Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Perkara Yang Perlu Ada Bagi Seorang Tukang Urut.

Setiap rawatan urut yang hendak dijalankan oleh seseorang tukang urut itu mestilah dipastikan mengandungi benda ini iaitu persediaan dari segi fizikal dan juga otak/mental.Jika ada kesemua unsur ini,insyaallah satu-satu rawatan urut itu akan terarah kepada kesempurnaan dan akan memberi kepuasan kepada mereka yang diurut.

Persiapan Fizikal.

1. Tubuh termasuk jari-jemari tangan mesti bersih.

2. Amalkan membersihkan tangan sebelum & selepas mengurut.Untuk bersihkan tangan sebaik sahaja lepas urut,mesti guna air suam.Hanya boleh guna air sejuk biasa lepas 30 minit.Ini kerana minyak urut yang melekat di tangan telah membuka liang roma kulit.

3. Pakaian tukang urut mestilah tidak menghalang kebebasan bergerak semasa rawatan urut.

4. Pakaian tukang urut mesti bersih.Baju lengan pendek sebaiknya dipakai oleh tukang urut dalam rawatan urut.

5. Jangan biarkan peluh meleleh dengan banyak kerana ia akan mengeluarkan bau hapak.Sebaiknya sediakan tuala khusus untuk sentiasa lap peluh.

6. Mengenakan pewangi pada badan adalah digalakkan untuk menyenangkan kastemer.

7. Kuku mesti pendek.Mesti sentiasa potong kuku jika mahu mengurut.Kalau boleh,lepas potong,asah kuku supaya ia tidak tajam bila tusuk badan dengan jari.

8. Pastikan tubuh anda segar dan bertenaga untuk menjalan rawatan urut.Kalau tubuh letih,urutan akan jadi tidak berkualiti.Kalau anda sakit tapi urut juga,ia akan memudaratkan tubuh anda.

Persiapan Otak/Mental.

1. Konfiden dengan 100% anda boleh selesaikan masalah sakit kastemer anda.Susuli dengan doa untuk sokong keyakinan anda.

2. Berikan kesenangan kepada kastemer dengan janji pasti yang penyakit itu akan sembuh selepas anda mengurut.

3. Bersabar dengan kata-kata yang tidak menyenangkan dan keluhan pesakit anda.Iakanlah ian dan jadilah pendengar setia sebab cara tersebut adalah salah satu cara untuk meringankan kebimbangan yang sedang ditanggung.

Benda Yang Diperlukan Seseorang Tukang Urut Dalam Rawatan Urut.

1.Minyak Urut: Anda boleh dapatkannya di Mydin,farmasi dan kedai ubat.Minyak urut yang beharga standard (tidak murah,tidak mahal) boleh dijadikan pilihan seperti ‘Pure Baby Oil’.Kalau minyak urut terlalu mahal,ia dibimbangi tidak memberi pulangan ideal kepada anda.Jika anda boleh buat sendiri lagi bagus dan kebersihan juga terjamin.Antara yang boleh anda cuba buat adalah campuran 80% minyak kelapa (bukan minyak goreng @ minyak sayur) + 10% minyak kayu putih (ada yang menggunakan minyak Gondura tapi minyak ini amat menyengat hidung) + 10% minyak serai.Dah campur 3 minyak tadi,sila masukkan dalam botol dan simpan.Disaran untuk hindarkan campur minyak yang banyak terkandung alkohol.Harus diingat,tujuan utama penggunaan minyak urut dalam rawatan urut adalah untuk memudahkan kerja dan kulit tidak lebam @ melecet.

2.Katil & Tilam Urut: Tilam dan bantal janganlah terlalu empuk/lembut dan jangan pula terlalu keras.Tinggi katil + tilam mesti diselaraskan dengan saiz badan tukang urut supaya selesa dan tidak memayahkan seterusnya cepat meletihkan tukang urut.Sebaik-baik tinggi gabungan keduanya adalah separas pertengahan paha tukang urut.

3.Bilik Urut: Mestilah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas.Ukuran ideal bilik urut disarankan 2.5m x 3m.Cat dinding dengan warna cerah dan tak perlu gantung apa benda pun padanya.

4.Tuala Urut: Sebaiknya sediakan 2 tuala urut kecil untuk lap minyak tumpah dan minyak berlebihan pada badan pesakit.

5.Alat Peredaran Udara: Udara dalam bilik urut mestilah bersih,nyaman dan menyegarkan supaya pesakit rasa selesa sepertimana berada di luar sana.

Benda Lain Yang Diperlukan Tukang Urut & Kastemer Dalam Rawatan Urut.

Persiapan urut ini dikelaskan kepada persiapan tukang urut sendiri dan persiapan kastemer.Tukang urut mesti menerima seadanya kastemer yang hendak diurut samada pelanggan itu bertubuh kecil,besar,karekter menyenangkan/tidak menyenangkan,bersih,pengotor dsb.Pusatkan minda kepada tujuan utama kita jalankan rawatan urut iautu untuk mencari rezeki.Jalankanlah dengan sebolehnya jika boleh untuk tempoh sejam,2jam @ 3 jam rawatan urut yang dijalankan.Jika anda perlu outcall ke tempat pelanggan,terimalah seadanya keadaan/suasana bilik untuk jalankan rawatan urut itu.Kalau anda tidak selesa ditambah faktor lain,cuba tanya pada hati yang mana lebih cenderung.Terima atau batalkan sahaja.Bagi seorang pelanggan pula,mereka telah menyelidik dengan puas hati untuk mendapat servis tukang urut itu.Jadi bila berdepan dengan tukang urut,kita mesti memegang pada kata pepatah orang putih iaitu ‘Don’t judge a book by it’s cover’.Penampilan dan rupa tukang urut tidak menggambarkan dengan betul dia yang sebenarnya.Apa yang penting adalah kualiti rawatan urut yang diberikan.Caj urut yang tinggi tidak bermakna servis urut itu berkualiti dan caj urut yang rendah pula tidak menunjukkan servis urut dia cap ayam.Kebiasaannya,caj urut yang begitu tinggi menunjukkan seseorang tukang urut itu mementingkan bayaran dan kualiti urut ditolak ke tepi.Sebabnya,mereka ingin memperolehi wang dengan cara mudah melalui servis yang sedikit seperti contoh seorang gigolo dsb.Ramai kastemer terpedaya.Semuanya,yang sepatut kastemer nilai adalah urut oleh seorang tukang urut itu.Satu pertanyaan kepada kastemer di luar sana,yang mana anda pilih ‘Seorang tukang urut yang pandai berkomunikasi tapi urutannya tak bagus’ atau ‘Seorang tukang urut yang tak pandai berkomunikasi tapi urutannya adalah terbaik di Malaysia’?

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page