senaman batin1 Petua | Senaman | Amalan Tenaga Batin Untuk LelakiSenaman Tenaga Batin.

Badan memerlukan penjagaan yang sempurna agar segala sistem yang ada dalam tubuh berfungsi dengan baik.Selain dari sistem pemakanan yang teratur,badan juga memerlukan latihan tubuh yang dikenali dengan senaman.Ia perlu untuk melembutkan urat,mengelokkan system pernafasan,mengeluarkan peluh dan sebagainya.Orang-orang tua kita memang kaya dengan bentuk-bentuk senaman untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kekuatan tenaga batin dengan pelbagai nama yang digelar mengikut sumber yang mereka ambil,umpamanya senaman kucing,senaman harimau,senaman monyet dll.

Tenaga batin amat memerlukan kesihatan badan yang baik kerana kekuatan tenaga batin yang disebabkan dengan ubat-ubat sapu atau amalan-amalan ayat akan menyebabkan tiada perseimbangan tubuh dan akhirnya boleh membawa kemudaratan.Di dalam tubuh anak Adam,dikurniakan urat yang diakui oleh bilangan yang ramai adalah sebanyak 6666.Ada 4 urat penting yang membekalkan darah pada zakar apabila urat-urat itu tidak berfungsi dengan baik untuk membekalkan darah,ia boleh menyebabkan lemah tenaga batin.

Senaman tenaga batin ini amat elok untuk membetulkan zakar yang bengkok ke kiri atau ke kanan apabila menegang.Keadaan ini menunjukkan kekuatan zakar @ tenaga batin anda tidak boleh bertindak dengan normal,jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kesan yang tidak baik setiap kali melakukan persetubuhan.Sebaiknya diamal ketika bangun dari tidur dan sebelum tidur.

senaman batin 31 Petua | Senaman | Amalan Tenaga Batin Untuk LelakiCara Senaman Tenaga Batin.

1. Duduk,kemudian kangkangkan kedua kaki seberapa yang boleh.Cuba latihkan agar selaras dengan pinggang.Letakkan kedua hujung tangan di kepala (bersilang jari),tarik nafas,tundukkan ke depan seberapa yang boleh.Lakukan 10 kali.Tenaga batin kelakian tidak sempurna sepenuhnya selagi kepala tidak dapat mencecah ke permukaan lantai.Ini disebabkan urat-urat amat tegang dan keras.Ia boleh menghalang pengaliran darah secara baik,angin tersumbat dan penyakit uluran (satu penyakit yang melumpuhkan tenaga batin,dan boleh membawa kepada penyakit gila babi dan juga maut) mudah terjadi.Kemudian tundukkan pula ke lutut kanan sebanyak 10 kali dan kemudian ke lutut kiri pula sebanyak 10 kali dengan kaedah yang sama seperti yang diterangkan (Taktik nafas yang sama).

2. Kemudian lipatkan kedua kaki yakni temukan kedua tapak kaki,rapatkan seberapa yang boleh ke pangkal kemaluan,tarik nafas,tekankan kedua hujung paha hingga menyentuh lantai.Ulangkan sebanyak 5 kali.

3. Duduk di dalam keadaan yang sama seperti di atas,pegangkan ibu jari kaki dengan kedua belah tangan,kemudian tundukkan kepala sehingga tersentuh dahi dengan hujung jari kaki.Ulangkan sebanyak 5 kali.

4. Lipatkan kaki kiri seperti duduk tasahud awal di dalam sembahyang,lunjurkan kaki kanan,peganglah ibu jari kaki kanan dengan tangan kanan,pusingkan badan ke kiri sehingga tangan kiri menyentuh lantai di bahagian sebelah kanan.Ulangkan sebanyak 5 kali.Tukarkan posisi pula dengan kaedah yang sama.

5. Baring terlentang,tarik nafas,angkatkan kedua kaki lurus ke atas sedikit,kemudian angkatkan kepala sambil kedua jari tangan bersilang di bahagian kepala.Ulangi sebanyak 5 kali.Senaman tenaga batin ini jika diamalkan dengan betul akan memecahkan angin dan lemak yang berhimpun di perut.

6. Meniarap,tangan diletakkan di kepala,angkat kepala dan angkatkan kaki lurus ke atas dan tahan seberapa yang boleh sehingga terasa di pinggang.Ulang sebanyak 5 kali.

7. Masih lagi meniarap,lipatkan kedua kaki dengan kaki kanan di atas kaki kiri hingga mencecah bahagian hujung kaki ke punggung dengan menggunakan kedua tangan.Kemudian angkatkan bahagian dada ke atas sambil tangan anda menekan kedua hujung kaki ke punggung.Tahanlah seberapa yang boleh.

8. Lakukan senaman ‘push up’ harimau iaitu dengan menggunakan kekuatan jari.Lakukan seberapa yang boleh.Ia membantu membetulkan system perjalanan urat dan menegakkan tubuh.

9. Dan terakhir sekali ialah duduk bersila dengan disilangkan kedua kaki,kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan.Kemudian rebahkan badan ke hadapan,tongkatkan dagu dengan menggunakan kedua tangan.Berehatlah seberapa lama yang boleh di dalam keadaan seperti itu sehingga terasa amat sakit barulah bangun.Senaman ini juga dikenali sebagai senaman kucing.

senaman batin 21 Petua | Senaman | Amalan Tenaga Batin Untuk LelakiSenaman Tenaga Batin Dapat Memberi Perubahan Ketika Persetubuhan.

Senaman-senaman tenaga batin seperti yang diterangkan di atas jika diamalkan dengan baik akan memberi kesan yang bagus bagi tenaga batin dan anda dapat merasainya ketika melakukan persetubuhan.Tanda senaman tenaga batin itu memberi kesan positif adalah keluarnya kentut dan sendawa sesudah melakukannya.

Amalan Dan Petua Tenaga Batin.

Berikut adalah amalan dan petua yang perlu diamalkan oleh seorang lelaki untuk menjaga tenaga batin agar sentiasa di dalam keadaan sempurna:

1. Ini adalah amalan yang amat mujarab jika diamalkan selama 40 hari (tidak semestinya berturut-turut cuma bilangkan agar mencapai bilangan 40 kali).Amalan ini adalah dari seorang yang sudah berumur tetapi tubuh badannya masih sihat,matanya masih terang dan dapat berkahwin dengan perempuan yang masih agak muda.Apabila ditanya apakah ubat yang diamalkannya,dia memberitahu ubat hanya menghabiskan duit sahaja.Dia hanya mengamalkan petua yang berupa ayat-ayat Al-Quran.Amalkan petua ini selepas sembahyang.Duduk bersila,letak kedua tapak tangan ke pinggang.Bacalah surah Al-Fatihah 10 kali,kemudian alihkan kedua tapak tangan ke bawah pusat.Bacalah surah Al-Fatihah 10 kali,kemudian ke pinggang semula 10 kali,kemudian ke depan pula (bawah pusat) bacalah Surah Al-Ikhlas 10 kali,ulangi dengan kaedah yang sama seperti di atas,ini bermakna membaca Surah Al-Fatihah 30 kali,Surah Al-Ikhlas 30 kali.Selepas itu tangan hendaklah diletakkan ke bahagian depan,bacalah ayat akhir dari Surah Yasin 1 kali.Sebaiknya selepas membaca tiap-tiap surah atau ayat,tepuklah pinggang sebanyak 3 kali.

2. Mengamalkan zikir Ya Qahar,selepas sembahyang Subuh seberapa banyak yang boleh di dalam satu nafas dengan dimakrifatkan kepada zakar anda.

3. Ambil air panas suam,baca doa ini ke dalam air sebanyak 7 kali dan disapu pada zakar sebelum melakukan jimak.Bacalah zikir: Ya Qahar,Ya Qahar,La Ilaha iLahu wa hidul Qahar.

4. Lemah tenaga batin kerana disihir,urut dan tepuk bahagian pinggang membawa ke zakar dengan membaca Surah Al-Fatihah dan diulangi bacaan sebanyak 3 kali.

5. Untuk menguatkan dan melambatkan anzal ketika berjimak,makanlah daging dhab.

6. Amalkan memakan madu lebah asli yang dicampur dengan telur ayam kampung dan lada hitam.5biji lada hitam memadai untuk sekali makan selepas sarapan pagi.

7. Selepas bangun dari tidur diwaktu pagi,tarik kedua buah pelir ke bawah dan batangnya ditarik ke hadapan supaya jadi panjang dan lubang kencing digosok dengan air liur basi sambil ditarik dubur ke dalam.Buatlah selalu

8. Bagi yang mati pucuk,ambil air liur basi dari langit-langit dan dari dua tepi mulut (kanan dan kiri dengan jari telunjuk dan ibu jari).Kemudian urut zakar dengan 2 jari tadi,iaitu bahagian atas dan bawah zakar dari pangkal hingga ke kepala.Apabila tiba di hujung,picit kepala zakar dan tarik sedikit ke hadapan.Akhir sekali gerakkan zakar dengan tangan ke bawah,atas,kiri dan kanan.Kawasan-kawasan lain yang perlu diurut:

i. Bahagian tengkok,bahagian urat belakang,kanan dan kiri hingga kepala.
ii. Belikat kanan dan kiri diurut perlahan-lahan ke bawah.
iii. Bahagian perut,bahagian pusat hingga ke hulu hati.Sebaiknya digunakan air yang didoakan untuk mengurut.

9. Baring terlentang dan angkat kedua kaki ke atas.Tarik nafas perlahan-lahan dan tahan di perut.Bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali di dalam satu nafas.Jatuhkan kaki dan cuba bangun tanpa menongkat atau berpegang pada sesuatu.

10.Sebelum buang air kecil,duduk seperti bersila ambil air dari hujung lelangit,selawat 3 kali dan sapukan pada kepala zakar.Geselkan hingga merasa geli dan lakukannya pula pada pihak kiri.Ini boleh membantu kepala zakar menjadi segar dan mengurangkan geli ketika bersetubuh.

11.Perlulah diketahui di dalam kepala zakar terdapat satu otot yang dipanggil biji zakar.Jika tidak ditajamkan,ia menjadi lembik dan masuk ke dalam.Jika selalu ditajamkan,ia akan menonjol keluar dan anda akan dapat merasakannya apabila zakar menegang.Untuk menajamkan zakar,selepas bangun dari tidur,duduklah seperti hendak bersila.Temukan kedua-dua tapak kaki.Pastikan zakar masih tegang ketika itu.Tarik nafas dalam-dalam sambil anda menekan kedua lutut anda dengan tangan.Pada waktu pagi,ia amat sukar kerana otot menegang.Anda perlu pastikan pada waktu itu bahawa anda menegangkan otot zakar supaya kepala zakar menjadi besar dan bekilat.Tekan selama 7 detik.Ulang selama 3 kali.

12.Sebelum kencing,sebaik-baiknya minumlah air masak sebanyak-banyak bertujuan untuk membersihkan darah.

13.Cara buang air kencing.Carikan satu buluh yang mana lubangnya lebih besar daripada saiz zakar ketika tegang.Simpanlah buluh itu dan gunakanlah ketika anda membuang air di waktu pagi.Kencinglah di dalam buluh itu,biarkan zakar anda berendam di dalam air kencing itu sekadar 10 saat,kemudian barulah dibasuh.Kalau tiada buluh,gunakan tapak tangan dan tadah air kencing kemudian basuhkan pada zakar 2 atau 3 kali.Gunakan tangan kiri.Sebelum kencing,cuba anda pegang kepala zakar dengan kemas bertujuan supaya pancutan kencing anda tertahan sebentar serta merasa sakit,kemudian barulah dilepaskannya.Sebaiknya,kencing di atas tempat yang keras.Jangan kencing di tempat air bertakung.Jangan kencing di dalam air.

14.Cara buang air besar.Terutamanya di waktu pagi.Jangan anda berak bersama keluarnya air kencing.Kencing dahulu,kemudian barulah berak.Semasa membuang air,duduklah sebagaimana sunnah nabi.Kacipkan gigi atau sebaik-baiknya gigitlah kain tuala ketika menerang.Janganlah ditahan ketika dirasa hendak buang air besar atau kecil kerana ia boleh memudaratkan badan.

15.Sarapan pertama.Amalkan memakan kulit kayu manis sedikit atau sebiji cengkih sebelum anda sarapan pagi.

16.Cara makan dan minum.Makan dengan sedikit garam.Ia dapat menghindarkan berbagai penyakit.Seeloknya elakkan makanan yang banyak kuah dan minyak kerana ia melicinkan mani untuk keluar.Bagi mereka yang cepat keluar maninya,cuba amalkan makan nasi tanpa berkuah di dalam tempoh 40 hari.Insya Allah,terubatlah penyakit itu.Jangan makan sambil minum air.Selepas makan tahanlah selama 10 minit,kemudian barulah minum air.Minumlah dengan satu nafas sekali hirup dan begitulah seterusnya.Jauhkan minum air batu.Jauhkan minum air panas yang dicampurkan dengan air yang tidak masak.Makanlah di dalam keadaan perut merasa lapar dan berhenti makan apabila perut sudah merasa kenyang.Jauhi daripada makan dan minum perkara yang haram kerana ia memudaratkan tubuh badan dan dan tenaga batin.Jangan minum air selepas jam 11.00 malam.Ia akan melemahkan otot-otot pinggang dan membawa sengal-sengal badan.

17.Cara mandi.Kenakan air dari bahagian bawah sambil bersalawat 3 kali.Naikkan sedikit-sedikit ke atas hingga sampai ke pinggang.Selawatlah 3 kali.Kemudian kenakanlah kepada kepala.Selawat 3 kali.Kemudian mandilah seperti biasa.Ia bertujuan memberi ketahanan kepada tubuh dan urat dan dapat menghindarkan tekanan darah.Apabila tubuh seseorang itu panas (kepanasan tubuh tertumpu di kepala) dan telah dijiruskan air di kepalanya,maka perubahan suhu yang mendadak akan berlaku.Apabila air dimulakan dari bawah menyebabkan suhu kepanasan badan akan seimbang sedikit demi sedikit.Sebelum selesai mandi dengan sepenuhnya,eloklah kita duduk kemudian melunjurkan kedua kaki di dalam keadaan yang agak terbuka sedikit,kemudian ambil sabun dan gosokkan pada peha di sebelah luar.Bermulalah dari atas,gosokkan berulang kali ke depan.Di sini terletaknya urat pinggang.Kemudian gosok pula dari bahagian dalam bermula dari lutut hingga ke pangkal kemaluan.Ulanglah beberapa kali.Kemudian urutkan dari bawah kemaluan,iaitu bermula dari dubur,tarik (urut) ke atas hingga sampai ke buah zakar.Di sinilah terletaknya urat zakar yang halus yang mana,kekuatan daya zakar terletak di situ.Lepas itu,urut pula bahagian perut yakni bermula dari pusat yang mana bahagian tangan kanan urut melintas dari pusat hingga sampai ke tepi perut,begitu juga dengan yang kiri.Ulanglah beberapa kali.Dan yang terakhir urut bermula dada turun hingga ke pusat dengan menggunakan kedua ibu jari (melapangkan pernafasan).

18.Amalan Selepas Mandi.Lakukan perkara berikut setelah mandi iaitu:

i. Bilaskan kain basahan anda dan kebaskan pada kedua betis beberapa kali.Semasa bilas kain basahan itu,hendaklah diniatkan mengemas urat pinggang anda.
ii. Jika anda terasa bahawa anda terkena buatan atau sihir manusia,semasa mandi pakailah kain sarung berjahit.Selepas mandi,tariklah kain basahan bermula dari bawah hingga melepasi kepala dengan diniatkan membuang segala kejahatan sihir.
iii. Jika anak anda terlalu menangis,mandikanlah anak anda di celah kangkang anda.Insya Allah,akan baik.

19.Berikut adalah larangan-larangan yang harus dijauhi mengenai persetubuhan.

i. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang lebih tua.Keghairahan perempuan lebih rendah daripada anda.
ii. Jangan biarkan isteri anda menindih zakar anda ketika tidur.
iii.Jangan berendam terlalu lama di dalam faraj selepas bersetubuh kerana ia mengalami perubahan suhu yang mengejut.
iv. Jangan minum air selepas bersetubuh.Tunggu hingga 15 minit.
v. Jangan basuhkan zakar anda dengan cepat selepas bersetubuh,sekurang-kurangnya tunggu zakar anda sejuk atau kendur dahulu.Besi yang panas kalau dijirus air akan berasap.Begitu juga dengan zakar,ia akan cepat melemahkan zakar dan tenaga batin.