Urut Tradisional | Keperluan Bahan Pembantu Ketika Mengurut.

Pada kebiasaannya minyak urut tradisional adalah bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urutan.Antara jenis minyak yang sering digunakan dalam urut tradisional adalah minyak nyiur tanak,minyak zaitun(olive oil),minyak bijan(gingelli oil) dan sebagainya yang telah didoakan atau dijampi.

Minyak urut tradisional diperbuat daripada campuran  minyak dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan hidupan menurut kaedah-kaedah tertentu.Walaupun demikian terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahan, kaedah pemprosesan dan kandungan yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional dengan seorang pengamal yang lain.Adakalanya minyak urut diproses hanya dengan menggunakan bahan-bahan tmbuhan atau bahan-bahan hidupan sahaja.Namun demikian menurut kebiasaannya,minyak urut tradisional diproses daripada campuran bahan-bahan tumbuhan dan hidupan.

Urut Tradisional | Jenis-Jenis Minyak Urut.

minyak akar kayu 4 Bahan Bahan Yang Digunakan Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut TradisionalMinyak Akar Kayu.

Akar tumbuh-tumbuhan adalah bahan utama yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional melayu untuk memproses minyak urut tradisional.Akar yang digunakan tidak hanya didapati dari hutan tetapi juga didapati di tepi-tepi jalan,di kawasan terbiar dan di tanah sebagai hiasan di halaman rumah.Kegunaannya minyak urut tradisional ini adalah sebagai bahan sampingan untuk memulihkan penyakit gangguan saraf seperti sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,terseliuh dan sebagainya.Minyak urut tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat sengatan serangga.

Serbuk akar kayu adalah jenis ubat terpenting dalam perubatan melayu tradisional.Ubat dalam bentuk serbuk diproses menjadi kapsul,iaitu dengan mengisi serbuk ke dalam sarung ubat.Ubat serbuk dalam bentuk kapsul lebih digemari oleh pengguna kerana ianya lebih mudah digunakan dan tidak terasa pahit.Biarpun serbuk akar kayu digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu,namun terdapat beberapa perkara yang tidak diberikan perhatian samada oleh pembuat ubat mahupun oleh pengguna..

Apa yang paling ketara ialah tidak adanya asas-asas saintifik yang digunakan dalam penyediaan ubat-ubatan tradisional.Kebanyakan pembuat ubat kurang memikirkan tentang komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Pada kebisaannya pembuat ubat hanya memikirkan anggaran-anggaran tertentu untuk menentukan komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Ini menyerbabkan berlakunya penggunaan dos yang berlebihan dalam campuran ubat yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.Hal yang demikian juga adakalanya menyebabkan keracunan.

Serbuk akar kayu untuk lelaki adalah serbuk akar kayu tongkat Ali.Ia digunakan untuk memulihkan sakit tenaga batin,memulihkan urat saraf dan mengembalikan kesihatan badan.

Serbuk akar kayu untuk perempuan adalah serbuk akar kayu kacip fatimah.Serbuk ini khusus untuk perempuan yang baru melahirkan anak,bertujuan untuk memulihkan urat saraf,mengembalikan tenaga,mengecutkan urat peranakan dan untuk kesihatan badan.Perempuan hamil ditegah memakan serbuk ini kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.

Minyak Binatang.

Banyak bahan hidupan,samada hidupan laut atau darat digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat ubat,terutamanya minyak urut tradisional.Semua informan yang ditemui berpendapat,bahan-bahan hidupan mempunyai khasiat yang lebih dan amat sesuai dijadikan ubat untuk merawat sakit gangguan saraf.Minyak urut tradisional ini digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit urat saraf seperti sakit pinggang,sakit sendi,kebas dsb.Caranya ialah dengan melumurkan minyak urut tradisional ini ke bahagian yang sakit.Minyak urut tradisional ini juga digunakan untuk merawat penyakit gatal,luka-luka kecil atau sakit gigitan serangga.Jenis-jenis minyak urut tradisional binatang ini adalah:

1. Minyak Gamat – Minyak urut tradisional ini digunakan sebagai bahan sampingan ketika mengurut kerana penyakit gangguan saraf,bengkak-bengkak,untuk merawat luka-luka kecil,disengat binatang bisa seperti lebah,lipan,tebuan dsb.

2. Minyak Belut – Minyak urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat sakit lumpuh anggota badan iaitu dengan melumur minyak urut tradisional ini serta mengurut secara perlahan-lahan di bahagian yang lumpuh.Amalkan dua kali sehari,iaitu di waktu pagi dan petang sehinggalah penyakit sembuh.Minyak urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir(haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan ditempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada di waktu pagi atau petang.

3. Minyak Lintah – Minyak urut tradisional ini digunakan khusus sebagai minyak urut tradisional untuk merawat sakit lemah tenaga batin(impotency).Mereka yang mengalami sakit ini boleh merawatnya sendiri,iaitu dengan cara melumurkan minyak urut tradisional ini pada sehelai daun sirih,kemudian dibalutkan pada zakar.Amalkan selama 3 hari berturut-turut,seelok-eloknya di waktu pagi.Teruskan amalan ini sekiranya terdapat perubahan sehingga  pulih.

Makjun Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Makjun digunakan untuk memulihkan urat saraf dan menyihatkan badan.Makjun dikatakan lebih berkhasiat untuk memulihkan urat saraf berbanding dengan ubat akar kayu dalam bentuk kapsul atau serbuk,kerana ubat makjun ditambah dengan ramuan rempah ratus dan madu asli.Umumnya ubat makjun diproses daripada campuran serbuk akar kayu.

Jenis-jenis makjun adalah:

1. Makjun Purba – Ia berkhasiat untuk memanaskan badan,menambahkan tenaga dan memulihkan urat saraf.Ia boleh dimakan oleh kaum lelaki dan perempuan.Perempuan yang mengandung dilarang memakannya kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Ini kerana makjun ini diproses daripada bahan-bahan yang dianggap panas.Ia boleh ditelan setiap kali makan di waktu pagi dan petang.

2. Makjun Uluran – Ia berkhasiat untuk merawat laki-laki yang mengalami sakit uluran angin.Sebiji makjun boleh dibelah 2 ubtuk dimakan 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang selama 14 hari berturut-turut.

Air akar kayu juga merupakan ubat yang boleh digunakan untuk memulihkan urat saraf.Mekipun amalan minum air akar kayu sudah berkurangan buat masa ini,namun ianya masih diamalkan oleh orang-orang tua sebagai amalan harian mereka.Air rebusan akar kayu boleh memulihkan urat saraf,memanas,menyihatkan badan dan untuk dimandikan kepada pesakit lumpuh.

akar kayu 5 Bahan Bahan Yang Digunakan Untuk Pemulihan Urat Saraf Dalam Rawatan Urut TradisionalUrut Tradisional Adalah Sesuatu Yang Unik.

Semua yang di atas adalah  kaedah yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk memulihkan urat saraf.Tetapi rawatan urut tradisional merupakan satu kaedah yang unik dan urut tradisional ini boleh dianggap penting untuk merawat penyakit urat saraf.Kerja mengurut bagi rawatan urut tradisional selalunya dilakukan oleh orang-orang tertentu sahaja iaitu orang yang pandai dalam bidang rawatan urut tradisional ini.Kerja mengurut dalam rawatan urut tradisional  ini bukan mudah dilakukan kerana urut tradisional ini memerlukan kepakaran,termasuk penggunaan bacaan doa dan jampi.Di sinilah terlihatnya keistimewaan urut tradisional.