Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Hasil Daripada Tidur Mencukupi.

Insomnia dalam rawatan urut tradisional atau susah nak tidur untuk melelapkan mata dianggap suatu penyakit yang amat membahayakan kesihatan.Insomnia dalam rawatan urut tradisional ini menyerang semua golongan,samada tua atau muda,kaya atau miskin,berpangkat atau tidak.Susah hendak tidur yang dimaksudkan di sini bukanlah ditujukan kepada golongan yang terlantar di hospital ataupun ibu-ibu yang baru bersalin.

Sebenarnya,tidur yang nyenyak lagi mencukupi diwaktu malam dikira suatu perkara yang wajib,kerana semasa tidur,anggota besar seperti kaki dan paha serta otot-otot scelet dapat direhatkan.Selain itu,tisu-tisu badan diperbaharui dan diperbaiki dengan adanya penghasilan tisu protein,lemak dll.Dilain sudut pula,konsentrasi hormon pembesaran dan steroid adalah agak tinggi semasa tidur.

Hasil dari penerimaan tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam bagi orang dewasa,seseorang itu akan merasa sihat dan segar pada keesokan harinya.Sesetengah ahli sains perubatan berpendapat bahawa,proses kejadian air mani lelaki banyak berlaku apabila seseorang itu mendapat tidur yang mencukupi lagi nyenyak.Salah satu faktor dalam yang menyebabkan berlakunya ketegangan zakar lelaki dewasa ialah bilamana terdapatnya banyak kuantiti air mani di dalam simpanan.Hal ini jelas terbukti apabila anda sedar dari tidur diwaktu pagi,zakar anda sudahpun menegang,walaupun pada masa itu anda sedikit tidak terasa untuk membuang air kencing sepertimana yang sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki.

Walaubagaimanapun,tidak dinafikan terdapat ramai di kalangan lelaki khususnya yang masih muda mendapati zakarnya terlalu tegang semasa bangun diwaktu pagi kerana terlalu ingin membuang air kecil.

Urut Tradisional | Akibat Susah Tidur.

Setiap orang yang mengalami insomnia dalam rawatan urut tradisional yang berterusan akan berhadapan pula dengan masalah yang lain.Antaranya termasuklah urat saraf dan otot menjadi tegang berbuku-buku dan keras menyebabkan pengaliran darah ke seluruh badan menjadi perlahan.Lama kelamaan penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi,penyakit jantung,sakit kepala,pitam,mati pucuk dan strok menyusul satu demi satu.

Menurut kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor perubatan di Amerika Syarikat mendapati bahawa golongan yang tidak tidur atau tidak mendapat tidur yang cukup didapati kadar kematiannya lebih tinggi berbanding dengan golongan yang tidak mendapat makanan selama sepuluh hari berturut-turut.

Dalam konteks Ilmu Sains Perubatan,penyakit susah nak tidur lebih dikenali sebagai insomnia.Penyakit ini terdapat dalam dua keadaan iaitu Insomnia berkala dan Insomnia berpanjangan.

Dua Jenis Insomnia.

Insomnia berkala dalam rawatan urut tradisional disebabkan oleh keadaan cuaca yang terlalu sejuk,tidak selesa,gangguan sistem perkumuhan,letih yang keterlaluan,terkejut sesuatu,takutkan sesuatu,rungsing dan sakit.Manakala sebab-sebab Insomnia berpanjangan ialah susah untuk bernafas terutamanya ketika tidur meniarap,disebabkan oleh permasalahan jantung dan peparu,amalan pemakanan yang tidak betul menyebabkan acapkali terpaksa ke tandas,bunyi bising,bilik tidur yang terlalu panas dan kurangnya senaman diwaktu siang.Lain-lain faktor gangguan tidur termasuklah berlakunya pertukaran tempat tidur,usia yang sudah terlalu lanjut,terkena buatan orang,musim pemilihan atau pilihan raya bagi mereka yang terbabit secara langsung,pelajar yang menghadapi peperiksaan,akibat kematian orang tersayang dll.

Urut Tradisional | Garis Panduan,Etika dan Pantang Larang Bagi Pesakit Insomnia.

Dengan mengikut 11 garis panduan ini,insya Allah,insomnia yang menyerang anda dapat dipulihkan.

1. Bagi setiap orang Islam,mereka telah pun diajar oleh junjungan Nabi Muhammad SAW,supaya mengambil wudhuk,membaca Alfatihah,Qulhuallah,Qulauzubirabinnas dan doa sebelum tidur.

2. Jangan sekali-kali meminum kopi,teh dan nescafe di waktu malam kerana ianya mengandungi cefen,iaitu sejenis bahan penyegar.Sebaik-baiknya minumlah susu.

3. Elakkan diri dari terbabit dengan aktiviti yang boleh merangsang fikiran diwaktu malam seperti membaca atau menonton cerita yang menakutkan,video atau filem-filem lucah atau terbabit dalam pergaduhan dengan seseorang.

4. Elakkan diri dari memikir atau mengkhayalkan sesuatu.

5. Jangan sekali-kali tidur terlalu banyak diwaktu siang.

6. Jangan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu kenyang.

7. Jika mata tidak mengantuk,jangan paksa diri anda tidur.

8. Ruangkan masa selama 1 hingga 2 jam diwaktu petang atau awal malam dengan melakukan kegiatan atau latihan jasmani yang boleh mengeluarkan peluh.

9. Amalkan mandi dengan air panas/suam diwaktu malam kerana ianya boleh menghilangkan lenguh-lenguh dan ketegangan saraf.

10. Dwaktu malam,jika anda berupaya,cubalah bercumbuan dan mengadakan hubungan seksual dengan sepuas-puasnya.Kerana dengan berbuat begitu,menyebaban seluruh anggota menjadi lemah longlai dan lesu dan sudah pasti ingin segera tidur.

11. Dari segi ilmu psikologi kemanusiaan,apabila berlaku pertembungan di antara perilaku semasa dengan keinginan nafsu seseorang,secara automatik tubuh manusia akan menjadi lesu dan mengantuk.Contohnya ahli-ahli jemaah yang berada di dalam masjid,mendengar Tok Guru atau ustaz memberi kuliah didapati tertidur kerana teknik penyampaian atau apa yang disampaikan oleh Tuan Guru itu bertentangan dengan kehendak citarasa kita.

Rawatan urut tradisional juga penting untuk merawat insomnia ini.Bilamana kita mendapat rawatan urut tradisional,segala angin di badan dapat disingkirkan.Dengan ini segala darah kotor dapat dicuci kerana salur darah sudah berfungsi seperti biasa untuk mengangkut darah kotor dan menggantikan darah baru yang berkhasiat ke segenap anggota badan.Rawatan urut tradisional juga dapat melonggarkan serta melembutkan otot-otot badan.Badan tidak lagi terasa sakit dan lenguh.Dengan semua ini kita akan dapat merehatkan badan tanpa sebarang gangguan.Jadi kita tidak boleh pandang remeh rawatan urut tradisional yang sememangnya ubat yang asli untuk merawat badan.Dapatkan rawatan urut tradisuional ini daripada orang yang pakar tentang urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page