Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Sembelit.

Sembelit di dalam rawatan urut tradisional bolehlah diistilahkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu didapati jarang atau mengalami susah untuk membuang air besar.Ini disebabkan oleh najis yang hendak dikeluarkan itu agak terlalu keras.

Sembelit di dalam rawatan urut tradisional mungkin juga menunjukkan tanda-tanda penyakit,tetapi jarang benar adanya sesuatu penyakit yang serius seperti cerana dalam usus atau ulser dan lain-lain.Perilaku harian seseorang dikatakan sebagai faktor awalan menyebabkan bermulanya sembelit di dalam rawatan urut tradisional ini.Antara perilaku dan amalan yang tidak baik termasuklah melengah-lengahkan waktu yang sepatutnya pergi ke tandas,dengan alasan untuk membereskan tugas,terlalu acapkali mengadakan hubungan seksual dalam satu-satu masa,tidak adanya latihan jasmani atau senaman dan lain-lain lagi.

Kes-Kes Berkaitan Sembelit.

Kes sembelit di dalam rawatan urut tradisional biasanya mempunyai hubungkait dengan kegagalan usus besar menjalankan tugasnya,iaitu mengawal paras kuantiti air di dalam tahi.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak seimbang atau boleh jadi juga kadangkala disebabkan oleh infeksi di dalam usus yang menyebabkan berlaku apa yang dikenali ‘Hemorrhoids’.Hemorrhoids ialah pembengkakan rektum dan lubang dubur.Apabila hal ini terjadi,maka saluran rektum dan lubang dubur menjadi sempit yang menyebab berlaku halangan ke atas pengeluaran najis.Oleh kerana kekerapan berlakunya pembuangan najis yang agak keras,maka timbullah pula sejenis penyakit yang dikenali buasir.
buasir big2 Urut Tradisional | SembelitUrut Tradisional | Buasir.

Buasir di dalam rawatan urut tradisional ialah pembengkakan pembuluh darah pada selaput basah dubur atau pada kulit di sekitarnya.Pembuluh di sekitaran dubur tidak mempunyai banyak penunjang daripada tisu-tisu di sekelilingnya,ini menyebabkan ia mudah menjadi mekar.Bilamana berlaku kekerapan pembuangan najis yang keras,Hemorrhoids ataupun Piles akan ditolak bersama-sama oleh najis yang kadang-kadang hingga sampai ke lubang dubur.Buasir di dalam rawatan urut tradisional dengan kata lain kata-kata ialah berlakunya pembengkakan di sekitar permukaan lubang dubur.

Penyakit buasir di dalam rawatan urut tradisional lazimnya berlaku di kalangan wanita yang melahirkan anak dengan cara paksa.Buasir di dalam rawatan urut tradisional juga dikatakan kerap berlaku di kalangan wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun akibat kepincangan perhubungan rumahtangga ataupun kekecewaan perhubungan seksual.Sungguhpun demikian,kaum lelaki juga memang ada terkena penyakit buasir di dalam rawatan urut tradisional ini,tetapi kadarnya lebih rendah dari kaum wanita.

Urut Tradisional | Langkah-Langkah Pengawalan Buasir.

Untuk mengelak berlakunya sembelit di dalam rawatan urut tradisional ini,maka anda disarankan agar terlebih dahulu mencegah timbulnya gejala gangguan ke atas sistem penghadaman makanan.Ini adalah amalannya:

1. Kunyahlah makanan anda beberapa kali sehingga betul-betul hancur sebelum ditelan.Ini akan boleh membantu tugas kerja usus untuk menghadam makanan.

2. Berhati-hati dalam pengambilan dan elakkan mengambil makanan yang terlalu banyak.Ini boleh meregangkan dinding perut dan menambah tekanan kepada otot-otot dalaman.

3. Jangan mengambil makanan ketika letih atau bersedih,kerana tekanan ini boleh menyebabkan pengeluaran asid berlebihan di dalam perut yang menyebabkan rasa terbakar.

4. Elakkan mengambil kopi,nescafe,teh,alkohol dan makanan berempah.Ini menyebabkan pengeluaran asid Hidroklorik berlebihan di dalam perut.

5. Jauhkan diri dari tembakau yang telah menunjukkan pengurangan dalam asis di mana makanan susah nak dihadamkan.Merokok juga menyebabkan tekanan sfinkter(gelang otot) rendah di bahagian sambungan antara perut dan kerongkong yang memudahkan asid yang sedikit keluar.

6. Kurangkan makanan daging dan makanan berlemak.Jika memakan daging,pastikan anda membakarnya dan ambillah bahagian yang tak berlemak.Lebuhkan pengambilan karbihidrat yang tidak diproses kerana ianya mudah dihadamkan,manakala daging dan lemak sukar untuk dihadamkan.

7. Campurkan satu sudu besar madu dan cuka dalam secawan air panas dan minumlah 20 minit sebelum makan tengahari.

8. Campurkan 1/4 sudu besar serbuk halia ke dalam secawan air panas.

sembelit 22 Urut Tradisional | SembelitPetua-Petua Untuk Menjauhi Penyakit Sembelit:

1. Makanlah buah papaya yang masak sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

2. Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari terutamanya dimusim panas terik.

3. Segeralah pergi ke tandas bila sudah menerima isyarat.

4. Minumlah segelas air buah tomato atau air asam jawa setiap hari.

5.Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam (8jam).

6. Janganlah mengadakan hubungan seksual sampai 4 atau 5 kali sehari.

7.Lakukan apa-apa latihan jasmani yang boleh mengeluarkan peluh setiap hari.

8. Amalkan memakan buah anggur yang basah setiap hari dengan membuang bijinya.

9. Amalkan memakan buah-buahan kerana ianya menguatkan dinding usus.

10.Amalkan memakan buah tembikai yang merah sebelum makan nasi.

11. Kulit limau nipis hutan dan buah kayu bidara,boleh menghadamkan makanan jika dimasuk sama di dalam setiap masakan.

12.Sekiranya anda masih lagi terkena sembelit,cubalah amal memakan satu biji durian yang direbus.

Rawatan Urut Tradisional Untuk Masalah Sembelit Dan Buasir.

Rawatan urut tradisional juga penting untuk mengelakkan atau merawat penyakit sembelit dan buasir ini.Bilamana kita mendapat rawatan urut tradisional,segala angin-angin badan dapat di buang dan ini akan melancarkan peredaran darah.Bilamana darah berjalan dengan baik,semua bahagian tubuh kita akan mendapat bekalan darah yang berzat dan berkhasiat.Ini akan menguatkan antibodi badan dan juga semua bahagian badan kita akan menjadi sihat.Tapi penjagaan dan pengambilan makanan yang disarankan adalah yang terpenting di samping rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page