Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Serangan Jantung.

Jantung berfungsi sebagai pam otot yang menolak darah ke seluruh tubuh.Jantung adalah pam yang cekap dan sangat berguna kepada manusia. Ketika bersenam, jantung akan meningkatkan pengaliran darah. Jumlah darah yang dipam adalah empat kali ganda berbanding jantung yang berdenyut semasa rehat. Secara purata jangka hayat, jantung mengepam atau berdenyut lebih 3000 juta kali.

Jantung terdiri daripada dua kebuk atas dan berdinding tipis yang kecil yang dikenali sebagai atrium dan dua kebuk di bawah berdinding tebal yang dikenali sebagi ventrikel.Vena berdinding nipis yang lemah membawa darah kembali ke jantung.Injap satu hala antara kebuk dalam vessel memastikan darah mengalir dalam arah betul.Penutupan injap jantung yang berbeza menghasilkan denyutan jantung secara normal.

Jantung Dan Peredaran Darah.

Jantung mengepam darah ke dalam arteri bercabang yang tersebar ke seluruh bahagian tubuh.Sebagai contoh, arteri carotid membawa darah ke bahagian kepala atau arteri renal membawa darah ke bahagian ginjal.Setiap cabang darah menjadi semakin kecil sehingga menjadi tiun mikroskop yang dikenali sebagai kapilari.

Kapilari mempunyai dinding yang sangat nipis dan oksigen serta nutrient boleh melaluinya dengan mudah daripada darah ke dalam tisu.Jantung tidak boleh menggunakan darah yang mengalir daripada kebuknya yang membekalkan makanan dan oksigen kepada tisunya sendiri.Darah bertekanan tinggi bergerak terlalu pantas dan berada di bahagian kanan jantung.Kandungan oksigen dalam darah di bahagian kiri jantung pula sangat rendah.Oleh itu, dinding jantung mempunyai bekalan darahnya sendiri daripada arteri koronari yang membentuk jaringan pada permukaan jantung.

Jantung bukanlah organ pam tunggal,  tetapi dua pam tunggal, tetapi terdapat dua pam yang terletak sebelah menyebelah. Darah akan mengalir keluar daripada pam kiri di sepnajang arteri utama iaitu aorta dan mengelilingi tubuh. Darah membekalkan oksigen yang diperlukan manusia.Darah yang rendah kandungan oksigennya, kembali ke pam kanan.Kemudian darah dihantar melalui arteri pulmonary ke paru-paru darah yang menyerap oksigen dan kemudian mengalir semula ke pam kiri untuk memulakan peredaran di sekeliling tubuh sekali lagi.

Serangan Penyakit.

Serangan jantung mempunyai dua peringkat.Serangan ini biasanya berlaku dalam arteri koronari yang dikeraskan oleh arteriokleosis dan disekat oleh sebahagian plak bergumpal dalam aterosklerosis. Sifat lapisan arteri koronari yang sempit dan berbonggol menyebabkan darah mengalir melalui arteri dengan cara berpusar dan bergolak. Ini menjadikan darah membentuk gumpalan atau bekuan keras yang dikenali sebagai trombosis. Thrombosis koronari terbentuk dengan serta-merta di bahagia arteri koronari yang sempit dan menyekat sebahagian  atau sepenuhnya arteri.

Dalam beberapa ketika, bahagian otot jantung dipenuhi arteri akan mengalami spasma atau kekejangan tak terkawal. Sekiranya bekalan darah masih tersekat, bahagian otot tersebut mula mati iaitu suatu proses yang mula dikenali sebagai infarksi miokardium. Dalam angina, otot jantung boleh pulih semula, sedangkan otot yang telah mati tidak boleh pulih semual. Bergantung kepada saiz dan kedudukan bahagian yang terlibat, kebolehan pengepaman jantung akan menjadi semakin lemah. Darah mengalir perlahan di sekeliling tubuh, termasuklah darah yang mengalir ke arteri koronari.Keadaan tersebut lama-kelamaan boleh menjadi serius.

Sesetengah serangan jantung adalah minor dan penghidap boleh pulih dengan cepat.Sekiranya jantung semakin lemah, denyutan tetap boleh terganggu.Ini merupakan satu faktor kematian yang paling lazim berlaku akibat serangan jantung.

Penyakit-Penyakit Berkaitan Jantung.

Penyakit jantung merupakan satu penyakit yang boleh menyerang semua golongan tanpa mengira kaum atau jantina.Di Negara-negara maju, penyakit jantung adalah penyumbang ketiga terbesar selepas AIDS dan diabetes. Di Negara-negara membangun yang lain juga menjadi pembunuh ketiga selepas diabetes dan kemalangan jalan raya. Lazimnya, kematian disebabkan serangan jantung secara total jarang-jarang berlaku.

Kematian hanya berlaku disebabkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan serangan jantung seperti:

1. Sakit Dada.

Arteri koronari pada jantung mudah rosak.Masalah yang sering timbul ialah pengisian tisu lemak dan pengerasan dinding arteri. Apabila keadaan ini terjadi penyakit arteri koronari(CAD) akan berlaku. Sekiranya tubuh berada dalam keadaan rehatCAD mungkin  tidak mempunyai sebarang kesan tetapi semasa keadaan masih aktif, jantung mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah tambahan ke otot, termasuk otot jantung. Bahagian otot jantung yang mengandungi arteri berpenyakit tidak menerima oksigen secukupnya.Bahagian tersebut mengalami kekurangan bekalan darah dan bergerak balas dengan member isyarat kesakitan yang dinamakan ‘angina’.Ketegangan berlaku pada bahagian dada sehingga merebak ke bawah lengan kiri.

2. Bekuan Darah.

Darah boleh membeku bukan sahaja dalam arteri tetapi juga dalam salur-salur darah yang berpenyakit.Kerosakan salur darah disebabkan pembekuan darah bergantung kepada kawasan bekuan yang terbentuk.Dalam arteri kaki, arteri mengahalang darah yang cukup daripada mengalir ke otot kaki.Ini menyebabkan berlakunya kekejangan ketika berjalan atau berlari. Selain itu, pembekuan berlaku dalam salah satu vena pada  otot kaki. Darah tidak boleh mengalirsemula melalui vena ke jantung.Kaki membengkak dan terasa sakit.Ini berlaku akibat otot kaki tidak sering digunakan seperti baring dia atas katil dalam satu tempoh yang lama selepas perbedahan.

3. Thrombosis.

Dikenali juga sebagai pembekuan darah dalam arteri yang menuju ke otak mempunyai kesan serius yang dinamakan thrombosis serebrum iaitu sejenis strok pada bahagian tisu otak yang mengalamai kekurangan oksigen. Sejenis strok lain ialah pendarahan serebrum apabila arteri yang menuju ke otak telah pecah dan mengalir keluar dalam tisu di sekeliling otak. Kesan strok termasuklah kebas atau tidak berupaya menggerakkan bahagian tubuh.Bahagian tubuh yang lumpuh bergantung pada tempat sekatan itu berlaku.

4. Embolus Yang Bergerak.

Terdapat bekuan darah terbentuk dalam salur darah dan kemudian pecah.Selain itu bekuan darah boleh bergerak daripada dinding salur darah yang dinamakan embolus.Embolusme pulmonary merupakan komplikasi thrombosis vena dalam.Bekuan darah vena kaki bergerak ke atas vena utama yang besar ke jantung dan seterusnya ke sepanjang arteri pulmonary.Sekiranya arteri membahagi menjadi cabang-cabang yang lebih kecil, bekuan tersebut tersekat dan menghalang darah mengalir ke bahagian paru-paru.Ini menyebabkan sesak nafas dan sakit dada.

5. Aneurisme.

Penyakit ini merupakan bengkakan seperti belon pada dinding arteri.Aneurisme boleh berlaku kerana dinding arteri nipis dan lemah disebabkan perkembangan yang tidak sempurna atau disebabkan keadaan seperti tekanan darah tinggi.

Aliran darah bertekanan itu perlahan-lahan merenggangkan bengkakan itu pecah.Darah mengalir antara lapisan arteri dan dinding luar otot.Tanda-tanda aneurisme bergantung pada tempat aneurisme dan saiznya.Dalam aorta utama pembengakakn yang pecah membenarkan banyak darah yang keluar daripada peredaran sehingga menyebabkan maut.

Gangguan Pesakit Jantung.

Selain menghidap penyakit jantung seseorang itu boleh mendapat gangguan penyakit lain. Antaranya:

  1. Stress Dan Jantung.

Dalam kehidupan moden sekarang manusia sering mengalami masalah stress yang disebabkan keadaan persekitaran yang sentiasa tertekan. Tubuh manusia mempunyai sistem yang boleh mengatasi tekanan stress yang tertentu. Tubuh bertindak balas melalui sistem saraf dan hormone untuk menjadikan denyutan jantung lebih cepat dan kuat. Ini akan mengurangkan tekanan pada tubuh dan mengelakkan bahaya tekanan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit berbahaya yang dihidapi dalam persekitaran peperiksaan, persekitaran atau pekerjaan yang memerlukan tindakan mental yang tinggi. Ada yang menganggap terlalu banyak stress mental tanpa ada tindak balas tubuh sehingga boleh merosakkan jantung. Stress boleh berlaku dalam darah yang bertekanan tinggi atau penyakit jantung koronari. Faktor lain dikaitkan dengan cara kehidupan yang salah seperti merokok atau diet tidak sihat yang merosakkan jantung.

1. Takikordia Sinus.

Takikordia Sinus adalah kadar denyutan jantung yang terlalu cepat daripada biasa. Kadarnya ialah 100 kali atau lebih dalam seminit.Ia mungkin tanda jantung rosak. Ini terjadi apabila seseorang melakukan senaman yang melompat atau terlalu gembira.

2. Takikordia Paroksina

Takikordia Paroksina merupakan denyutan jantung yang sangat cepat tetapi teratur.Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu melakukan senaman yang berat tetapi teratur. Ada masanya jantung akan terhenti dan amat berbahaya.

3. Fibrikasi Atrium Jantung

Adalah jantung yang bersenyut secara cepat tetapi tidak teratur, dan dapat dikesan melalui degupan jantung. Apabila ini berlaku, pesakit akan menghidapi fibrikasi atrium jantung dan tanda-tanda serangan jantung kritikal.

4. Debrum Atrium Jantung

Adalah denyutan atrium jantung yang sangat cepat dan teratur.Pesakit boleh mengalami debaran atrium jantung. Sekiranya denyutan secepat 140 atau lebih seminit dan berterusan dalam jangka masa yang lama menunjukkan jantung tersebut mengalami  kerosakan.

Ciri-Ciri Yang Menyebabkan Tekanan Jantung.

Serangan jantung bukan hanya disebabkan masalah pengaliran darah yang tidak teratur, tetapi disebabkan faktor-faktor lain. Antaranya:

1. Bebanan Kerja

Seringkali kerja lebih amsa dilakukan. Pada mulanya tidak memberi kesan terhadap emosi , tetapi lama-kelamaan perasaan akan menjadi lebih tertekan. Tambahan pula keadaan ekonomi yang semakin sukar dan tidak seimbang dengan pendapatan menjadikan seseorang itu diserang penyakit jantung.

2. Faktor persekitaran

Lebih merujuk kepada keadaan yang dialami oleh seseorang individu. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar akan menghadapi tekanan apabila keluar dari pejabat. Lazimnya tekanan bermula apabila jalan raya menjadi sesak. Bagi individu yang menaiki bas atau pengangkutan lain boleh merasakan kesesakan tersebut. Cuaca panas yang boleh menyebabkan tekanan dan seterusnya serangan jantung.

3. Masalah Rumah Tangga.

Masalah ini juga menyebabkan stress. Rumah tangga yang kucar-kacir akan member tekanan kepada individu dan keadaan ini juga berlarutan sehingga ke tempat kerja. Selain itu, masalah karenah anak juga turut memeningkan kepala.Oleh sebab itu, kebanyakan masyarakat di bandar tidak berminat menambah bilangan anak yang ramai disebabkan keadaan sentiasa tertekan berbanding masyarakat di luar bandar.

Penjagaan Jantung.

Kajian menunjukkan sekatan arteri dan penyakit jantung bermula pada peringkat belasan tahun atau lebih awal.Pakar jantung memberi garis panduan tentang penjagaan jantung dan salur darah ke peringkat tua.  Kira-kira seorang daripada 500 orang akan menghadapi masalah seumpama ini. Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah dan dirawat dengan tabiat kesihatan yang baik atau mengambil ubat yang rendah kandungan lemak.Sekiranya melakukan diet pemakanan seimbang, seseorang itu noleh melakukan secara beransur-ansur supaya tubuh berada dalam keadaan stabil.

1. Jangan Merokok.

Merokok boleh mebahayakan kesihatan.Cara terbaik ialah jangan menghidap rokok. Terdapat beberapa kaedah untuk berhenti merokok seperti berhenti secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok dengan belanja makan.Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh diberikan kepada perokok seperti menggunakan rokok tiruan, rawatan akupuntur dan hypnosis.Sememangnya risiko mengalami serangan jantung meningkat pada masa kini, tetapi umumnya orang yang merokok menghadapi dua kali ganda risiko berbanding orang yang tidak merokok.

2. Jangan Minum Arak.

Sekiranya seseorang itu terlalu banyak meminum minuman keras boleh merosakkan bahagian tubuh, termasuk jantung, otak, hati dan perut. Minum minuman beralkohol seperti arak pada paras sederhana juga menyebabkan jantung menjadi lemah. Sekiranya seseorang yang kerap minum arak boleh membantutkan keinginan untuk minum air yang lain secara berlebihan. Individu seumpama ini akan menyebabkan stress tambahan dihidapi. Minumlah air yang tidak beralkohol atau bergula dengan banyak untuk membantu kelancaran pengaliran darah dalam jantung.

Kaedah Penjagaan Jantung.

Terdapat banyak kaedah untuk memastikan jantung berfungsi dengan baik. Antaranya:

1. Melakukan Senaman.

Pergerakan fizikal adalah baik untuk kecergasan tubuh badan.Individu yang melakukan pekerjaan aktif mendapat sebahagian besar senaman yang diperlukan semasa kerja.Bagi memastikan tubuh badan mendapat kecergasan sepenuhnya sekurang-kurangnya terdapat tiga sesi senaman diperlukan setiap minggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi.Sekiranya melakukan sebarang aktiviti untu suatu tempoh masa yang lama, berjumpalah doktor terlebih dahulu dan kemudian perlahan-lahan membuat aktiviti senaman.

Senaman yang dilakukan tidak seharusnya dilakukan di pusat-pusat senaman yang terdapat di kawasan bandar, tetapi boleh dilakukan di kawasan rumah.Lazimnya, golongan petani dan peladang jarang-jarang menghadapi masalah ini disebabkan aktiviti yang dijalankan cukup untuk memastikan jantung berada dalam keadaan baik.

2. Memakan Makanan Yang Seimbang.

Makanan yang seimbang adalah makanan yang mengandungi pelbagai kelas makanan. Antara makanan yang diperlukan oleh tubuh ialah karbohidrat, protein, susu, lemak dan sebagainya. Susu adalah makanan yang paling seimbang kerana mengandungi pelbagai kelas makanan.

Makan terlalu banyak dan memilih jenis makanan yang salah boleh menjejaskan kesihatan.Ini disebabkan makanan yang tidak seimbang boleh mengakibatkan bentuk badan menjadi gemuk.Sekiranya berat badan berlebihan boleh menegangkan otot dan jantung berada dalam keadaan tertekan semasa melakukan kerja dan mengepam darah di sekeliling tisu lemak yang belerbihan. Oleh itu serangan angin ahmar atau strok akan berlaku. Oleh itu, individu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko untuk mengalami penyakit tersebut.

Oleh itu, kebanyakan ahli sukan sumo jarang-jarang mencapai usia 50 tahun. Ini disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.Tambahan pula berat badan yang terlalu berat menyebabkan jantung diselaputi kandungan lemak yang tinggi.

Ujian Denyutan.

Ujian ini boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan jari yang diletakkan pada pergelangan tangan.Denyutan adalah gelombang tekanan darah yang mengalir melalui pergelangan tangan.Kadar denyutan purata semasa berehat dalam lingkungan 70 kali seminit untuk orang dewasa dan 50 kali seminit untuk individu yang cergas.

Semasa perasaan gembira atau melakukan senaman, kadar denyutan boleh meningkat menjadi 150 atau lebih. Jantung yang sihat mengelakkan ketegangan pada jantung. Jantung yang sihat memperoleh kadar denyutan selepas beberapa minit. Oleh itu senaman digalakkan.Ujian jantung yang boleh dikesan sehingga jantung menjadi 80 kali untuk tempoh seminit.

Rawatan Untuk Penyakit Jantung.

Terdapat banyak kaedah untuk menangani masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung. Antara rawatan yang sering digunakan kepada penghidap sakit jantung ialah:

1. Penggunaan Ubat-Ubatan.
2. Program Senaman.
3. Telemetri
4.Kurangkan Makanan Berlemak.

1. Penggunaan Ubat-Ubatan.

Terdapat banyak jenis ubat untuk menjaga jantung.Misalnya ubat diuretic digunakan untuk merangsang dan menyingkirkan bendalir daripada tubuh dan merawat kegagalan jantung.Digoksin menyebabkan jantung mengepam lebih kuat dan lebih tetap untuk mengatasi masalah kegagalan jantung.Antiaritmatik menjadikan jantung berdenyut lebih tetap.Anti pembeku pula mencairkan darah dan menyebabkan pembekuan darah tidak berlaku.

Seharusnya pesakit perlu tahu nama setiap ubat, fungsi dan masa yang perlu digunakan dan kuantiti ubat yang diambil. Ini disebabkan sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan dan pesakit seharusnya menyatakan sebarang masalah yang dihidapi kepada doctor supaya tidak memberi kesan yang lebih serius.Ubat-ubatan ini meberi rawatan dalam jangka masa panjang kerana terdapat pesakit yang bergantung terus pada ubat tertentu.Walaupun penting untuk terus mengambil ubat mengikut dos yang disarankan oleh doktro, namun pesakit perlu sedar bahawa ubat bukan satucara untuk mengatasi masalah jantung. Oleh itu, langkah lain juga boleh diambil dengan sewajarnya untuk memastikan penyakit jantung boleh dikurangkan.

2. Program Senaman.

Program senaman berperingkat disediakan untuk setiap pesakit jantung.Senaman itu disesuaikan dengan kecergasan fizikal.Selepas serangan jantung, pesakit itu hanya boleh melakukan senaman yang ringan seperti berjalan di sekeliling rumah dan berehat pada waktu petang.Senaman ringan perlu beransur-ansur bertukar menjadi aktif.Program senaman tersebut seharusnya diikuti dengan teliti.

Jika seseorang pesakit bersenam denga keterlaluan, jantung akan mengalami masalah serangan jantung. Cara penting ialah membuat program senaman secara perlahan-lahan.Seseorang pesakit tidak perlu bersenam sehingga menyebabkan sesak nafas, letih, pening, atau mengalami sakit dada kerana boleh mengakibatkan strok.

3. Telemetri.

Telemetri telah membantu pesakit jantung dengan cara yang lebih canggih. Telemetri digunakan dalam beberapa cara bergerak balas terhadap isyarat yang dihantar melalui kulit. Isyarat yang diterima akan menunjukkan prestasi jantung diterima. Isyarat ditukarkan kepada bunyi yang boleh dihantar melalui talian telefon kepada penganalisis penerima di klinik jantung.

Dengan cara ini seorang doktor boleh membuat pemeriksaan yang tetap ke atas pesakit yang tinggal di kawasan berjauhan dan tidak boleh selalu datang ke klinik. Doctor juga boleh member nasihat melalui telefon jika isyarat menunjukkan masalah.Cara ini telah dilakukan di Negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.

4. Kurangkan Makanan Berlemak.

Kebanyakan masyarakat dunia amat menggemari makanan yang berlemak.Pelbagai penyediaan makanan yang bergoreng dilakukan untuk mendapat citarasa yang lazat. Selain minyak, pelbagai makanan berasaskan daging juga mengandungi kadar lemak yang tinggi. Di Negara-negara barat, kebanyakan daging merah seperti lembu, kambing dan khinzir menjadi menu setiap hari.Seungguhpun makanan tersebut tidak bergoreng, tetapi kandungan lemak adalah tinggi.

Oleh itu, ramai dalam kalangan masyarakat barat yang menghidap serangan jantung. Di Negara-negara lain pula, setiap makanan digireng. Walaupun pada dasarnya kandungan makanan asas tidak mempunyai lemak, tetapi penyediaan yang menggunakan minyak yang tinggi menjadi faktor kepada serangan jantung berlaku. Oleh itu cara yang lebih baik ialah menyediakan makanan kurang lemak untuk memastikan serangan jantung tidak berlaku.

Rawatan Pesakit Strok.

Rawatan pesakit yang sering diserang strok boleh dibahagikan kepada rawatan akut segera dan rawatan jangka amsa panjang.Rawatan akut segera dipecahkan kepada dua iaitu secara umum atau khusus.Bagi rawatan umum, pesakit dijaga jururawat untuk memastikan kesedaran penyakit, tekanan darah, suhu badan dan pernafasan. Tahap kebersihan pesakit turut diberi perhatian untuk mengelak daripada dijangkiti kuman dengan cara menukar posisi pesakit setiap masa. Penukaran posisi pesakit adalah untuk mengelakkan terjadinya luka atau ulser pada kulit akibat perbaringan terlalu lama.

Rawatan khusus pula menggunakan ubat strok dalam tempoh sepuluh hari.Ubat ini bertujuan menghancurkan thrombosis untuk mencegah daripada terus merebak. Suntikan pada salur darah akan diberi kepada pesakit selewat-lewatnya tiga jam selepas terkena strok. Rawatan jangka panjang bertujuan mencegah strok daripada berulang.

Penyakit Jantung di Malaysia.

Serangan jantung di Negara ini masih boleh terkawal jika dibandingkan penyakit lain. Serangan jantung hanya berlaku apabila kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi dalam salur darah sehingga menyempitkan pengaliran darah.Ini menyebabkan seseorang terkena serangan jantung.Dari segi pembahagian etnik, masyarakat Melayu dan India lebih banyak menghidap penyakit jantung berbanding masyarakat Cina.Ini disebabkan kegemaran mereka terhadap makanan yang berlemak dan berkari.

Seperti penyakit lain, serangan jantung di Negara ini hanya menjurus kepada individu  yang berusia 45 tahun ke atas dan mempunyai berat badan yang melebihi paras normal. Terdapat juga serangan jantung dihidapi mereka yang berumur kurang daripada 45 tahun.Lazimnya serangan jantung dihidapi masyarakat yang bekerja dalam sektro kolar putih.Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat dalam tubuh tidak digunakan sebaiknya.

Oleh itu pemakanan seimbang adalah perlu bagi menjamin kesihatan.Justeru itu kerajaan menyarankan supaya masyarakat Malaysia mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan mengubah corak makanan bergoreng kepada rebus atau kukus.

Serangan Jantung Di Dunia.

Penyakit ini berlaku tidak mengenal usia di luar Negara. Oleh sebab itu, bilangan penghidap sakit jantung yang berumur kurang 45 tahun juga menjadi mangsa.Hal ini berpunca akibat aspek pemakanan yang tidak seimbang. Lazimnya golongan kaya di Negara maju tidak terdedah dengan penyakit jantung disebabkan pengambilan makanan  yang lebih baik berbanding golongan miskin. Di Asia Barat atau Asia Selatan juga kurang berlaku penyakit jantung akibat tidak mempunyai bahan makanan berlemak.

Lazimnya Negara-negara yang tidak mempunyai minyak masak akan menyediakan makanan secara rebusan atau membakar. Di Negara-negara miskin seperti Afrika dan Amerika Selatan pula jarang menghadapi masalah serangan jantung akibat kekurangan makanan.Begitu juga masyarakat yang tinggal di kawasan kutub yang menggunakan lemak haiwan untuk memanaskan suhu.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page