Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Apa Itu Refleksologi.

RefleksologiUrut tradisional refleksologi adalah,tindakbalas pusat atau suis yang ada di tapak kaki,tapak tangan dan telinga kepada kepada organ-organ di dalam badan manusia.Urut tradisional refleksologi tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat pada masa ini kerana urut tradisional refleksologi ini boleh menyembuh pelbagai penyakit yang merbahaya mahupun yang tidak merbahaya.Urut tradisional refleksologi ini boleh dikatakan di belakang sikit sahaja dengan urut tradisional.Tetapi ianya satu jenis rawatan dalam rawatan urut tradisional yang memberikan satu kesihatan badan secara tidak nampak bukan sepertimana rawatan urut tradisional urutan badan yang biasa orang dapatkan.

Urut Tradisional | Macamana Refleksologi Bekerja.

Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia.Jadi,kalau di rumah,setiap lampu ada mempunyai suis yang tersendiri.Begitu juga dengan organ badan kita.Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki,tapak tangan dan telinga.

Cuba perhatikan rajah ini betul-betul.Bermula dari atas iaitu jari kaki.Suis-suis hebat yang diciptakan Allah ini tersusun dengan cantiknya di mana susunan suis tersebut sama dengan susunan organ manusia.Jika kita dalam keadaan berdiri dibandingkan dengan tapak kaki yang berdiri seperti gambarajah di sebelah,susunan suis dan organ dalam badan manusia adalah sama.Semakin tinggi suis itu berada,begitulah juga tingginya organ-organ badan kita berada.Bermula dari jari kaki yang mewakili kepala,mata dan sebagainya.Kemudian ke bawah sedikit mewakili dada.Seterusnya ditangah-tengah tapak kaki adalah mewakili bahagian perut.Dan seterusnya sampai ke tumit yang mewakili kaki dan sebagainya.

RefleksologiCara urut tradisional refleksologi bekerja adalah,apabila kita tekan setiap bahagian/point pada tapak kaki tersebut,organ-organ yang mewakili point tersebut akan menyala.Nyalaan inilah yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”.Yang menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah wayar /urat saraf.Dalam masa organ tersebut menyala,wayar/ urat saraf masing masing yang menghubungkan point ini dengan organ tersebut akan mengalirkan tenaga elektriklah boleh dikatakan.Dengan adanya tenaga letrik ini,ia akan memecahkan segala angin atau kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut dan ianya juga akan merangsang urat saraf tersebut supaya menjadi aktif.Bila aktif,urat saraf tersebut akan sihat.Bila sihat,darah darah akan dapat mengalir dengan baiknya ke bahagian-bahagian organ badan tersebut dan organ tersebut akan sihat sesihatnya kerana telah mendapat zat dari darah yang mengalir dengan baiknya tadi.Di sinilah fungsi urut tradisional refleksologi yang penting di mana ia akan merangsang organ-organ badan yang kusam tidak bermaya kepada organ-organ yang telah sedar dan terjaga.

Kalau kita rasa ada ketulan di tapak kaki kita,sedarlah.Kesihatan anda dalam bahaya.Ketulan-ketulan yang berada di tapak kaki kita atau dengan kata lain berada di point refleksologi tersebut,telah memberikan kita tanda bahawa suis organ tersebut telah diselaputi lumut dan busut.Begitu juga wayarnya/urat sarafnya.Jadi kita kena cuci suis/point tadi dengan rawatan urut tradisional refleksologi,di mana suis/point tadi akan dibaikpulih/dicuci oleh tukang urut tradisional refleksologi.Setelah suis/point tadi sudah dicuci,dengan kata lain ketulan atau busut/lumut tadi telah hilang,dan suis/point tadi telah dapat digunakan seperti biasa.Bila kita memijak sesuatu,suis/point tadi tidak ada masalah untuk mengalirkan urat saraf dengan tenaga letrik dan seterusnya menyalakan/merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang atau dengan kata lain mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Urut Tradisional Refleksologi Dibuat Dengan Pelbagai Cara.

Sebenarnya,urut tradisional refleksologi ini boleh dijalankan menggunakan tangan,kayu,tanduk kerbau,plastik dan lain-lain lagi.Ini bergantung kepada kita yang mana kita rasa selesa.Bermacam-macam pendapat tentang cara untuk menjalankan urut tradisional refleksologi.Tapi sebaik-baiknya,pastikan cara urut tradisional refleksologi itu membuatkan anda merasa selesa semasa proses rawatan.Perlu diingatkan.Jika tapak kaki anda sakit bila memijak sesuatu,kesihatan anda dalam bahaya.Anda harus mendapat rawatan urut tradisional refleksologi untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.Tapak kaki yang tiada sakit lagi,ia telah menandakan kesihatan seseorang itu berada dalam keadaan baik.

RefleksologiTempoh rawatan urut refleksologi yang terdapat pada ,masa kini pelbagai-bagai.Ada rawatan urut tradisional refleksologi hanya setengah jam.Ada rawatan urut tradisional refleksologi yang 45 minit.Tetapi,rawatan urut tradisional refleksologi yang ideal adalah 45 minit intuk kedua-dua bela kaki.Dapatkan rawatan urut tradisional refleksologi dari pengamal rawatan urut tradisional refleksologi yang mahir.Rawatan urut tradisional refleksologi adalah satu dari rawatan urut tradisional yang condong kepada pencegahan.Urut tradisional refleksologi ini berfungsi mencegah organ-organ badan yang tidak sihat supaya tidak menjadi lebih teruk.Dengan rawatan urut tradisional refleksologi,kesihatan yang berada dalam taraf bahaya ini dapat dikembalikan kepada kesihatan yang asal atau kesihatan yang normal.Jadi,jangan terlepas pandang terhadap urut tradisional refleksologi.Ia merupakan jenis urutan yang tersembunyi dalam rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page