Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Betis Dan Rawatan Urut Tradisional.

Urut Tradisional Lenguh BetisBetis merupakan satu organ badan yang amat penting bagi manusia.Kepentingan betis tidak boleh disangkal lagi iaitu untuk kegunaan menggerakkan kaki bagi tujuan memindahkan sesuatu barang,bersukan dan sebagainya.Betis juga merupakan tunjang utama seseorang itu boleh berdiri dan mencari rezeki.Di betis terdapat satu otot betis yang di panggil labu betis.Tanpa otot tersebut,betis tidak dapat digerakkan.Otot betis tersebut menjalankan fungsinya menggerakkan kaki kepada satu pergerakan yang amat luar biasa persembahannya.Kekuatan satu-satu betis berkait rapat dengan satu rawatan iaitu rawatan urut tradisional betis.

Rawatan Urut Tradisional Betis Yang Lenguh @ Sakit Merupakan Langkah Terbaik.

Urut Tradisional Lenguh BetisTapi,di sini ada satu masalah yang sering melanda setiap orang pada betis mereka iaitu otot betis tersebut menjadi lenguh,tidak berupaya,sakit dan’cramp‘.Ada orang mengambil ubat-ubatan untuk melegakan lenguh @ sakit betis ini.Sebenarnya,lenguh di betis tidak dapat dihilangkan kecuali melalui sentuhan tangan iaitu rawatan urut tradisional.Rawatan urut tradisional di betis bertujuan membuangkan segala angin yang membeku pada otot betis tersebut.Angin-angin yang berada di dalam otot betis tersebut telah menyekat otot betis untuk mendapat satu bekalan darah yang sihat dari anggota badan lain.Salur darah di otot betis yang tersumbat tidak dapat membawa bekalan darah yang mencukupi untuk dibekalkan di betis.Hal ini juga akan memberi satu akibat lain iaitu sakit di bahagian kaki.

Proses Rawatan Urut Tradisional Betis.

Rawatan urut tradisional betis adalah tempat rawatan urut tradisional terawal yang diberi oleh tukang urut tradisional dalam rawatan urut.Rawatan urut tradisional di betis dijalankan iaitu semasa pesakit meniarap.Tukang urut tradisional akan mengesan angin di otot betis tersebut dengan menggunakan jari.Setelah angin dapat dikesan,maka proses rawatan urut di betis bermula.Rawatan urut tradisional betis ini bergantung kepada tukang urut dan juga pesakit.Ada tukang urut yang memberi rawatan urut dengan memberi tekanan yang kuat,sederhana,lembut dan ada juga yang mengurut dengan memberi rawatan urut tradisional yang relaks pada bahagian betis ini.Rawatan urut tradisional di betis ini kadangkala mengambil masa yang lama sehingga sejam lebih.Ini bergantung kepada keadaan angin yang berada di otot lutut tersebut.Ada pesakit yang ingin diurut hanya pada bahagian betisnya sahaja.Kalau rawatan urut tradisional di bahagian betis sahaja,angin di bahagian betis tersebut akan berkumpul semula kerana angin tersebut tidak ditolak ke atas untuk dicuci oleh organ yang berada di bahagian aras atas.

Rawatan urut tradisional di bahagian betis tidak hanya diperolehi melalui rawatan urut tradisional khusus di bahagian betis sahaja pada satu-satu masa.Rawatan urut tradisional di betis juga boleh didapati melalui urut tradisional tapak kaki refleksologi dan juga rawatan urut Aromatherapi & Thai.Tetapi kedua-dua jenis rawatan urut pada betis ini berkemungkinan tidak dapat menghilangkan segala angin di otot betis tersebut.Urutan tersebut hanyalah bertujuan untuk ‘relaxing‘ sahaja.Sebaik-baiknya untuk rawatan urut betis terbaik adalah rawatan urut tradisional seluruh badan di mana seluruh badan di bahagian belakang akan diurut termasuk urut tradisional di betis yang menjadi tujuan utama.Kemudian di bahagian depan badan pula diberi rawatan urut tradisional termasuk betis semasa pesakit terlentang.Paling tidaknya,jika masa tidak mencukupi,tukang urut tradisional biasanya urut di bahagian belakang badan sahaja iaitu iaitu semasa pesakit sedang meniarap dengan urut tradisional di betis menjadi tumpuan utama.Pada masa meniarap ini,betis akan diurut sepenuhnya kerana pesakit tidak akan diberi rawatan urut tradisional betis lagi untuk bahagian hadapan.

Urut Tradisional Lenguh BetisAnda sebenarnya tidak perlu risau tentang sakit @ lenguh di betis ini kerana rawatan urut tradisional boleh membetulkannya kembali.Akan tetapi,rawatan urut tradisional betis yang berkesan semestinya dari tukang urut tradisional yang berkemahiran ataupun pakar.Mereka tahu asas otot-otot manusia ini.Mereka akan memberi rawatan urut tradisional untuk tujuan kesejahteraan pesakit.Anda harus juga berhati-hati dengan rawatan urut tradisional di betis yang dijalankan oleh tukang urut tradisional yang hanya dengan menggunakan siku.Kerana rawatan urut tradisional dengan menggunakan siku bukannya rawatan urut tradisional yang sepatutnya yang dibuat di betis.Akan tetapi,sesuatu yang paling bagus dan terbaik dalam rawatan urut tradisional samada urut tradisional untuk ‘relaxing‘ atau urut tradisional untuk buang angin adalah niat tukang urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page