusia.Mereka melakukan hubungan melalui dubur atau sebagainya. Bendalir yang tercemar virus HIV akan mudah berjangkit. Golongan ini memberikan peratusan yang cukup tinggi di Negara-negara Eropah berbanding Negara-negara lain.

4. Ibu Mengandung

Wanita yang menghidapi penyakit AIDS sebelum atau semasa mengandung akan menjangkiti bayi di dalam kandungan. Virus HIV akan menular ke dalam sistem pengaliran tubuh dn seterunya memasuki janin yang dikandung.

Bayi di dalam kandungan mempunyai tahap pembesaran yan sama seperti bayi lain. Tetapi, pada usia lima hingga tujuh bulan, perkembangan bayi terganggu. Oleh itu seringkali bayi yang menghidapi AIDS dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Selain itu bayi tersebut akan menunjukkan pelbagai reaksi yang negatif selepas kelahiran. Ada bayi yang menghidap pelbagai penyakit sehingga membawa kepada kematian.

BAB 5 : Tanda-Tanda Awal.

Penyakit AIDS merupakan penyakit yang tidak menunjukkan apa-apa kesan secara fizikal.Adalah sukar untuk membezakan seorang pembawa HIV dengan masyarakat normal. Tambahan pula pembawa HIV mampu menjalankan kehidupan seperti orang lain dalam jangka masa yang panjang. Seseorang pembawa HIV tidak akan menunjukkan saat-saat kritikal dalam lima tahun pertama. Setelah lima tahuan berikutnya, barulah pembawa HIV itu dapat dikesan dari segi tahap kesihatannya. Antaranya ialah:

  1. Tiada Selera Makan
  2. Selesema
  3. Kelenjar Membengkak
  4. Berpeluh Pada Waktu Malam
  5. Sakit Kepala
  6. Kelesuan Berpanjangan

1. Tiada Selera Makan

Pembawa HIV tidak mempunyai selera makan yang baik jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan salur makanan untuk membekalkan sumbr protein dan vitamin untuk tubuh. Oleh sebab kurang selera makan, berat badan pesakit AIDS akan menurun. Pada tahap ini, penurunan berat badan berlaku sedikit sahaja kerana kekurangan vitamin dalam badan.Oleh itu, keadaan ini tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan keadaan kritikal.

2. Selesema

Ketahanan antibody yang berkurangan menyebabkan pembawa HIV kerap diserang penyakit selesema.Penyakit ini berpunca daripada perubahan cuaca. Oleh sebab itu, penyakit selesema akan kerap menyerang pesakit. Masalah selesema berlaku dalam tempoh yang lama.Bahkan jika ada dikalangan pembawa HIV yang terkena penyakit ini berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit ini lebih kronik. Ini mempercepatkan lagi kematian peakit AIDS.

3. Kelenjar Membengkak

Kelenjar akan membengkak sama ada di bahagian leher atau pinggang. Kelenjar ini membengkak secara terkawal.Ada juga pembengkakan yang tidak ketara kerana terlalu kecil. Pembengkakan ini akan semakin ketara apabila kelenjar membesar sehingga sukar bernafas serta berubah warna menjadi hijau kemerahan. Pada tahap ini pesakit akan berasa sakit dan tegang.

4. Berpeluh Pada Waktu Malam

Berpeluh waktu malam mereupakan tanda-tanda awal bagi pembawa HIV.Mereka kerap berpeluh setiap malam walaupun dalam keadaan sejuk.Kadar perpeluhan lebih tinggi berbanding dengan orang normal.Perpeluhan ini berpanjangan hingga ke pagi.Berpeluh pada waktu malam ini berlaku apabila antibodi dalam badan tidak berfungsi dengan baik.Oleh itu, kelenjar peluh sentiasa mengeluarkan peluh walaupun dalam cuaca yang sejuk.

5. Sakit Kepala

Sakit kepala atau pening kepala juga merupakan tanda-tanda awal penyakit AIDS .Sakit kepala yang dihidapi adalah kerap dan berpanjangan. Ubat pencegahan sakit kepala tidak dapat mengurangkan sakit kepala.Sungguhpun demikian sakit kepala tersebut tidak begitu kritikal berbanding tanda-tanda akhir.Ini disebabkan sakit kepala yang dirasai adalah kecil.Oleh itu, jarang-jarang pembawa HIV menyedari tentang kehadiran penyakit tersebut.

6. Kelesuan Berpanjangan

lazimnya pembawa HIV mudah penat. Pesakit jarang-jarang melakukan aktiviti kerana akan mudah berasa penat. Oleh itu pergerakan mereka lebih perlahan dan berhati-hati. Pada masa yang sama mereka akan mengalami kelesuan yang berpanjangan. Justeru itu pesakit lebih banyak merehatkan diri dari melakukan aktiviti.Ini disebabkan antibody mereka untuk melkukan sebarang pekerjaan telah dilemahkan oleh virus HIV sehingga menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.

BAB 6 : Tanda Tanda Kritikal.

Tanda-tanda kritikal telah mula kelihatan apabila penghidap HIV telah menjangkau lebih dua tahun ke atas mengikut tahap kesihatan. Antara tanda-tanda kritikal yang kelihatan secara nyata kepada pesakit AIDS ialah:

  1. Berat Badan Menurun
  2. Demam Berpanjangan
  3. Kayap
  4. Kandida Pada Mulut
  5. Pneumonia(PCP)
  6. Batuk Kering

1. Berat Badan Menurun

Kehilangan berat badan merupakan satu petanda awal yang ditunjukkan apabila berada di tahap serius.Berat badan berkurangan sehingga melebihi sepuluh peratus daripada berat badan asal.Penurunan ini bergantung kepada tahap kesihatan badan. Sekiranya pesakit memakan makanan yang boleh menyebabkan kesakitan pada perut, berat badan akan bertambah susut. Ini disebabkan pembuangan najis yang terlalu kerap sehingga menjadi lemah.

2. Demam Berpanjangan

Demam berpanjangan berlaku apabila antibody dalam badan menjadi sangat lemah.Suhu meningkat pada takat tinggi berbanding orang yang normal. Demam berpnjangan akan menyeabkan kekejangan otot yang serius. Penggunaan ubat-ubat penahan kurang berkesan. Sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan pesakit menemui ajal.

3. Kayap

Kayap adalah sejenis penyakit yang sering dihidapi oleh semua golongan.Namun begitu kayap ini tidak menjejaskan kesihatan melainkan kulit kelihatan hodoh.Kayap yang menyerang pesakit AIDS bukan sahaja menjejaskan kulit malah membentuk kesan-kesan lepuh. Penyakit ini akan merebak ke seluruh anggota badan sehingga meninggalkan kesan yag serius. Kayap ini sukar untuk diubati dan boleh menyebabkan kematian kepada penghidap HIV.

4. Kandida Pada Mulut.

Kandida sering menyerang pesakit AIDS yang berada di tahap yang serius.Penyakit ini menyebabkan mulut,gusi dan rahang ditumbuhi penyakit kudis yang serius.Penyakit kandida ini menyebabkan pesakit sukar untuk makan.Makanan yang diambil disalurkan secara terus melalui tiub dan dimasukkan ke dalam tekak atau dibahagian bawah leher yang ditebuk.  Ini disebabkan penyakit ini boleh merosakkan semua tisu-tisu yang terdapat di dalam mulut sehingga membawa kematian.

5. Pneumonia

Penyakit ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Penyakit ini menyebabkan paru-paru terkena jangkitan HIV dn menjejaskan fungsi paru-paru sebagai pengepas pengaliran darah. Lazimnya penyakit ini merupakan tanda kritikal seorang pesakit AIDS dan boleh membawa maut.Lebih banyak kematian pesakit AIDS disebabkan penyakit ini.

6. Batuk Kering

Batuk kering adalah penyakit yang berkaitan pengaliran udara yang tidak terancang dalam sistem pernafasan pesakit. Pesakit akan menghidap batuk yang serius dan berpanjangan. Ada juga pesakit yang muntah darah apabila berada dalam keadaan serius.Batuk kering juga boleh menyebabkan seseorang itu semput dan sesak nafas.

BAB 7 : Faktor Tidak Langsung Penyakit AIDS.

Penyakit AIDS berpunca daripada virus HIV yang memusnahkan sistem  ketahanan penyakit sehingga menyebabkan sistem tersebut tidak berfungsi. Oleh itu terdapat pembagai jenis penyakit yang mudah dihidapi pesakit sehingga membawa kematian. Penularan penyakit ini adalah berbeza penyakit lain kerana berkaitan dengan hubungan kelamin. Pelbagai faktir yang menyebabkan penularan penyakit tersebut secara tidak langsung. Antaranya:

  1. Kurang Bimbingan Agama
  2. Kesan Penagihan Dadah
  3. Dasar kerajaan

1. Kurang Bimbingan Agama

Hal ini merupakan salah satu faktor yang membolehkan kehidupan masyarakat menyimpang daripada lunas-lunas kemanusiaan. Kebanyakkan Negara-negara maju, membangun atau mundur mementingkan soal material sehingga mengabaikan sikap kerohanian.Oleh itu, mendorong mereka ke arah melakukan perbuatan yang tidak wajar.Kekurangan didikan agama yang diterap dari rumah sehingga ke pusat pengajian tinggi adalah wajar bagi mengekang masalah ini.Ini disebabkan agama menuntut supaya melakukan kebaikan.Secara tidak langsung perkara negative seperti melakukan hubungan seks, penagihan dadah dan sebagainya tidak berlaku.Oleh itu terdapat beberap buah Negara mengenakan hukuman yang keras ke atas kesalahan tersebut.

2. Kesan Penagihan Dadah

Kesan penagihan dadah amat jelas kerana boleh merosakkan kehidupan seseorang. Seseorang yang terjurus ke lembah penagihan dadah memeberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya Negara.Selain masalah ketguhan dadah, penularan penyakit AIDS adalah ancaman aktiviti ini.Penyuntikan jarum boleh menyebabkn virus HIV memasuki tubuh mangsa. Oleh itu kebanyakan penyakit AIDS di Negara-negara membangun lebih menjurus dalam masalah penagihan dadah berbanding Negara-negara lain.

3. Dasar Kerajaan

Hal ini merupakan satu asas yang paling penting untuk menjadi Negara maju dalam segala aspek. Oleh itu, segala dasar perlu digubal mengikut kepentingan semua pihak dan mengenepikan unsur-unsur negative.Namun begitu, terdapat di Negara-negara maju yang kurang menitik beratkan kebajikan masyarakat.Perkahwinan sesama jenis turut dihalalkan. Ini merupakan satu dasar yang songsang daripada fitrah manusia.pada masa yang sama juga aktiviti yang berkaitan pelacuranjuga tidak diharamkan. Oleh sebab itulah penyakit ADS begitu cepat merebak di seluruh Negara disebabkan tindakan yang kurang berkesan.

BAB 8 : Tindakan Susulan Di Peringkat Negara.

Menteri-menteri Kesihatan telah menghadiri persidangan Sedunia tentang pencegahan AIDS yang dibuat kali pertama pada bulan Januari 1988 di Amerika Syarikat.

Sebanyak 148 buah Negara telah bersetuju untuk menjadikan 1 Disember sebagai Hari AIDS. Selain itu Negara-negara terbabit juga telah menubuhkan jawatankuasa yang merumuskan sebagai persoalan:

  1. Membuat Penilaian Tentang Kedudukan Masalah HIV Dan AIDS Di Dalam Sesebuah Negara
  2. Menubuhkan Satu Sistem Untuk Mengesan HIV Secara Berkesan Dan Tepat Diterima Pakai Semua Pihak
  3. Merangka Program Pencegahan Yang Berkesan Terutama Golongan Yang Berisiko Tinggi
  4. Mengadakan Program Khusus Untuk Semua Golongan Professional Atau Kakitangan Kesihatan Kepada Semua Peringkat
  5. Menyediakan Makmal an Kelengkapan Untuk Tujuan Saringan Atau Diagnosis
  6. Menyediakan Sistem Pengumpulan Data Dan Maklumat Dan Menyeluruh Untuk Membantu Perancangan Pada Masa Hadapan
  7. Menyediakan Kemudahan Perkhidmatan Rawatan Kaunseling Dan Pendidikan AIDS

AIDS Di Malaysia.

Di Malaysia wabak jangkitan HIV masih ditahap sederhana. Sungguhpun demikian peningkatan terus berlaku hamper setiap tahun. Kementerian kesihatan melaporkan lebih kurang 17665 orang telah dilaporkan sebagai pembawa HIV pada tahun 1997.Jumlah ini meningkat sebanyak 3247 orang berbanding tahun 1996.Penyakit AIDS mula dikesan di Malaysia pada bulan Disember 1986.Pada masa itu, jumlah yang menghidap amat kecil.Sehingga tahun 1998, jumlah pembawa HIV kurang daripada 100 orang. Hanya pada tahun 1992 , jumlah pembawa HIV telah dilaporkan seramai 2000 orang. Daripada jumlah terbabit, seramai 535 dikenal pasti sebagai penghidap AIDS dan 454 orang telah meninggal dunia. Bagi Sembilan bulan pertama pada tahun 1997, serama 204 kes AIDS telah dilaporkan dan secara purata satu kes setiap hari.Memandangkan wabak HIV telah menular di Negara kita sejak 10 tahun dulu. Kementerian kesihatan telah menjangkakan kes AIDS telah bertambah pada masa akan datang. Jangkaan kementerian ini berdasarkan kepada hakikat bahawa penghidap HIV mula dikesan pada 10 tahun yang lalu. Bagi memastikan keadaan ini tidak berterusan, pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat  penularan penyakit AIDS . Antaranya ialah proses penyaringan darah yang didermakan semenjak APRIL 1986. Oleh itu, kementerian kesihatan telah Berjaya membuat saringan 100 peratus darah sebelum didermakan kepada pesakit.

AIDS Di Dunia.

Penyakit AIDS yang pertama mula dikesan pada tahun 1981. Pada Januari 1992, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan 446681 kes AIDS dari 163 negara. Amerika Syarikat mencatat 56.6 peratus (252997 kes), diikuti Tanzania(6.1%), dan Uganda (4.9%). Ketiga-tiga Negara ini merupakan Negara yang paling banyak menghidap penyakit AIDS. Di Negara-negara ASEAN , Thailand melaporkan 119 kes, Filipina 53 kes, Singapura 30 kes, Indonesia 16 kes dan Brunei 2 kes.

WHO menganggarkan kes AIDS sebenar mungkin melebihi 15 juta orang. Daripada itu, 500 ribu adalah kanak-kanak.WHO turut melaporkan pada tahun 1993, 13 juta penduduk dunia menghidap HIV dan 2 juta kanak-kanak menjadi yatim piatu terutama di benua Afrika.Benua Eropah mencatat jumlah pesakit melebihi 6 juta, dan Benua Asia hanya mencatat sejuta orang sahaja.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page