Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Berbagai Cara Rawatan Yang Diberikan.

Urut TradisionalRawatan urut tradisional merupakan satu seni yang amat halus.Setiap rawatan urut tradisional yang diberikan oleh tukang urut tradisional merupakan persembahan satu kerja seni yang mana tidak semua tukang boleh buat dengan baik.Setiap orang yang mahu menjadi seorang tukang urut @ therapist terlatih mestilah mendapat satu pengetahuan dan pendidikan khusus dalam rawatan urut tradisional ini.Setiap gerak jari tukang urut tradisional itu merupakan sesuatu yang amat bernilai dan juga sesuatu gerak kerja seni yang amat diharapkan oleh setiap pelanggan yang mendapat rawatan urut tradisional tersebut.Urut tradisional yang sebetulnya,tidak lain dan tidak bukan adalah satu urut tradisional bagus dan betul yang boleh memberi kesan ke atas kemajuan kesihatan mereka.Tanpa gerak kerja seni rawatan urut tradisional yang bagus,pelanggan akan merasa sesuatu yang rugi ke atas nilai wang yang mereka miliki.

Di Malaysia,tidak kira di kampung atau di bandar,terdapat banyak tukang urut yang berpengetahuan dan tidak berpengetahuan dalam rawatan urut tradisonal ini.Jika di kampung,kita ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjalankan kerja rawatan urut tradisional ini separuh masa dan juga sepenuh masa.Jika di bandar,kita ada pakcik-pakcik,makcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik yang menjalankan rawatan urut tradisional ini.Mereka menjalankan rawatan urut hanya untuk sementara dan ada juga untuk tempoh yang lama.Kesemua mereka ini mempunyai cara dan kaedah yang berbeza-beza dalam menjalankan rawatan urut tradisional mereka.Ada yang memberi rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan jari.Ada juga tukang urut tradisional ini memberikan rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan siku @ lengan.Ada Juga yang memberi rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan badan mereka atau dipanggil “body ke body“.Macam-macam lagi.Apa yang hendak diceritakan di sini adalah tukang urut tradisional yang memberikan rawatan urut tradisional dengan menggunakan jari dan siku @ lengan.

Urut Tradisional | Jari Vs Siku @ Lengan.

UrutJari merupakan organ tubuh yang paling sensitif yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia.Tujuan pengurniaan jari ini adalah untuk kita merasa setiap apa yang kita sentuh dan pegang.Semasa menyentuh sesuatu benda,saraf di jari kita akan menghantar satu isyarat ke otak untuk dianalisa dan diproses mengenai benda yang kita pegang itu.Keputusan akan dihantar semula ke jari dalam masa tak sampai sesaat.Dalam masa yang sama,jika benda yang kita sentuh itu memerlukan kita melakukan sesuatu tindakan ke atasnya,maka satu isyarat dari otak akan dihantar ke jari untuk tindakan selanjutnya.Dalam kes rawatan urut tradisional ini,jarang sangat tukang urut tradisional yang mempunyai kelebihan seperti ini di mana setiap rawatan urut tradisional menggunakan jari yang diberikan hanya sekadar urut dan sentuh sahaja.Tidak ada proses di otak untuk memulihkan angin pelanggan yang mereka rasa dengan jari mereka semasa rawatan urut tradisional tersebut.Tukang urut tradisional sebegini biasanya adalah mereka yang tidak mempunyai pendidikan tentang ilmu rawatan urut tradisional.Nasibahnya,kesihatan pelanggan tidak berubah.Yang berubah hanya dalam beberapa peratus sahaja.Hal ini menyebabkan pelanggan yang mendapatkan rawatan urut tradisional tersebut hanya lega untuk seketika sahaja.Sebagai kesimpulannya dari kes ini,jari adalah alat utama dan yang sebetulnya yang digunakan oleh tukang urut tradisional dalam rawatan urut tradisional seluruh badan kepada setiap pelanggan.

Kes rawatan urut tradisional menggunakan jari dengan tanpa ilmu urut tradisional yang asas dan khusus ini adalah sama bentuknya dengan rawatan urut tradisional yang diberikan oleh tukang urut yang menjalankan rawatan urut tradisional mereka dengan menggunakan siku @ lengan.Siku adalah sesuatu benda yang boleh dikatakan tajam di mana ia adalah bukannya deria rasa.Siku @ lengan tidak boleh merasa contohnya untuk mengesan satu-satu angin dalam badan kita berada.Otak tidak bekerjasama dengan siku @ lengan.Siku hanyalah tulang.Lengan hanya otot sahaja.Tulang dan otot tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai deria rasa.Ianya hanya digunakan untuk menghentak sesuatu benda seperti mempertahankan diri dsb.Ianya boleh dianggap pilihan kedua dalam rawatan urut tradisional ini seperti menusuk di tempat yang terkedalam sedikit di anggota badan manusia yang mana ianya tidak boleh ditusuk dengan menggunakan jari kita.Sebagai kesimpulannya dalam kes ini adalah,siku @ lengan hanya boleh digunakan untuk membilas sahaja tempat-tempat yang telah diurut setelah menggunakan jari tersebut,tempat-tempat yang terkedalam di tulang belikat dan juga menusuk di tapak kaki untuk rawatan urut tapak kaki refleksologi.

Urut Tradisional | Angin Di Badan Tak Boleh Hilang Jika Diurut  Dengan Siku.

Urut Anda perlu tahu bahawa sekiranya seseorang tukang urut tradisional tersebut yang seluruh masa rawatan urut tradisional itu adalah rawatan urut tradisional dengan hanya menggunakan siku @ lengan sahaja,dia adalah seorang tukang urut tradisional yang tidak mempunyai pengetahuan dan pendidikan khusus dalam rawatan urut tradisional.Anda tidak perlu percaya dengan tahyol-tahyol dan dongeng-dongeng yang dipaparkan dari mulut tukang urut tradisional tersebut sendiri kerana ianya adalah hanya untuk menyedapkan dan meyakinkan kita sebagai pelanggan yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang rawatan urut tradisional.Yang seeloknya,carilah tukang urut tradisional yang memberi rawatan urut tradisional dengan menggunakan jari kerana jari sememangnya adalah sesuatu yang sinonim dengan urut @ rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page