Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional.

hamil Urut Tradisional Wanita BersalinUrut Tradisional | Elok Mandi Air Rebusan Daun-Daun Bagi Wanita Pantang.

Setelah wanita dibawa pulang ke rumah,wanita dalam pantang sepatutnya diberi rehat yang cukup.Lebih afdal lagi sekiranya para suami yang tidak dapat menjaga isteri bersalin mencari seorang pembantu untuk menjaga isteri mereka ketika dalam pantang.Dari hari pertama balik ke rumah,wanita dalam pantang digalakkan mandi dengan air rebusan daun-daunan seperti di bawah:

Serai,daun pandan,daun tulang,daun lengkuas dan daun inai yang direbus dalam satu periuk.Apabila pastinya telah keluar barulah dibancuh dengan air suam di dalam besen.Bahan daun ini boleh dibuat untuk 3 hari.Cebuk dengan air sireh yang telah direbus di vagina dan air sireh ini dapat mencuci permukaan vagina wanita bersalin.

Urut Tradisional | Bertungku.

Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas.Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita.Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin.Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.

tungku batu Urut Tradisional Wanita BersalinSetelah bertungku,proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional.Urut tradisional wanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan.Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut.Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut,taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.

Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:

1. Campurkan ingu/jadam dan halba(dimesen kering) dan dimasak.Setelah dimasak dan dalam keadaan suam,sapukan ke atas perut,ATAU

2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas,kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.

Bagi tempoh 7 hari,bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang  sering kita panggil barut “kereta”.Dalam tempoh 7 hari,kita tdak digalakkan membengkong kerana ,membengkong memerlukan cerutan yang kuat.Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut.Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.

tunku2 Urut Tradisional Wanita BersalinUrut Tradisional | Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation),jangan dibarut atau dibengkong.Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.

Tujuan berbengkong adalah:

1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.

2. Bagi merapatkan kembali vagina.

3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.

4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.

5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.

Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi.Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari.Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu.Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.

Selain dari mandian herba,bertungku,berurut dengan urut tradisional dan membengkong,ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang.Ibu-ibu juga  digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut.Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf,saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.

Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan.Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan.Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan.

Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas atau alat penghawa dingin.Kedua-dua lubang telinga disumbat dengan bawang putih yang telah dibuang kulit.

Sapukan pilis di dahi.Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya.Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.

Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas,pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang.Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan,urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.

Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri.Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:

1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan,mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran.Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.

2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas.Oleh yang demikian,tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf,juga dapat membuang angin.

wanita bersalin Urut Tradisional Wanita Bersalin3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin,dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun,akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos,dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj(prolapse).

Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal,amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya.Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Membetul Kedudukan Urat Dan Otot Ibu Selepas Bersalin Dalam Rawatan Urut Tradisional.

BABY Urut Tradisional Wanita BersalinUrut Tradisional | Membetul Kedudukan Urat Dan Otot Ibu Selepas Bersalin.

Sudah diketahui umum bahawa proses mengandung dan melahirkan anak memerlukan banyak tenaga mental dan fizikal,selain itu,berbagai kerosakan ke atas urat saraf dan otot-otot serta lain-lain tempat dalaman dan luaran anggota tubuh seseorang ibu telah berlaku.Keadaan seperti ini terpaksa memakan masa untuk dibetul dan dibaikpulihkan kembali.

Masa Pantang.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu dalam rawatan urut tradisional bahawa masa pantang atau berehat bagi kaum ibu yang baru lepas bersalin ialah selama kira-kira 40 hari.Dari sudut pandangan ahli Sains Perubatan pula,tempoh tersebut ialah selama tidak kurang dari 8 minggu dan kaedah ini adalah sama dengan pandangan Islam.Semasa dalam pantang,organ-organ jantina khususnya uterus,perlahan-lahan kembali kepada keadaan sepertimana sebelum hamil,samalah halnya dengan lain-lain perubahan yang berlaku,akan kembali kepada asal,walau tidak sepenuhnya 100%.

Oleh hal yang demikianlah,jagaan selepas bersalin dalam rawatan urut tradisional dikira amat penting bagi kaum ibu.Beberapa kaedah dan praktikal amali perlulah dilakukan demi untuk mempercepatkan pemulihan seperti sediakala samada dari segi mental atau fizikal.Perawatan yang dimaksudkan itu merangkumi kejelitaan rupa paras dan bentuk badan terutamanya alat kelamin yang teruk terjejas demi untuk memberi dan cita rasa yang sama kepada kaum suami berbanding sebelum melahirkan anak.

Baby Girl Names Urut Tradisional Wanita BersalinUrut Tradisional | Mempercepatkan pemulihan.

Dari sudut pemakanan dalam rawatan urut tradisional dan rawatan moden,ibu yang lepas bersalin perlu mengambil makanan yang banyak mengandungi zat besi,protein dan vitamin.Ini termasuklah daging,ayam,telur,ikan dan bahan-bahan sayuran.

Bagi sesetengah wanita yang melahirkan anak sulung,didapati susah untuk melahirkan anak mungkin disebabkan saluran yang hendak dilalui agak sempit.Oleh sebab saluran kemaluan agak sempit,telah menyebabkan ia menjadi renggang dan tercedera.Dalam kes ini,Doktor terpaksa menggunting permukaan lubang farajnya untuk memudahkan bayi dikeluarkan,akibatnya berlakulah luka-luka di tempat tersebut.Walaubagaimana pun,ia kemudiannya dijahit.Selepas itu,ada kemungkinannya ia akan berlaku pernanahan di tempat tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman.Kuman-kuman tersebut ada kalanya memasuki badan bayi melalui umbi rambut atau kelenjar.

Sesudah dijahit semula,ada kalanya menjadi lebih sempit dari saiz yang asal,ini menyebabkan hubungan seksual suami isteri amat menyakitkan buat beberapa ketika.

Dermoplast3 Urut Tradisional Wanita Bersalindettol Urut Tradisional Wanita BersalinBiasanya pihak doctor akan menasihati ibu-ibu terbabit supaya menjaga kebersihan di kawasan tersebut dengan mengelakkan terkena basahan air kencing atau terkena najis dalam masa 2 minggu.Selain itu,ia dikehendaki membasuh kemaluannya sampai 3 kali sehari dengan menggunakan air Dettol atau menyemburkan dengan ubatan anti biotic yang dikenali sebagai “Dermoplast”.Penggunaan ubat ini bukan sahaja dapat menjauhkan dari jangkitan kuman serta virus tetapi juga dapat mengurangkan kadar kesakitan.

susu ibu 300x225 Urut Tradisional Wanita Bersalin

Rahsia Penyusuan Ibu.

Selain itu para ibu dinasihatkan supaya mengamalkan penyusuan dada kepada bayi.Kajian mendapati bahawa bilamana bayi diberi susu dada,sejenis hormon akan dikeluarkan dari kilang pituitari dan hormon inilah yang akan membantu mempercepatkan proses pengucupan dan pencerutan rahim.

Kebiasaannya,dalam tempoh antara 2 hingga 4 minggu selepas bersalin,wanita yang memberi susu dada kepada anak akan mendapati bahawa rahimnya yang besar sudah tidak ada lagi di atas perut kerana ianya telah tenggelam dalam rongga punggung.

Kaedah Pemulihan Berbeza-Beza.

tungku1 300x256 Urut Tradisional Wanita Bersalintungku 3 300x225 Urut Tradisional Wanita BersalinSebenarnya kaedah dan cara untuk memulihkan kembali tenaga serta mempercepatkan sembuh tisu-tisu yang rosak atau luka agak berbeza antara satu kumpulan bangsa dengan bangsa yang lain.Sebagai contohnya,masyarakat Melayu lebih gemar kepada urut,bertungku panas,berdian dan mengamal makan ikan haruan setiap hari kerana dipercayai boleh mempercepat sembuhkan anggota dalaman yang telah rosak dan luka.

Masyarakat Cina pula dikatakan banyak mengamal makan ubatan tradisional Cina ataupun singseh.Selain itu,ramai juga di kalangan mereka yang menggunakan berbagai jenis minuman keras untuk memanaskan badan.Mungkin juga kaum India mempunyai kaedah serta cara perawatan mereka yang tersendiri.

Rawatan dan pemulihan bagi wanita selepas bersalin perlulah diberi perioriti segera dalam apa cara sekalipun asalkan ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan atau bercanggah dengan adab atau faham sesuatu agama.

Business Woman Office 1045100 300x221 Urut Tradisional Wanita BersalinSukacitanya dinyatakan di sini bahawa ramai di kalangan wanita masa kini khususnya mereka yang bekerja di pejebat-pejabat didapati tidak sempat meruangkan masa yang cukup untuk ,merawat pulih anggota yang teruk terjejas selepas bersalin.Hal ini berlaku disebabkan kesuntukan masa cuti yang diberikan oleh majikan mereka atau terlalu susah untuk mendapatkan seorang tukang urut atau bidan kampung yang boleh merawat pulih di tempat kediaman mereka.

Oleh sebab itulah satu-satunya kaedah dan cara yang paling ringkas perawatan selepas bersalin hanyalah dengan mengambil beberapa jenis pil serta vitamin setiap hari untuk selama beberapa minggu.Tindakan yang sedemikian rupa-rupanya kurang mendatangkan hasil dan keadaan ini menyebabkan para suami yang masih muda mula hilang daya tarik nafsu seksual terhadap si isteri.

parut di perut 300x162 Urut Tradisional Wanita Bersalinbuah dada besar Urut Tradisional Wanita Bersalinperut kendur 294x300 Urut Tradisional Wanita BersalinSuami Hilang Nikmat.

Ramai di kalangan lelaki mula hilang keghairahan seksual terhadap isteri terutamanya selepas isteri mereka melahirkan anak yang pertama dan kedua.

 

Antara faktor sungutan yang menghilangkan daya tarikan mereka terhadap kaum isteri ialah:-

  1. Saiz buah dada yang terlalu besar melebihi kapasiti badan.
  2. Terlalu banyak parut luka di sekitar kulit perut.
  3. Perut menjadi kendur dan gendut menurun ke bawah yang menyebabkan tidak sedap mata memandang.
  4. Persetubuhan tidak mendatangkan apa-apa nikmat kerana lubang faraj terlalu longgar.
  5. Sedutan faraj isteri semasa mengadakan hubungan seksual langsung tidak dirasai kerana faraj dipenuhi air putih.
  6. Kedua-dua,suami & isteri mengadu terlalu sakit pada setiap kali dilakukan persetubuhan kerana permukaan lubang faraj terlalu sempit setelah dijahit semula oleh Doktor.

tempayan1 300x199 Urut Tradisional Wanita BersalinAmalan Tradisi Masyarakat Melayu Kelantan,amalan tradisi untuk mempercepatkan pemulihan anggota serta penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran masih lagi kekal sehingga kehari ini khususnya mereka yang tinggal di luar-luar bandar.

Antara amalan serta kaedah perawatan yang dimaksudkan termasuklah berdian,bertungku,mengurut,mengambil ubat tradisional dan memakan ikan haruan.

 

1.Berdian.

Berdian ialah suatu amalan di mana si ibu berbaring dengan unggun api.Tujuan berbuat demikian ialah untuk memanaskan badan dan ini adalah bertepatan sekali dengan teori sains yang menyatakan bahawa panas itu ialah tenaga.

Sungguhpun begitu,amalan berdian kini nampaknya semakin hari semakin dilupakan oleh generasi moden kerana ianya membawa berbagai risiko dan kesan sampingan.Antaranya termasuklah kulit punggung serta pinggul si ibu didapati pecah-pecah setelah beberapa hari sahaja dia berdian,dibimbangi bayi mengalami sesak nafas apabila terhidu asap dan terlalu ditakuti berlakunya bencana kebakaran ke atas diri si ibu serta harta benda.

2.Bertungku.

Bertungku membawa maksud menekan dan menguli batu bulat kebujuran yang telah dipanaskan dan dibalut bungkus dengan daun pisang serta kain pada anggota luaran tubuh ibu.

Tempat-tempat yang perlu ditungkukan ialah di tapak kaki,di betis,dip aha,di sekitar perut,punggung,pinggang,belakang,belikat,tapak tangan dan lengan serta di sekitar ari-ari.Bertungku biasanya dilakukan oleh bidan kampung kadangkala sampai 20 hari berturut-turut.Pada masa ini didapati amat susah untuk mendapatkan tukang bertungku atau bidan kampung,terutamanya di bandar-bandar besar.

3.Mengurut.

Amalan mengurut juga mengalami nasib yang sama saja dengan amalan bertungku kerana terlalu susah untuk mendapatkan seseorang tukang urut yang betul-betul mahir khususnya  bidan kampong

Bidan kampung yang sudah dikertahui umum berpengalaman bukan sahaja urut mengurut,bertungku,dia juga pandai memproses adun ubat-ubat tradisional dan lebih mengetahui tentang pantang larang ibu lepas bersalin.

4.Memakan Ubat Tradisional Dan Ikan Haruan.

Kaum ibu mengakui bahawa kebanyakan bidan-bidan kampung memang mengetahui akan kaedah serta cara-cara untuk membantu ibu lepas bersalin dengan memberikan beberapa petua,pantang larang serta membekalkan ubat-ubat.

Satu darinya untuk ditampal dan dibalut bungkus pada perut untuk mengurang dan menghilangkan tanda perut atau kulit perut  yang pecah.

Sejenis lagi ubat ialah berbentuk kapsul yang diproses adun dari berbagai jenis akar,daun serta kulit kayu.Selain itu,daging ikan haruan juga dimasukkan sama bagi tujuan mempercepatkan sembuh luka-luka dalaman dan luaran.

ikan haruan 300x225 Urut Tradisional Wanita Bersalinpati ikan haruan 300x225 Urut Tradisional Wanita Bersalinpati ikan haruan1 300x225 Urut Tradisional Wanita Bersalin

 

 

 

 

 

 

Ikan Haruan.

Amalan memakan ikan haruan ataupun kapsul yang mengandungi daging ikan haruan,iaitu sejenis ikan air tawar dikatakan amat perlu bagi ibu-ibu selepas bersalin.Sebaik-baiknya amalan itu dilakukan selama 40 hari berturut-turut.

Ikan haruan dipercayai mengandungi sejenis hormon yang boleh mempercepatkan sembuh luka-luka di sekitar saluran uterus dan faraj di samping membantu mempercepatkan pengucupan rahim kepada saiz yang asal.

Urut Tradisional | Lain-Lain Jenis Ubatan Tradisional.

Ramai di kalangan bidan-bidan kampung telah memberitahu tentang berbagai jebis ubat serta kaedah mengadunnya.

  1. Gatal-Gatal Di Sekitar Kemaluan Atau Faraj – Anda disarankan supaya mengamal minum air rebusan tangkal daun sireh.
  2. Kulit Perut Pecah Dan Bengkak – Anda disarankan mengamalkan meminum air rebusan kacang taugeh pada setiap hari,atau proses adunkan ramuan berikut untuk dijadikan minyak sapu pada perut.Ambil satu sudu kapur sireh,satu sudu air limau nipis,20 titik minyak kayu putih.Semuanya itu dibancuh kacau di dalam piring,kemudian dibuat lumur pada perut setiap pagi dan malam.
  3. Buah Dada Bengkak – Ambil daun kacang panjang,masukkan ke dalam air kapur sireh.Selepas 2 minit angkatkannya keluar dan ramas.Ambil air ramasan tadi sapukan di sekitar puting susu dan kawasan yang bewarna hitam/gelap.
  4. Puting Susu Pecah Atau Luka-Luka – Ambil kulit,batang pokok kirau,asahkannya pada pasu yang dibuat dari tanah liat.Kemudian ambil air asahan tadi lumur sapu di tempat yang luka.
  5. Kuku Dan Tersentak Betis Kerana Sejuk – Ambil segenggam halia merah,sesudu besar lada hitam.Masukkan satu sudu kecil minyak kayu putih.Semuanya itu ditumbuk,kemudian diambil dan tampal pada tempat yang tersentak tadi.
  6. Sakit Pinggang Lepas Bersalin – Ambil temu lawak sebesar jari telunjuk ditumbuk bersama sesudu minyak kelapa.Gunakanlah minyak tersebut untuk dibuat urut pada punggung.Minyak tersebut boleh juga dibuat minum pada setiap pagi dan malam antara satu titik hingga tiga titik.

bertungku Urut Tradisional Wanita Bersalinmassage 61 300x233 Urut Tradisional Wanita BersalinKaedah Dan Cara Mengurut.

Sebenarnya kaedah dan cara mengurut dalam rawatan urut tradisional kepada ibu lepas bersalin agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan cara dan kaedah mengurut orang lelaki,walaupun seluruh badannya perlu diurut dengan urut tradisional.Menurut beberapa orang bidan kampung yang ditemubual bahawa kaedah mengurutnya dalam rawatan urut tradisional hendaklah dengan menggunakan tumit tapak tangan dan caranya perlulah perlahan-lahan.Penggunaan tapak kaki,siku dan lengan jangan sekali-kali dilakukan.Sebaik-baiknya amalkanlah ia secara berselang hari/berselang seli dengan bertungku.Sekiranya pada hari ini ibu diurut,maka pada keesokannya hendaklah ditungku dan begitulah sebaliknya.Satu lagi perkara yang diberitahu jangan sekali-kali menarik rambut apabila mengurut ibu-ibu lepas bersalin.Ini kerana boleh menyebabkan terlalu banyak rambut akan gugur.

bersenam 300x286 Urut Tradisional Wanita BersalinSenaman.

Dari sudut ilmu perubatan moden pula,anda disarankan agar melakukan gerakan badan ataupun senaman.Dengan melakukan senaman diharap boleh membantu mengembalikan semula bentuk badan kepada yang asal.Anda boleh juga mendapatkan rawatan urut tradisional untuk melancarkan perjalanan darah dari pakar urut tradisional.