jangan1 Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuPengertian Amalan Dan Pantang Larang.

Amalan dan pantang larang membawa pengertian dan sifat berlawanan.Sekiranya ada amalan,maka ada pantang larangnya.Untuk menguatkan tenaga batin misalnya,seseorang laki-laki dilarang minum air ketika makan,dilarang kencing dalam air,dilarang mengeluarkan mani dengan tangan dan dilarang membasuh kemaluan sebaik saja selesai melakukan persetubuhan.Dengan mematuhi larangan seperti ini,beerti seseorang itu telah menjauhkan diri daripada amalan atau larangan yang perlu dielakkan.

Perkataan “pantang” membawa maksud tegahan daripada melakukan sesuatu.Sekiranya tegahan itu tidak dipatuhi,ia akan membawa akibat buruk.Perempuan dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi misalnya pantang atau dilarang memakan sebarang buah asam (sour).Amalan ini dipercayai boleh membengkakkan urat saraf,kerana dipercayai buah-buah asam banyak mengandungi asid.Lelaki yang mengidap lemah tenaga batin pula,pantang mengambil makanan dan minuman yang tidak sesuai dengan penyakit seperti pisang,tembikai,nangka,bayam,air batu dan lain-lain.Amalan memakan bahan-bahan ini dipercayai boleh memudaratkan lagi pesakit tersebut dan mungkin menyebabkan sukar untuk dipulihkan.

Perkataan “larang” membawa maksud tegahan kerana kepercayaan samada yang berkaitan dengan agama,adat,peraturan dan undang-undang,bertulis atau tidak.Pada zaman dahulu misalnya orang awam dilarang memasuki taman larangan diraja.Sekiranya larangan diingkari,pesalah akan dijatuhkan hukuman bunuh.Orang kebanyakan juga dilarang berakaian kuning yang hanya boleh dipakai oleh kerabat diraja.

Tegasnya pantang beerti mencegah atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu yang dilarang atas dasar kepercayaan semata-mata atau adat.Larangan beerti amaran atau peraturan yang dibuat dan ditetapkan oleh orang-orang berotoriti,seperti sultan yang berada di puncak kekuasaan.Pantang larang adalah peraturan yang lazim dipakai sejak dahulukala lagi,malah ianya sudah menjadi adat kebiasaan atau suatu hukum yang mesti dipatuhi dalam kehidupan sesuatu masyarakat.

Pantang larang adalah terjemahan daripada perkataan Inggeris “taboo” yang berasal daripada perkataan Polynesia “tabu” (dengan penekanan kepada sukukata pertama).Dalam bahasa Polynesia perkataan “tabu” membawa maksud “melarang” atau “dilarang” dan boleh dipakai kepada apa-apa larangan sekalipun.Sekiranya seseorang individu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat gagal mematuhi larangan adat resam,dipercayai ia akan mendapat bencana atau kecelakaan seperti jatuh sakit atau mati.Seorang ibu yang dalam pantang misalnya dilarang berjalan dalam gopoh-gapah,ditakuti akan tersepak benda-benda keras atau terjatuh,menyebabkan berlakunya perdarahan (bleeding) atau kerosakan urat peranakan.

Pantang larang boleh menimbulkan 2 kesan yang berlainan iaitu membawa kebaikan kepada sesiapa yang mematuhinya,dan membawa bencana kepada mereka yang mengingkarinya.Oleh itu setiap ahli masyarakat yang berkenaan perlu mempelajari,mengamal dan mematuhi apa jua perlakuan yang tidak bertentangan dengan adat resam dan peraturan yang ada.Mereka mempelajari setiap perlakuan itu samada secara formal,iaitu melalui proses pembelajaran ataupun tidak formal,iaitu melalui perlakuan harian atau proses sosialisasi.

Menurut kepercayaan orang Melayu di kawasan kajian,pantang larang terdapat dalam semua aspek kehidupan,meliputi adat istiadat,upacara dan aktiviti harian.Malah tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa kehidupan masyarakat Melayu dipenuhi dengan amalan dan pantang larang.Setiap aktiviti dan perlakuan termasuk makan,minum,tidur,mandi,menuntut ilmu dan sebagainya,ada amalan dan pantang larangnya yang mesti dipatuhi.

Selain mempunyai tujuan-tujuan khusus,pantang larang mengandungi maksud tertentu iaitu untuk memberi petunjuk dan pengajaran,terutamanya kepada generasi muda.Tidur selepas subuh ditegah kerana boleh menyebabkan seseorang itu lambat bekerja,akibatnya ia akan kehilangan punca pendapatan.Memanjat pokok betik ditegah kerana ditakuti terjatuh,akibatnya seseorang itu mungkin luka atau patah.Tabiat makan atau minum sambil berdiri ditegah kerana amalan ini melanggar tata susila masyarakat Timur yang tekenal dengan sifat kesopanannya.Jelasnya pantang larang dikenakan sebagai muslihat untuk membentuk peribadi baik dan berakhlak pada setiap ahli masyarakat.Selain daripada melibatkan aktiviti harian,pantang larang juga melibatkan aspek-aspek kebudayaan dan kepercayaan.Dalam persembahan wayang kulit misalnya,batang pisang tempat patung wayang dipacakkan tidak boleh dilangkah,ditakuti orang yang terlibat akan ditimpa penyakit yang hanya dapat diubati oleh dalang ataupun guru kepada dalang tersebut.

Pada umumnya pantang larang dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pantang larang khusus dan umum.Pada kebiasaannya pantang larang khusus dikaitkan dengan dengan kaedah rawatan Melayu tradisional,guna untuk memulihkan sesuatu penyakit.Manakala pantang larang umum dikaitkan dengan cara penjagaan kesihatan,selain untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada setiap ahli masyarakat.

Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan bahawa pantang larang adalah sebahagian daripada amalan dan kepercayaan orang Melayu,yang mengandungi berbagai muslihat.Selain daripada memberi pengajaran,pantang larang menjadi unsur penting dalam kaedah perubatan Melayu tradisional.Kejayaan atau kegagalan mengubati sesuatu penyakit mempunyai hubungan rapat dengan sikap pesakit terhadap pantang larang.Jikalau pesakit gagal mematuhi pantang larang yang telah ditentukan,penyakit yang dihidapi oleh orang yang berkenaan sukar diubati dan adakalanya penyakit bertambah teruk.

Amalan Dan Pantang Larang Harian.

Gerak geri dan perlakuan harian secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesihatan seseorang.Perlakuan ini melibatkan semua aktiviti asasi manusia,seperti makan,minum,tidur,mandi dan sebagainya.Orang-orang Melayu di kawasan kajian percaya semua aktiviti ini mengandungi amalan dan pantang larang yang mesti dipatuhi demi untuk kesihatan.

Amalan Tidur.

good sleep 01 Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuSetiap manusia memerlukan masa tidur yang cukup untuk memulihkan kesegaran badan,di samping membina kesihatan yang baik.Tidur yang sempurna akan menghilangkan kepenatan dan ketegangan urat saraf yang dialami sewaktu bekerja pada siang hari.Untuk mencapai matlamat tersebut,seseorang itu haruslah memilih ruang dan tempat tidur yang selesa seperti bilik yang senang dimasuki udara.Selain daripada itu seseorang itu seharusnya mengamalkan petua-petua tertentu,di samping membaca doa-doa untuk kesejahteraan diri.Ketika hendak tidur,seseorang hendaklah membaca ayat al-Kursi untuk tujuan yang sama.Menurut seorang informan,Doa Malaikat Empat elok dibaca ketika hendak tidur untuk memagar diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus.

Doa yang dibaca bukan bertujuan setakat untuk mengawal diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus,tetapi juga daripada kejahatan manusia juga binatang buas.Sesetengah orang Melayu di kawasan kajian melakukan senaman ringan ketika berada di tempat tidur,iaitu dengan menekan di bahagian ari-ari dengan menggunakan kedua-dua hujung jari tangan dan menolaknya ke bahagian bawah pusat.Amalan ini boleh mengelakkan seseorang daripada terkena sakit uluran,sakit perut dan bebgkak pundi-pundi kencing.Amalan ini juga merupakan perlakuan harian yang perlu diamalkan oleh mereka yang mengidap sakit lemah tenaga batin,sakit uluran bagi laki-laki dan bengkak urat peranakan bagi perempuan yang baru melahirkan anak.Amalan ini juga perlu dilakukan diwaktu pagi sebaik sahaja bangkit daripada tidur.

Selain daripada amalan dan doa seperti yang dinyatakan di atas,kedudukan badan semasa tidur juga perlu diberi perhatian.Badan mestilah berkeadaan lurus,kepala di bahagian utara dan muka mengadap kiblat.Tidur di atas simen atau beralaskan tilam yang diperbuat daripada getah tebal,seperti tilam dunlop atau span tebal,tidak digalakkan,kerana sejuk simen boleh melemahkan badan manakala ketebalan alas tidur boleh menyebabkan masalah urat saraf,lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu mengalami lumpuh.Begitu juga halnya dengan alas tempat tidur yang melengkung.Tidur di atas tilam kekabu adalah paling baik untuk melurus dan menjaga urat saraf selain daripada membina kesihatan yang baik.Ketika tersedar dari tidur seseorang perlulah mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t dengan membaca doa “Alhamdulilla-hillazi-ahyana-bakdama-amatana….”

Setelah sempurna melakukan amalan yang dijelaskan,barulah aktiviti mengurut bahagian labu(jantung) betis kiri dan kanan secara bergilir-gilir dengan menggunakan tumit dilakukan.Sebelum memulakan amalan ini,baca Bismillah dituruti dengan bacaan selawat 3 kali.Letakkan tumit kaki kanan ke atas labu betis sebelah kiri.

Urutan dengan tumit dimulakan dari bahagian atas labu betis ke bahagian bawah,iaitu ke hujung tumit sebelah kaki kiri.Amalan ini boleh dilakukan sekali atau 3 kali,tetapi seelok-eloknya ialah 7 kali.Kemudian urutan ditukar di sebelah labu betis kanan dengan menggunakan kaedah yang sama.Urutan ringan ini dipercayai boleh mengelakkan seseorang daripada penyakit kebas,lenguh anggota kaki,sakit pinggang dan boleh menguatkan tenaga batin di samping menguatkan otot-otot betis.Senaman ini juga perlu dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit tersebut.

Seseorang yang menghadapi masalah urat saraf perlu melakukan amalan-amalan yang dijelaskan ini.Sebelum memulakan amalan ini,baca Bismillah sekali dan berselawat 3 kali.

LANGKAH 1.

Duduk dalam keadaan berlunjur.Bahagian belakang tapak tangan kanan diletakkan di atas pinggang di sebelah kanan.Sementara bahagian belakang tapak tangan kiri diletakkan di atas tapak tangan kanan.Kemudian direbahkan badan ke belakang.Badan hendaklah dalam keadaan lurus.Bahagian sisi kedua belah kaki hendaklah dirapatkan.Kemudian bahagian sisi dalam kaki kanan digesel-geselkan ke bahagian sisi dalam kaki kiri 3 kali.Selok-eloknya ialah 7 kali.

LANGKAH 2.

Tukar kedudukan tangan,dengan meletakkan belakang tapak tangan kiri atas pinggang kiri.Bahagian belakang tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan kiri.Kemudian bahagian sisi dalam kaki kiri digesel-geselkan ke bahagian sisi kaki kanan 3 kali,seelok-eloknya ialah 7 kali.Senaman ini boleh menjauhkan diri seseorang dari mengalami sakit pinggang,darah tinggi,lemah jantung,menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan mengelokkan urat peranakan bagi perempuan.

Peringatan.

i.    Jika bahagian belakang tapak tangan kanan diletakkan di atas pinggang kanan,kaki kananlah yang digunakan untuk mengurut bahagian sisi kaki kiri.

ii.   Sebaliknya di atas pinggang kiri,sisi kaki kirilah yang digunakan untuk mengurut sisi dalam kaki kanan.

iii.  Ketika senaman dilakukan,bahagian sisi dalam kedua-dua belah kaki mestilah sentiasa dirapatkan.

Perlakuan Selepas Sembahyang Subuh.

solat Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuPergerakan semasa bersembahyang merupakan satu aktiviti asas untuk kesegaran tubuh badan dan boleh memulihkan semula kedudukan urat saraf.Banyak pergerakan dalam sembahyang sama dengan perlakuan senaman biasa seperti berdiri tegap,membongkok(rukuk),bertimpuh ketika duduk antara 2 sujud,sujud dan salam.Semua pergerakan ini mempunyai kesan baik kepada kesihatan badan manusia.Perlakuan berdiri tegap misalnya,boleh memejal dan mengejapkan otot dan urat saraf pada betis,paha dan pinggang.Perlakuan membongkok ketika rukuk boleh menguatkan saraf pinggang,lutut dan betis,manakala perlakuan ketika salam pula boleh menguatkan otot dan saraf di sekeliling leher dan urat belikat.

Amalan Ketika Mandi.

mandi2 Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuMandi juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.Mandi bukan sahaja penting untuk kesegaran dan kesihatan badan,tetapi juga dikaitkan dengan kepercayaan terutama dengan penyakit daripada amalan mandi.Kerana itulah maka terdapat beberapa amalan dan pantang larang yang mesti dipatuhi ketika mandi.Mandi misalnya mestilah dimulai dengan membasuh kaki,lutut,paha dan akhirnya baru seluruh badan.Dilakukan demikian supaya badan merasa sejuk secara perlahan-lahan agar darah berfungsi dengan baik.Sebaliknya seseorang dilarang mandi ketika badan panas dan berpeluh.Amalan ini akan mendatangkan kejutan pada badan yang dipercayai boleh menyebabkan pelbagai penyakit.Amalan mandi lewat malam juga ditegah atas sebab yang sama lebih-lebih lagi orang yang mengidap sakit lumpuh dan lemah paru-paru.Mandi tanpa peraturan tertentu juga boleh melemahkan saraf.

Menurut kepercayaan Melayu tradisional,seseorang itu dilarang memijak gigi air ketika urun untuk mandi sungai atau tasik.Amalan memijak gigi air boleh menyebabkan seseorang itu terpijak makhluk-makhluk halus yang menghuni di kawasan berkenaan.Hal demikian dipercayai menyebabkan kemarahan makhluk-makhluk halus tadi dan boleh menyebabkan seseorang itu ditimpa penyakit.Adalah dipercayai penyakit yang disebabkan oleh makhluk-makhluk halus di gigi air sukar dipulihkan.

Sesetengah orang mandi dengan jumlah cedukan air timba berangka ganjil seperti 3,5,7,9, dan seterusnya.Adalah dipercayai seseorang yang bertabiat mandi dengan mengambil angka ganjil akan mudah dipulihkan sekiranya ia menderita sakit akibat gangguan makhluk-makhluk halus.Atas kepercayaan seperti ini sesetengah orang yang memahami mengamalkan petua tersebut.Kepercayaan orang Melayu terhadap angka ganjil bukan setakat untuk memudahkan pemulihan sesuatu penyakit,tetapi juga menganggap angka ganjil sebagai angka baik,yang boleh membawa tuah.

Untuk menjaga urat saraf dan otot,selepas mandi dalam keadaan berdiri seseorang perlu membaca surah al-Fatihah di dalam hati sekali.Kemudian tepuk kedua-dua belah kaki,ke kiri dan ke kanan bergilir-gilir.Kemudian rejang tangan menurut cara yang sama.Amalan ini sesuai dilakukan selepas mandi,kerana ketika itu badan masih dalam keadaan sejuk,saraf dan otot lebih lembut dan mudah dipulihkan.

Kain basahan kemudiannya diperah dan dipukul-pukul pada kedua-dua betis untuk mengejap dan memejalkan urat saraf dan otot.Kemudian kain basahan dipintal dan digigit beberapa kali untuk mengejapkan saraf gusi.Biarpun petua terakhir ini seumpama kurang logik,namun ia masih tetap diamalkan hingga sekarang ini oleh mereka yang arif.Selain daripada amalan yang telah dinyatakan di atas,air embun diwaktu pagi juga boleh menguatkan otot dan saraf,mengembalikan kesegaran badan,awek muda dan seri wajah.Amalan ini adalah perlu dilakukan oleh seseorang yang mengalami sakit lemah anggota badan.Selain daripada itu,pesakit lumpuh perlu dimandikan dengan air suam diwaktu pagi sekali sehari,sehinggalah pesakit sembuh.Adalah dipercayai mandi air hangat boleh mengendurkan otot-otot dan menguatkan urat saraf.

Amalan Ketika Makan.

makan n kunyah1 Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuMakan juga mempunyai petua dan pantang larang tertentu yang mesti dipatuhi.Amalan minum air ketika sedang makan boleh melemahkan tenaga batin dan menyebabkan tidak ada ketahanan ketika melakukan persetubuhan.Ada juga orang yang menggunakan air basuhan tangan untuk disapu pada kedua buah lengan bawah,kiri kanan dan pada kedua labu betis.Amalan ini dipercayai boleh memejalkan otot-otot dan mengejapkan urat saraf di bahagian berkenaan.Selain daripada itu,mandi atau tidur selepas makan adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan perut buncit,badan jadi lembik dan melambatkan proses penghadaman makanan.Mandi atau tidur boleh dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan.

Lain-Lain Amalan Harian.

isteri dingin Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuTerdapat banyak lagi amalan dan pantang larang dalam kehidupan harian orang Melayu untuk menjaga dan memulihkan urat saraf.

Amalan dan pantang larang semasa melakukan persetubuhan misalnya mempunyai kaitan rapat dengan penjagaan urat saraf dan kesihatan badan.Ketika jimak berada di kemuncaknya,pasangan suami isteri dilarang membuka mulut.Sebaiknya gigi hendaklah diketapkan rapat-rapat untuk mengejapkan urat saraf seluruh badan seperti kejapnya perlakuan suami isteri ketika itu.Setelah selesai melakukan persetubuhan,dahi suami hendaklah dirapatkan ke dahi isteri.Badan diluruskan dengan doa semoga Allah meluruskan segala urat saraf,seperti lurusnya kedudukan badan mereka ketika itu.

Selepas melakukan persetubuhan,pasangan suami isteri perlu melakukan senaman ringan untuk memguatkan pinggang,otot-otot betis dan paha.Duduk berlunjur dengan kedua tapak tangan diletakkan di atas lutut.Badan dibongkokkan ke arah lutut dalam keadaan tangan,hujung jari atau tapak tangan terletak di atas jari-jari kaki.Kemudian duduk dengan kedua tapak kaki ditemukan.Kedua tapak tangan ditekankan ke atas lutut kemudian badan dibongkokkan ke depan perlahan-lahan sebanyak 3 kali.Sebaik-baiknya dahi hendaklah mencecah lantai.

Selain daripada itu amalan berikut juga boleh diamalkan.Tidur melentang dengan kedua kaki dirapatkan.Kedua belah tangan diletakkan pada sisi badan.Angkat kaki kanan tegak 90 darjah perlahan-lahan,kemudian turunkan ke lantai.Lakukan sebanyak 3 kali,kemudian lakukan pada kaki kiri pula.Setelah itu rapatkan kedua belah kaki dan angkat serentak ke atas 90 darjah sebanyak 3 kali.Adalah paling baik sekiranya seseorang itu berupaya menurunkan kedua belah kaki perlahan-lahan sambil membaca al-Fatihah di dalam hati sebanyak 7 kali.Tahan kedua belah kaki ketika berada di posisi 45 darjah sebelum mencecahkan kedua belah tumit ke lantai,iaitu setelah tamat membaca al-Fatihah yang ke-7.Amalan ini mungkin boleh dilakukan dengan jaya setelah beberapa kali percubaan dilakukan.Pastikan seseorang itu mengempiskan perut dan menahan nafas ketika melakukan senaman ini.Senaman ini sesuai diamalkan untuk menguatkan otot-otot paha,memulihkan sakit pinggang dan lemah tenaga batin.

Selain itu,senaman-senaman ini boleh membetulkan urat saraf dan mengembalikan kesegaran badan.Amalan terus tidur selepas melakukan persetubuhan dipercayai boleh menyebabkan lemah urat saraf.Seseorang lelaki dilarang terus membasuh kemaluannya sebaik-baik selesai melakukan persetubuhan kerana ini boleh melemahkan urat zakar.Perbuatan ini tidak ubahnya seperti mencelupkan besi panas ke dalam air.Jikalau amalan ini berterusan,ia boleh melemahkan tenaga batin.Persetubuhan yang terlalu kerap dalam masa yang singkat juga boleh menyebabkan lemah tenaga batin.

Selain daripada pantang larang di atas, membuang air besar dan air kencing serentak juga dipercayai boleh menyebabkan lemah urat kemaluan bagi lelaki dan urat peranakan bagi perempuan.Seelok-eloknya biarlah satu mendahului yang lain.Amalan menggunakan tenaga yang banyak ketika membuang aie besar juga memberi kesan yang sama kepada lelaki dan perempuan.

Penjagaan urat saraf gusi boleh dilakukan dengan perlakuan dan jampi.Seseorang itu dilarang membuka mulut semasa membuang air besar.Ketika ini gigi hendaklah diketapkan rapat-rapat.Bagi mereka yang mempunyai masalah gigi,terutamanya gigi goyang,hendaklah mengetapkan  gigi sekuat boleh ketika buang air besar terutamanya ketika meneran.Dengan berbuat demikian gigi akan teguh kembali.Begitu juga dengan gigi atas (hadapan) yang tertolak keluar,hendaklah ditarik masuk oleh gigi bawah.Begitulah sebaliknya.Semuanya perlu dilakukan ketika membuang air besar.

dsc 2157 Amalan Dan Pantang Larang Masyarakat MelayuAmalan bekerja juga membantu penjagaan urat saraf.Sesuatu kerja yang dilakukan perlu seimbang dengan tenaga yang dimiliki.Amalan ini perlu dipraktikkan supaya seseorang itu tidak kehilangan tenaga sebelum umur tua.Dalam masyarakat Melayu Kelantan,orang yang kehilangan tenaga seumpama ini dikenali sebagai “patah reng” iaitu satu jenis penyakit saraf berpunca daripada perlakuan memaksa diri melakukan kerja berat ketika umur muda.Keadaan ini mungkin terjadi krtika melakukan kerja-kerja berat atau mengangkat benda berat,yang boleh menyebabkan kerosakan otot dan urat saraf pengandar di bahagian bahu dan di sekeliling leher,urat belikat juga urat pinggang.

Perempuan mengandung atau perempuan yang baru melahirkan anak juga perlu mematuhi beberapa pantang larang untuk menjaga urat saraf dan kesihatan badan.Mereka dilarang melakukan kerja-kerja berat.Mereka juga perlu berjalan dalam keadaan berhati-hati kerana ditakuti terjatuh.Jikalau terjatuh,ibu-ibu mengandung mungkin mengalami sakit pinggang atau lain-lain penyakit.Kerosakan saraf yang teruk boleh mengakibatkan ibu tadi mengalami sakit lumpuh selepas melahirkan anak.

 

 

 

Tagged with:

Filed under: Urut Tradisional

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!