Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Lenguh-Lenguh Disebabkan Oleh Penyakit Dan Ketegangan Urat.

Masalah lenguh-lenguh dalan rawatan urut tradisional yang dialami oleh seseorang adalah berpunca dari ketegangan urat saraf dan adakalanya disebabkan oleh sesuatu penyakit yang dihidapinya.Pendek kata setiap orang bermula dari golongan petani,buruh kasar hinggalah kepada para professional khususnya pasti mengalami masalah ini sekali sekala atau berterusan.

Urut Tradisional | Sebab-Sebab Berlaku Lenguh-Lenguh.

Di negeri Kelantan,masalah lenguh-lenguh badan lebih dikenali sebagai demam urat.Kes ini terjadi kerana tidak adanya penyelaras dan keseimbangan di antara waktu-waktu bekerja dengan waktu berehat/tidur,makan,bersenaman untuk mengeluarkan peluh serta waktu yang perlu ke tandas.Dalam konteks yang lain pula,manusia masa kini terlalu amat mengejarkan kebendaan sehingga sanggup menjalankan tugas yang melampaui batas di luar bidang keupayaan mental dan fizikal mereka tanpa berpandu kepada etika,prinsip serta Jadual Pergerakan Hidup Harian.

Adalah terlalu amat malang bagi masyarakat moden kini yang maju dan berpendidikan tinggi tetapi tidak tahu membahagikan masa.Akibatnya,berlakulah ketegangan urat saraf serta pembengkakan otot-otot di mana ianya boleh memperlahan perjalanan darah di dalam badan dan akhirnya menimbulkan pelbagai masalah termasuklah penyakit lenguh-lenguh.

Urut Tradisional | Golongan Yang Sering Terkena Demam Urat @ Lenguh-Lenguh.

Setakat ini talah dikenalpasti kira-kira 15 kumpulan yang dikatakan mengalami demam urat samada bermusim ataupun secara berterusan.Antara mereka adalah:

1. Lelaki yang baru sebulan dua mendirikan rumahtangga.

2. Pemandu atau penumpang kenderaan di perjalanan yang jauh sekali sekala.

3. Orang yang politik dimusim Pilihan Raya.

4. Ahli sukan atau pemain bola yang sudah bersara.

5. Penyanyi Kelab Malam.

6. Kumpulan Berdikir Barat diwaktu tengah malam.

7. Kumpulan dalam pertandingan rebana.

8. Kakitangan/pekerja malam tanpa tidur.

9. Pengidap penyakit gout.

10. Pengidap penyakit kencing manis.

11. Berpindah rumah,angkat barang sendiri.

12. Pegawai/Kakitangan bertugas di atas kapal terbang.

13. Mangsa yang terbabit dalam kemalangan yang teruk.

14. Seseorang yang diurut dengan tekanan yang terlalu kuat.

15. Tukang Urut.Bomoh Urut yang menjalankan tugas di tengah malam.

Masalah lenguh-lenguh ini boleh dihilangkan dengan rawatan urut tradisional.Tukang urut tradisional mahir pasti tahu macamana untuk mengatasinya dengan menyediakan rawatan urut tradisional sesuai dengan keadaan pesakit mereka.Bagi masalah lenguh yang berpunca dari ketegangan urat saraf,sekali rawatan urut tradisional,masalah tersebut mungkin sudah dapat diatasi.Ini bergantung setakat mana angin yang membengkak pada otot-otot badan pesakit tersebut.Kalau ketegangan urat dalam badan terlalu banyak,maka lebih lamalah sedikit masa yang diperlukan oleh tukang urut tradisional itu untuk menghilangkannya.Ini agar,segala ketulan-ketulan angin dan juga urat yang membengkak itu dapat dihilangkan dan dilembutkan sepenuhnya demi kesihatan yang dapat dikekalkan untuk jangkamasa yang panjang.Untuk dapat kesan terbaik,dapatkan rawatan urut tradisional dari orang yang pakar semestinya dalam bidang urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page