Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page

Urut Tradisional | Maksud Susah Hendak Bernafas.

Susah hendak bernafas di dalam rawatan urut tradisional yang dialami oleh seseorang itu mungkin mempunyai kaitan rapat dengan tanda-tanda awal diserang penyakit jantung atau peparu.Walaubagaimanapun,susah hendak bernafas di dalam rawatan urut tradisional yang dimaksudkan di sini ialah kes-kes yang mana sekali-sekali dialami oleh sesetengah orang berkaitan dengan tingkahlaku,kegiatan mental dan fizikal harian yang melampaui batas.Tegasnya kes susah hendak bernafas di dalam rawatan urut tradisional ini sering mengganggu seseorang yang melakukan kerja-kerja harian melebihi tahap keupayaan mental dan fizikal badan.

Urut Tradisional | Apa Dia Pernafasan.

Bernafas ialah menyedut udara masuk melalui hidung atau mulut dan juga batang tengkorak ke peparu dan mengeluarkan udara dari peparu melalui batang tengkorak dan hidung atau mulut.Biasanya udara yang masuk itu mengandungi lebih banyak oksigen dari udara yang dihembus keluar.Manakala udara yang dihembus keluar itu pula mengandungi  lebih banyak karbon dioksida dan wap air.

Jadi,tujuan bernafas ialah membekalkan oksigen bagi diserapkan oleh darah dalam peparu yang dimainkan oleh al-veolus dan membolehkan darah melepas keluar karbon dioksida serta wap air yang dibawanya.

Tarik Nafas.

Tarik nafas ialah hasil daripada pengembangan rongga dada.Bila rongga dalam menjadi lebih luas,maka peparu akan mengembang dan dengan itu udara pun tersedut masuk ke dalam peparu melalui hidung atau mulut dan batang tengkorak.

Pengembangan rongga dada adalah hasil daripada tindakan,terutamanya diafram atau sekat badan,tulang-tulang rusuk dan otot-otot yang di antara tulang rusuk itu.Bila otot di antara tulang rusuk itu mengucup,hujung-hujung tulang rusuk dan tulang-tulang dada ternaik ke atas dan pada masa itu juga,otot-oto yang dikeliling diafram mengucup membuatkan diafram itu menjadi rata.Hasilnya rongga dada mengembang,tekanan udara di dalam dada menjadi kurang,peparu mengembang bagi mengisikan ruangan yang menjadi bertambah besar,manakala udara dari luar yang tekanannya lebih tinggi secara automatik mendesak masuk ke peparu.

Hembus Nafas.

Hembus nafas berlaku apabila otot-otot antara tulang-tulang rusuk dan pada diafram itu kendur semula menyebabkan tulang-tulang rusuk,tulang-tulang dada balik semula ke tempat asalnya.Keadaan yang demikian menyebabkan udara di dalam peparu tertolak keluar.

Memandangkan proses pernafasan manusia,samada tarik nafas mahupun hembus nafas menyebabkan berlakunya pergerakan di beberapa tempat seperti di diafragma,tulang rusuk dan tulang belikat,maka urutan di tempat-tempat tersebut boleh meredakan pesakit susah bernafas.

Jenis-Jenis Ubatan.

Beberapa keadaan yang tidak selesa akan dirasai oleh seseorang yang terkena sesak nafas.Sakit-sakit akan terasa di sekitar belikat,diafragma dan di tulang-tulang dada.Dalam kes seperti ini,setakat yang diketahui,pihak berkuasa di hospital-hospital kerajaan biasanya membekalkan pesakit-pesakit dengan beberapa jenis ubat seperti Gliseril Trinitrat atau (GTN),Terbulatine Tablet ataupun Theophylline.Ubat-ubat tersebut dikatakan boleh membantu pernafasan seseorang dengan melebarkan saluran pernafasan ke peparu.Perlu dijelaskan bahawa kebanyakan mereka yang terbabit dengan kes susah hendak bernafas di dalam rawatan urut tradisional ini biasanya didapati bengkak-bengkak dan tegang di sekitar otot-otot di tulang-tulang rusuk,tulang-tulang dada,belikat,belakang dan di diafragma.

Urut Tradisional | 9 Petua Utama.

Oleh hal yang demikian,sebagai langkah awalan untuk mengelak terkena serangan penyakit sesak nafas,anda disarankan agar mengikuti garis panduan dan petua-petua berikut.

1. Apabila anda terbabit di dalam satu-satu kemalangan,haruslah segera mendapatkan rawatan urut tradisional dari mana-mana tukang urut tradisional yang betul betul mahir berulang kali selain daripada mendapat rawatan di hospital atau klinik.

2. Bagi kaum wanita yang mengandung melebihi empat bulan,dinasihatkan supaya diperbetulkan kedudukan bayi dalam kandungan oleh bidan-bidan kampung yang mahir.

3. Wanita yang sentiasa diserang penyakit senggugut,anda haruslah sentiasa di samping mengambil ubat dari masa ke semasa,terutamanya semasa hampir kedatangan haid.

4. Elakkan diri dari terlibat dengan kerja-kerja berat yang banyak menggunakan tenaga fizikal.

5. Cuba tenangkan fikiran apabila berhadapan dengan berbagai cubaan dan cabaran.

6. Jangan memaksa diri mengadakan hubungan seksual melebihi tahap yang sempurna.

7. Pastikan anda memakai pakaian yang tebal semasa dalam kenderaan terutamanya diperjalanan yang jauh diwaktu malam.

8. Sekiranya badan terlalu gemuk,cubalah melakukan apa-apa jenis riadhah atau senaman yang boleh mengeluarkan peluh pada setiap hari.

9. Jauhkan diri dari menjalankan kerja sampingan malam dan hentikan terus merokok.

Jenis-Jenis Ubat Tradisional Dan Amalan.

1. Amalkan makan bawang besar yang sudah dimasak setiap hari.

2. Ambil 10 batang serai,gula merah sebesar ibu jari,air sejuk dua gelas besar.

Kesemuanya itu dibasuh dan ditumbuk hingga hancur dan dimasukkan dalam periuk tanah.Panaskannya hingga mendidih tunggu hanya satu gelas.Kemudian ditapis dan diminum.Proseslah ubat ini dan amal meminumnya dua kali seminggu.Insyaallah penyakit anda semakin beransur pulih.

Masalah susah hendak bernafas di dalam rawatan urut tradisional ini boleh dirawat dengan rawatan urut tradisional di mana tukang urut tradisional yang terlatih akan mengurut di bahagian-bahagian tertentu di badan pesakit.Bilamana rawatan urut tradisional sudah dijalankan,pesakit akan merasa lega di bahagian dada.Melalui rawatan urut tradisional ini juga,darah di dalam badan dapat berjalan dengan lancar.Pertolongan dari pemakanan yang sihat yang kita ambil,darah yang sihat dapat dibina dan akan diedarkan ke seluruh tubuh untuk memberi zat kepada anggota tubuh.Anggota tubuh yang sihat saling menjalankan fungsi masing-masing ke arah kesihatan tubuh yang baik.Bilamana ini berlaku,segala masalah yang melanda akan dapat dikurangkan atau diatasi.Seeloknya,dapatkan rawatan urut tradisional dari pakar urut tradisional yang tahu dengan baik tentang rawatan urut tradisional.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on RedditDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponShare on Google+Email this to someoneShare on TumblrBuffer this pageShare on VKShare on YummlyFlattr the authorPrint this page