Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional Dan Masalah Sakit Punggung Serta Belakang Badan.

Urut TradisionalPunggung dan belakang badan merupakan antara anggota badan yang penting di tubuh manusia.Ianya penting kerana,anggota badan ini merupakan jalan laluan utama darah di dalam badan manusia.Urat di punggung merupakan satu point utama bagi merawat masalah batin manakala urat besar di bahagian belakang badan merupakan urat tunjang utama yang mengalirkan darah di seluruh anggota badan.Orang yang mengalami masalah lenguh/sakit bahagian punggung ini,kebanyakannya mengalami masalah juga berkaitan batinnya.Manakala orang yang mengalami lenguh-lenguh belakang akan mengalami lenguh-lenguh dan tidak bermaya juga di seluruh anggota badannya terutamanya anggota badan bahagian bawah.Kedua-dua urat di dua anggota badan ini saling berhubungan dan bekerjasama antara satu sama lain.Jika urat di belakang tersumbat,maka akibatnya akan dapat dirasai sama di bahagian punggung.Sebenarnya,masalah lenguh di anggota badan ini tidak dapat dipisahkan dengan rawatan urut tradisional.

Urut Tradisional Untuk Rawat Sakit Punggung Dan Belakang.

Urut TradisionalRawatan urut tradisional merupakan satu rawatan yang dijamin berkesanannya dalam masa singkat untuk merawat masalah lenguh punggung dan lenguh belakang.Rekod baik rawatan urut tradisional untuk merawat lenguh badan memang tidak boleh disangkal lagi.Tidak ada kesan sampingan dan tidak perlu untuk menunggu lama untuk menunggu untuk penyembuhan lenguh badan terutamanya lenguh punggung dan lenguh belakang badan ini.Sentuhan tangan tukang urut tradisional pakar yang berbisa sememangnya dapat memberi kelegaan dan rasa berterima kasih yang tidak terhingga oleh pesakit terhadap tukang urut tradisional itu.Manakan tidak,jika sakit punggung,batin akan mengalami masalah manakala jika sakit belakang,kerja yang kita buat akan terganggu serta tidak boleh dijalankan dengan lancar.Bagi tukang urut tradisional yang menjalankan tugas rawatan urut tradisional tersebut,dia kenalah seorang yang pandai mengurut dan perlu ada paling tidak ilmu asas dalam merawat masalah sakit/lenguh punggung dan belakang ini.Masalahnya,banyak terdapat kini tukang urut tradisional yang mengatakan dirinya tukang urut mahir dan memberi rawatan urut tradisional dengan menggunakan siku di bahagian punggung dan belakang pesakit tersebut.Banyak sangat kepercayaan tahyul-mahyul oleh tukang urut tradisional sebegini sehingga menggunakan siku untuk menghilangkan lenguh di punggung dan juga lenguh di belakang.Pesakit yang menerima rawatan urut tradisional tersebut mungkin tidak boleh berkata apa-apa kerana mereka menghormati dan menyangka yang tukang urut tradisional tersebut betul-betul mahir.Akhir sekali,pesakit ini merasakan masalah sakit punggung dan sakit belakang mereka tidak juga-juga sembuh sehinggakan mengeluarkan wang lagi untuk mencuba rawatan urut tradisional dari tukang urut lain.Ini merupakan satu pembaziran khususnya bagi mereka yang tidak berpendapatan tinggi.

Cara Rawatan Urut Tradisional Masalah Sakit Punggung Dan Belakang.

Urut TradisionalSemasa pesakit meniarap,tukang urut tradisional mahir biasanya akan mengurut betis dahulu dan lepas itu barulah rawatan urut tradisional di bahagian punggung dan belakang dilakukan.Mula-mula tukang urut tradisional tersebut akan mengurut bahagian punggung dahulu dengan menggunakan jari.Urutan di punggung tidaklah sesusah mana kecuali jika angin di situ terlampau banyak dan berketul-ketul,mungkin masa yang lama sedikit diperlukan untuk menghilangkan angin tersebut.Ada kalanya,angin dipunggung tersebut terlampau banyak dan degil kerana mungkin disebabkan jenis dan cara pemakanan yang diamalkan oleh pesakit tersebut.Ada juga kes angin di punggung yang terlampau terkedalam sehinggakan begitu liat untuk dirawat.Sehinggakan pesakit merasa seperti pedih-pedih kerana terlampau lama diurut di bahagian tersebut.Tapi jangan bimbang.Kesakitan tersebut sebenarnya sekejap sahaja dan membawa kebaikan kepada punggung dan batin pesakit tersebut.Kebiasaannya,bilamana punggung seseorang itu diurut selalu dan kemudian bebas dari segala angin,maka,natijah yang baik akan dapat dirasai di bahagian batin juga.Bain pesakit tersebut akan perlahan-lahan menuju ke arah batin yang sihat.Untuk rawatan urut tradisional bahagian pinggang pula,tukang urut tradisional mahir biasanya akan memberi rawatan urut tradisional menggunakan tangan serta jari.Tukang urut tradisional mahir yang bagus akan memberi rawatan urut tradisional dengan teliti di bahagian belakang pesakit tersebut untuk menghilangkan angin yang biasanya banyak di pangkal pinggang dan juga sekitar tulang belikat.Ada tukang urut tradisional menjalankan rawatan urut tradisional bahagian belakang ini dengan menggunakan siku dan tidak kurang juga memberi rawatan urut tradisional dengan menggunakan duit syiling.Semua ini sebenarnya kepercayaan tahyul yang menunjukkan tukang urut tradisional tersebut tidak mempunyai pengetahuan dalam rawatan urut tradisional.Jadi untuk menghilangkan sakit serta lenguh di bahagian punggung dan belakang ini,pesakit mestilah mencari tukang urut tradisional yang betul-betul berkualiti dan jujur serta tukang urut tradisional yang mempunyai ilmu dalam rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page