Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Sakit Jantung.

Apa Itu Sakit Jantung.

Iaitu toksid/racun yang menyekat pembuluh darah.Ini menghalang otot-otot jantung,injap-injap oksigen mengenakan tekanan yang serius kepada jantung.Oleh itu ia terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat berbanding dengan kaedah normal untuk menolak  sekatan pada aliran darah tadi.

Sakit jantung dalam rawatan urut tradisional sentiasa berkait dengan darah tinggi.Penyakit Siplis.TB,Taifod juga boleh menyebabkan luka pada jantung.

Sakit jantung dalam rawatan urut tradisional juga disebabkan oleh kelemahan kelenjar tiroid dengan sakit paru-paru yang teruk yang memberi tekanan lebih pada jantung,anemia dan beri-beri.

Apakah Serangan Sakit Jantung (heart attack)?

Apabila pembuluh darah yang menyekat yang membekal darah pada jantung tersekat dan menyebabkan darah mengalir amat perlahan dan menyebabkan pengumpulan darah pada dinding pembuluh serta menghalang darah sampai ke jantung.Jika pembuluh darah tertutup sepenuhnya,serangan adalah amat serius.

Siapa Diserang Sakit Jantung?

1. Berat badan yang berlebihan.

2. Pengidap kencing manis.

3. Merokok 15 batang sehari.

4. Kolestrol yang tinggi dalam badan.

5. Tekanan perasaan yang tinggi.

Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Pesakit Jantung.

Sakit Jantung1. Karot,jus bayam (mengandungi potasium yang memberi pH darah yang betul),membuang kotoran dari pembuluh darah,bina selaput darah yang kuat.

2. Jus karot,jus timun,melarut asid kristal dalam buah pinggang.Oleh sebab itu membersih darah 10 auns/3 auns/3 oz,1-2 pain sehari.

3. Sirap pekat dari gula mentah (Molesses) : Kaya dengan organik zink+kuprum,potosium – Bina selaput darah yang kuat 2 camca di dalam 1 gelas air suam,2 kali sehari.

4. Anggur,1-3 paun anggur hitam untuk 5-7 hari – sebagai tonik kepada otot-otot injap jantung,bersihkan darah.

5. Minyak empeng jagung,rangsang bekalan oksigen kepada jantung – elok dimakan dengan bawang putih,1 sudu w. germ oil + 2-3 potong bawang putih,2 kali sehari selepas makan.

6. Kobis,bayam mentah,pisang masak,kacang soya dan biji bunga matahari.

7. Minyak ikan – 1 kapsul,3 kali sehari.

8. Vitamin E.

9. Evening primrose oil 1 kapsul,3 kali sehari.

10.Makanan berfibre tinggi.

11.Jangan merokok,bawa bertenang,betulkan berat badan dengan ketinggian.

12. Bersenam 28  minit,3 kali seminggu,meningkat 80% kadar dengup jantung maksima mengikut umur.

Kadar jantung maksima untuk umur = 220.Untuk umur 40, 220-40=180,80% daripada 144 dengup seminit.

Makanan Yang Perlu Dielakkan.

1. Kanji saringan – tepung terutama roti putih,pastri manis,gula,telur masak,susu pasture,daging berlemak yang masak dan juga garam.

Sakit JantungJenis Herba Yang Disyorkan.

Herba MIX,herba CHOLES,herba YANG/YIN,herba ALL PLUS,herba FLUID.

Herba pain diambil dahulu dalam 2 minggu kemudian selepas itu diminum bersama-sama herba-herba yang lain.

Rawatan urut tradisional dari pakar urut tradisional juga tidak boleh dilepas pandang.Rawatan urut tradisional amat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam pembuluh darah dan juga salur-salur darah.Bila kita dapatkan rawatan urut tradisional,segala angin-angin/asid urik yang menyekat peredaran darah pada salur darah dalam badan kita dapat dihancurkan dan darah dapat mengalir dengan baik.Salur darah yang tersumbat tadi menjadi sedikit longgar dan ruangnya menjadi luas sedikit untuk memberi jalan kepada darah melaluinya.Dengan ini,tekanan darah dalam salur badan dapat dikurangkan sedikit dengan rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page