PERKHIDMATAN RAWATAN URUT TRADISIONAL Dan Lokasi Saya.

Jenis Perkhidmatan Urut Tradisional.

massage 400x1004 Urut Tradisionalmassage 130x100 Urut TradisionalSaya Farish bin Awang,lelaki,33 tahun pakar therapist @ urut Malaysia.Saya berpengalaman lebih 5 tahun dalam memberi rawatan urut tradisional.Jenis urutan yang saya sediakan adalah urut tradisional OUTCALL  dan urut tradisional INCALL  merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

1- Urut Tradisional OUTCALL – Saya pergi ke rumah,hotel @ tempat pelanggan.Charge: RM 70 (2 Jam),Urut Tradisional Badan Dan Batin.

2- Urut Tradisional INCALL – Pelanggan boleh datang ke tempat @ rumah saya bertempat di Jalan Genting Kelang Setapak.(Berhampiran KFC dan Restoran Kenny Rogers Jalan Genting Kelang Setapak).Charge: RM50 (1 Jam) , RM70 (2 Jam) – Urut Tradisional Badan Dan Batin.

Boleh hubungi saya di: Call / SMS  012-3087430FARISH AWANG.

———————————————————————————————————————————————————————

massage therapist Urut TradisionalUrut Tradisional | Persijilan.

1- Ahli MSCT.Saya adalah pakar therapist dan ahli persatuan pakar therapy Malaysia – MSCT (Malaysian Society for Complementary Therapies).

2- Sijil Royal Thai Medical & Aromatherapy Massage Basic Training – Dari Tim Body Care Training Centre P.J.

3- Sijil Male Health Massage – Dari Tim Body Care Training Centre P.J.

4- Sijil Sport Injury Massage – Dari Tim Body Care Training Centre P.J.

5- Sijil Foot Reflexology & Foot Spa Advance Training – Dari Tim Body Care Training Centre P.J.

6- Sijil Malay Traditional Massage – Dari Pusat Rawatan Alternatif Pelangi Biru Puchong,Selangor.

7- Sijil Basic Reflexologi – Keramat Reflexology B9.

———————————————————————————————————————————————————————

massage 530x100 Urut Tradisionalmassage 90x100 Urut Tradisional

Urut Tradisional | Jenis Rawatan.

Saya adalah pakar therapist/urut bukan yang bukan menjalankan perkhidmatan urut tradisional lebih kepada ilmu-ilmu ghaib dan sebagainya.Saya adalah pakar urut yang mendapat pendidikan urut rasmi yang menjalankan perkhidmatan:

1. Urut Tradisional – Jenis rawatan urut tradisional yang saya jalankan ini adalah rawatan urut tradisional seluruh badan beserta rawatan urut tradisional tenaga batin.Rawatan urut tradisional ini adalah bagi membuang segala angin di badan beserta alat sulit pesakit bagi tujuan peredaran darah yang lancar.Permulaan,rawatan urut tradisional seluruh badan saya lakukan terlebih dahulu selama 1 jam 45 minit disusuli rawatan urut tradisional tenaga batin selama 15 minit.

2. Urut Batin – Rawatan urut tradisional ini saya lakukan untuk membuang segala angin di alat sulit pesakit bagi tujuan menggalakkan peredaran darah yang baik di kawasan tersebut.Sebelum rawatan urut tradisional tenaga batin ini dilakukan,rawatan urut tradisional seluruh badan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi tujuan membuang angin dan melancarkan peredaran darah di seluruh badan disusuli rawatan urut tradisional tenaga batin ini.

3. Urutan Aromaterapi Dan Thai -Rawatan urut Thai adalah rawatan urut untuk tujuan ‘relaxing” yang memberikan tekanan ke atas point-point urutan Thai dengan menggunakan ibu jari di seluruh badan disusuli dengan tekanan menggunakan tapak tangan,kaki,lutut dan juga lengan di atas otot-otot di badan pelanggan.Urutan ini akan disusuli dengan urutan Aromaterapy pula ke seluruh badan di mana badan pelanggan akan disapu minyak dan urutan “relaxing” yang “simple” dilakukan untuk menyelesaikan satu sesi rawatan urut Aromaterapi Dan Thai.

4. Urut Kecederaan Sukan – Urut Kecederaan Sukan ini hampir sama dengan rawatan urut tradisional.Rawatan urut ini bertujuan membuang segala angin di seluruh badan pesakit bagi tujuan peredaran darah yang lancar.Kadangkala rawatan urut ini termasuk juga rawatan urut untuk pelanggan yang terseliuh di mana rawatan urut teliti dilakukan di sendi pesakit yang terseliuh bagi tujuan menghilangkan segala darah kotor yang membeku.

5. Urut Tapak Kaki Foot Refleksologi – Rawatan ini adalah rawatan urut khusus di tapak kaki @ kaki pelanggan.Saya boleh menjalankan rawatan urut ini di seluruh masa urut jika dimahukan.Tapi biasanya,semasa rawatan urut tradisional seluruh badan pun,pelanggan akan juga diurut di tapak kaki tetapi urutan refleksologi pada masa itu hanya dibuat dengan tempoh masa yang singkat.

massage 1 Urut TradisionalSaya menjalankan khidmat urut tradisional kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan urut bagi tujuan kesihatan badan dan batin.Kepada pelanggan yang mempunyai masalah badan susah nak digerakkan,masalah batin dan sebagainya,bolehlah datang menerima rawatan dengan saya.Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulihkan masalah tersebut.Saya biasanya menghadkan pelanggan pada satu-satu hari berdasarkan kemampuan saya untuk melakukan urutan pada hari tersebut.Ini bertujuan untuk memberikan urutan yang berkualiti kepada setiap pelanggan.Saya ikhlas dalam memulihkan setiap orang/pesakit yang mempunyai masalah berkenaan kesihatan dan ikhlas dalam setiap rawatan urut tradisional.

Saya adalah berkebolehan dan pakar dalam merawat :

1. Sakit dan leguh-lenguh di seluruh anggota badan seperti di tapak kaki,di betis,di paha,di punggung,di belakang(sakit belakang),di belikat,di bahu,di leher,di lengan,di tangan dan di bahagian dada serta perut.  2. Sakit migrain @ sakit kepala.  3. Masalah lemah tenaga batin.  4. Masalah terseliuh.  5. Masalah sesak nafas.  6. Memberi rawatan urut tapak kaki refleksologi

———————————————————————————————————————————————————————-

Urut Tradisional | Peta Dan Lokasi Tempat Rawatan.

peta keny rogers setapak1 Urut TradisionalGood thumb vs Evil thumb by DomMcCann1 Urut TradisionalAlamat : 15-01-11,Jalan 3/50C,Taman Setapak Indah Jaya,53300,Jalan Genting Kelang,Setapak,KL.

Cara Ke Sini : From KL > Bulatan Pahang > Hospital Tawakal > Balai Polis Setapak > Court Mammoth Setapak > Petronas Petrol >BHP Petrol > KFC > Restoran Kenny Rogers Setapak…Rumah saya belakang Kenny Rogers.Betul-betul tepi Kenny Rogers tu ada jalan.Masuk jalan di tepi Kenny Rogers tu.Mula-mula akan jumpa Pelangi Court Apartment > Pasar Genting Kelang > Prima Setapak Apartment.Straight saja,jangan pergi mana-mana sampai hujung.

iso Urut TradisionalDi hujung tu ada tokong cina besar.Rumah saya belakang tokong cina berpagar tersebut.Blok 15,tingkat 1,Rumah nombor 11.Pelanggan @ pesakit yang ingin mendapatkan rawatan urut,boleh buat appointment 1 jam @ 2 jam awal sebelum datang @ ingin mendapatkan rawatan urut.SMS @ CALL 012-3087430 – FARISH AWANG – Pakar Therapist Dan Pakar Urut Tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Rawatan Urut Tradisional Guna Jari Vs Guna Siku @ Lengan.

URUT GUNA JARI 300x250 Urut TradisionalUrut Tradisional | Berbagai Cara Rawatan Yang Diberikan.

Rawatan urut tradisional merupakan satu seni yang amat halus.Setiap rawatan urut tradisional yang diberikan oleh tukang urut tradisional merupakan persembahan satu kerja seni yang mana tidak semua tukang boleh buat dengan baik.Setiap orang yang mahu menjadi seorang tukang urut @ therapist terlatih mestilah mendapat satu pengetahuan dan pendidikan khusus dalam rawatan urut tradisional ini.Setiap gerak jari tukang urut tradisional itu merupakan sesuatu yang amat bernilai dan juga sesuatu gerak kerja seni yang amat diharapkan oleh setiap pelanggan yang mendapat rawatan urut tradisional tersebut.Urut tradisional yang sebetulnya,tidak lain dan tidak bukan adalah satu urut tradisional bagus dan betul yang boleh memberi kesan ke atas kemajuan kesihatan mereka.Tanpa gerak kerja seni rawatan urut tradisional yang bagus,pelanggan akan merasa sesuatu yang rugi ke atas nilai wang yang mereka miliki.

Di Malaysia,tidak kira di kampung atau di bandar,terdapat banyak tukang urut yang berpengetahuan dan tidak berpengetahuan dalam rawatan urut tradisonal ini.Jika di kampung,kita ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjalankan kerja rawatan urut tradisional ini separuh masa dan juga sepenuh masa.Jika di bandar,kita ada pakcik-pakcik,makcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik yang menjalankan rawatan urut tradisional ini.Mereka menjalankan rawatan urut hanya untuk sementara dan ada juga untuk tempoh yang lama.Kesemua mereka ini mempunyai cara dan kaedah yang berbeza-beza dalam menjalankan rawatan urut tradisional mereka.Ada yang memberi rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan jari.Ada juga tukang urut tradisional ini memberikan rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan siku @ lengan.Ada Juga yang memberi rawatan urut tradisional ini dengan menggunakan badan mereka atau dipanggil “body ke body“.Macam-macam lagi.Apa yang hendak diceritakan di sini adalah tukang urut tradisional yang memberikan rawatan urut tradisional dengan menggunakan jari dan siku @ lengan.

back massage Urut TradisionalUrut Tradisional | Jari Vs Siku @ Lengan.

Jari merupakan organ tubuh yang paling sensitif yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia.Tujuan pengurniaan jari ini adalah untuk kita merasa setiap apa yang kita sentuh dan pegang.Semasa menyentuh sesuatu benda,saraf di jari kita akan menghantar satu isyarat ke otak untuk dianalisa dan diproses mengenai benda yang kita pegang itu.Keputusan akan dihantar semula ke jari dalam masa tak sampai sesaat.Dalam masa yang sama,jika benda yang kita sentuh itu memerlukan kita melakukan sesuatu tindakan ke atasnya,maka satu isyarat dari otak akan dihantar ke jari untuk tindakan selanjutnya.Dalam kes rawatan urut tradisional ini,jarang sangat tukang urut tradisional yang mempunyai kelebihan seperti ini di mana setiap rawatan urut tradisional menggunakan jari yang diberikan hanya sekadar urut dan sentuh sahaja.Tidak ada proses di otak untuk memulihkan angin pelanggan yang mereka rasa dengan jari mereka semasa rawatan urut tradisional tersebut.Tukang urut tradisional sebegini biasanya adalah mereka yang tidak mempunyai pendidikan tentang ilmu rawatan urut tradisional.Nasibahnya,kesihatan pelanggan tidak berubah.Yang berubah hanya dalam beberapa peratus sahaja.Hal ini menyebabkan pelanggan yang mendapatkan rawatan urut tradisional tersebut hanya lega untuk seketika sahaja.Sebagai kesimpulannya dari kes ini,jari adalah alat utama dan yang sebetulnya yang digunakan oleh tukang urut tradisional dalam rawatan urut tradisional seluruh badan kepada setiap pelanggan.

Kes rawatan urut tradisional menggunakan jari dengan tanpa ilmu urut tradisional yang asas dan khusus ini adalah sama bentuknya dengan rawatan urut tradisional yang diberikan oleh tukang urut yang menjalankan rawatan urut tradisional mereka dengan menggunakan siku @ lengan.Siku adalah sesuatu benda yang boleh dikatakan tajam di mana ia adalah bukannya deria rasa.Siku @ lengan tidak boleh merasa contohnya untuk mengesan satu-satu angin dalam badan kita berada.Otak tidak bekerjasama dengan siku @ lengan.Siku hanyalah tulang.Lengan hanya otot sahaja.Tulang dan otot tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai deria rasa.Ianya hanya digunakan untuk menghentak sesuatu benda seperti mempertahankan diri dsb.Ianya boleh dianggap pilihan kedua dalam rawatan urut tradisional ini seperti menusuk di tempat yang terkedalam sedikit di anggota badan manusia yang mana ianya tidak boleh ditusuk dengan menggunakan jari kita.Sebagai kesimpulannya dalam kes ini adalah,siku @ lengan hanya boleh digunakan untuk membilas sahaja tempat-tempat yang telah diurut setelah menggunakan jari tersebut,tempat-tempat yang terkedalam di tulang belikat dan juga menusuk di tapak kaki untuk rawatan urut tapak kaki refleksologi.

siku massage1 Urut TradisionalUrut Tradisional | Angin Di Badan Tak Boleh Hilang Jika Diurut  Dengan Siku.

Anda perlu tahu bahawa sekiranya seseorang tukang urut tradisional tersebut yang seluruh masa rawatan urut tradisional itu adalah rawatan urut tradisional dengan hanya menggunakan siku @ lengan sahaja,dia adalah seorang tukang urut tradisional yang tidak mempunyai pengetahuan dan pendidikan khusus dalam rawatan urut tradisional.Anda tidak perlu percaya dengan tahyol-tahyol dan dongeng-dongeng yang dipaparkan dari mulut tukang urut tradisional tersebut sendiri kerana ianya adalah hanya untuk menyedapkan dan meyakinkan kita sebagai pelanggan yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang rawatan urut tradisional.Yang seeloknya,carilah tukang urut tradisional yang memberi rawatan urut tradisional dengan menggunakan jari kerana jari sememangnya adalah sesuatu yang sinonim dengan urut @ rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Memilih Perkhidmatan Rawatan Urut Tradisional Di KL.

 Urut TradisionalPerkhidmatan Urut Tradisional Di KL.

Kuala Lumpur adalah kota metropolitan.Di KL,kenderaan bersimpang siur.Begitu juga dengan penghuninya.Ada yang berhati baik dan sebaliknya.Keluar saja rumah,pasti tidak ada tempat yang sunyi untuk kita tenangkan hati.Itulah ibu negara Malaysia,tempat yang boleh dikatakan lubuk mencari rezeki oleh rakyat Malaysia.

Jika dikaitkan dengan mencari rezeki dalam bidang rawatan urut tradisional,ramai orang yang menyediakan perkhidmatan urut tradisional ini pada masa sekarang.Lihatlah iklan di surat-surat khabar,majalah,internet atau di mana-mana.Pasti perkhidmatan urut tradisional ini atau perkhidmatan urut lain akan menggamit anda untuk mencuba atas tiket menjaga kesihatan,bersantai-santai dan juga berseronok-seronok.Ada yang memilih tukang urut tradisional lelaki dan ada juga yang memilih tukang urut tradisional perempuan.Di dalam perkara tersebut,pastinya ada perkhidmatan urut tradisional yang meninggalkan kesan yang tidak baik bagi sesetengah pelanggan.

Kenali Rawatan Urut Tradisional Di KL.

15 tahun yang lepas,banyak pusat urut atas nama pusat urut tradisional tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di KL.Tidak terkecuali juga pada masa ini.Ada banyak perkara yang membezakan pusat urut tradisional dahulu dan pusat urut tradisional sekarang.

MASSAGE PICTURE13 Urut TradisionalJika 15 tahun dahulu,lesen pusat urut tradisional ni senang saja diperolehi atau kalau susah pun,hiaslah dengan cara-cara tersendiri,pasti dapat juga lesennya.Tapi sekarang,buatlah apa pun,lesen pusat urut tradisional ini tidak diluluskan lagi kecuali pusat urut tradisional refleksologi dan juga pusat urut tradisional luar dari KL seperti di Selangor dan sebagainya..Ada yang ingin benar benar ingin membuka pusat urut tradisional mereka sendiri,lalu menjadikan sebahagian dari kedai salon sebagai tempat rawatan urut tradisional.Itu ok lah.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang,walau tidak diberikan lesen,banyak pusat urut tradisional lelaki dan perempuan tumbuh dengan disedari atau tanpa disedari.Kalau pusat urut tradisional lelaki,pelanggan yang datang biasanya lelaki sendiri.Tapi kalau pusat urut tradisional perempuan,pelanggan yang datang pastinya lelaki juga.Tapi,apa bezanya kedua-dua ini.Semuanya pelanggan lelaki ni.

Itulah sebenarnya panorama tentang pusat urut tradisonal di KL ini.Bagi yang sanggup menghadapi cubaan dan dugaan,pasti mereka tidak risau menubuhkan pusat urut mereka sendiri walau tidak dikeluarkan lesen.Itu bergantung pada seseoranglah.Semangat dan minat yang kuat,pasti tidak menjadi masalah.

Memilih Perkhidmatan Rawatan Urut Tradisonal Dengan Betul.

Kalau pelanggan yang betul-betul mahukan perkhidmatan urut tradisional atau rawatan urut apa sekalipun,mereka pasti tidak ragu-ragu untuk ke pusat-pusat urut tradisional yang melata di KL ni.Tapi harus diingat,perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku jika tidak kena pada tempat dan waktunya.Peristiwa diserbu oleh pihak berkuasa sering berlaku dan kadang terpampang di dada-dada akhbar dan tidak kurang juga di televisyen.Jika mengunjungi pusat urut yang tidak berlesen dan diserbu polis,pasti ke balai juga untuk makan angin di sana dalam tempoh 24-36 jam sebelum dijamin keluar.Bagi pelanggan,mereka diminta untuk pemeriksaan air kencing.Tapi bagi tukang urut pula,mereka di periksa dengan ujian air kencing dan pemeriksaan untuk mengenalpasti pendatang asing.

Bagi pelanggan yang trauma dengan perkara seperti ini,mereka lebih senang menelefon dan memanggil tukang urut tradisional terus ke rumah mereka sahaja atau dengan kata lain outcall.Tengok saja di iklan surat khabar,majalah dan internet.Panggil saja.Ada tukang urut tradsional yang mengenakan bayaran mahal dan ada juga yang mengenakan bayaran sederhana dan berpatutan.Ada tukang urut tradisional ini yang menyediakan rawatan urut tradisional untuk tempoh 1 jam,1 1/2 jam dan ada juga 2 jam.Ini bergantung kepada tukang urut tradisional itu sendiri.Syarikat lain-lain.

Tapi bayar bayar juga.Perkhidmatan yang diberikan memuaskan? Klu kena tukang urut tradisional yang bagus dan berkemahiran tak apa.Tapi kalau kena tukang urut yang untuk main-main,pasti rugi bebenor rasanya.Good thumb vs Evil thumb by DomMcCann Urut TradisionalAda juga pelanggan yang sengaja mencari tukang urut tradisional hanya untuk suka-suka.Tak tahulah suka kaum sejenis ataupun nak cari tukang urut tradisional perempuan untuk berhibur.

Ingatlah,berhati-hati juga dengan tukang urut tradisional dari iklan-iklan yang terdapat kini.Mengikut pengetahuan,jika tukang urut tradisional lelaki yang iklannya hanya untuk pelanggan lelaki sahaja,biasanya,tukang urut tradisional ini hanya untuk main-main sahaja.Jadi,pilihlah tukang urut tradisional yang memenuhi kehendak anda.Ada tukang urut tradisional yang bagus dan sebaliknya.Nilai wang anda bergantung kepada tukang urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Rawatan Urut Tradisional Melayu.

 Urut TradisionalCara Ilmu Rawatan Urut Tradisional Diperolehi.

Rawatan Urut tradisional melayu adalah amalan orang-orang melayu di Malaysia sejak berkurun abad yang lalu.Urut tradisional ini diamalkan oleh orang-orang melayu melalui proses turun menurun.Kalau dahulunya dan kemungkinan sehingga sekarang orang orang yang mendapat ilmu urut tradisional adalah melalui keluarga mereka yang teratas seperti dari nenek,datuk,emak dan bapa.Mereka percaya bahawa tanpa diturunkan ilmu urut tradisional melalui pemindahan dari keluarga kepada keluarga,maka seseorang itu tidak boleh mengurut.

Lagi satu cara seseorang memperolehi ilmu urut tradisional ini adalah dengan mendapatinya melalui mimpi.Cara mereka memperolehi ilmu urut tradisional melalui cara ini adalah pemberian tuhan yang maha esa.Seseorang yang menghidapi sakit teruk seperti demam teruk,sakit seluruh badan yang teruk ataupun seseorang yang hidupnya terlalu susah,miskin dan menderita juga boleh mendapati ilmu urut tradisional ini dengan cara bermimpi.Kurniaan ilmu urut tradisional ini melalui mimpi oleh Allah s.w.t adalah semata-mata untuk menolong orang-orang yang tertentu yg hidupnya terlalu susah dan menderita.Orang orang tertentu dan terpilih ini diberi ilmu urut tradisional ini adalah untuk membantu orang lain dan juga membantu diri mereka sendiri.

Di sini sahih bahawa urut tradisional ini adalah salah satu cara terapi tradisional yang diiktiraf bukan sahaja masyarakat seluruh dunia,tetapi juga tuhan.Orang-orang melayu percaya bahawa proses memperolehi ilmu urut tradisional ini selalunya tidak boleh dipindah ajar kepada pihak ketiga.Ilmu urut tradisional ini adalah hanya dari satu pihak kepada satu pihak penerima.

Tetapi berlainan pula di zaman moden ini.Ilmu urut tradisional ini boleh diajar dan boleh dipelajari melalui searang guru urut tradisional yang mahir kepada seseorang yang lain dengan bayaran yang ditetapkan tanpa terdapat apa-apa pantang larang dan syarat yang terlalu ketat.Pembelajaran ilmu urut tradisional ini diperolehi melalui syarat zahiriah.Tetapi ilmu urut tradisional ini juga boleh dimantapkan lagi dengan ditambah beberapa pendinding atau mukjizat beberapa kalimah ayat Al-Quran yang terpilih.

Petua Dalam Menjalankan Rawatan Urut Tradisional.

maassage1 Urut TradisionalMasyarakat melayu kita mempercayai bahawa terdapat beberapa petua yang harus dipatuhi dalam kerja urut tradisional.Petua urut tradisional ini adalah untuk mengelakkan sampukan,badi daripada orang yang kita urut.Pengalaman bekerja dengan orang orang Barat dan Eropah,tidak dinafikan mereka juga mempercayai akan kewujudan  perkara-perkara halusinasi dan kaitan antara pesakit dan yang mengurut.Terdapat seperti contoh tukang urut akan mendapat penyakit  yang sedang dihadapi oleh pesakit seperti demam,sakit bisa-bisa tulang dll.Kadang-kadang terdapat tukang urut yang mengalami kekejangan di jari jemari dan pangkal lengan.Ini  semua menunjukkan bahawa benda-benda halusinasi ini wujud.Tetapi adakah anda tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Bagi orang-orang Cina dan Jepun,mereka akan memakai atau menyimpan batu kristal yang bewarna putih di bada mereka ketika menjalankan tugas mengurut.Mereka percaya bahawa kristal bewarna putih akan dapat membantu meraka daripada serangan benda-benda halusinasi dan menghindarkan diri mereka daripada mendapat penyakit berpindah dan ada daya mengawal diri mereka.

Berlainan pula dengan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam.Kita bolehlah memakai sedikit pendinding atau dengan membaca beberapa surah seperti Al Fatihah,Surah Al Asr dan Surah Al Kursi.Di samping Surah-surah ini,anda boleh juga berselawat nabi sambil menjalankan tugas untuk urut tradisional anda.Kita kena yakin,bertawakkal dan ikhlas menjalankan tugas urut tradisional ini serta selalu diiringi dengan niat yang positif iaitu untuk membantu memulihkan kesihatan pesakit kita.Apabila kita memegang badan orang lain,telah berlakunya pertemuan tenaga dan aura kita dengan pesakit tersebut.Sebab inilah salah satu lagi cara untuk mengawal diri kita ialah dengan belajar mengenali aura dan tenaga dalaman.Apabila kita tahu mengenai aura,kita akan lebih yakin dan kita akan memakai pakaian yang bewarna aura kita sahaja yang boleh menjadi warna perisai kita dan dapat menjadi warna kawalan untuk diri kita.Kalau kita mengurut dan menjalankan rawatan urut tradisional ini kepada orang-orang yang bukan Islam sekalipun,kita perlu memulakan gerakkerja urut tradisional tersebut dengan kalimah bismillah.Kalimah ini adalah untuk diri kita.

MASSAGE PICTURE2 Urut TradisionalNiat Serta Keikhlasan Dalam Menjalankan Rawatan Urut Tradisional.

Kita telah maklum bahawa kalimah bismillah telah diturunkan oleh Allah s.w.t lebih awal iaitu seawal 700 ribu tahun sebelum datangnya Islam.Ini amat berkesan untuk membantu kita di dalam kerja rawatan urut tradisional yang boleh dikatakan bukan mudah dilakukan oleh semua orang.Tetapi kerja rawatan urut tradisional ini menjadi mudah dan menyeronokkan sekiranya kita melakukan dengan tujuan ikhlas untuk menolong dan membantu.Orang yang mendapat rawatan urut tradisional daripada kita ini juga insyaallah akan merasa puas hati dan dan tidak keberatan dikatakan mungkin mereka akan datang lagi mencari kita untuk merasai kepakaran dan keikhlasan dalam rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Pengetahuan Asas Dalam Rawatan Urut Tradisional.

 Urut TradisionalUrut Tradisional Adalah Rawatan Urut Terbaik.

Urut tradisional.Di seluruh dunia terdapat pelbagai jenis urut mengikut budaya dan negara tersebut.Cara,sentuhan dan teknik urutan tersebut berbeza-beza mengikut tujuan urutan tersebut dijalankan.Ada jenis urut yang bertujuan untuk memanjakan diri serta mendapat kepuasan sahaja tanpa bertujuan untuk membuang angin seluruh badan dan tak lebih ada juga urutan yang serba rigkas bertujuan untuk kesihatan.Nisbah minat seseorang pelanggan juga berbeza-beza terhadap setiap jenis urutan tersebut.Tetapi bagi saya,kalau untuk tujuan kesihatan,rawatan urut tradisional adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan jenis urut-urutan yang ada.Ini adalah kerana rawatan urut tradisional ini melibatkan rawatan urut ke segenap pejuru di seluruh badan kita.

Urut Tradisional | Mengapa Badan Menjadi Lenguh.

maassage4 Urut TradisionalBadan kita terdiri daripada tulang,isi,organ dan otot.Badan menjadi lenguh disebabkan angin yang terkumpul di otot-otot kita atau kalau dalam bahasa orang putih “muscle”.Kita boleh tengok otot-otot kita dengan pergi ke pertandingan bina badan atau melihat gambar-gambar atau video-video bina badan yang bertaraf tinggi.Ahli bina badan tersebut memberi kita satu kerangka terhadap otot-otot manusia yang terdapat di segenap penjuru badan kita.Di otot-otot inilah angin-angin ini terkumpul dan menjadikan ianya sebagai rumah mereka.Angin yang terkumpul inilah yang akan menyekat peredaran darah dalam badan kita.Apabila darah tak dapat dihantar ke seluruh badan,maka oksigen  tidak boleh di edarkan dengan baik.Apabila bahagian tertentu badan kita tak cukup oksigen,badan kita sekaligus tidak mendapat nutrien dan zat yang mencukupi yang terdapat di dalam oksigen terbabit.Si sinilah sebab badan menjadi lenguh kerana tidak dapat apa yang diperlukan dalam proses tabienya.

Angin? Apa tu?. Tahukah anda di mana angin yang mana biasa orang cakap ini adalah sebenarnya asid-asid yang berkumpul di sesuatu tempat di otot kita yang membentuk ketulan-ketulan dalam pelbagai saiz.Asid ini datangnya dari pemakanan kita di mana asid serta kotoran ini akan berkumpul sesama mereka dalam satu tempat dan membentuh satu ketulan yang dipanggil angin.Angin ini harus dibuang dengan rawatan urut tradisional kerana rawatan urutan tradisional merangkumi urut seluruh badan pesakit.

Cara Urut Yang Betul Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Dalam rawatan urut tradisional,cara rawatannya adalah urutan seluruh badan untuk membuang angin-angin yang terdapat di dalam badan kita.Angin-angin ini tidak terdapat di tulang-tulang,organ atau  isi kita.Ianya terdapat di otot-otot kita.Biasa kalau kita pergi dapatkan rawatan urut tradisional di lain-lain tempat,terdapat pelbagai jenis cara urutan dalam urut tradisional yang kita perolehi.Ada tukang urut tradisional ini yang urut bermulanya dari bahagian atas anggota badan kita dahulu seperti mula dari bahu kemudian turun ke bawah dan seterusnya penamat di kaki.

Cara rawatan urut tradisional itu tak betul sebenarnya.Bahkan jika dirujuk kepada pakar kesihatan sekalipun.Jika rawatan urut tradisional ini bermula dari atas,seluruh toksik dari angin-angin yang diurut/dihancurkan tadi dihalakan dan dikumpulkan di kaki.Ianya tidak dapat dibersihkan.Bila toksik berkumpul di kaki,kotoran ini akan membahayakan badan anda seperti terjadinya ghout dan sebagainya.Memanglah kita akan merasa lega selepas rawatan urut tradisional tu sebab otot otot sudah kendur sedikit tetapi masa selepas itu pasti akan membahayakan kesihatan anda.

Cara rawatan urut tradisional yang betul adalah bermula dari kaki dan menghala ke atas dan penamatnya di bahu/tengkuk atau kepala jika kita mahu urut kepala.Mengapa saya katakan rawatan urut tradisional adalah sebegini.Ianya adalah kerana,segala otot-otot yang mempunyai angin itu diancurkan dan toksik tersebut ditolak ke atas MASSAGE PICTURE6 Urut Tradisionalmenuju ke arah jantung.Di jantung inilah darah kita dibersihkan melalui proses-proses yang ditetapkan Ilahi. Proses ini seterusnya secara automatik berakhir di pundi kencing di mana  air kencing dibuang dalam pelbagai warna.Kalau bewarna kuning,maka itulah toksik tadi serta toksik yang terdapat di dalam badan kita.

Sebab itulah,selepas mendapat rawatan urut tradisional,pesakit digalakkan untuk meminum air masak / lebih baik air suam dengan banyak bagi membolehkan badan mengangkut toksik-toksik tersebut dengan berkesan.Di sinilah terlihatnya proses dan kelebihan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Jenis Dan Tujuan Rawatan Urut Tradisional Melayu.

 Urut TradisionalJenis-Jenis Urut Tradisional Melayu.

Dalam rawatan urut tradisional terdapat pelbagai jenis urut tradisional yang boleh kita dapati.Antara jenis jenis urut tradisional tersebut adalah seperti berikut:

1. Urut tradisional kesihatan biasa seluruh badan.

2. Urut tradisional wanita selepas bersalin.

3. Urut tradisional lemah tenaga batin/lemah syahwat(cepat keluar air mani/tidak boleh bertahan).Kita boleh menggunakan minyak urut khas yang sangat menakjubkan seperti minyak linang jantan,minyak ikan belacak,minyak lintah dan banyak lagi.

4. Urut tradisional bagi orang yang susah mendapat zuriat(khas).

5. Urut tradisional lelah(athma)

6. Urut tradisional terseliuh,terkehel dan salah urat.

7. Urut tradisional migrain.

8. Urut tradisional untuk berkasih sayang/bersantai.

9.Urut tradisional lumpuh.

Tujuan Rawatan Urut Tradisional.

maassage8 Urut TradisionalTujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urut adalah lebih kurangnya dengan jenis urut tradisional yang mereka dapati.Di antara tujuannya adalah seperti: Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat,merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan kembali tenaga mereka selepas melahirkan.Urut wanita bersalin juga merangkumi urutan menaikkan kembali peranakan yang kendur atau turun akibat meneran ketika melahirkan.Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh  disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel.

Tujuan-tujuan lain yang kita boleh dapati dari rawatan urut tradisional adalah urut tradisional tenaga batin bagi lelaki.Dengan cara dan kaedah yang betul dan tekun,orang lelaki yang hampir mengalami masalah tenaga batin akan boleh pulih kembali dengan rawatan urut tradisional.Menggunakan minyak linang jantan boleh membantu menyembuhkan kembali tenaga kelakian.Bukan itu sahaja.Para lelaki boleh memanjang atau membesarkan saiz zakar mereka.Mengikut pengetahuan,zakar Melayu dan Cina boleh menjadi lebih panjang sebanyak 1 hingga 2 inci jika kena kaedah mengurut.Mengurut tenaga batin dengan tekun dan sempurna boleh mengelakkan gejala pancutan air mani sebelum masanya.Urut tradisional tenaga batin juga boleh mempertingkatkan prestasi ketegangan zakar serta memecahkan lemak,lendir dan angin yang menghalang  pengaliran darah.

Urut tradisional juga boleh memecahkan toksin atau racun dalam badan,dan juga boleh memecahkan gula dalam darah bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis.

Bagi urut tradisional santai,regangan dan urut suami isteri dapat mengeratkan lagi kasih sayang,dan pasangan akan mendapat kesihatan yang sempurna apabila suami isteri dapat bertukar tukar urutan.Cara urut tradisional ini lebih sempurna kerana urutan yang berjadual akan menjamin hasil kesihatan yang sangat baik.Kebaikan urut tradisional suami isteri juga dapat mengimbangkan Yi dan Yang di mana orang-orang Tionghua percaya bahawa Yi itu untuk wanita dan Yang pula untuk lelaki.Yang demikian tidak secara langsung memberi keseimbangan antara lelaki dan wanita untuk hasil yang diperolehi.

Untuk rawatan urut tradisional bagi penyakit lumpuh pula,penyakit lumpuh yang lama dan serius adalah rumit.Hal tersebut bergantung kepada orang yang berusaha merawat penyakit itu sendiri,setakat mana azamnya ia mahu pesakit itu sembuh.

MASSAGE PICTURE5 Urut TradisionalKaedah Rawatan Dalam Urut Tradisional Melayu.

Terdapat berbagai kaedah yang digunakan oleh orang melayu untuk merawat sesuatu penyakit.Terdapat 4 kaedah dalam rawatan urut tradisional iaitu rawatan sakit otak,jampi/pantang larang pelakuan,ramuan ubat-ubatan dan pembedahan kecil-kecilan/perbidanan.Kaedah urut dalam rawatan urut tradisional yang dilakukan adalah berbeza  bergantung kepada punca dan jenis penyakit yang dihadapi.Penyakit yang disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib,jenis rawatan dalam urut tradisional adalah pesakit itu dirawat secara batiniah.Adakalanya penyakit batiniah dirawat dengan menggunakan air doa @ jampi mentera.Begitulah uniknya kaedah urut yang digunakan dalam rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Perkara Yang Selalu Ditanya Pesakit Dalam Rawatan Urut Tradisional.

 Urut TradisionalUrut Tradisional | Jawapan Yang Berbeza Dari Tukang Urut.

Tukang urut tradisional yang berpengalaman selalu diajukan soalan-soalan cepu emas oleh pelanggannya dimana setiap soalan adalah hampir sama.Mungkin pelanggan rawatan urut tradisional ini berasakan perlu tahu supaya segala pertanyaan yang bermain di fikiran terjawab dengan bertanyakan kepada pakar dalam bidang ini.Namun jawapan yang diterima dari tukang urut tradisional ini seringkali berbeza antara satu sama lain.Di sini saya akan menjawab segala persoalanan berkaitan urutan tradisional ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

maassage10 Urut TradisionalSoalan Yang Sering Ditanya Pelanggan Rawatan Urut Tradisional.

1. Berapa Kerapkah Seseorang Pelanggan Boleh Mendapatkan Rawatan Urut Tradisional.

Berapa kerap itu tidak berapa penting.Janji angin yang berketul-ketul di otot badan tu hilang termasuk di tapak kaki.Itu kira anda sudah sihat dan proses aliran darah dalam badan berlaku dengan betul dengan disertai dengan cara pengambilan makanan yang betul dan senaman.Anda boleh mendapatkan rawatan urut tradisional seminggu sekali.Selepas angin semua kurang dalam badan,anda boleh mendapatkan rawatan urut tradisional 1 bulan sekali selepas itu.Ini adalah ketetapan yang ideal terhadap waktu rawatan urut tradisional.Semua ini bergantung kepada kewangan anda.Jika anda mampu,beberapa kali rawatan urut tradisional pun tak jadi masalah sebenarnya.

2. Boleh Ke Orang Muda Mendapatkan Rawatan Urut Tradisional.

Boleh.Semua peringkat umur pun boleh mendapat rawatan urut tradisional.Janji,angin atau ketulan angin dlm badan hilang.Bayi pun ada jenis rawatan urut tradisional untuk mereka sendiri.

3. Boleh Ke Kentut Semasa Rawatan Urut Tradisional Berjalan.

Jika anda ataupun tukang urut tradisional itu sendiri ingin kentut,jangan segan silu.Buang saja semasa rawatan urut tradisional tu kerana angin tak boleh ditahan.Dah semulajadi.Tapi buanglah dengan cara beradab kerana anda @ tukang urut tradisional itu berada di tempat yang sama.Kalau nak beritahu dulu sebelum terkentut tu,itu lagi elok.

4.Betul Ke Angin Dari Badan Pesakit Dipindahkan Ke Badan Tukang Urut Semasa Rawatan Urut Tradisional Berjalan.

Bagi saya,tak terdapat alasan yang kukuh mengapa angin dalam badan pesakit boleh berpindah kepada tukang urut tradisional itu atau sebaliknya.Masing-masing mempunyai angin dalam badan sendiri.Kalau ada tukang urut tradisional atau pelanggan yang sendawa berpuluh-puluh kaki semasa rawatan urut tradisional berjalan,saya rasa itu tidak masuk akal.Semua orang boleh buat sendawa rekaan tersebut.

5. Boleh Ke Makhluk Halus Masuk Ke Dalam Badan Tukang Urut Semasa Rawatan Urut Tradisional Berjalan.

Boleh.Yang sepatutnya,seseorang tukang urut tradisional itu harus membaca ayat suci semasa hendak memulakan rawatan urut tradisional dan juga meminta kebenaran dari pelanggan untuk memulakan urut tradisional tersebut kerana dikhuatiri ada pelanggan yang  mempunyai penjaga (makhluk halus) di badan mereka.Jika kebetulan seseorang tukang urut tradisional mendapat pelanggan sebegini,dengan tanpa adab,tukang urut tradisional tesebut memulakan urutan,penjaga di badan pesakit itu akan marah.Penjaga pesakit tersebut merasakan ada orang menceroboh badan tuannya.Perkara yang buruk mungkin berlaku seperti tukang urut dilanda demam dan sebagainya.Sepanjang saya menjalankan perkhidmatan urut tradisional ini,belum pernah lagi terjadi kepada saya perkara buruk.Janji keikhlasan kita memberi rawatan urut tradisional kepada seseorang tu,pastinya segala yang buruk dapat dielakkan.

6. Boleh Ke Besarkan Zakar Dengan Rawatan Urut Tradisional Urut Batin.

Boleh.Tapi sekali rawatan untuk urut tradisional tenaga batin tidak mencukupi untuk membesarkan zakar.Urutan besarkan zakar ini kena dilakukan sendiri berulang-ulang kali oleh pelanggan itu menggunakan minyak ikan linang jantan,minyak ikan belacak,miyak lintah dsb.Urut tradisional tenaga batin tersebut kena dilakukan tiap-tiap hari yang biasanya 2 kali sehari,sebelum tidur pada malamnya dan selepas bangun tidur pada paginya.Urut zakar selepas bangun tidur pada waktu paginya amat bagus kerana urat zakar dan zakar pada waktu tersebut tegang dan sihat.Bergantung kepada kerajinan dan disiplin kita terhadap urutan pada zakar tersebut,jika diamalkan selalu,zakar kita boleh panjang lagi sebanyak 1-2 inci.

7. Air Mani Saya Cepat Pancut.Boleh Ke Diurut Dengan Rawatan Urut Tradisional.

Sekali rawatan urut tradisional tenaga batin tidak dapat untuk melambatkan proses pancutan air mani.Amalan rawatan urut tradisional tenaga batin di zakar yang mesti dibuat oleh pelanggan itu sendiri pada setiap hari adalah mesti untuk melambatkan proses pancutan air mani.Dengan rawatan urut tradisional tenaga batin ini,kita akan membetulkan segala urat saraf yang rosak semasa kita melakukan aktiviti onani dahulu dsb.Selama amalan membaik pulih masalah tersebut,anda kena kurangkan sedikit demi sedikit perbuatan onani kalau boleh.Segala ini bergantung juga kepada pemikiran kita juga.Klu kita kata keluar,keluarlah dia.Jadi setkan pemikiran kita pada yang sepatutnya.

MASSAGE PICTURE1 Urut TradisionalUrut Tradisional | Jawapan Di atas Berdasarkan Ilmu Dan Pengetahuan Saya.

Semua jawapan berkaitan rawatan urut tradisional yang di atas adalah berdasarkan pengetahuan/pengalaman saya sepanjang saya mendapatkan ilmu berkaitan urut tradisional ini.Semoga jawapan rawatan urut tradisional tersebut dapat menjawab segala pertanyaan yang bermain di fikiran anda berkaitan rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut Tradisional.

minyak akar kayu Urut TradisionalUrut Tradisional | Keperluan Bahan Pembantu Ketika Mengurut.

Pada kebiasaannya minyak urut tradisional adalah bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urutan.Antara jenis minyak yang sering digunakan dalam urut tradisional adalah minyak nyiur tanak,minyak zaitun(olive oil),minyak bijan(gingelli oil) dan sebagainya yang telah didoakan atau dijampi.

Minyak urut tradisional diperbuat daripada campuran  minyak dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan hidupan menurut kaedah-kaedah tertentu.Walaupun demikian terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahan, kaedah pemprosesan dan kandungan yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional dengan seorang pengamal yang lain.Adakalanya minyak urut diproses hanya dengan menggunakan bahan-bahan tmbuhan atau bahan-bahan hidupan sahaja.Namun demikian menurut kebiasaannya,minyak urut tradisional diproses daripada campuran bahan-bahan tumbuhan dan hidupan.

Urut Tradisional | Jenis-Jenis Minyak Urut.

minyak akar kayu 4 Urut TradisionalMinyak Akar Kayu.

Akar tumbuh-tumbuhan adalah bahan utama yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional melayu untuk memproses minyak urut tradisional.Akar yang digunakan tidak hanya didapati dari hutan tetapi juga didapati di tepi-tepi jalan,di kawasan terbiar dan di tanah sebagai hiasan di halaman rumah.Kegunaannya minyak urut tradisional ini adalah sebagai bahan sampingan untuk memulihkan penyakit gangguan saraf seperti sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,terseliuh dan sebagainya.Minyak urut tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat sengatan serangga.

Serbuk akar kayu adalah jenis ubat terpenting dalam perubatan melayu tradisional.Ubat dalam bentuk serbuk diproses menjadi kapsul,iaitu dengan mengisi serbuk ke dalam sarung ubat.Ubat serbuk dalam bentuk kapsul lebih digemari oleh pengguna kerana ianya lebih mudah digunakan dan tidak terasa pahit.Biarpun serbuk akar kayu digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu,namun terdapat beberapa perkara yang tidak diberikan perhatian samada oleh pembuat ubat mahupun oleh pengguna..

Apa yang paling ketara ialah tidak adanya asas-asas saintifik yang digunakan dalam penyediaan ubat-ubatan tradisional.Kebanyakan pembuat ubat kurang memikirkan tentang komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Pada kebisaannya pembuat ubat hanya memikirkan anggaran-anggaran tertentu untuk menentukan komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Ini menyerbabkan berlakunya penggunaan dos yang berlebihan dalam campuran ubat yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.Hal yang demikian juga adakalanya menyebabkan keracunan.

Serbuk akar kayu untuk lelaki adalah serbuk akar kayu tongkat Ali.Ia digunakan untuk memulihkan sakit tenaga batin,memulihkan urat saraf dan mengembalikan kesihatan badan.

Serbuk akar kayu untuk perempuan adalah serbuk akar kayu kacip fatimah.Serbuk ini khusus untuk perempuan yang baru melahirkan anak,bertujuan untuk memulihkan urat saraf,mengembalikan tenaga,mengecutkan urat peranakan dan untuk kesihatan badan.Perempuan hamil ditegah memakan serbuk ini kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.

Minyak Binatang.

Banyak bahan hidupan,samada hidupan laut atau darat digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat ubat,terutamanya minyak urut tradisional.Semua informan yang ditemui berpendapat,bahan-bahan hidupan mempunyai khasiat yang lebih dan amat sesuai dijadikan ubat untuk merawat sakit gangguan saraf.Minyak urut tradisional ini digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit urat saraf seperti sakit pinggang,sakit sendi,kebas dsb.Caranya ialah dengan melumurkan minyak urut tradisional ini ke bahagian yang sakit.Minyak urut tradisional ini juga digunakan untuk merawat penyakit gatal,luka-luka kecil atau sakit gigitan serangga.Jenis-jenis minyak urut tradisional binatang ini adalah:

1. Minyak Gamat – Minyak urut tradisional ini digunakan sebagai bahan sampingan ketika mengurut kerana penyakit gangguan saraf,bengkak-bengkak,untuk merawat luka-luka kecil,disengat binatang bisa seperti lebah,lipan,tebuan dsb.

2. Minyak Belut – Minyak urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat sakit lumpuh anggota badan iaitu dengan melumur minyak urut tradisional ini serta mengurut secara perlahan-lahan di bahagian yang lumpuh.Amalkan dua kali sehari,iaitu di waktu pagi dan petang sehinggalah penyakit sembuh.Minyak urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir(haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan ditempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada di waktu pagi atau petang.

3. Minyak Lintah – Minyak urut tradisional ini digunakan khusus sebagai minyak urut tradisional untuk merawat sakit lemah tenaga batin(impotency).Mereka yang mengalami sakit ini boleh merawatnya sendiri,iaitu dengan cara melumurkan minyak urut tradisional ini pada sehelai daun sirih,kemudian dibalutkan pada zakar.Amalkan selama 3 hari berturut-turut,seelok-eloknya di waktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga  pulih.

Makjun Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Makjun digunakan untuk memulihkan urat saraf dan menyihatkan badan.Makjun dikatakan lebih berkhasiat untuk memulihkan urat saraf berbanding dengan ubat akar kayu dalam bentuk kapsul atau serbuk,kerana ubat makjun ditambah dengan ramuan rempah ratus dan madu asli.Umumnya ubat makjun diproses daripada campuran serbuk akar kayu.

Jenis-jenis makjun adalah:

1. Makjun Purba – Ia berkhasiat untuk memanaskan badan,menambahkan tenaga dan memulihkan urat saraf.Ia boleh dimakan oleh kaum lelaki dan perempuan.Perempuan yang mengandung dilarang memakannya kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Ini kerana makjun ini diproses daripada bahan-bahan yang dianggap panas.Ia boleh ditelan setiap kali makan di waktu pagi dan petang.

2. Makjun Uluran – Ia berkhasiat untuk merawat laki-laki yang mengalami sakit uluran angin.Sebiji makjun boleh dibelah 2 ubtuk dimakan 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang selama 14 hari berturut-turut.

Air akar kayu juga merupakan ubat yang boleh digunakan untuk memulihkan urat saraf.Mekipun amalan minum air akar kayu sudah berkurangan buat masa ini,namun ianya masih diamalkan oleh orang-orang tua sebagai amalan harian mereka.Air rebusan akar kayu boleh memulihkan urat saraf,memanas,menyihatkan badan dan untuk dimandikan kepada pesakit lumpuh.

akar kayu 5 Urut TradisionalUrut Tradisional Adalah Sesuatu Yang Unik.

Semua yang di atas adalah  kaedah yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk memulihkan urat saraf.Tetapi rawatan urut tradisional merupakan satu kaedah yang unik dan urut tradisional ini boleh dianggap penting untuk merawat penyakit urat saraf.Kerja mengurut bagi rawatan urut tradisional selalunya dilakukan oleh orang-orang tertentu sahaja iaitu orang yang pandai dalam bidang rawatan urut tradisional ini.Kerja mengurut dalam rawatan urut tradisional  ini bukan mudah dilakukan kerana urut tradisional ini memerlukan kepakaran,termasuk penggunaan bacaan doa dan jampi.Di sinilah terlihatnya keistimewaan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Cara Buat Minyak Urut Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu.

minyak urut tradisional 300x300 Urut TradisionalKeperluan Bahan-Bahan Pembantu Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Pada kebiasaanya,minyak urut tradisional adalah bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urut tradisional,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional tadi.Antara jenis minyak urut tradisional yang sering digunakan ialah minyak nyiur tanak,minyak zaitun (olive oil),minyak bijan (gingelli oil) dan sebagainya yang telah didoakan atau dijampi.

Minyak urut tradisional yang diperbuat daripada campuran minyak dan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan hidupan menurut kaedah-kaedah tertentu.Walaupun demikian terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahan,kaedah pemprosesan dan kandungan yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan urut tradisional dengan seorang pengamal perubatan urut tradisional yang lain.Adakalanya minyak urut tradisional diproses hanya dengan menggunakan bahan-bahan tumbuhan atau bahan-bahan hidupan sahaja.Namun demikian menurut kebiasaannya,minyak urut tradisional diproses daripada bahan-bahan tumbuhan dan hidupan.

Kajian ini akan membicarakan tentang penggunaan bahan-bahan atau sukatan (dose),kaedah pemprosesan minyak urut tradisional dan kegunaan sesuatu minyak urut tradisional,berdasarkan kepada keterangan yang diberikan oleh beberapa orang informan.Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,banyak nama tempatan dan istilah yang berbeza yang digunakan oleh informan untuk merujuk nama tumbuh-tumbuhan dan kadar atau sukatan dalam bentuk ukuran seruas jari kelingking,sebesar ibu jari tangan,seinci,sejemput,segenggam,secawan,secupak dsb.Sukatan ini berdasarkan kepada sukatan kebiasaan atau melalui pengalaman dari orang-orang tua terdahulu.Kalau ada sukatan pun,mereka tidak menggunakan sistem metrik seperti gram,miligram,liter dan sebagainya.Jesteru itu adalah sukar untuk menentukan suatu sukatan atau ukuran itu dengan tepat.Kerana itu dalam keterangan berikut,sukatan bagi bahan-bahan tersebut ditulis dalam kadar timbangan,kecuali bagi beberapa jenis bahan tertentu di mana penggunaan sukatan atau ukuran tersebut tidak dapat dielakkan.Berikut ini diperturunkan beberapa jenis minyak urut tradisional yang diproses daripada akar-akar dan binatang.

Minyak Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Minyak Akar Kayu.

Akar tumbuh-tumbuhan adalah bahan utama yang digunakan oleh pengamal Perubatan Melayu tradisional @ tukang urut tradisional untuk memproses minyak urut tradisional.Akar yang digunakan tidak hanya didapati dari hutan,tetapi juga didapati di tepi-tepi jalan,di kawasan terbiar dan di tanah sebagai hiasan di halaman rumah.

2 jenis minyak urut tradisional yang diproses daripada campuran beberapa jenis akar kayu.

 

minyak kelapa tanak 300x225 Urut Tradisionalminyak lenga1 Urut Tradisionalserai wangi1 224x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Urut Tradisional.

Bahan-bahan:                                                                                                                                                               

1. Minyak kelapa tanak – 500 gram

2. Minyak Lenga – 300 gram

3. Campuran serbuk akar kayu,iaitu akar tongkat Ali,akar haji Samat,akar setunjang bumi,akar teja lawang,akar tengkok biawak,akar sakar,akar mek dak,akar pak mulut,akar elex besi,akar elex tembaga – 150 gram.

4. Campuran lada hitam,bunga cengkeh,jadam,lengkuas kering,hadas pedas dan hadas manis – 50 gram.

5. Burung bubut – 1 ekor.

6. Burung ciak – 5 ekor.

7. Serai Wangi(batang) – 2 batang.

Cara Memproses:

Burung bubut dan burung ciak disembelih,dicabut bulunya dan dibersihkan.Lada hitam (Piper nigrum),bunga cengkeh (Euvenia caryophylla),hadas pedas (Foeniculum vulgare),hadas manis dan lengkuas kering yang telah kering dijemur,dogoreng tanpa minyak selama lima minit.

Kemudian masukkan minyak kelapa dan serbuk akar kayu.Biarkan bahan ini mendidih hingga betul-betul masak iaitu kira-kira satu jam.Sebelum minyak diangkat dari api,serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam minyak berbau wangi.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional boleh digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,untuk memulihkan penyakit gangguan saraf seperti sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,terseliuh dsb.Minyak urut tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat sengatan serangga.

 

merpati putih 300x239 Urut Tradisionalakar haji samat 236x300 Urut Tradisionalakar tongkat ali8 300x194 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kadar Timbangan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Ramuan Akar-Akar Kayu.

Bahan-Bahan:

1. Santan kelapa tua – 800 gram.

2. Campuran serbuk isi ubi jaga,akar tongkat Ali,akar haji samat,akar kerbau jantan,akar kerbau hamuk,akar gajah tarik,akar celaka putih,akar celaka merah,akar serapat,akar penyepit,akar mata kucing putih,akar mata kucing merah dan akar kancing baju merah. – 150 gram.

3. Bawang putih,lengkuas kering,hadas pedas,hadas manis,lada hitam dan zat param – 50 gram.

4. Merpati putih (merpati kampung yang muda) – 2 ekor.

5. Burung ciak – 5 ekor.

6. Isi siput kechar – 150 gram.

7. Serai wangi (batang) – 3 batang.

Cara Memproses:

Santan kelapa tua dimasukkan dalam kuali dan dicampurkan dengan semua bahan di atas.Santan kelapa beserta ramuannya ditanak di atas api yang sederhana besarnya sehingga santan masak dan bertukar menjadi minyak.Masukkan serai yang telah dititik ketika minyak sedang mendidih supaya minyak berbau harum.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,juga untuk menjalankan rawatan urut tradisional berbagai jenis penyakit gangguan saraf.

———————————————————————————————————————————————————————

Minyak Binatang Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Banyak bahan hidupan,samada hidupan laut atau darat digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat ubat,terutamanya minyak urut tradisional.Semua informan yang ditemui berpendapat,bahan-bahan hidupan mempunyai khasiat yang lebih dan amat sesuai dijadikan ubat untuk merawat sakit atau menjalankan rawatan urut tradisional gangguan saraf.

 

ibu gamat 284x300 Urut Tradisionalburung ciak1 300x249 Urut Tradisionalteras kayu 300x225 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Sukatan Yang Digunakan Untuk Memproses Minyak Urut Tradisional (Tanpa Nama).

Bahan-Bahan:

1. Minyak kelapa tanak – 200 gram.

2. Campuran daripada serbuk seratus jenis bahan-bahan tumbuhan (akar,daun,kulit dan teras kayu) – 200 gram.

3. Ibu gamat yang telah dikeringkan – 50 gram.

4. Burung ciak – 7 ekor.

Cara Memproses:

Burung ciak disembelih,dibuang bulu dan dibersihkan (tanpa dipotong).

Ibu gamat dibakar di atas bara api yang kecil untuk diambil abunya.

Bahan-bahan di atas dicampur dengan minyak kelapa dan ditanak di atas api yang sederhana besarnya.Biarkan bahan-bahan ini mendidih sehingga minyak tinggal separuh daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit urat saraf seperti sakit pinggang,sakit sendi,kebas dan sebagainya.Caranya ialah dengan melimurkannya untuk merawat penyakit gatal,luka-luka kecil atau sakit gigitan serangga.

 

jadam 300x212 Urut Tradisionalkapur barus Urut Tradisionalbawang putih 300x224 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Gamat.

Bahan-Bahan:

1. Minyak kelapa tanak – 1,000 gram.

2. Ibu gamat kering – 50 gram.

3. Lengkuas bukit (kering) – 20 gram.

4. Bawang putih – 10 gram.

5. Bunga cengkih – 5 gram.

6. Jadam – 2 gram.

7. Pija – 20 sen.

8. Kapur barus – 2 gram.

9. Lamuju atau Jemuju – 30 sen.

10.Serai wangi (batang) – 2 batang.

Cara memproses:

Ada 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

1. Untuk memulakan kerja,doa-doa berikut dibaca:

* Bismillah sekali.

* Istighfar – 25 kali.

* Selawat – 21 kali.

* Al-Fatihah – 21 kali.

* Al-Ikhlas – 3 kali.

Bahan-bahan basah,iaitu lengkuas bukit atau lengkuas geting dan bawang putih dipotong nipis dan dijemur hingga kering.Kemudian digoreng tanpa minyak antara 3 hingga 5 minit sahaja.Masukkan minyak kelapa tanak dan lain-lain bahan ramuan ke dalam tempat menggoreng lengkuas geting dan bawang putih tadi.Masukkan serai wangi yang dititik ketika minyak mendidih.Biarkan minyak mendidih di atas api yang sederhana besarnya selama antara 30 minit hingga 1 jam.Setelah sejuk,minyak ditapis dan hampasnya dibuang.Minyak dimasukkan dalam botol atau bekas tertentu untuk kegunaan sendiri,keluarga atau untuk dipasarkan.

Kegunaan:

Minyak gamat dalam rawatan urut tradisional ini juga digunakan sebagai bahan sampingan ketika menjalankan rawatan urut tradisional,seperti urut tradisional untuk penyakit gangguan saraf,bengkak-bengkak,untuk merawat luka-luka kecil,disengat binatang bisa seperti lebah,lipan,tebuan dsb.

 

belut1 300x225 Urut Tradisionalcacing gelang Urut Tradisionalminyak bijan2 276x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

3. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Belut.

Bahan-Bahan:

1. Belut basah (seelok-eloknya atau belut yang masih hidup) – 1 kilo

2. Cacing gelang – 7 ekor.

3. Minyak bijan – 500 gram.

Cara  memproses:

Belut hidup disembelih dan diambil darahnya untuk dijadikan salah satu bahan campuran.Kemudian badan belut disalai di atas bara api yang sederhana besarnya untuk mendapatkan minyaknya.Setelah itu,badan belut dipotong kecil-kecil.Kepala belut dibakar sehingga hangus dan ditumbuk lumat.

Kemudian,semua bahagian belut tadi dicampur dengan cacing gelang yang telah dimatikan dan ditanak dengan campuran minyak bijan.Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya,sehingga semua bahan campuran hancur.

Kegunaan:

1. Minyak belut dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat sakit lumpuh anggota badan,iaitu dengan melumur minyak tadi serta mengurut secara perlahan-lahan di bahagian yang lumpuh.Amalkan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang sehinggalah penyakit sembuh.

2. Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.

 

lintah 300x285 Urut Tradisionalbuah pinang muda 300x200 Urut Tradisionalsyahwat buaya Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

4. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Lintah.

Bahan-Bahan:

1. Lintah tembaga (pilih yang besar) – 20 ekor.

2. Minyak bijan – 300 gram.

3. Lemak buaya – 5 gram.

4. Kulit kayu manis Cina – 5 gram.

5. Bunga cengkih – 7 biji.

6. Buah kelese – 5 biji.

7. Buah pinang muda – 3 biji.

8. Buah pelaga Hindi – 3 biji.

9. Hati dan hempedu gagak – 1 biji.

10. Syahwat memberang – 1 batang.

11. Syahwat buaya – 1 batang.

Cara Memproses:

Lintah tembaga yang masih basah digoreng tanpa menggunakan minyak atau air sehingga keluar lemak.Lemak tadi ditapis dan dibuang hampasnya.

Kemudian lemak tadi ditanak dengan minyak bijan dan dicampur dengan bahan-bahan di atas (bahan-bahan ini tidak perlu dipotong).Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya antara 40 minit hingga 1 jam.

Kegunaan:

Minyak lintah digunakan khusus sebagai minyak urut tradisional untuk merawat sakit lemah tenaga batin (impotency).Mereka yang mengalami sakit ini boleh merawat dirinya sendiri,iaitu dengan cara melumurkan minyak tadi pada sehelai daun sirih kemudian dibalutkan pada zakar.Amalkan selama 3 hari berturut-turut,seelok-eloknya diwaktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga pulih.

 

burung wak wak Urut Tradisionalikan lumba lumba Urut Tradisionalkambing gurun Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

5. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Minyak Untuk Lelaki.

Bahan-Bahan:

1. Santan kelapa hijau daripada buah sulung – 2,000 gram.

2. Belut basah (seelok-eloknya yang masih hidup) – 2,000 gram.

3. Ikan lumba-lumba 50 gram.

4. Isi gondang – 50 gram.

5. Daging kambing gurun – 20 gram.

6. Darah keluang atau darah kelawar – 20 gram.

7. Burung merpati putih (merpati kampung) yang masih dara 2 ekor.

8. Burung ciak – 5 ekor.

9. Burung ruak-ruak – 1 ekor.

10. Anak burung gungguk – 1 ekor.

11. Syahwat kambing hitam – 1 batang.

Cara Memproses:

Burung merpati,burung ruak-ruak,anak burung gungguk,burung ciak dan belut disembelih,disiang dan dibersihkan.Kepala belut dibakar hingga hangus untuk diambil abunya.

Campurkan semua bahan,kecuali darah keluang atau kelawar dan abu kepala belut ditanak dengan santan kelapa sehingga masak dan bertukar menjadi minyak.Minyak ditapis dan dibuang hampasnya.

Minyak dicampur dengan darah kelawar atau keluang,manakala abu kepala belut ditanak untuk kali keduanya.Minyak dibiarkan mendidih di atas api yang sederhana besarnya selama setengah jam.

Kegunaan:

Minyak urut tradisional ini digunakan khusus untuk merawat sakit lemah tenaga batin.Lumurkan minyak urut tradisional ini pada zakar.Urut dari pangkal bawah zakar ke bahagian atas hingga ke pergelangan kepala zakar.Sebelum mengurut doa berikut hendaklah dibaca:

Ya Allah

Ya Allah

Ya Allah

Ya Qahhar

Ya Qahhar

Ya Qahhar

La Ilaha illa ‘Llah

Hulwahidu ‘l-Qahhar

Amalkan selama tiga hari berturut-turut,seelok-eloknya diwaktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga pulih.

Sesungguhnya,semua jenis minyak urut tradisional di atas adalah minyak urut terbaik dalam rawatan urut tradisional.Keberkesanannya telah terbukti dan telah lama digunakan oleh pakar-pakar urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu.

ramuan akar kayu Urut TradisionalRamuan Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Pemulihan penyakit dalam rawatan urut tradisional akan lebih memberi kesan sekiranya pesakit diberi ubat untuk dimakan yang diperbuat daripada ramuan akar kayu.Ramuan akar kayu dalam rawatan urut tradisional adalah bahan bantu terpenting untuk memulihkan urat saraf,di samping rawatan urut tradisional.Ubat ramuan akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini boleh didapati dalam bentuk serbuk halus (fine powder),kapsul (capsul),makjun (compunded medicine),tonik,dalam bentuk asal yang telah dikerat kecil (fragment) dan sebagainya.

Secara keseluruhannya bahagian tumbuhan yang biasanya dibuat ubat dalam rawatan urut tradisional ialah akar,daun,ranting,buah,kulit,bunga atau semua bahagian tumbuhan.Walaubagaimanapun akar adalah bahagian terpenting.Ubat akar kayu dalam rawatan urut tradisional selalunya dicampur dengan beberapa jenis akar kayu lain,bergantung kepada petua pembuat ubat dan kesesuaian untuk merawat sesuatu penyakit.Campuran ini mungkin terdiri daripada 5,7,13,30,40 dan adakalanya terdiri daripada 100 jenis akar kayu dan lain-lain bahagian tumbuhan.

Sebelum dijadikan ubat-ubatan,akar kayu dalam rawatan urut tradisional diproses terlebih dahulu menurut peringkat-peringkat tertentu.Cara yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

Akar-akar kayu yang baru dikutip dan masih basah terlebih dahulu dibasuh,diinjak untuk membuang segala kotoran.Ketika masih baru (basah) akar dicincang atau dipotong nipis.Adakalanya dipotong dalam bentuk keratan kecil.Akar yang sudah kering menjadi liat,keras dan sukar dipotong.

Bahan-bahan ini kemudiannya dijemur di bawah panas matahari sehingga kering.Pada kebiasaannya proses pengeringan ini mungkin memakan masa antara 1 minggu hingga 1 bulan,bergantung kepada jenis akar.Akar yang lembut akan kering dalam masa yang singkat,begitulah sebaliknya.

Bahan ini dalam rawatan urut tradisional kemudiannya diproses menjadi serbuk dengan berbagai-bagai cara.Sebelum adanya alat-alat moden,akar kayu dijadikan serbuk dengan cara ditumbuk,digiling atau diparut.Tetapi kini pengamal perubatan Melayu tradisional dalam rawatan urut tradisional sudah mula menggunakan mesin untuk memproses akar kayu.

———————————————————————————————————————————————————————

akar kayu Urut TradisionalSerbuk Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Serbuk akar kayu dalam rawatan urut tradisional adalah jenis ubat terpenting dalam perubatan Melayu tradisional.Ubat dalam bentuk serbuk diproses menjadi kapsul,iaitu dengan mengisi serbuk ke dalam sarung ubat.Ubat serbuk dalam bentuk kapsul lebih digemari oleh pengguna (pelanggan),kerana ianya lebih mudah digunakan dan tidak terasa pahit.Biarpun serbuk akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu,namun terdapat beberapa perkara yang tidak diberikan perhatian,sama ada oleh pembuat ubat mahupun oleh pengguna-pengguna.

Apa yang paling ketara ialah tidak adanya asas-asas saintifik yang digunakan dalam penyediaan ubatan tradisional (tradisional drug) dalam rawatan urut tradisional ini.Kebanyakan pembuat ubat dalam rawatan urut tradisional ini kurang memikirkan tentang kompasisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Pada kebiasaannya pembuat ubat dalam rawatan urut tradisional ini hanya menggunakan anggaran-anggaran tertentu untuk menentukan komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Ini boleh menyebabkan berlakunya penggunaan dos yang berlebihan dalam campuran ubat yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.Hal yang demikian juga adakalanya menyebabkan keracunan.

Walau bagaimanapun dalam kajian ini komposisi bahan ubat-ubatan ditulis dalam bentuk atau kadar tertentu,juga timbangannya agar ianya lebih tepat.

 

akar haji samat1 236x300 Urut TradisionalAKAR TEJA LAWANG1 297x300 Urut Tradisionalakar tongkat ali5 300x194 Urut Tradisional1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Serbuk Untuk Laki-Laki.

Bahan-Bahan:

1. Akar tongkat Ali – 200 gram.

2. Akar alex besi – 200 gram.

3. Akar haji Samat – 200 gram.

4. Akar setunjang bumi – 100 gram.

5. Akar kerbau hamuk – 100 gram.

6. Akar teja lawang – 100 gram.

7. Akar gajah tarik – 100 gram.

Kegunaan:

1. Serbuk ubat dalam rawatan urut tradisional ini digunakan untuk memulihkan sakit lemah tenaga batin.

2. Serbuk ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga bertujuan untuk memulihkan urat saraf dan mengembalikan kesihatan badan.

Aturan Makan:

Satu sudu teh serbuk akar kayu dibancuh dengan air suam dan diminum 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang.Ubat dalam rawatan urut tradisional ini lebih berkhasiat jika dimakan atau dicampur dengan sedikit madu lebah asli.

Bagi laki-laki yang mengalami sakit lemah tenaga batin,mereka perlu memakan serbuk ini selama 1 bulan berturut-turut.

 

akar kacip fatimah 21 300x225 Urut Tradisionalakar kacip fatimah2 225x300 Urut Tradisionalpohon misai kucing2 300x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Untuk Memproses Serbuk Untuk Perempuan Bersalin.

Bahan-Bahan:

1. Akar kacip Fatimah – 200 gram.

2. Akar penyepit – 200 gram.

3. Pohon serapat akar – 100 gram.

4. Pohon serapat kayu – 100 gram.

5. Pohon celaka putih – 100 gram.

6. Pohon celaka merah – 100 gram.

7. Pohon misai kucing putih – 100 gram.

8. Pohon misai kucing merah – 100 gram.

Kegunaan:

Serbuk dalam rawatan urut tradisional ini khusus untuk perempuan yang baru melahirkan anak,bertujuan untuk memulihkan urat saraf,mengembalikan tenaga,mengecutkan urat peranakan dan untuk kesihatan.Perempuan hamil ditegah memakan serbuk dalam rawatan urut tradisional ini kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.

Aturan Makan:

Satu sudu teh serbuk dalam rawatan urut tradisional ini dibancuh dengan secawan air suam,diminum 2 kali sehari,iaitu di waktu pagi dan petang.Amalkan 7 hari selepas melahirkan anak,sehinggalah tamat tempoh berpantang (40 hari).

———————————————————————————————————————————————————————–

makjun akar kayu 300x248 Urut TradisionalMakjun Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Makjun dalam rawatan urut tradisional ini digunakan untuk memulihkan urat saraf dan menyihatkan badan.Makjun dalam rawatan urut tradisional ini dikatakan lebih berkhasiat untuk memulihkan urat saraf berbanding dengan ubat akar kayu dalam bentuk kapsul atau serbuk,kerana ubat makjun ditambah dengan ramuan rempah ratus dan madu asli.Umumnya ubat makjun dalam rawatan urut tradisional ini diproses daripada campuran serbuk akar kayu menurut cara berikut:

 

 

minyak bijan1 276x300 Urut Tradisionalbunga cengkih1 300x300 Urut Tradisionalmakjun purba2 298x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Untuk Memproses Makjun Purba.

Bahan-Bahan:

i.    Rempah ratus – 100 gram.

ii.   Minyak bijan – 100 gram.

iii.  Akar tongkat Ali – 50 gram.

iv.  Akar setunjang bumi – 50 gram.

v.   Akar pedu bumi – 5o gram.

vi.  Akar kancing bumi – 50 gram.

vii. Akar cerita – 50 gram.

viii.Akar misai kucing – 50 gram.

ix.  Akar rempah gunung – 50 gram.

x    Bunga cengkih – 50 gram.

xi.  Akar teja lawang – 50 gram.

Proses:

Ramuan di atas dicampurkan dengan serbuk rempah ratus.Kedua-dua bahan ramuan ini digoreng tanpa menggunakan minyak,antara 10 hingga 15 minit supaya rangup.

Kemudian bahan-bahan ini digaul dengan minyak bijan sehingga sebati.Bahan-bahan tadi boleh juga dicampur dengan sedikit madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.Setelah itu bahan-bahan yang telah digaul sebati tadi digoreng untuk kali keduanya selama setengah jam di atas api yang sederhana besarnya.Akhirnya bahan-bahan ini digentel sebesar ibu jari atau guli kecil yang dikenali sebagai makjun.

Kegunaan:

Makjun Purba dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk memanaskan badan,menambahkan tenaga dan memulihkan urat saraf.Ia boleh dimakan oleh kaum lelaki dan perempuan.Perempuan yang mengandung dilarang memakannya kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Ini kerana makjun ini diproses daripada bahan-bahan yang dianggap panas (zat panas).

Aturan Makan:

Sebelah makjun ditelan atau dimakan setiap kali makan,iaitu diwaktu pagi dan diwaktu petang.

 

makjun uluran 225x300 Urut Tradisional abu tempurung kelapa Urut Tradisionalhalia bara 300x225 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Makjun Uluran.

Bahan-Bahan:

i.     Abu tempurung kelapa hijau – 50 gram.

ii.    Serbuk akar setunjang bumi – 20 gram.

iii.   Awas sura – 20 gram.

iv.   Halia merah – 10 gram.

v.    Bawang merah – 10 gram.

vi.   Bawang putih – 5 gram.

vi.   Lada hitam – 21 biji.

viii.Bunga cengkih – 7 kuntum.

ix.   Jarum emas – 5 urat.

x.    Minyak sapi – 1 cawan.

xi.   Madu lebah asli – 1/2 cawan.

Proses:

Ramuan di atas dicampurkan dengan serbuk rempah ratus.Kedua-dua bahan ramuan ini digoreng tanpa menggunakan minyak,antara 10 hingga 15 minit supaya rangup.

Kemudian bahan-bahan ini digaul dengan minyak bijan sehingga sebati.Bahan-bahan tadi boleh juga dicampur dengan sedikit madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.Setelah itu bahan-bahan yang telah digaul sebati tadi digoreng untuk kali keduanya selama setengah jam di atas api yang sederhana besarnya.Akhirnya bahan-bahan ini digentel sebesar ibu jari atau guli kecil yang dikenali sebagai makjun.

Kegunaan:

Makjun dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat laki-laki yang mengalami sakit uluran angin.

Aturan Makan:

Sebiji makjun dibelah dua untuk dimakan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang untuk selama 14 hari berturut-turut.

———————————————————————————————————————————————————————–

herba akar kayu 249x300 Urut TradisionalAir Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Air akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini juga merupakan ubat yang boleh digunakan untuk memulihkan urat saraf.Meskipun amalan minum air akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini sudah berkurangan buat masa kini,namun ianya masih diamalkan oleh orang-orang tua sebagai amalan harian mereka.Air rebusan akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini digunakan dalam 2 bentuk:

i. Untuk memulihkan urat saraf,memanas dan menyihatkan badan.

ii.Untuk dimandikan kepada pesakit lumpuh.

 

Jenis Air Akar Kayu Yang Boleh Diminum.

air ubat 2 200x300 Urut Tradisionalair herba 41 300x226 Urut Tradisionalair herba 5 200x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Laki-Laki.

Bahan Dan Kandungan:

300 gram campuran isi dan akar berbagai jenis tumbuhan seperti isi ubi jaga,akar tongkat Ali,akar setunjang bumi,akar elex tembaga,akar Haji Samat,akar kuping besi,akar terima tasik,akar terima jaga,akar susuh ayam jantan dan misai Ali.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

1.   Sakit lemah tenaga dan batin.

ii.   Sakit pinggang.

iii.  Sakit sendi dan lain-lain sakit saraf.

Aturan Makan:

Secawan sekali minum,2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang.

 

air herba 31 225x300 Urut Tradisionalair ubat2 300x225 Urut Tradisionalair herba 61 199x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Wanita Bersalin.

Bahan-Bahan Dan Kandungan:

300 gram campuran akar kayu bagi 3 cupak air.Akar ramuan terdiri daripada akar kacip Fatimah,akar penyepit,akar serapat,akar rempah gunung,akar teja lawang,akar kancing baju putih dan akar kancing baju merah.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk mengecutkan urat peranakan,memulihkan urat saraf dan mengembalikan tenaga.

Aturan Minum:

Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang selepas 15 hari bersalin sehingga tamat tempoh berpantang.

 

air ubat7 200x300 Urut Tradisionalair herba 91 300x249 Urut Tradisionalair herba 82 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Wanita Bersalin.

Bahan-Bahan Dan Kandungan:

Ramuan akar kayu untuk secupak air:

i.   Akar tudung periuk kera – 5o gram.

ii.  Akar pohon tulang ayam – 50 gram.

iii. Lada hitam – 7 biji.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan urat saraf.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum mulai hari ke-8 selepas melahirkan anak,sehingga tamat tempoh berpantang.

 

air herba 10 300x200 Urut Tradisionalair herba 11 225x300 Urut Tradisionalsakit belakang2 288x300 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

4. Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Sakit Pinggang.

Bahan Dan Kandungan:

i.    Kayu pacat – 5 gram.

ii.   Halia merah – 5 gram.

iii.  Bawang merah – 5 gram.

iv.  Bawang putih – 5 gram.

v.    Mata kunyit – 5 gram.

vi.   Lada hitam – 21 biji.

vii.  Bunga cengkih – 11 kuntum.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk merawat sakit pinggang.

Aturan Minum:

Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum setengah cawan,2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang.Sebelum diminum,air dipanaskan dan dicampur dengan sedikit kemenyan putih juga sedikit garam.

 

air herba 14 300x225 Urut Tradisionalair herba 15 225x300 Urut Tradisionalair herba123 300x224 Urut Tradisional

 

 

 

 

 

 

 

5. Bahan Dan Kandungan Air Tersat.

Bahan Dan Kandungan:

i.   Akar limau pusu atau limau bukit – 500 gram.

ii.  Akar teja lawang – 300 gram.

iii. Akar mengkudu cerang – 200 gram.

Cara Memproses:

Air dirincis,dikeringkan dan direbus dengan 3 gantang air,sehingga mendidih.

Kegunaan:

Sakit lumpuh,iaitu dengan memandikan pesakit dengan air ini sekali sehari,iaitu diwaktu pagi selama 14 hari berturut-turut.Lakukan terus jika ada perubahan sehingga pulih.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga boleh diminum secawan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit kebas.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum dengan cara yang sama iaitu diminum secawan 2 kali sehari,diwaktu pagi dan petang.

Semua ramuan akar kayu di atas merupakan bahan sokongan yang amat penting di dalam bidang rawatan urut tradisional.

 

———————————————————————————————————————————————————————-

 

Urutan Gay Dalam Rawatan Urut Tradisional.

 Urut TradisionalUrut Tradisional Betul Vs Urut Tradisional Gay.

Urut tradisional banyak jenisnya.Ada urut tradisional betul dan ada urut tradisional yang bengkok.Kita telah maklum urut tradisional betul adalah urut tradisional yang dijalankan oleh orang yang pakar tentang rawatan urut tradisional.Tetapi apa yang saya hendak terangkan di sini kepada anda adalah urut tradisional gay.

Urut Tradisional Gay.

gay 2 Urut TradisionalDi KL ni banyak pusat urut gay.Biasanya,pusat urut jenis ini adalah terletak di kawasan berpenduduk padat seperti di Cheras dsb.Tempat ini adalah untuk memberi kelebihan kepada pengusaha pusat urut tradisional ini untuk mendapat pelanggan yang ramai dan juga tempat seperti ini memberi satu kemudahan bagi pelanggan yang malu untuk ke tempat urut tradisional gay ini.Kebanyakan pusat urut tradisional ini biasanya terdapat di kawasan Cheras.Cheras boleh dikatakan pusat bagi pusat urut tradisional gay ini di Kuala Lumpur.

Urut tradisional gay sebenarnya tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pambaikpulih kesihatan pelanggan.Ianya hanyalah urut main-main sahaja di mana urut tradisional yang diberikan lebih kepada perkhidmatan ‘extra service’.Ada juga tukang urut pusat urut tradisional gay ini memberikan rawatan urut tradisional dengan betul tapi mungkin tidak sesempurna dengan pakar urut tradisional yang sebenar.Pusat urut tradisional gay ini menjadi tarikan kepada tukang urut tradisional gay yang mencari keseronokan mengurut pelanggan lelaki dan juga menjadi tempat untuk memperolehi pendapatan dengan banyak.Mengikut pengetahuan saya,mereka ini memberi perkhidmatan ‘extra service’.Perkhidmatan ini diberi selepas rawatan urut tradisional,separuh dari masa urut tradisional ataupun hampir kesemua dari masa urut tradisional tersebut.Setiap ‘extra service’ yang diberikan,biasanya disyaratkan kepada pelanggan untuk memberikan mereka duit tip sebanyak harga perkhidmatan urut asas tesebut.Ada 2 kali ganda dan ada juga 3,4 kali ganda duit tip yang dibayar oleh pelanggan kepada tukang urut tradisional gay tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan ini.Ada juga terdapat,perkhidmatan ‘extra service’ ini diberi secara sukarela oleh tukang urut ini disebabkan suka sama suka.

Hampir semua tukang urut gay ini terdiri daripada lelaki gay dan ada juga lelaki yang bisexsual.Ada juga di kalangan mereka yang terdiri daripada lelaki lembut atau pondan.Kebanyakan mereka ini bekerja di pusat urut ini sebagai tukang urut sepenuh masa.Ada juga yang bekerja separuh masa.Terdapat juga pelajar institusi pengajian tinggi yang bekerja di pusat urut gay ini.

Berbalik kepada pelanggan pula,kebanyakan mereka adalah golongan professional yang bergaji tinggi.Golongan ini tidak sayang duit untuk melabur bagi mendapatkan perkhidmatan urut ini demi mendapat kepuasan dan juga menyelesaikan segala kegersangan yang ada di dalam diri mereka.Ada juga di kalangan mereka ini terdiri daripada golongan ‘public figure’ yang di kenali ramai.Kesemua mereka ini biasanya belum berumahtangga walaupun umur kesemuanya secara purata dalam lingkungan 4o tahun.Di mana tempat lagi dan mungkin di sinilah mereka memenuhi segala desakan batin mereka disebabkan tidak mahu mempunyai teman hidup.

Pusat urut tradisional gay ini biasanya menyediakan perkhidmatan urut tradisional outcall dan incall.Ada pelanggan yang biasanya pergi secara langsung ke pusat urut tersebut.Perkhidmatan urut ini dipanggil ‘Incall Service’.Charge yang dikenakan adalah dalam lingkungan rm 50-rm80 untuk 1 hingga 1 1/2 jam.Ada juga pelanggan yang memanggil tukang urut secara langsung datang ke rumah mereka.Perkhidmatan ini dipanggil ‘Outcall Service’.Charge yang di kenakan biasanya lebih mahal sedikit iaitu charge perkhidmatan urut+duit teksi.Biasanya charge perkhidmatan yang dikenakan adalah dalam lingkungan rm 80 hingga rm120.

gay Urut TradisionalUrut Tradisional Gay | 90 Peratus Kualiti Perkhidmatan Urut Hanyalah Untuk Main-Main.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak akan mendapat apa-apa kelebihan untuk kesihatan jika mendapat perkhidmatan melalui urut tradisional gay ini.Urut tradisional gay ini hanyalah perkhidmatan biasanya untuk main-main sahaja.Perkhidmatan urut tradisional ini biasanya hanya untuk pelanggan lelaki gay ataupun biseksual.Tukang urut yang memberi perkhidmatan tersebut juga kebanyakkan terdiri daripada golongan gay.Tidak boleh dikatakan apa-apa jika anda tidak mendapat apa-apa kelebihan daripada rawatan urut tradisional gay ini.Sebaik-baiknya,untuk memulihkan kesihatan anda yang sebenar,carilah rawatan urut tradisional yang betul dari pakar urut tradisional.