Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Teknik Urut Yang Berbagai Cara.

Teknik urut yang berbeza mesti diketahui oleh seorang tukang urut pakar.Setiap teknik urut memiliki tahap daya sembuh yang berbeza.Oleh itu,untuk tergolong dalam kategori terapist pakar,teknik-teknik ini mesti kita ketahui.Di sini disenaraikan lengkap keseluruhan teknik urut yang terdapat.

Teknik – Teknik Urut.

1.Teknik Urut Ramas: Untuk melengkapi diri dengan kemahiran seterusnya layak bergelar tukang urut pakar,teknik urut ini tidak boleh kita tinggalkan.Teknik urut ini dibuat dengan menggunakan lima jari dan tapak tangan bagi meramas semasa sesi rawatan urut.Kawasan yang biasa diberikan dengan teknik ini adalah kawasan permukaan kulit yg cembung,lutut,siku dan bahu/hujung bahu.

2. Teknik Urut Tarik: Otot ditekan dengan jari-jemari kemudian ditarik secara lembut.Ia diulang berkali-kali dan dibuat di otot yang kejang dan tegang.Teknik urut ini akan dapat mengendurkan otot-otot tersebut.

3. Teknik Urut Tarikan 4 Jari: 3 jari lain dan ibu jari menjadikan kesemua 4 jari digunakan untuk tarik kawasan yang diurut.

4. Teknik Urut Cepit: Kelima-lima jari memainkan peranan.Empat jari selain kecuali ibu jari menahan otot yang hendak ditekan manakala ibu jari memainkan peranan menekan.Ia diulangi berkali-kali.

5. Teknik Urut Cubitan 2 Jari: Jari telunjuk dan jari hantu memainkan peranan.Bengkokkan 2 jari ini dan cepit serta tariklah otot-otot kecil yang terdapat di bawah ketiak.Untuk menghasilkan cepitan yang kuat,anda kena latihnya selalu dengan cuba cepit paha sendiri yang memakai seluar jean tebal.

6. Teknik Urut Cubitan 5 Jari: Kelima-lima jari memainkan peranan untuk membuat urutan ini.Otot di sisi pinggang dan bahagian paha akan ditarik menggunakan teknik ini.Caranya,otot @ daging di bahagian tersebut disepit/dicubit kemudian ditarik perlahan-lahan.

7. Teknik Urut Cubitan Kuat: Urutan ini dilakukan untuk ‘special case’ seperti dibuat pada orang pengsan.Ibu jari dan jari telunjuk memainkan peranan.Tekan pada satu titik yang dikehendaki menggunakan ibu jari dan jari telunjuk disertai dengan cubitan kuat.

8. Teknik Urut Tekanan Permukaan Ibu Jari: Permukaan ibu jari adalah asas untuk membuat teknik urut ini.Otot akan ditekan menggunakan permukaan ibu jari(bukan hujung ibu jari).Daya tekanannya mestilah menggunakan berat badan supaya tekanan tersebut padat dan kuat.Rasa betul-betul otot dan tekanlah menggunakan permukaan ibu jari ke atasnya.Teknik ini hampir 50% terdapat dalam urut Aromaterapi Dan Thai.

9. Teknik Urut Tekanan Hujung Ibu Jari: Hujung ibu jari(bukan permukaan ibu jari) menjadi tunjang kepada teknik urut ini.Tegakkan ibu jari dan tekanlah menggunakan berat badan ke atas otot yang dikehendaki.

10. Teknik Urut Permukaan Ibu Jari: Cara urut inilah yang paling banyak digunakan oleh tukang urut bagi rawatan urut yang menggunakan minyak urut.Kalau tak guna teknik,rasanya urut tersebut dikatakan tidak berlaku.Permukaan ibu jari digunakan untuk teknik urut ini.Teknik ini adalah berfungsi untuk menghancurkan ketulan di bahagian badan pesakit.Boleh buat pada permukaan kulit yang telah dilumur dan yang tidak dilumur minyak urut.Kalau tidak dilumur minyak urut,geseran yang lama membuatkan tempat itu lebam kemerah-merahan.Cara urut ini adalah tekan tempat tujuan menggunakan permukaan ibu jari kemudian dalam masa tekanan itu,geser permukaan kulit.Ulang berkali-kali intuk memberikan keputusan yang sepatutnya.

11. Teknik Urut Tekanan Permukaan 3 Jari: Permukaan jari telunjuk,jari hantu dan jari manis memainkan peranan untuk teknik urut ini.Caranya tekanlah permukaan 3 jari itu sekaligus di bahagian badan yang dikehendaki kemudian ia digoyang memusing.Teknik urut ini di Jawa dikenali sebagai Unyeng.

12. Teknik Urut Tekanan Permukaan 3 Jari Tanpa Memusing: Cara urut ini sama dengan Teknik Urut Tekanan Permukaan 3 Jari.Yang membezakannya adalah kita tidak perlu goyang memusingkannya.Ia sekadar tekan.Tekanlah di bahagian/otot badan yang dikehendaki menggunakan permukaan jari telunjuk,jari hantu dan manis.Dah tekan angkat kemudian tekan lagi.

13. Teknik Urut 3 Jari: Teknik urut ini dibuat dengan menggunakan tiga jari iaitu jari manis,jari hantu(tengah) dan jari telunjuk.Caranya,tekan sekaligus 3 jari ini di bahagian badan yang dikehendaki kemudian tarik dan geser permukaan yg. diurut itu.Seakan-akan mencakar tapi bukanlah mencakar.

14. Teknik Urut Pangkal Tapak Tangan Berkali-Kali Tolak: Cara urut ini memang sebati dan digunakan untuk rawatan urut menggunakan minyak urut.Tanpa teknik urut ini,janggan untuk kita katakan itu adalah rawatan urut.Tujuan teknik urut ini adalah untuk mengendurkan otot yang tegang dan menolak angin yang hancur ke arah atas menuju ke jantung.Teknik urut ini tidak boleh menghancurkan ketulan angin yang keras/kecil dan degil.Ia boleh menghilangkan ketulan angin yang besar sahaja.Untuk membuat teknik urut ini,kita mesti gunakan pangkal tapak tangan.Letakkan pangkal tapak tangan di tempat dikehendaki,condongkan ia 45 @ 60 @ 70 darjah,tekan menggunakan berat badan dan tolak berulang kali.Ulang beberapa set sehingga anda rasa sudah ok.

15. Teknik Urut Pangkal Tapak Tangan Sekali Tolak: Pangkal tapak tangan digunakan untuk tolak 1 kali kawasan yang diurut.Boleh diulang langkah ini untuk menghasilkan banyak kali set tolakan.

16. Teknik Urut Gosok: Teknik urut ini dibuat untuk hilangkan rasa pedih pada luka.Teknik urutnya adalah kenakan urut gosok dengan tekanan yang sekadar terasa sahaja.Gunakan tapak tangan & ibu jari/hujung jari-jari lain untuk urut gosok pada tempat yang dimaksudkan.Boleh gunakan 1 tangan sahaja atau 2 tangan serentak.

17. Teknik Urut Cengkeram: Kelima-lima jari dan tapak tangan digunakan untuk membuat teknik urut ini.Letakkan tapak tangan di kawasan sasaran dan cubit menghala ke hadapan atau ke belakang menggunakan jari-jari dan tapak tangan tersebut.Teknik urut ini akan membuatkan kawasan diurut menjadi merah.Kawasan yang biasa dikenakan teknik urut ini adalah adalah kelompok urat daging atau otot.

Setiap Teknik Urut Mempunyai Daya Sembuh Yang Berbeza.

Semua teknik urut disenaraikan di atas mempunyai daya sembuh berbeza mengikut anggota dan keadaan badan yang diurut.Kita juga harus mengenakannya berdasarkan keadaan badan itu juga.Dalam hal lain,ada anggota badan yang tidak boleh menerima sesuatu teknik urut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page