Urut Tradisional | Ramuan Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Pemulihan penyakit dalam rawatan urut tradisional akan lebih memberi kesan sekiranya pesakit diberi ubat untuk dimakan yang diperbuat daripada ramuan akar kayu.Ramuan akar kayu dalam rawatan urut tradisional adalah bahan bantu terpenting untuk memulihkan urat saraf,di samping rawatan urut tradisional.Ubat ramuan akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini boleh didapati dalam bentuk serbuk halus (fine powder),kapsul (capsul),makjun (compunded medicine),tonik,dalam bentuk asal yang telah dikerat kecil (fragment) dan sebagainya.

Secara keseluruhannya bahagian tumbuhan yang biasanya dibuat ubat dalam rawatan urut tradisional ialah akar,daun,ranting,buah,kulit,bunga atau semua bahagian tumbuhan.Walaubagaimanapun akar adalah bahagian terpenting.Ubat akar kayu dalam rawatan urut tradisional selalunya dicampur dengan beberapa jenis akar kayu lain,bergantung kepada petua pembuat ubat dan kesesuaian untuk merawat sesuatu penyakit.Campuran ini mungkin terdiri daripada 5,7,13,30,40 dan adakalanya terdiri daripada 100 jenis akar kayu dan lain-lain bahagian tumbuhan.

Sebelum dijadikan ubat-ubatan,akar kayu dalam rawatan urut tradisional diproses terlebih dahulu menurut peringkat-peringkat tertentu.Cara yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

Akar-akar kayu yang baru dikutip dan masih basah terlebih dahulu dibasuh,diinjak untuk membuang segala kotoran.Ketika masih baru (basah) akar dicincang atau dipotong nipis.Adakalanya dipotong dalam bentuk keratan kecil.Akar yang sudah kering menjadi liat,keras dan sukar dipotong.

Bahan-bahan ini kemudiannya dijemur di bawah panas matahari sehingga kering.Pada kebiasaannya proses pengeringan ini mungkin memakan masa antara 1 minggu hingga 1 bulan,bergantung kepada jenis akar.Akar yang lembut akan kering dalam masa yang singkat,begitulah sebaliknya.

Bahan ini dalam rawatan urut tradisional kemudiannya diproses menjadi serbuk dengan berbagai-bagai cara.Sebelum adanya alat-alat moden,akar kayu dijadikan serbuk dengan cara ditumbuk,digiling atau diparut.Tetapi kini pengamal perubatan Melayu tradisional dalam rawatan urut tradisional sudah mula menggunakan mesin untuk memproses akar kayu.

———————————————————————————————————————————————————————

akar kayu Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional MelayuUrut Tradisional | Serbuk Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Serbuk akar kayu dalam rawatan urut tradisional adalah jenis ubat terpenting dalam perubatan Melayu tradisional.Ubat dalam bentuk serbuk diproses menjadi kapsul,iaitu dengan mengisi serbuk ke dalam sarung ubat.Ubat serbuk dalam bentuk kapsul lebih digemari oleh pengguna (pelanggan),kerana ianya lebih mudah digunakan dan tidak terasa pahit.Biarpun serbuk akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu,namun terdapat beberapa perkara yang tidak diberikan perhatian,sama ada oleh pembuat ubat mahupun oleh pengguna-pengguna.

Apa yang paling ketara ialah tidak adanya asas-asas saintifik yang digunakan dalam penyediaan ubatan tradisional (tradisional drug) dalam rawatan urut tradisional ini.Kebanyakan pembuat ubat dalam rawatan urut tradisional ini kurang memikirkan tentang kompasisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Pada kebiasaannya pembuat ubat dalam rawatan urut tradisional ini hanya menggunakan anggaran-anggaran tertentu untuk menentukan komposisi sesuatu jenis ubat yang hendak dihasilkan.Ini boleh menyebabkan berlakunya penggunaan dos yang berlebihan dalam campuran ubat yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.Hal yang demikian juga adakalanya menyebabkan keracunan.

Walau bagaimanapun dalam kajian ini komposisi bahan ubat-ubatan ditulis dalam bentuk atau kadar tertentu,juga timbangannya agar ianya lebih tepat.

 

akar haji samat1 236x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional MelayuAKAR TEJA LAWANG1 297x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuakar tongkat ali5 300x194 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Serbuk Untuk Laki-Laki.

Bahan-Bahan:

1. Akar tongkat Ali – 200 gram.

2. Akar alex besi – 200 gram.

3. Akar haji Samat – 200 gram.

4. Akar setunjang bumi – 100 gram.

5. Akar kerbau hamuk – 100 gram.

6. Akar teja lawang – 100 gram.

7. Akar gajah tarik – 100 gram.

Kegunaan:

1. Serbuk ubat dalam rawatan urut tradisional ini digunakan untuk memulihkan sakit lemah tenaga batin.

2. Serbuk ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga bertujuan untuk memulihkan urat saraf dan mengembalikan kesihatan badan.

Aturan Makan:

Satu sudu teh serbuk akar kayu dibancuh dengan air suam dan diminum 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang.Ubat dalam rawatan urut tradisional ini lebih berkhasiat jika dimakan atau dicampur dengan sedikit madu lebah asli.

Bagi laki-laki yang mengalami sakit lemah tenaga batin,mereka perlu memakan serbuk ini selama 1 bulan berturut-turut.

 

akar kacip fatimah 21 300x225 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuakar kacip fatimah2 225x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayupohon misai kucing2 300x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Untuk Memproses Serbuk Untuk Perempuan Bersalin.

Bahan-Bahan:

1. Akar kacip Fatimah – 200 gram.

2. Akar penyepit – 200 gram.

3. Pohon serapat akar – 100 gram.

4. Pohon serapat kayu – 100 gram.

5. Pohon celaka putih – 100 gram.

6. Pohon celaka merah – 100 gram.

7. Pohon misai kucing putih – 100 gram.

8. Pohon misai kucing merah – 100 gram.

Kegunaan:

Serbuk dalam rawatan urut tradisional ini khusus untuk perempuan yang baru melahirkan anak,bertujuan untuk memulihkan urat saraf,mengembalikan tenaga,mengecutkan urat peranakan dan untuk kesihatan.Perempuan hamil ditegah memakan serbuk dalam rawatan urut tradisional ini kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.

Aturan Makan:

Satu sudu teh serbuk dalam rawatan urut tradisional ini dibancuh dengan secawan air suam,diminum 2 kali sehari,iaitu di waktu pagi dan petang.Amalkan 7 hari selepas melahirkan anak,sehinggalah tamat tempoh berpantang (40 hari).

———————————————————————————————————————————————————————

makjun akar kayu 300x248 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional MelayuUrut Tradisional | Makjun Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Makjun dalam rawatan urut tradisional ini digunakan untuk memulihkan urat saraf dan menyihatkan badan.Makjun dalam rawatan urut tradisional ini dikatakan lebih berkhasiat untuk memulihkan urat saraf berbanding dengan ubat akar kayu dalam bentuk kapsul atau serbuk,kerana ubat makjun ditambah dengan ramuan rempah ratus dan madu asli.Umumnya ubat makjun dalam rawatan urut tradisional ini diproses daripada campuran serbuk akar kayu menurut cara berikut:

 

 

minyak bijan1 276x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayubunga cengkih1 300x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayumakjun purba2 298x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Untuk Memproses Makjun Purba.

Bahan-Bahan:

i. Rempah ratus – 100 gram.

ii. Minyak bijan – 100 gram.

iii. Akar tongkat Ali – 50 gram.

iv. Akar setunjang bumi – 50 gram.

v. Akar pedu bumi – 5o gram.

vi. Akar kancing bumi – 50 gram.

vii. Akar cerita – 50 gram.

viii.Akar misai kucing – 50 gram.

ix. Akar rempah gunung – 50 gram.

x Bunga cengkih – 50 gram.

xi. Akar teja lawang – 50 gram.

Proses:

Ramuan di atas dicampurkan dengan serbuk rempah ratus.Kedua-dua bahan ramuan ini digoreng tanpa menggunakan minyak,antara 10 hingga 15 minit supaya rangup.

Kemudian bahan-bahan ini digaul dengan minyak bijan sehingga sebati.Bahan-bahan tadi boleh juga dicampur dengan sedikit madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.Setelah itu bahan-bahan yang telah digaul sebati tadi digoreng untuk kali keduanya selama setengah jam di atas api yang sederhana besarnya.Akhirnya bahan-bahan ini digentel sebesar ibu jari atau guli kecil yang dikenali sebagai makjun.

Kegunaan:

Makjun Purba dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk memanaskan badan,menambahkan tenaga dan memulihkan urat saraf.Ia boleh dimakan oleh kaum lelaki dan perempuan.Perempuan yang mengandung dilarang memakannya kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Ini kerana makjun ini diproses daripada bahan-bahan yang dianggap panas (zat panas).

Aturan Makan:

Sebelah makjun ditelan atau dimakan setiap kali makan,iaitu diwaktu pagi dan diwaktu petang.

 

makjun uluran 225x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu abu tempurung kelapa Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuhalia bara 300x225 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Yang Diperlukan Untuk Memproses Makjun Uluran.

Bahan-Bahan:

i. Abu tempurung kelapa hijau – 50 gram.

ii. Serbuk akar setunjang bumi – 20 gram.

iii. Awas sura – 20 gram.

iv. Halia merah – 10 gram.

v. Bawang merah – 10 gram.

vi. Bawang putih – 5 gram.

vi. Lada hitam – 21 biji.

viii.Bunga cengkih – 7 kuntum.

ix. Jarum emas – 5 urat.

x. Minyak sapi – 1 cawan.

xi. Madu lebah asli – 1/2 cawan.

Proses:

Ramuan di atas dicampurkan dengan serbuk rempah ratus.Kedua-dua bahan ramuan ini digoreng tanpa menggunakan minyak,antara 10 hingga 15 minit supaya rangup.

Kemudian bahan-bahan ini digaul dengan minyak bijan sehingga sebati.Bahan-bahan tadi boleh juga dicampur dengan sedikit madu lebah asli untuk menambahkan khasiatnya.Setelah itu bahan-bahan yang telah digaul sebati tadi digoreng untuk kali keduanya selama setengah jam di atas api yang sederhana besarnya.Akhirnya bahan-bahan ini digentel sebesar ibu jari atau guli kecil yang dikenali sebagai makjun.

Kegunaan:

Makjun dalam rawatan urut tradisional ini berkhasiat untuk merawat laki-laki yang mengalami sakit uluran angin.

Aturan Makan:

Sebiji makjun dibelah dua untuk dimakan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang untuk selama 14 hari berturut-turut.

———————————————————————————————————————————————————————

herba akar kayu 249x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional MelayuUrut Tradisional | Air Akar Kayu Untuk Pemulihan Urat Saraf.

Air akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini juga merupakan ubat yang boleh digunakan untuk memulihkan urat saraf.Meskipun amalan minum air akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini sudah berkurangan buat masa kini,namun ianya masih diamalkan oleh orang-orang tua sebagai amalan harian mereka.Air rebusan akar kayu dalam rawatan urut tradisional ini digunakan dalam 2 bentuk:

i. Untuk memulihkan urat saraf,memanas dan menyihatkan badan.

ii.Untuk dimandikan kepada pesakit lumpuh.

Jenis Air Akar Kayu Yang Boleh Diminum.

 

air ubat 2 200x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 41 300x226 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 5 200x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Bahan-Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Laki-Laki.

Bahan Dan Kandungan:

300 gram campuran isi dan akar berbagai jenis tumbuhan seperti isi ubi jaga,akar tongkat Ali,akar setunjang bumi,akar elex tembaga,akar Haji Samat,akar kuping besi,akar terima tasik,akar terima jaga,akar susuh ayam jantan dan misai Ali.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

1. Sakit lemah tenaga dan batin.

ii. Sakit pinggang.

iii. Sakit sendi dan lain-lain sakit saraf.

Aturan Makan:

Secawan sekali minum,2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang.

 

air herba 31 225x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair ubat2 300x225 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 61 199x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Bahan-Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Wanita Bersalin.

Bahan-Bahan Dan Kandungan:

300 gram campuran akar kayu bagi 3 cupak air.Akar ramuan terdiri daripada akar kacip Fatimah,akar penyepit,akar serapat,akar rempah gunung,akar teja lawang,akar kancing baju putih dan akar kancing baju merah.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk mengecutkan urat peranakan,memulihkan urat saraf dan mengembalikan tenaga.

Aturan Minum:

Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang selepas 15 hari bersalin sehingga tamat tempoh berpantang.

 

air ubat7 200x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 91 300x249 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 82 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Wanita Bersalin.

Bahan-Bahan Dan Kandungan:

Ramuan akar kayu untuk secupak air:

i. Akar tudung periuk kera – 5o gram.

ii. Akar pohon tulang ayam – 50 gram.

iii. Lada hitam – 7 biji.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan urat saraf.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum mulai hari ke-8 selepas melahirkan anak,sehingga tamat tempoh berpantang.

 

air herba 10 300x200 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 11 225x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayusakit belakang2 288x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

4. Bahan Dan Kandungan Air Ubat Untuk Sakit Pinggang.

Bahan Dan Kandungan:

i. Kayu pacat – 5 gram.

ii. Halia merah – 5 gram.

iii. Bawang merah – 5 gram.

iv. Bawang putih – 5 gram.

v. Mata kunyit – 5 gram.

vi. Lada hitam – 21 biji.

vii. Bunga cengkih – 11 kuntum.

Cara Memproses:

Akar kayu dicincang dan dikeringkan,kemudian direbus dengan 3 cupak air di atas api yang sederhana besarnya,sehingga menjadi 1/3 daripada kuantiti asal.

Kegunaan:

Untuk merawat sakit pinggang.

Aturan Minum:

Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum setengah cawan,2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang.Sebelum diminum,air dipanaskan dan dicampur dengan sedikit kemenyan putih juga sedikit garam.

 

air herba 14 300x225 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba 15 225x300 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayuair herba123 300x224 Cara Buat Ramuan Akar Kayu Dalam Rawatan Urut Tradisional Melayu

 

 

 

 

 

 

 

5. Bahan Dan Kandungan Air Tersat.

Bahan Dan Kandungan:

i. Akar limau pusu atau limau bukit – 500 gram.

ii. Akar teja lawang – 300 gram.

iii. Akar mengkudu cerang – 200 gram.

Cara Memproses:

Air dirincis,dikeringkan dan direbus dengan 3 gantang air,sehingga mendidih.

Kegunaan:

Sakit lumpuh,iaitu dengan memandikan pesakit dengan air ini sekali sehari,iaitu diwaktu pagi selama 14 hari berturut-turut.Lakukan terus jika ada perubahan sehingga pulih.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga boleh diminum secawan 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan petang.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini juga berkhasiat untuk merawat sakit kebas.Air ubat dalam rawatan urut tradisional ini diminum dengan cara yang sama iaitu diminum secawan 2 kali sehari,diwaktu pagi dan petang.

Semua ramuan akar kayu di atas merupakan bahan sokongan yang amat penting di dalam bidang rawatan urut tradisional.