Sejarah Awal Refleksologi.

Sejarah awal urut tradisional tapak kaki @ refleksologi yang diketahui adalah berasal dari negara Mesir pada 2330 sebelum Masihi.Ini dapat dibuktikan melalui lukisan tangan Pictograph dan Heiroglyph yang sekarang tersimpan di Institut Papyrus,Cairo Mesir.Lukisan ini dijumpai di dinding perkuburan.foot massage Sejarah Refleksologi Dalam Urut TradisionalAkhmahor,seorang pegawai tinggi firaun di Saqera,Mesir.Lukisan tersebut menggambarkan seorang tahbib dizaman firaun yang dikenali sebagai Mastaba sedang merawat seorang pesakit dengan memicit di bahagian tangan dan kaki.Terjemahan dari Heiroglyph pula bermaksud “Jangan biarkan saya sakit” kata pesakit dan jawab Mastaba “Saya akan melakukannya seperti yang kamu kehendaki”.

Seterusnya rawatan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi ini telah berkembang ke negara China sekitar tahun 800 Masihi di mana pada masa itu,didapati orang-orang China mengamalkan rawatan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi yang dipanggil Chau Ti An Mo.Di zaman dinasti Sung,Maharaja Huang Ti telah menulis sebuah buku laporan tentang kesihatan dan rawatan penyakit yang diberi judul Nei Ching The Theory Of Meridian.Buku ini adalah buku yang paling tua mengenai ilmu perubatan.

Pada abad ke 13,dizaman dinasti Yuang seorang ahli perubatan yang mahir dan terkenal bernama Jen Po telah menulis sebuah buku bertajuk The Exposition Of The Fourteen Meridians.Buku ini mendedahkan tentang cara pengubatan menggunakan kaedah picitan di kaki(refleksologi) dan Acupuncture.

Refleksologi Salah Satu Terapi Untuk Kesihatan.

Urut tradisional tapak kaki @ refleksologi bukanlah Panacea (ubat segala penyakit),tetapi merupakan salah satu dan pilihan cara pengubatan penyakit.Urut tradisional tapak kaki @ refleksologi sentiasa diperbaharui.reflexology Sejarah Refleksologi Dalam Urut TradisionalRahsia untuk menjadi pengamal urut tradisional tapak kaki @ refleksologi yang baik adalah bergantung kepada penyelidikan dan pengamalan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi yang berterusan.Terapi melalui urut tradisional tapak kaki @ refleksologi adalah salah satu cara untuk melancarkan perjalanan darah.Dikatakan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi ini berasal dari Mesir dan China.Kini banyak penyelidikan telah dibuat untuk menggabungkan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi dengan perubatan moden.Tapak kaki merupakan simpulan akhir saraf.Setiap bahagian urut tradisional tapak kaki @ refleksologi digambarkan sebagai bahagian tubuh manusia.Kawasan urutan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi bukan sahaja di tapak kaki tetapi terdapat hampir seluruh tubuh manusia.

Perkembangan Refleksologi Di Barat.

Urut tradisional tapak kaki @ refleksologi ditemui oleh Dr. William H.Fitzgerald dalam tahun 1898.Beliau adalah salah seorang ahli perubatan di hospital Boston yang telah menulis sebuah buku bertajuk “Zone Therapy” atau “Relieving Pain At Home”.Beliau hanya berminat dengan picitan di tapak tangan sahaja.

Pada 1930,Eunice Ingham,seorang ahli perubatan terapi kepada Dr Joe Shelby Riley telah membuat kajian tentang Zone Therapy Dr William dan mendapat pemicitan di tapak kaki memberi kesan lebih baik dari tapak tangan.Eunice Ingham kemudiannya menulis buku “Stories The Feet Can Cell”.Pada 1913 beliau membuka International Institute of Reflexology Florida USA.Dalam kaedah Islam,ilmu perubatan sangat dipentingkan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang maksudnya “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali menurunkan juga ubatnya”.

Bagaimana Refleksologi Berfungsi.

Selepas menerima rawatan urut tradisional tapak kaki @ refleksologi,bahagian organ-organ yang dirawat mendapat bekalan darah yang sempurna melalui peredaran darah.1 Sejarah Refleksologi Dalam Urut TradisionalFenomena ini sedang dikaji oleh Saintis dan didapati tapak kaki lebih cepat rangsangannya daripada tapak tangan.

Mengapa Pentingnya Perdaran Darah.

Setiap organ tubuh memerlukan darah untuk berfungsi dengan sempurna.Darah dibekalkan ke organ dengan zat-zat,Oksigen,Hormon,Antibodi dan ia juga membawa bahan kumuhan yang tidak diperlukan.

Apabila organ dalam tubuh rosak atau kurang berfungsi,ia boleh diperbaiki dengan cara memperbaiki semula peredaran darah.Apabila peredaran darah semakin sempurna maka lebih cepat ia akan sembuh.circ Sejarah Refleksologi Dalam Urut TradisionalApabila seseorang merasa sakit di bahagian organ yang dirawat atau terdapat pembengkakkan,ini bermakna bahagian tersebut telah membentuk kristal asid urik dan pengumpulan bahan-bahan toksik menyebabkan peredaran darah terganggu.Oleh itu bahagian tersebut terasa sakit dan kurang selesa.Jika peredaran darah lancar bermakna fenomena kesakitan tidak hadir pada bahagian yang diurut.Mencegah lebih baik dan lebih berkesan ke arah rawatan semulajadi.Rawatan semulajadi yang terbaik adalah urutan refleksologi dan boleh dilengkapkan dengan rawatan urut tradisional.