Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Penyakit Asthma.

Menurut Doktor Naturopati,penyakit Asthma bukanlah disebabkan Alergik tetapi ketidakupayaan untuk mengosongkan udara kotor dari paru-paru,pengumpulan lendiran di dalam paru-paru,pengumpulan lendiran di dalam paru-paru & wujudnya halangan kepada laluan udara keluar.Maksud Asthma (sesak nafas) sebenarnya adalah terlalu payah untuk bernafas seperti ada sekatan di tekak dan batuk mengeluarkan lendir.

Pencemaran udara,pewarna,perasa dan bahan awet juga penyebab asthma terutama kepada orang yang sensitif. Mendapan kekotoran dan racun di dalam paru-paru mestilah dikeluarkan melalui cara pemakanan dan rawatan urut refleksologi.Cara pemakanan yang perlu diambil adalah seperti yang diberikan di bawah manakala rawatan urut refleksologi, pesakit asthma akan diberi rawatan urut di tapak kaki yang mana bahagian tapak kaki mewakili keseluruhan urat saraf anggota yang terlibat dengan penyakit asthma.Anggota tersebut akan dirangsang untuk mendapat darah yang mencukupi dan akan menjadi sihat/normal serta menjalankan fungsinya seperti biasa dengan rawatan urut tapak kaki refleksologi ini.

Makanan Yang Mesti Diambil Oleh Pesakit Asthma.

1- Minyak ikan – 1 sudu teh setiap hari.

2- Susu kacang soya – 3 gelas sehari.

3- Karot – 3 gelas sehari,mengeluarkan selaput lendiran.

4- Bawang putih – Makan mentah lebih kurang 5 biji sehari.(Jangan sehari lebih dari 5 biji. Ini akan menyebabkan sakit anemia).Mempunyai enzim dan antibiotik semulajadi yang membantu mengurangkan lendiran di dalam paru-paru dan memulihkan pernafasan,membunuh bakteria dalam laluan udara,mencegah jangkitan pada pernafasan.3 biji bawang putih direbus dengan air suam dicampur madu,minum setiap malam.

5- Minyak emping jagung.

6- Biji labu – Direbus airnya diminum sehari 3 kali.

7- Biji bunga matahari.

8- Sayur bayam segar – Dimasak sayur air atau kukus sehari 2 mangkuk.

9- Evening Primose – 2 kapsul-pagi dan malam (di kedai farmasi).

10- Sayur asparagus – Dapatkan patinya 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.Sayurnya boleh dimasak kukus.Sayur ini tidak sesuai bagi pengidap penyakit Goiter(beguk),hati dan buah pinggang yang kronik.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Asthma.

Susu pasteur,telur masak,tepung kanji,makanan pedas dan panas,semua hasil tenusu (susu,mentega,dsb).

Jenis Vitamin Dan Herba Yang Disyorkan.

Menurut perubatan China,pesakit Asthma dibahagikan kepada 3 kategori iaitu asthma sejuk,asthma angin dan asthma panas.

1- Asthma sejuk (paru-paru mengandungi air).

2- Asthma panas & angin (paru-paru kekurangan air dan kekeringan serta panas).

Herba MIX,WIND,YUN@YIN,lung dan ALL PLUSS (diambil selepas satu bulan).

Sesetengah orang mengatakan bahawa asthma adalah seperti mereka bernafas menggunakan straw. Dakwaan ini adalah tepat, kerana semasa asthma, saluran udara di dalam paru-paru tertutup di mana menjadikan ianya sukar untuk menyedut udara. Pada masa yang sama, saluran udara menjadi kecil menjadikan ia radang dan dipenuhi dengan mukus di mana mengecilkan saluran pernafasan lebih teruk lagi. Asthma boleh menjadi serius dan boleh menyebabkan maut. Berikut adalah beberapa cara untuk mengelakkan asthma adalah dengan pengambilan Magnesium dan dapatkan rawatan urut. Magnesium merupakan mineral penting untuk membantu melonggarkan otot licin yang melapisi saluran pernafasan. Ambil bijirin dan kacang sebagai sumber magnesium terbaik anda. Rawatan urut juga teramat penting. Dalam,seorang tukang urut mahir akan mengurut di bahagian dada dan ketiak di mana urut di bahagian dada dan ketiak dimana urut di bahagian ini boleh melegakan pernafasan dan boleh juga mengeluarkan kahak dan lendir yang ada di bahagian paru paru. Bahagian lain yang perlu diurut sebenarnya adalah solar plexus,diafaram,salur pernafasan,jantung,telinga,adrenal,injab jantung,usus kecil dan besar dan kelenjar pituitari.Sebaiknya dapatkan rawatan dari pakar urut yang mengetahui tentang fungsi-fungsi badan berkaitan masalah Asthma dan juga rawatan urut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page