Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional Rawatan Kesihatan Yang Mesti Diwarisi Dari Generasi Ke Generasi.

Mengurut tidaklah seringkas yang kita gambarkan.Ia juga tidak senang dek kerana memerlukan tenaga untuk melaksanakannya bagi menghasilkan rawatan urut berkualiti yang boleh menyembuhkan penyakit orang yang diurut serta juga memuaskan mereka.Ada tukang urut yang baik serta jujur memperolehi ilmu urut dari warisan keluarga @ nenek moyang,tapi masih mahu belajar urut dari kelas formal yang berkualiti dengan niat ingin serius untuk menjalankan urut betul yang memberi pulangan kepadanya dan juga pelanggan yang membayar untuk servis urutnya.

Motif utama urut adalah untuk melancarkan peredaran darah dan juga untuk relaks-relaks.Dari 2 tujuan urut ini,tujuan pertama iaitu perkhidmatan untuk melancarkan peredaran darah adalah sangat banyak permintaannya kerana ia adalah keperluan asas.Nyawa dan kesejahteran hidup akan menjadi galang ganti kepada serius dan tidak seriusnya seseorang kepada perkara ini.Harus diketahui,pendapat yang disokong 100% oleh sains dan mereka yang arif tentang sistem tubuh badan manusia,urut akan dapat menghancurkan segala ketulan besar @ kecil di otot dan yang membentuk tanpa disedari setiap masa oleh oleh manusia akibat dari aktiviti dan corak pemakanan.Di otot terdapat salur kapilari darah yang berfungsi mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan untuk terus hidup.Jika otot berketul,kapilari darah yang ada padanya juga secara automatiknya akan bermasalah dek ketulan yang biasa disebut dalam bahasa harian ‘angin’ menghalang darah melaluinya.Hal ini boleh disamakan dengan satu sistem perparitan yang tidak sempurna,mengumpul sampah sarap yang tidak diperlukan,secara langsung aor bertakung dan wujud satu lopak air yang kotor.Walaupun air dapat juga melaluinya sedikit,ia tidak cukup untuk memberi kesegaran kepada air itu dari segi kecukupan oksigen yang dapat membekalkan air sihat kepada kehidupan perparitan yang di bawahnya.Itulah teori seumpamanya yang boleh kita umpamakan dengan pengaliran darah ke seluruh anggota badan.Rasa sengal,lenguh,nyilu,gatal dan sakit adalah petanda kepada permasalah yang disebutkan ini.Apa akan jadi akhirnya?Ya.Akan timbullah penyakit ringan dan merbahaya sepertih badan letih lesu,mengantuk,kanser dan banyak lagi benda yang tak baik.

Teknik Urut Sebenar Yang Harus Diguna Pakai.

1.Urut dengantangan, jemari tangan,tapak tangan dan ibu jari. 2.Urut dengan biji salak(pendapat orang lama).

Kenali Ciri-Ciri Seorang Tukang Urut Pakar & Terbaik.

Ciri-ciri tukang urut terbaik kita dapat sahkan selepas sahaja rawatan urut dijalankan.Urutan yang diberikannya itu akan menghilangkan segala lenguh,sakit,nyilu,gatal dll.Badan akan jadi bertenaga,sihat dan segar walaupun ia mengambil masa sehari dua untuk diterjemahkan.Tukang urut pakar tidak sekali-kali mengurut pesakit menjadi semakin teruk.Dia juga tidak akan meninggalkan kesan lebam dan luka pada badan akibat dari tekanan tak betul & kuku yang tajam.

Mereka Yang Bukan Pakar Urut Dapat Kita Kenali Melalui Faktor-Faktor Ini:

1.Mempunyai kuku panjang semasa rawatan urut.

2.Akibat tertusuk/terhiris oleh kuku jari dan tekanan urut ibu jari pengurut yang tidak kena/terlampau kuat,ia meninggalkan tanda luka,calar dan lebam pada badan pesakit.

3.Pesakit tersiksa,mengeluh dan tidak tenang dengan rawatan urutnya.

4.Rawatan urutnya tidak memberikan kelegaan kepada pesakit malah membuatkan lebih letih,penat dan sakit selepas sesi urut.

5.Bagi kes terseliuh,tukang urut tidak mengenalpasti tempat utama yang terseliuh tapi hanya terus urut pada tempat yang nampak kebiruan.

6.Tidak tetap kedudukannya semasa mengurut(huru-hara).Sering berubah posisi seperti orang tak biasa urut orang.Anggota badannya yang lain selain tangan juga sentiasa tersentuh pelanggan.

7.Tidak utamakan urut tapi suka mematah-matahkan sendi pesakit pada tahap yang ‘over’.

Terdapat 3 posisi urut yang mesti dilalui oleh pesakit iaitu 1.Posisi meniarap 2.Terlentang 3.Duduk bersila/berlunjur.

1.Semasa posisi pesakit meniarap,anggota badan yang dikenakan urut adalah: i)Tapak kaki ii)Betis & labu betis iii)Paha belakang iv)Punggung & pinggang v)Belakang badan vi)Tulang belikat vii)Lengan bahagian belakang.

2.Semasa posisi pesakit terlentang,anggota badan yang dikenakan urut adalah: i)Labu betis & tepi tulang kering ii)Paha atas,luar & dalam iii)Abdomen iv)Sudu hati & rusuk v)Ketiak & lengan vi)Dada vii)Pipi/mata/muka.

3.Semasa posisi pesakit duduk bersila/berlunjur,anggota badan yang dikenakan urut adalah: i)Bahu & leher ii)Kepala & leher belakang iii)Tangan,tapak tangan & jari jemari.

Waktu Yang Elok Untuk Berurut.

1.Waktu pagi atau petang 2.Orang yang sedang hadapi penyakit kronik tidak digalakkan dapatkan rawatan urut. 1.Lima minit sebelum atau sesudah makan. 2.Pelanggan urut mesti dalam suasana sihat(amat tidak digalakkan bagi yang demam/demam panas).

Mengenal Beza Antara Urat Dan Tulang.

Tukang urut sebenar adalah mereka dapat bezakan urat saraf,tulang lembut dan tulang yang sebenar.Mereka ada ilmu ini berasaskan kepada kelas urut dan pengalaman.Contoh mudah adalah mengkelaskan samada urat lembut di satu bahagian bawah tulang belikat itu urat,tulang lembut atau tulang.Kalau mereka yang berpuluh tahun urut,mereka tidak akan urut urat lembut tersebut kerana ia adalah tulang lembut sebenarnya,bukan urat.Tulang lembut ini boleh kita panggil juga tendon.Ia bewarna cerah dan ada yang cerah jernih.Kalaulah kita urut juga yang dianngap ianya ketulan angin,ia tidak akan rata @ hilang sebab kita tak sepatutnya pun urut atas tendon ni.Kalau urut juga,akan beri rasa sakit kepada pelanggan selepas rawatan urut itu untuk tempoh berhari-hari.

Mengenal Keadaan Saraf Dan Urat.

Seseorang yang ingin dikenali sebagai tukang urut sebenar mesti ada faktor utama ini iaitu berkeupayaan mengenal pasti saraf dan urat dalam rawatan urutnya.Tanpa faktor ini,urutannya akan jadi tidak tentu arah dan pelanggan dapat merasainya.Hasilnya juga akan disahkan kali kedua oleh pelanggan tadi sebagai gagal.Contoh keupayaan mengenal pasti keadaan saraf dan urat adalah bagi masalah tersalah bantal.Sakit ini akan menyebabkan kepala tidak dapat dipusing ke kiri dan kanan dengan normal.Rasa sakit akan menyelubungi jika cuba buat pergerakan itu.Jadi,sebagai tukang urut betul,dia sudah dapat tahu yang masalah ini diakibatkan oleh saraf /otot tulang belikat,bahu dan leher bermasalah.Dengan profesional diiringi keyakinan 100%,dia akan mengurut bahagian bawah tulang kipas.Dah selesai dia akan urut bahu pula diakhiri dengan urut otot leher.Jika ini dilakukan,tidak ada masalah untuk membuatkan pelanggan rasa bersyukur serta berterima kasih kepada rawatan yang diberikan dan berkemungkinan akan datang semula sebagai pelanggan tetap.

Jenis Urat Saraf Pada Tubuh Manusia.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian,pengkelasan urat saraf manusia oleh seorang tukang urut pakar dijeniskan kepada urat paralysis dan urat saraf tegang.Urat saraf ini dapat dirasai dan dinilai dengan jari.Urat saraf paralysis adalah saraf milik orang yang mati sebelah tubuh.Urat saraf ini kalaulah ianya masih mempunyai daya refleksi(rasa bila disentuh),maka ianya masih ada harapan untuk dipulihkan dengan rawatan urut berterusan.Kalau sentuh,tak rasa apa-apa,ianya sudah hilang harapan.Urat saraf tegang pulan adalah urat saraf bermasalah bersifatkan berdasarkan keadaan semasa.Ia jadi tegang berpunca dari tindak balas dalaman tubuh yang tidak dapat menerima sesuatu pengambilan pemakanan dan gaya amalan seharian.Ia akan terbentuk sebab ia tidak setuju dengan amalan di luar kotak peraturan yang ditetapkan kepada tubuh manusia.Kejadian yang tidak sengaja seperti eksiden dsb juga boleh dikategorikan termasuk dalam hal ini.Penyelesaian untuk urat saraf jenis ini adalah kenakan saja rawatan urut berkualiti.Selesai masalah.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page