Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Cara Ilmu Rawatan Urut Tradisional Diperolehi.

Urut Tradisional Rawatan Urut tradisional melayu adalah amalan orang-orang melayu di Malaysia sejak berkurun abad yang lalu.Urut tradisional ini diamalkan oleh orang-orang melayu melalui proses turun menurun.Kalau dahulunya dan kemungkinan sehingga sekarang orang orang yang mendapat ilmu urut tradisional adalah melalui keluarga mereka yang teratas seperti dari nenek,datuk,emak dan bapa.Mereka percaya bahawa tanpa diturunkan ilmu urut tradisional melalui pemindahan dari keluarga kepada keluarga,maka seseorang itu tidak boleh mengurut.

Lagi satu cara seseorang memperolehi ilmu urut tradisional ini adalah dengan mendapatinya melalui mimpi.Cara mereka memperolehi ilmu urut tradisional melalui cara ini adalah pemberian tuhan yang maha esa.Seseorang yang menghidapi sakit teruk seperti demam teruk,sakit seluruh badan yang teruk ataupun seseorang yang hidupnya terlalu susah,miskin dan menderita juga boleh mendapati ilmu urut tradisional ini dengan cara bermimpi.Kurniaan ilmu urut tradisional ini melalui mimpi oleh Allah s.w.t adalah semata-mata untuk menolong orang-orang yang tertentu yg hidupnya terlalu susah dan menderita.Orang orang tertentu dan terpilih ini diberi ilmu urut tradisional ini adalah untuk membantu orang lain dan juga membantu diri mereka sendiri.

Di sini sahih bahawa urut tradisional ini adalah salah satu cara terapi tradisional yang diiktiraf bukan sahaja masyarakat seluruh dunia,tetapi juga tuhan.Orang-orang melayu percaya bahawa proses memperolehi ilmu urut tradisional ini selalunya tidak boleh dipindah ajar kepada pihak ketiga.Ilmu urut tradisional ini adalah hanya dari satu pihak kepada satu pihak penerima.

Tetapi berlainan pula di zaman moden ini.Ilmu urut tradisional ini boleh diajar dan boleh dipelajari melalui searang guru urut tradisional yang mahir kepada seseorang yang lain dengan bayaran yang ditetapkan tanpa terdapat apa-apa pantang larang dan syarat yang terlalu ketat.Pembelajaran ilmu urut tradisional ini diperolehi melalui syarat zahiriah.Tetapi ilmu urut tradisional ini juga boleh dimantapkan lagi dengan ditambah beberapa pendinding atau mukjizat beberapa kalimah ayat Al-Quran yang terpilih.

Petua Dalam Menjalankan Rawatan Urut Tradisional.

Urut TradisionalMasyarakat melayu kita mempercayai bahawa terdapat beberapa petua yang harus dipatuhi dalam kerja urut tradisional.Petua urut tradisional ini adalah untuk mengelakkan sampukan,badi daripada orang yang kita urut.Pengalaman bekerja dengan orang orang Barat dan Eropah,tidak dinafikan mereka juga mempercayai akan kewujudan  perkara-perkara halusinasi dan kaitan antara pesakit dan yang mengurut.Terdapat seperti contoh tukang urut akan mendapat penyakit  yang sedang dihadapi oleh pesakit seperti demam,sakit bisa-bisa tulang dll.Kadang-kadang terdapat tukang urut yang mengalami kekejangan di jari jemari dan pangkal lengan.Ini  semua menunjukkan bahawa benda-benda halusinasi ini wujud.Tetapi adakah anda tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Bagi orang-orang Cina dan Jepun,mereka akan memakai atau menyimpan batu kristal yang bewarna putih di bada mereka ketika menjalankan tugas mengurut.Mereka percaya bahawa kristal bewarna putih akan dapat membantu meraka daripada serangan benda-benda halusinasi dan menghindarkan diri mereka daripada mendapat penyakit berpindah dan ada daya mengawal diri mereka.

Berlainan pula dengan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam.Kita bolehlah memakai sedikit pendinding atau dengan membaca beberapa surah seperti Al Fatihah,Surah Al Asr dan Surah Al Kursi.Di samping Surah-surah ini,anda boleh juga berselawat nabi sambil menjalankan tugas untuk urut tradisional anda.Kita kena yakin,bertawakkal dan ikhlas menjalankan tugas urut tradisional ini serta selalu diiringi dengan niat yang positif iaitu untuk membantu memulihkan kesihatan pesakit kita.Apabila kita memegang badan orang lain,telah berlakunya pertemuan tenaga dan aura kita dengan pesakit tersebut.Sebab inilah salah satu lagi cara untuk mengawal diri kita ialah dengan belajar mengenali aura dan tenaga dalaman.Apabila kita tahu mengenai aura,kita akan lebih yakin dan kita akan memakai pakaian yang bewarna aura kita sahaja yang boleh menjadi warna perisai kita dan dapat menjadi warna kawalan untuk diri kita.Kalau kita mengurut dan menjalankan rawatan urut tradisional ini kepada orang-orang yang bukan Islam sekalipun,kita perlu memulakan gerakkerja urut tradisional tersebut dengan kalimah bismillah.Kalimah ini adalah untuk diri kita.

Niat Serta Keikhlasan Dalam Menjalankan Rawatan Urut Tradisional.

Urut TradisionalKita telah maklum bahawa kalimah bismillah telah diturunkan oleh Allah s.w.t lebih awal iaitu seawal 700 ribu tahun sebelum datangnya Islam.Ini amat berkesan untuk membantu kita di dalam kerja rawatan urut tradisional yang boleh dikatakan bukan mudah dilakukan oleh semua orang.Tetapi kerja rawatan urut tradisional ini menjadi mudah dan menyeronokkan sekiranya kita melakukan dengan tujuan ikhlas untuk menolong dan membantu.Orang yang mendapat rawatan urut tradisional daripada kita ini juga insyaallah akan merasa puas hati dan dan tidak keberatan dikatakan mungkin mereka akan datang lagi mencari kita untuk merasai kepakaran dan keikhlasan dalam rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page