Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Penyakit Insomnia.

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah akan diberikan jalan keluar (kelapangan daripada permasalahan) dan dikurniakan rezeki yang tiada diketahui mana datangnya”

Tidur yang mencukupi adalah penting bagi menentukan keunggulan kesihatan pelajar cemerlang. Setelah seharian berhempas pulas dengan pelajaran, tidur adalah merupakan penawar yang paling mujarab untuk berehat. Tidur yang cukup dan selesa adalah penting bagi membolehkan tubuh mendapar rehat secukupnya. Telah dibincangkan dlaam Jadual 1 Bab 4 purata tidur yang mencukupi untuk setiap individu. Masa tidur yang cukup sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.

Bagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah tidur yang mana menyebabkan tidak dapat tidur atau sukar melelapkan mata. Pelajar yang mengalami gangguan ini walaupun badannya terlalu letih tetapi masih gagal untuk tidur. Sebenarnya gangguna tidur ini dikenali sebagai ‘imsomnia’ dan terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Jenis primer biasanya tidak dikeyahui punca yang menyebabkan seseorang pelajar mengalami imsomnia dan jarang berlaku kepada pelajar kerana imsomnia lazimnya berpunca dari faktor fizikal dan mental.

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur atau tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Faktor Insomnia.

Lazimnya pelajar yang mengalami imsomnia termasuk dalam jenis yang kedua. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar mengalami imsomnia. Ia mungkin disebabkan oleh faktor fizikal dan gangguan emosi. Bagaimanapun terdapat juga pelajar yang mengalami imsonia yang disebabkan oleh kedua-dua faktor fizikal dan emosi.

Antara faktor penyebab imsomnia ialah :

a. Tekanan perasaan kerana masalah keluarga atau masalah pembelajaran. Pelajar menghadapi masalah keluarga atau pembelajaran akan mudah mengalami imsonia. Pelajar susah untuk tidur kerana asyik memikirkan permasalahan yang dihadapinya.

b. Perasaan bimbang yang keterlaluan. Kadang-kadang pelajar dilanda bimbang yang keterlaluan. Contohnya pelajar bimbang akan gagal dlaam peperiksaan SPM yang akan diambil pada tahun hadapan sedangkan masa untuk mengulangkaji masih panjang. Pelajar yang dilanda perasaan bimbang yang keterlaluan akan mudah diserang imsomnia.

c. Kemurungan atau ketakutan. Pelajar yang mengalami kemurungan atau ketakutan yang keterlaluan akan mudah diserang imsomnia. Kedaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh kematian orang yang paling rapat dan disayangi oleh pelajar tersebut. Baginya hidup sudah tidak bermakna lagi kerana orang yang disayanginya telah pergi meninggalkannya.

d. Masalah ekonomi yang tidak stabil. Pelajar yang datang dari keluarga yang menghadapi masalah ekonomi yang tidak stabil sering mengalami imsomnia. Bermacam-macam perkara yang difikirkan. Pelajar akan berada dalam dilema sama ada untuk meneruskan pelajaran atau mencari pekerjaan untuk membantu keluarga. Ada pelajar yang menipu keluarga dengan berpura-pura pergi kesekolah sedangkan pergi ke bandar untuk berkerja sambilan.

e. Penyakit-penyakt fizikal seperti sakit sendi (arthritic), lelah (asma), resdung dan lain-lain. Pelajar-pelajar yang mempunyai berbagai jenis penyakit terutamanya lelah dan resdung akan mendapati dirinya mudah mengalami imsomnia dan begitu sukar untuk tidur. Ini adalah kerana penyakit-penyakit ini mempunyai pertalian yang jelas dengan otak dan lain-lain pancaindera kita.

f. Mengubah waktu tidur sama ada tidur lebih awal atau lewat daripada biasa. Pelajar yang cuba mengubah waktu tidur sama ada tidur lebih awal atau lewat daripada biasa akan menyebabkannya sukar untuk tidur. Ini adalah kerana sistem badan kita terkejut dan tidak dapat menerima perubahan yang kita lakukan secara tiba-tiba.

g. Meransang emosi dengan perkara-perkara yang menarik minat dan melebihi waktu tidur biasa. Contohnya pelajar menonton program TV berbentuk seram, thriller, suspen atau cerita yang pengakhirannya tergantugn atau tidak kitasangka. Kesannya minda kita terus berfikir tentang cerita yang baru kita tonton.

h. Mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur. Meminum minuman seperti teh, nescafe dan kopi akan menyukarkan kita untuk tidur. Ini kerana dalam minuman ini terdapat kafein yang boleh menghalang mereka daripada merasa mengantuk. Amalan ini tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan pelajar sukar untuk tidur. Adalah digalakkan pelajar meminum minuman yang berkhasiat yang dapat meransang minda pelajar seperti susu, milo, horlick atau jus buah-buahan.

i. Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang. Walaupun tidak ramai pelajar meminum alkohol, tetapi peratusan pelajar yang meminum alkohol semakin meningkat terutama dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Islam. Alkohol adalah sejenis dadah sama seperti kafein dalam kopi dan teh atau nikotin dalam tembakau. Meminum alkohol dalam jangka masa panjang bukan sahaja menyebabkan gangguan tidur tetapi juga membahayakan kesihatan pelajar.

j. Tidur terlalu lama di waktu siang. Terdapat segelintir palajar yang mengamalkan tidur yang terlalu lama di waktu siang. Ada yang tidur sampai 3-4 jam. Adalah tidak menjadi kesalahan tidur pada waktu siang tetapi memadailah hanya dengan ½ – 1 jam. Tidur yang berlebihan bukan sahaja akan menyebabkan pelajar letih dan tidak bermaya tetapi menyebabkan pelajar susah untuk tidur pada sebelah malam.

k. Pengambilan ubat penenang. Terdapat sebilangan pelajar yang mengambil ubat penenang apabila mereka tidak boleh tidur atau menghadapi sesuatu masalah. Sebenarnya ubat penenang yang diberikan oleh doktor untuk menenangkan fikiran yang terganggu atau risau perlu digunakan pada dos yang bersesuaian. Bagaimanapun terdapat pelajar yang menggunakan secara berlebihan. Kesannya pelajar akan mengalami ketagihan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan pelajar menjadi tidak mengantuk, risau, jatuh sakit dan berbagai masalah yang serius.

Pengkelasan Insomnia.

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

1. Insomnia Sementara.

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

2. Insomnia Jangka Pendek.

Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.

3. Insomnia Kronik.

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, gangguan fisiologi atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-Tanda Insomnia.

1. Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.

2. Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.

3. Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.

4. Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.

Kesan Insomnia.

Jadi apakah kesan imsomnia kepada seseorang pelajar? Oleh kerana tidur yang mencukupi adalah amat penting bagi kesihatan pelajar maka imsomnia atau gejala susah tidur akan mencetuskan pelbagai kesan antaranya :

1. Rasa mengantuk di siang hari terutamanya di sekolah.

2. Keletihan kerana badan tidak mendapat rehat yang cukup.

3. Mudah merasa marah atau naik angin kerana sesuatu perkara yang remeh temeh.

4. Perasaan tidak stabil.

5. Kurang bertenaga.

6. Menjejaskan tumpuan kepada pembelajaran dan menyebabkan pelajaran semakin mundur.

Untuk pelajar yang mengalami imsomnia disebabkan masalah emosi, tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan masalah emosi semakin berat dan membebankan. Manakala pelajar yang menghadapi imsomnia disebabkan masalah fizikal, kesakitan yang dialami akan bertambah dan menjejaskan lagi kesihatan pelajar.

Cara Mengatasi Insomnia.

Jadi bagaimanakah petua hendak mengatasi masalah imsomnia ini? Bagi pelajar yang mengalami imsomnia sekunder, mereka mestilah mencari puncanya terlebih dahulu. Jika pelajar dapat mengesan punca dan mengatasinya maka masalah imsomnia itu pasti dapat diselesaikan.

Jika pelajar mengalami imsomnia kerana tekanan perasaan, mereka perlulah mengatasi masalah itu dahulu. Contohnya, terdapat pelajar yang membuat kesalahan walaupun kesalahan itu hanya kecil sahaja tetapi telah dileteri oleh ibunya. Sekiranya perkara ini berterusan maka pelajar tersebut tidak dapat menumpukan perhatian kepada ulangkaji pelajarannya dan menyebabkannya mengalami tekanan perasaan. Jadi untuk menyelesaikan masalah imsomnia, pelajar perlulah menyelesaikan dahulu punca yang menyebabkannya mengalami tekana perasaan. Berbincang dan berterus teranglah dengan ibu. Jelaskan kepadanya yang pelajar tidak boleh menumpukan perhatian pada pelajaran jika dia asyik berleter seoanjang masa. Perlu juga pelajar meminta maaf walaupun kesalahan yang dibuat nampak kecil. Perkataan maaf juga boleh mendekatkan hati seseorang bersalah dengan sebelah pihak lagi. Perhubungan yang baik antara individu akan menjadikan kita gembira dan terhindar dari masalah. Dengan berterus terang kepada ibu sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Sudah tentu ibu kita akan memberikan kerjasama. Ibu mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya!

Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari dari masalah. Sebagai seorang pelajar kita pasti akan menghadapi masalah pembelajaran. Ini adalah kerana jika kita membiarkan pemikiran kita teraganggu, bahagian badan yang bertindak balas dan mengeluarkan sesuatu yang boleh mengganggu emosi. Sebagai seorang pelajar cemerlang kita tidak boleh berdiam diri. Gunakanlah kebijaksanaan dan yang penting kita perlu berterus terang. Contohnya, katakan guru matematik di sekolah begitu garang sehunggakan semua pelajar takut dan tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Untuk menyelesaikan masalah ini pelajar perlu berbincang dengan ketua darjah dan berjumpa dengan guru besar serta menerangkan keadaan yang sebenarnya.

Bagi pelajar yang mengalami imsomnia jenis primer, lazimnya pelajar tersebut tidak dapat mengesan punca sebenar berlakunya imsomnia. Hanya setelah berjumpa pakar psikiatri, barulah mereka dapat mengesan punca sebenar yang menyebabkannya menghadapi imsomnia. Bagi imsomnia jenis ini, doktor biasanya akan memberikan rawatan yang berbentuk kaunseling. Di samping itu ubat-ubatan tertentu juga diberikan. Imsomnia jenis primer biasanya jarang berlaku kerana ia berpunca dari faktor fizikal dan mental.

Rumusan.

1. Tidur yang mencukupi dan selesa adalah penting bagi membolehkan tubuh mendapat rehat yang secukupnya.

2. Pelajar yang mempunyai masalah fizikal dan emosi akan mengalami imsomnia.

3. Pelajar yang mengalami imsomnia perlu berjumpa pakar psikiatri.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page