Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Posisi Urut Pesakit/Pelanggan Dalam Rawatan Urut.

Terdapat pelbagai posisi urut yang telah ditetapkan bagi seorang pesakit semasa rawatan urut berjalan.Posisi urut memainkan peranan besar kepada keberkesanan rawatan urut itu sebab posisi urut yang tidak betul akan melemahkan daya tekanan seseorang tukang urut yang seharusnya dikenakan pada tahap optimum.Posisi urut yang ditetapkan adalah aturan dari pengalaman urut yang berkualiti dari rawatan urut orang terdahulu.Dalam rawatan urut seluruh badan,pelanggan mestilah menanggalkan semua pakaiannya dan memakai kain yang mudah diselak bagi memudahkan kerja mengurut.Faktor ini tambah faktor posisi urut yang betul akan memudahkan tukang urut memberi rawatan yang terbaik.

Posisi Urut Dalam Setiap Rawatan Urut.

1. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Punggung: Pesakit meniarap.Tukang urut boleh duduk menongkat lutut di bahagian kiri sisi punggung jika ingin urut punggung kiri dan boleh duduk bahagian kanan sisi punggung untuk jika ingin urut punggung kanan.Tukang urut juga boleh meletakkan lutut kaki yang dibengkokkan di dalam antara 2 kaki pesakit dan satu kaki lagi dibengkokkan ke belakang denga lutut diletakkan di sisi luar kaki pesakit.

2. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Pinggang & Punggung: Perpindahan dari urut punggung kepada pinggang mestilah bersambungan kerana dua anggota ini saling berkait rapatSatu kaki tukang urut dibengkokkan dan lututnya diletakkan di celah antara dua kaki pesakit (celah kangkang).Pastikan kalau boleh jangan bersentuhan dengan kaki pesakit.Untuk itu bukakan sikit kangkang pesakit.Bersambung dari tadi,satu lagi kaki tukang urut dibengkokkan ke belakang dan bertongkat dengan lutut.Lutut mesti diletakkan di mana-mana sisi luar kangkang pesakit.

3. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Perut: Pesakit baring terlentang dengan kedua kaki dibengkokkan 75 darjah ke atas untuk mengelakkan perut jadi terlalu tegang.Kedua tangannya pula diletakkan di bawah selari dengan badan.Tukang urut pula duduk menongkat lutut denga salah 1 lutut dibengkokkan untuk jadikan badan seimbang untuk mengurut.Lengan lurus dan tubuh sedikit condong ke hadapan.

4. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Kaki: Pesakit meniarap atau terlentang.Tukang urut boleh duduk bersila atau duduk dengan 2 kaki dibengkokkan ke depan dan satu lagi ke belakang.

5. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Leher: Pesakit baring mengiring dan sambil mengurut,tukang urut menjaga/menahan kestabilan badan pesakit.Urut leher juga boleh dibuat semasa pesakit duduk bersila.

6. Posisi Urut Untuk Sesi Urut Pundak: Pesakit duduk bersila.Satu kaki tukang urut dibengkokkan dengan lutut menahan punggung pesakit.Satu kaki lagi dibebgkokkan ke belakang untuk memberikan satu keseimbangan.

Tahap Tekanan Dalam Rawatan Urut.

Tahap tekanan dalam rawatan urut memang mesti dikenakan berlainan pada satu-satu anggota tubuh.Ada anggota yang boleh/memerlukan diurut dengan tekanan yang Urut Kuat Maksima Sekuat Tenaga,Sederhana/Agak Kuat dan Sekadar Sentuhan/Usapan/Belaian.Di sini,anda boleh menilai kekuatan urut anda berpandukan alat ukuran yang saya sediakan ini.

Urut Kuat Maksima Sekuat Tenaga – 10, Urut Kuat Maksima Sekuat Tenaga – 9, Urut Kuat Maksima Sekuat Tenaga – 8, Urut Kuat Maksima Sekuat Tenaga – 7,Urut Sederhana/Agak Kuat – 5, Urut Sederhana/Agak Kuat – 4, Urut Sederhana/Agak Kuat – 3, Urut Sederhana/Agak Kuat – 2, Sekadar Sentuhan/Usapan/Belaian – 1.

Kepentingan Serius Berkenaan Tekanan Dan Posisi Urut.

Serius dengan tahap tekanan dan posisi urut akan memberikan satu rawatan urut menyenangkan dan berkualiti seterusnya insyaallah dapat menyembuhkan penyakit seseorang pesakit.Jika perkara yang harus dititik beratkan ini huru-hara,maka keseluruhan rawatan urut boleh dirumuskan juga huru-hara dan pelanggan menilai kita sebagai tukang urut tidak/separa mahir.Kebarangkalian untuk memanggil bagi kenakan urut kali kedua tiada.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page