Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Simpul Biawak(Cramp).

Simpul biawak atau lebih dikenali sebagai tersentak di kalangan orang-orang Kelantan ialah suatu keadaan di mana otot-otot serta urat-urat besar terdapat disatu-satu anggota menjadi terlalu keras lagi tegang.Keadaan seperti ini maenyebabkan berlakunya tarikan oleh otot-otot tersebut ke atas anggota tertentu seperti di tapak kaki,betis atau paha.

Tarikan yang berlaku tanpa pengawalan sistem saraf pusat itu mungkin disebabkan oleh kekejangan saraf yang amat sangat di otot-otot atau terlalu kurangnya bekalan darah di situ.Oleh hal yang demikianlah kes ini banyak terjadi ke atas ahli-ahli sukan dan para pemain bola sepak dan juga di kalangan golongan yang sudah lanjut usianya.Selain itu,faktor cuaca yang amat sejuk juga dikatakan salah satu sebab terjadinya sentakan otot ke atas seseorang.

Urut Tradisional | Tempat-Tempat Dan Anggota Yang Mudah Tersentak.

1.Tapak Kaki.  2.Betis.  3.Paha.  4.Perut.  5.Leher serta bahu.  6.Belikat.  7.Tapak tangan dan jari.

Urut Tradisional | Petua Orang Tua-Tua Dan Jenis-Jenis Ubat.

Selain daripada amalan bertungku dan rawatan urut tradisional bagi kes tersentak ini,pesakit juga dinasihatkan agar mengikut petua dan mengambil ubat-ubatan berikut sebagai bahan tambahan untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit yang anda alami tersebut.

1. Rendamkan anggota yang selalu tersentak itu di dalam air yang suam sekurang-kurangnya setengah jam sehari,terutamanya di waktu malam.

2. Sapukan minyak angin yang panas di tempat yang tersentak itu kemudian balutkan dengan kain di waktu sebelum tidur.

3. Tumbukkan halia yang dicampur dengan minyak tanah sehingga didapati betul-betul lumat kemudian sapukan atau tampalkan di tempat yang tersentak dan terus dibalut dengan kain.

4. Rebuskan kaki ayam dan masukkan abu biji durian yang sudah dibakar.Minumlah airnya sebanyak 3 kali sehari.

5. Ambil daun kecubong dan kapur sireh kemudian tumbuk sehingga lumat dan tampalkan di tempat yang selalu tersentak itu.

Walaupun cara-cara tersebut boleh menyembuhkan kesengsaraan yang anda alami dalam kes tersentak ini,rawatan urut tradisional di tempat yang tersentak dan rawatan urut tradisional seluruh badan adalah amat penting dimana,melalui rawatan urut tradisional ini,tempat yang tersentak tersebut disentuh dan diurut sehingga tidak ada lagi angin yang berkumpul di situ.Urut tradisional seluruh badan akan menghilangkan seluruh angin di badan termasuk di tempat tersentak tersebut juga.Dengan ini segala otot-otot dapat dikendurkan dan angin dapat dihilangkan dan kemudiannya darah dalam badan dapat berkitar dengan baik.Keputusannya,tidak ada lagi sentakan otot dan lain-lain masalah pada badan yang mengganggu kehidupan seharian.Tapi dalam mendapat rawatan urut tradisional ini,pastikan anda mendapat rawatan urut tradisional dari pakar urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page