Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Appendix.

Appendix.

Pembengkakkan serius appendix kerana pengumpulan berlebihan bahan buangan di dalam kolon (usus).Terjadinya penyakit ini kerana selepas makan seseorang itu bersenam dan berlari ini mengakibatkan saluran appendix tersumbat.Tanda terjadinya penyakit ini,sakit di bahagian kanan badan,sakitnya boleh berjangkit ke belakang dan bahu.

Urut Tradisional | Pemakanan Bagi Pesakit Appendix.

1. Sayur bayam – Membekalkan garam galian organik yang diperlukan untuk memperbaiki kolon,6 auns jus bayam dicampur 10 auns jus karot,2 pain sehari.

2. Molasses – Sirap pekat hasil dari gula,2 camca di dalam air suam,2 kali sehari.

3. Salad – Dimakan secara mentah,1 atau 2 kali sehari.

4. Timun – Jus timun diminum waktu sakit,1 atau 3 kali sehari.

5. Apple – Jus apple tanpa gula pasir,1 atau 3 kali sehari.

6. Anggur – Jus anggur tanpa gula pasir,1 atau 3 kali sehari.

Jenis Vitamin dan Herba  yang disyorkan:

Vitamin Dari herba UNISON : Herba MIX,YANG atau YIN,herba WIN (diambil setelah 1 bulan).

Urut Tradisional | Makanan yang perlu dielakkan.

Protein binatang,tepung kanji,telur masak,daging terlalu masak,makanan manis.

 

———————————————————————————————————————————————————————–

 

Urut Tradisional | Anemia.

Anemia (Kekurangan Sel Darah Merah)

Kekurangan serius sel darah merah terutama elemen pengangkut oksigen yang mengandungi hemoglobin.Ini kerana kekurangan zat besi,folik asid dan lain-lain diet yang diperlukan.

Tanda-tanda anemia:

Kulit pucat,hilang selera makan,tenaga berkurang,cepat letih,nafas pendek,hilang tenaga seks,rasa sejuk,kulit lembab,telinga berbunyi.semua ini disebabkan amalan buruk pemakanan terutama pengambilan susu pasteur,tepung kanji,gula pasir,kuih yang manis dan kuat merokok.

Urut Tradisional | Pemakanan Bagi Pesakit Anemia.

1. Molasses (sirap pekat hasil dari gula) – Amat kaya dengan zat besi & kuprum yang membentuk darah yang kuat.2 camca di dalam 1 gelas air suam,2 kali sehari.

2. Minyak empeng jagung (wheat germ oil) – Merangsang keupayaan darah mengangkut oksigen,1 camca minyak empemg jagung tulen selepas sarapan & makan malam (dapatkan di kedai farmasi).

3. Lesitin – Guna “Florence Fennel” atau dikenali “Finacchio” untuk kelancaran darah,1 pain sehari atau campur separuh dengan jus karot,2 pain sehari.

4. Sayur bayam – Kaya dengan zat besi,6 auns jus dicampur 10 auns jus karot,1-2 pain sehari.Ia mengandungi asid oxalat- sakit gout dan sendi tidak digalakkan memakannya.

5. Jus dandelion,asparagus,teh chrysanthemum,anggur hitam,pisang,apricot,buah atau jus cherries.

Seseorang yang mengidap sakit anemia disebabkan kekurangan oksigen dan zat besi,kebanyakkan kes kerana ketidakmampuan organ hati dan limpa  untuk meresap dan berfungsi dengan baik.Menurut kajian makmal,5-15 paratus sel darah merah dan putih akan meningkat dengan berpuasa air buah-buahan sahaja.

Seorang doktor Osteopati telah melaporkan tentang seorang wanita berumur 24 tahun menghidap  sakit anemia,badannya lemah tidak bertenaga,tekanan darah rendah,jantungnya lemah dan kulitnya pucat.Setelah berpuasa dan diberi minum jus orange setiap 2 jam dan segelas air panas suam setiap 4 jam.Setiap hari dimandi dengan air panas suam selama seminggu,sel darahnya meningkat 75 peratus.Apabila darah meningkat barulah dia diberi diet seperti berikut:

1. Dimakan buah prunes,raisin,kurma dan pie apple.

2. Makan tengahari – Apple mentah,kacang gajus dan segelas air panas suam.

3. Makan malam – Daging lembu panggang dan daun salad.

Selepas satu bulan diet berikut,insyaallah penyakitnya akan sembuh.

Jenis Vitamin Yang Disyorkan:

Herba MIX,herba YANG atau YIN,herba WIND dan LUNG,ALL PLUS,HERBA FLUID.

Urut Tradisional | Makanan yang perlu dielakkan.

Susu pasteur,kopi,teh,tepung kanji dan makanan dalam tin,awetan dan makanan manis.

Kesan dari rawatan urut tradisional ke atas kedua-dua penyakit di atas mungkin mengambil masa untuk sembuh kerana penyakit ini melibatkan organ dalaman.Pengambilan makanan yang berkhasiat adalah amat penting ke arah penyembuhan kedua-dua penyakit ini.Tapi anda boleh mendapatkan rawatan urut tradisional sebagai sokongan daripada orang yang pakar tentang rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page