Urut Tradisional Lemah Tenaga Batin@ Lemah Syahwat.

urut zakar2 300x225 Urut Tradisional Lemah Tenaga Batin Terdapat berbagai cara urut yang dilakukan oleh seseorang tukang urut tradisional dalam memberi rawatan urut tradisional lemah tenaga batin @ syahwat.Tukang urut tradisional ini ada cara tersendiri yang mereka percaya boleh merawat pihak yang menghadapi masalah tersebut.Ada tukang urut tradisional yang mengurut dengan cara fizikal sahaja dan tidak kurang juga yang menggunakan cara kebatinan.Hasilnya terpulang yang mana lebih sesuai dan memberi hasil terbaik.Tetapi janganlah sampai kita tertipu dengan tukang urut tradisional yang hendak mencari kesempatan menangguk di air yang keruh.Di sini dapat diterangkan bagaimana rawatan urut tradisional dan pengambilan ubat-ubat boleh membantu pesakit lemah tenaga batin.

1. Selalunya tukang urut tradisional akan menggunakan berbagai bahan untuk menjalankan rawatan urut tradisional tenaga batin.Bahan utama sudah tentunya minyak urut tradisional tenaga batin.Minyak urut tradisional tenaga batin pula ada yang dibuat dari minyak Dab (minyak yang dibuat dari biawak di padang pasir),minyak lintah,minyak ikan linang jantan ataupun minyak yang mereka masak sendiri dengan campuran herba-herba terpilih.Bukan penggunaan minyak urut tradisional tenaga batin sahaja yang penting,tetapi cara rawatan urut tradisional tenaga batin yang betul lagi amat penting.Selalunya tukang urut tradisional akan mencari urat di zakar,urat seks di belakang dan di punggung dan juga di bawah pelipat kaki di bawah lutut.Tukang urut tradisional akan mencari urat tersebut sampai dapat dan akan merasa samada urat tersebut di dalam keadaan betul,bersimpul,tenggelam dan sebagainya.Urat-urat ini akan diperbetul dan tukang urut tradisional akan akan memastikan pancutan air mani akan keluar dengan sempurna dan zakar akan menegang dengan sempurna dan ada ketahanan fizikal yang boleh dilihat.Rawatan urut tradisional tenaga batin ini kadangkala memakan masa sekali atau 3 kali berturut-turut ataupun mengikut kehendak dan cara tukang urut tradisional menyempurnakan tugas mereka.

2. Ada juga terdapat tukang urut tradisional yang menggunakan alat-alat seperti cincin,dawai dan sebagainya dengan cara kebatinan.Dengan cara ini mereka juga akan menambah dengan proses mandi air limau,mandi bunga dan sebagainya.Dan setiap rawatan urut tradisional tenaga batin akan diiringi dengan pantang larangnya.Ini terpulang kepada syarat-syarat yang berbeza-beza.

3. Tetapi yang paling afdal rawatan urut tradisional tenaga batin hendaklah dilakukan lebih kerap.Orang-orang yang telah tahu rawatan urut tradisional tenaga batin juga boleh melakukannya dengan baik dan dapat hasil yang baik.Kekerapan rawatan urut tradisional tenaga batin boleh memastikan urat saraf dijaga dengan baik,buang angin dan lendir.Di sini para isteri boleh membantu suami dan ini adalah lebih afdal kerana isteri selalu bersama suami dan tak perlu para suami pergi tercari-cari pakar urut tradisional.Kita yakin para isteri yang telah belajar cara rawatan urut tradisional tenaga batin dapat membantu suami mereka.Urut tradisional tenaga batin untuk suami memakan masa lebih kurang 20 minit.

Penis Anatomy2 300x251 Urut Tradisional Lemah Tenaga Batin Cara-Cara Urut Tradisional Lemah Tenaga Batin.

Langkah 1 – Mulakan urutan dari dubur hingga ke pangkal batu.Dengan kata lain urut urat antara batu dengan sedikit tekanan untuk beberapa minit.Dalam pada itu,picit juga pangkal dan seluruh zakar berkali-kali.Ini adalah untuk memecahkan lemak dan lendir di dalam urat zakar tersebut.

Langkah 2 – Urut antara zakar dan scrotum.Cari 2 lubang cincin dengan 2 jari manis dan jari hantu.Tekan lubang cincin dengan 2 jari tersebut sebanyak tujuh kali iaitu tekan kemudian angkat kemudian tekan dan angkat,seterusnya).Janganlah tekan terlampau kuat.

Langkah 3 – Masa zakar sedang mengeras tersebut,ambil tangan dan letak di bawah paha kanan.Cari kepala zakar.Tarik kepala zakar tu dan lepaskan.Ulang tarikan dan lepasan tersebut sebanyak 20 kali.Kemudian ulangi teknik yang sama untuk sebelah paha yang kiri pula.Jangan tarik terlampau kuat.Sederhana sahaja.Takut putus pula urat-urat halus di zakar tersebut.

Langkah 4 – Pegang zakar yang mengeras tu pusing arah lawan jam 20 kali dan arah pusingan jam 20 kali.

Langkah 5 – Dua batu di zakar tersebut dihubungi kepada zakar melalui satu urat yang dipanggil salur air mani (Vas Deferens).Urut salur air mani tersebut beberapa kali.Kemudian setelah urut,tarik batu ke arah bawah biar sampai punggung 7 kali.

Langkah 6 – Semasa zakar sedang mengeras tersebut,anda tarik nafas dalam-dalam dan kemudian kemutkan dubur anda tersebut.Tahan 10 minit.Cengkam@kepit pangkal zakar yang paling bawah sekali.Anda akan dapati zakar anda membesar dan mengembang.Pada masa tu,dengan tangan yang dibasahi minyak,urut disertakan picit-picit zakar tersebut dari pangkal hingga ke kepala zakar.Kemudian lepaskan nafas.Ulangi langkah tersebut.

Langkah 7 – Cengkam zakar di takuk.Kepala zakar membesar.Asah seluruh kepala zakar tersebut dengan tapak tangan hingga merah 20 kali pusing kanan dan 20 kali pusing kiri.Ini dilakukan adalah untuk melambatkan pancutan air mani.

 

penis 300x203 Urut Tradisional Lemah Tenaga Batin Rawatan Urut Tradisional Di Organ-Organ Khusus Yang Lain Pada Bahagian Badan.

Setelah dihuraikan beberapa kebaikan yang boleh didapati daripada rawatan urut tradisional tenaga batin,maka kita terus menumpukan di tempat-tempat khusus yang boleh diberi perhatian mendalam di tubuh badan kita.Terdapat beberapa bahagian badan kita seperti di kaki,telinga dan tapak tangan yang boleh diberi rawatan urut tradisional tenaga batin dengan tumpuan yang lama iaitu dalam masa 30-40 minit yang dapat memulihkan penyakit,dan membuatkan fungsi-fungsi organ dalam badan kita bekerja sempurna.Tidak lain dan tidak bukan,semuanya melalui urut tradisional.

 

Tagged with:

Filed under: Urut Tradisional Tenaga Batin

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!