Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional Kepala.

Urut TradisionalKepala merupakan organ badan yang paling utama bagi seseorang manusia.Di kepala terdapat banyak urat saraf yang amat sensitif.Urat saraf ini memberikan fungsi bagi satu peredaran darah yang baik untuk kesihatan otak,rambut,mata,telinga dan angota lain di kepala.Tanpa peredaran darah yang baik,seseorang akan merasa pening kepala kerana otak tidak mendapat oksigen yang  cukup untuk menjalankan fungsi-fungsinya.Rambut juga tidak akan tumbuh dengan sihat sekiranya darah tidak berjalan dengan lancar di bahagian tersebut.Pandangan mata juga tidak akan terang dengan baik sekiranya darah di kepala tidak mendapat bekalan darah berkhasiat yang mencukupi.Begitu juga dengan telinga di mana pendengaran juga tidak akan setajam sebagaimana telinga yang mendapat bekalan darah beroksigen yang sihat.Berbalik kepada otak kita,ada otak individu yang mengalami pendarahan dan darah membeku di bahagian otak.Hal ini teramat bahaya untuk kesihatan yang boleh membawa maut.Semua masalah pembekalan darah beroksigen yang baik di bahagian kepala dapat diselesaikan dengan rawatan urut tradisional.

Mengapa Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala Penting.

Urut TradisionalRawatan urut tradisional di bahagian kepala teramat penting untuk member satu peredaran darah yang baik di kepala yang mana rawatan urut tradisional kepala yang baik boleh menghilangkan pening kepala,migrain beserta otak kita akan dapat merasa rileks dan dapat berfikir dengan baik.Hal ini berlaku kerana,sentuhan tangan dalam rawatan urut tradisional kepala tersebit akan menghilangkan segala urat saraf yang berketul dan tersumbat di urat saraf bahagian kulit kepala,bahagian tepi kepala berhampiran telinga,bahagian dahi dan juga bahagian leher.Bilamana rawatan urut tradisional diberikan di bahagian kepala tersebut,segala angin atau ketulan di urat saraf yang saling berhubungan itu akan memberikan satu peredaran darah yang sihat di mana darah yang sihat ini datangnya dari bahagian jantung kita yang melalui bahagian leher seterusnya ke seluruh bahagian kepala.Jika bahagian leher kita bermasalah,bermakna peredaran darah di bahagian kepala juga akan bermasalah yang akan membawa kepada pening kepala atau migrain.

Cara Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala.

Tukang urut tradisional biasanya akan menggunakan ibu jari untuk memberi satu sesi rawatan urut tradisional di bahagian kepala.Tukang urut tradisional akan menggunakan kedua-dua ibu jari tangan bagi mengurut kepala secara perlahan-lahan dan juga dengan cara menusuk menggunakan hujung ibu jari tangan di bahagian kulit kepala.Urutan perlahan-lahan akan menghilangkan ketulan angin di bahagian kulit kepala yang akan memberi satu kesihatan kepala yang baik sekirannya ketulan angin di saraf kulit kepala tersebut hilang.Tusukan di kulit kepala pula adalah dengan menggunakan hujung ibu jari di mana tusukan diberikan oleh hujung ibu jari dengan menggunakan berat anggota badan tukang urut tradisional tersebut.Urut tradisional bahagian lain di kepala diberikan di bahagian sisi kepala.Bahagian ini adalah kawasan antara telinga dengan dahi seseorang pesakit tersebut.Rawatan urut tradisional yang diberikan di kawasan ini adalah dengan 3 jari iaitu jari telunjuk,jari hantu dan jari manis ataupun dengan menggunakan kedua ibu jari sahaja dengan cara menekan sedikit dan kemudiannya urutan berbentuk bulatan dilakukan selama beberapa minit.Rawatan urut tadisional kepala yang betul akan memberikan satu kesegaran kepada seseorang yang mengidap sakit atau pening kepala.Urut TradisionalUrut bahagian dahi juga biasanya diberikan dalam rawatan urut tradisional ini iaitu dengan menggunakan kedua ibu jari.Ia bermula dengan menekan beberapa kali satu lubang kecil di kening kita iaitu berhampiran hidung.Dan kemudian urut tradisional di dahi bermula iaitu dengan meletakkan 2 ibu jari di tengah dahi,ditarik kedua ibu jari tersebut sehingga sampai di telinga.Langkah ini diulang beberapa kali sehingga semua kawasan dahi diurut dan tiada lagi ketulan.

Sebenarnya,rawatan urut tradisional di bahagian kepala serba sedikit akan menghilangkan darah beku yang berkumpul di kepala di mana urat saraf di kepala yang bebas dari angin akan membawa darah yang sihat untuk menggantikan darah yang membeku tadi.Sebaiknya,bagi pesakit yang mengalami sakit pening kepala,dapatkanlah rawatan urut tradisional badan dan kepala atau paling tidak rawatan urut tradisional leher dan kepala sahaja dari pakar urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page