Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Dan Tujuan.

Urut Sekarang pada era 2000,terdapat banyak pusat masaj yang menawarkan rawatan urut tradisional.Bahkan ia tumbuh dengan banyaknya dari tahun ke tahun samada yang mempunyai lesen atau tidak.Walaupun hal ini berlaku namun panduan untuk mengurut dengan betul belum di negara ini betul-betul mantap.Tak berapa banyak buku yang menerangkan tentang ilmu masaj berada di pasaran.Begitu juga dengan pusat latihan urut.Kedua-duanya ada hanya untuk kapasiti penawaran sebanyak 50%.Mengapa ya terjadi begini?Jawapan saya,sebab masaj ini sesuatu unik.Terdapat pelbagai variasi kepercayaan tentangnya yang boleh kita pegang.

Urut dan tujuan boleh kita huraikan dengan satu usaha untuk menyembuhkan.Bagi orang Jawa,rawatan masaj disokong pula dengan pengambilan jamu tradisional telah membuktikan amalan tersebut adalah praktikal.Keputusan penyembuhannya memang terbukti.

Perbezaan Antara Jenis Urut.

Masaj cara masyarakat Jawa berkisar kepada tunjang tujuan utama untuk melancarkan perjalanan darah.Jika darah tak lancar,akan ada satu kelainan serta gangguan pada tubuh.Jika diurut,darah berjalan lancar isyaallah tubuh akan normal.Di samping itu,rawatan urut Jawa ini juga dapat memberikan rasa nikmat seluruh badan kepada penerimanya.

Urut refleksologi pula mempunyai sifat yang kontra dengan urut Jawa.Difahamkan menurut pendapat orang Jawa yang arif,teori urut refleksologi yang mengutamakan kepada rangsangan saraf akan membuatkan saraf perlu sentiasa dirangsang kerana ketagih.Urat saraf menjadi manja kerana rawatan masaj ini.Inilah yang mereka kalau boleh ingin hindarkan dan mereka akan terus pertahankan rawatan urut tradisional Jawa turun temurun mereka.Dalam keistimewaan lain,urut refleksologi merupakan satu rawatan masaj yang memang mujarab untuk dicuba.Ada penangan dalam urut refleksologi tidak dapat dijangkau oleh urut tradisional Jawa.Tetapi,kedua-dua masaj atau jenis masaj lain,tidak ada yang sempurna.Masing-masing saling melengkapi jika digabungkan menjadi satu sesi rawatan masaj seterusnya dapat memberi manafaat maksimum kepada penerimanya.

MasajNiat masaj yang tidak betul dan ilmu masaj tidak mencukupi akan merosakkan nama masaj itu sendiri.Tujuan dan seterusnya keputusan rawatan masaj akan jadi huru-hara akibat tidak mengikut panduan berasaskan pengalaman dari yang lepas lepas.Ada tukang urut akan rasa hebat dan bangga bilamana dia telah mengurut pesakit tidak mengikut sistem dengan urutan sekuat hati/nafsunya yang menyakiti pesakit.Bagi seorang pesakit pula,ada yang merasa hebat bila tubuhnya tidak lut oleh kesakitan dari urutan kuat melampau seseorang tukang urut.Semua hal mengarut ini harus dielakkan 100%.Pastikan pada hati kita yang tujuan masaj adalah untuk menghilangkan penyakit.Tukang urut mahupun pesakit masing-masing berusaha & bertawakkal dengan rawatan masaj yang telah berlaku.Tujuan utama masaj dikenakan kepada seseorang adalah untuk menghilangkan sakit atau untuk suka-suka sahaja.Kalau rawatan masaj meninggalkan kesan negatif seperti badan rasa lebih berat selepas 1,2,3,4 hari pengurutan,ini sudah songsang dan rawatan masaj itu boleh dikatakan gagal.

Ramai orang berkunjung ke kedai-kedai rawatan urut tradisional yang diyakini untuk mendapatkan kesegaran dari masalah penyakit lelah dsb.Di situ mungkin ada ramai tukang urut.Dari tukang urut yang ramai ini,bukan semua pakar.Kalau mereka betul-betul pakar,mereka tidak akan bekerja di situ.Tentu mereka boleh bergerak sendiri.Yang pakarnya di satu-satu pusat rawatan urut tradisional mungkin taukenya sahaja.Atau mungkin taukenya pun tidak sepakar mana.Tukang urut yang ada di pasaran banyak kekurangan dimilikinya.Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini yang nampak sedikit ego tapi itulah hakikatnya.Ramai yang hambar memberi rawatan masaj.Tidak jujur dan ikhlas terhadap pelanggan.Yang pentingnya dapat wang masuk poket.Pelanggan dapat menilai semua ini.Mereka tidak akan melanggan lagi tukang urut tersebut.Mereka akan mencuba tukang urut lain sehingga mereka betul-betul dapat tukang urut yang berkualiti seterusnya akan menjadi pelanggan tetap hingga kemasa tertentu.

Salah Guna Rawatan Urut.

MasajBidang masaj merupakan satu ruang kepada sesiapa yang ingin merasai kerja sendiri tanpa perlu mengikut arahan dari majikan.Peluang bidang kategori kesihatan ini banyak tidak digunakan dengan baik oleh mereka yang berjiwa kotor.Di samping tujuan utama adalah untuk memdapatkan duit mudah dengan kerja sentuhan ala kadar,dengan bayaran tetap akan dapat dari pelanggan,mereka akan men’double’ kan pendapatan mereka untuk kegiatan tidak bermoral dan pelacuran.Tidak kira tukang urut lelaki atau perempuan,mereka akan salahguna peluang dari usia yang masih muda tanpa kira pendapatan halal atau haram.Dengan hal ini,pusat rawatan kesihatan bertulis ‘Rawatan Urut Tradisional’ berlesen yang betul telah juga menerima tempias dari aktiviti negatif ini.Itu dari satu perspektif.Terdapat juga tukang urut yang berwajah tanpan,tidak hansem,orang muda,berusia dsb,menjalankan rawatan masaj dengan betul.Boleh disimpulkan,di pasaran,ada 2 jenis tukang urut dan pelanggan.Satu jenis yang betul dan satu jenis lagi yang tidak betul.Itulah dilemanya bidang berkaitan urut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page