Urut Tradisional | Lemah Tenaga Batin.

Untuk pengetahuan,kebanyakan orang lelaki tidak terkecuali dengan masalah seperti yang disebut.Bagi orang lelaki,inilah punca kecergasan seseorang lelaki yang normal.Tetapi sekiranya menghadapi masalah tersebut,maka tercabarlah kewibawaan mereka sebagai seorang lelaki.

Di Malaysia,kajian telah dibuat dan didapati bahawa terdapat lebih 2 juta lelaki yang menghadapi masalah ini.Inipun bagi mereka yang melaporkan dan mungkin lebih lagi bilangannya.Ataupun boleh dikatakan 90 peratus lelaki menghadapi masalah lemah tenaga batin.Hanya mereka yang malu untuk bercerita dan memberitahu kepada orang lain walaupun kepada isteri mereka sendiri.

Urut Tradisional | Sebab Lemah Tenaga Batin Bagi Lelaki.

matipucuk Lemah Tenaga Batin Bagi Lelaki Dalam Rawatan Urut TradisionalDi antara sebab musabab seseorang lelaki itu menghadapi masalah lemah tenaga batin ini adalah:

1. Penyakit lemah tenaga batin yang disebabkan tekanan hidup.Sejarah hidup yang dilalui yang mana sejarah ini ada kaitandengan kehidupan seks seseorang lelaki.Perkara-perkara  buruk seperti kematian isteri yang amat disayangi di mana leleki ini tidak dapat cara yang mudah untuk melempiaskan nafsu mereka.Mereka ini akan membelenggu perasaan mereka seorang diri.Sukar bagi mereka untuk meluahkan masalah ini kepada sebarang orang lebih-lebih lagi untuk mengadakan hubungan seks.

2. Faktor kedua adalah kerana aktiviti seks mereka sendiri.Terdapat lelaki yang tidak mempunyai pasangan wanita atau isteri yang boleh mereka lakukan hubungan seks,lalu mereka kerap kali menggunakan cara melempiaskan nafsu seks mereka dengan menggunakan tangan dan jari atau disebut onani(masturbation).Cara ini akan memberi kesan yang negatif kepada alat kelamin mereka.Berbagai kesan yang boleh dikatakan di sini di antaranya ialah mereka tidak akan boleh melakukan seks dengan wanita,ketika dan apabila mereka mempunyai pasangan untuk melakukan demikian.Alat kelamin mereka akan menjadi lembik dan tidak boleh berfungsi dengan baik.Ini adalah kerana kesan daripada perlakuan di atas yang dilakukan bertahun-tahun.Kesan psikologi yang amat mendalam memberi kepada kesan buruk ini.Fikiran mereka telah diprogram dengan cara yang tidak betul dan apabila hendak melakukan dengan cara tabie biasa,fikiran mereka tidak boleh lagi menerimanya.Urat saraf di bahagian alat sulit mereka juga akan menjadi rosak.

3. Faktor seterusnya adalah kerana terdapat lelaki yang terlalu banyak melakukan hubungan seks rambang/luar.Bagi lelaki yang sedemikian mereka merasakan seks adalah satu aktiviti yang tidak memberi mereka keghairahan yang amat sangat.Bagi mereka,seks adalah perkara biasa sahaja,kerana mereka merasakan kehadiran pihak yang berlainan,seks adalah perkara biasa dan sudah lali dengan keadaan tersebut.Dengan mengadakan seks dengan ramai wanita adalah aktiviti untuk melempiaskan nafsu sahaja tanpa memikirkan kenikmatan yang sebenar.Seks yang begini akan menghairahkan hanya untuk seketika,bukan untuk masa yang panjang.Dan boleh dikatakan aktiviti seks binatang.

4. Seterusnya terdapat lelaki yang mengalami lemah tenaga batin kerana mereka ini tidak memberi ruang kepada diri mereka sendiri disebabkan tumpuan utama pada kerja.Mereka tidak merancang aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan manafaat untuk kesihatan mereka.Mereka seharusnya melakukan aktiviti-aktiviti yang memberikan mereka tenaga fizikal yang sempurna seperti bersukan,aktiviti lasak,senaman dan ke gym.Aktiviti-aktiviti ini dapat menghindarkan mereka daripada penyakit seperti daah tinggi,sakit jantung dan kencing manis.

5. Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan seseorang lelaki menghadapi masalah ini.Kita lebih maklum bahawa zaman sekarang terlalu sukar untuk mendapat makanan yang segar tanpa bahan pengawet dan sebagainya.Pemakanan orang dahulu kala tidak bercampur dengan bahan-bahan pengawet dan makanan mereka kebanyakan dari sayuran,daging,ayam dan ikan yang tidak diawet dan ianya ditanam dengan cara tradisional tidak ada unsur-unsur baja kimia.Selain daripada itu,orang-orang dahulu kala tidak pernah meninggalkan petua-petua seperti mengamalkan pemakanan dan minumam herba-herba atau akar-akar kayu yang terpilih yang diproses dengan cara tradisional juga.Mereka meminum airnya.Mereka menjadikan serbuk herba untuk dicampur dengan minyak atau air untuk disapu dan sebagainya.Mengamalkan ayat-ayat tertentu dari surah Al-Quran sebelum berjima’ dan beberapa petua lain.Mereka melakukan kerja-kerja yang menggunakan banyak pergerakan mental dari penggunaan mental.

6. Tiada komunikasi atau tiada perbincangan dengan pasangan tentang permasalahan seks yang mereka hadapi.Atau para suami malu hendak memperkatakan masalah mereka dan para isteri juga tidak berfikiran terbuka,jadi masalah ini meracuni fikiran para suami.Lama-kelamaan mereka akan menghadapi tekanan psikologi.

7. Menghadapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.Apabila lelaki dan juga wanita tidak terkecuali menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi,mereka adalah kalangan yang berisiko tinggi menghidapi lemah tenaga batin.Gula yang berlebihan akan membuatkan urat saraf mereka menjadi lemah kerana darah yang mengandungi gula boleh menjadikan urat saraf lemah.Kebanyakan orang yang mendapat kencing manis dan darah tinggi adalah terdiri daripada mereka yang tidak mengawal makanan dan membuatkan perut yang gendut menarik urat saraf kelamin ke dalam dan memendekkan alat kelamin mereka.Orang yang gemuk juga tidak boleh perform aktiviti seks mereka.Mereka akan cepat mencungap seolah-olah lelah.

cepat pancut1 Lemah Tenaga Batin Bagi Lelaki Dalam Rawatan Urut TradisionalDapatkan Rawatan Urut Tradisional Tenaga Batin.

Dengan beberapa sebab di atas,kita telah mengetahui serba sedikit kenapa seseorang lelaki itu menghadapi masalah lemah tenaga batin.Dengan rawatan urut tradisional,permasalahan ini dapat diatasi dan seseorang itu akan sembuh dan dapat menikmati hidup yang lebih sempurna.Tetapi haruslah dipastikan mereka  mendapat khidmat urut tradisional yang baik atau boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan para isteri.Kalau ingin mendapat rawatan urut tradisional,carilah dan pastikan mendapat orang yang betul-betul pakar dalam rawatan urut tradisional urutan batin,kerana jika tersilap,akan membazirkan masa dan mungkin wang anda.Sesungguhnya,alat kelamin yang rosak mesti di adjust / dipulihkan kembali dengan rawatan urut tradisional dari pakar rawatan urut tradisional.