Masalah Sakit Bahu Dan Rawatan Urut Tradisional.

body building man fit 289x300 Urut Tradisional Lenguh BahuPernah anda melihat pertandingan bina badan.Dalam pertandingan bina badan ini,ahli-ahli bina badan ini saling bertanding menunjukkan ketulan otot-otot mereka yang bersinar-sinar dan berkilat-kilat.Ahli bina badan yang mempunyai ketulan otot yang lebih nyata merupakan salah seorang calon untuk memenangi pertandingan bina badan tersebut.Telihatkah anda satu otot yang mungkin menjadi penarik dan tumpuan utama yang mana otot ini akan memberi ahli bina badan tersebut satu bentuk badan yang maskulin dan menarik.Otot tersebut adalah otot bahu.Otot bahu ini merupakan otot penguat untuk membuat kerja @ mengangkat barang dari bawah ke atas.Semakin banyak kita mengangkat barang dari bawah ke arah atas,semakin berketul otot ini.Tetapi masalah yang melanda bagi kebanyakan orang bagi otot ini adalah mereka mengalami lenguh-lenguh dan tidak bermaya di bahagian otot tersebut.Otot bahu tersebut menjadi tegang kerana banyak angin berkumpul di sana yang menyekat peredaran darah yang baik di kawasan sekitar termasuk di leher dan kepala.Jika sakit @ lenguh bahu,maka kita juga akan lenguh @ sakit di bahagian leher serta kepala sehinggakan kerja yang kita lakukan akan terganggu termasuk tidur kita.Masalah sakit bahu ini sebenarnya adalah berpunca dari cara pengambilan makanan dan juga cara kerja yang kita lakukan(bekerja dalam kadaan kedudukan badan yang salah).Untuk pengetahuan,jika kita sering gunakan tangan kanan,maka angin banyak berkumpul di bahu kanan,begitulah sebaliknya.Ada orang yang mengambil ubat-ubatan untuk melegakan penyakit ini dan paling tidak kurang juga yang menggunakan koyok yang akan ditampal di bahu untuk memulihkan sakit bahu tersebut.Adakah cara ini berkesan.Susah untuk diberi jawapannya sehinggakan mungkin anda menghabiskan wang yang besar untuk menghilangkan sakit bahu anda tersebut yang mana hasilnya tidak seberapa.Sebenarnya masalah sakit bahu ini tidak dapat dipisahkan dengan rawatan urut tradisional.Rawatan urut tradisional lenguh atau sakit bahu merupakan satu rawatan utama untuk menyembuhkan masalah lenguh atau sakit bahu ini di mana hasil keputusannya sepertimana kita tahu adalah 100% berkesan.Tidak dapat disangkal lagi.

Kepentingan Rawatan Urut Tradisional Untuk Sakit @ Lenguh Bahu.

otot bahu 300x283 Urut Tradisional Lenguh BahuRawatan urut tradisional pada bahu merupakan satu rawatan yang telah menyembuhkan banyak masalah berkaitan lenguh bahu ini.Rawatan urut tradisional yang diberikan pada bahu akan menghilangkan segala angin yang berketul-ketul pada bahu yang mana angin yang berketul inilah sebenarnya penyebab kepada gejala sakit @ lenguh pada bahu ini.Angin-angin akan berkumpul di segenap bahagian pada otot bahu ini yang mana kadangkala amat susah bagi kita untuk mengesannya kerana bentuk ciri-ciri otot bahu sebenarnya unik.Terdapat banyak otot yang bersilang pada bahagian bahu ini.Kita tidak dapat meneka dengan betul bentuk otot pada bahu ini kecuali kita melihat gambar berkaitan otot bahu.

Cara Rawatan Urut Tradisional Untuk Menghilangkan Sakit @ Lenguh Bahu.

Tukang urut tradisional pakar yang memberi rawatan urut tradisional pada bahu ini akan mengurut pada keseluruhan bahu termasuk mengurut leher pesakit.Rawatan urut tradisional bermula dekat tulang yang sebesar ibu jari yang terletak di pangkal bahu.Rawatan urut tradisional bahu tersebut dilakukan dengan berbagai posisi,cara,kaedah atau alat.Ada tukang urut tradisional yang memberi rawatan urut tradisional bahu kepada pesakit semasa pesakit sedang meniarap dan ada juga memberi rawatan urut tradisional bahu ketika pesakit berkeadaan duduk.Ada tukang urut tradisional yang menggunakan belakang perlipatan jari dan tidak kurang juga tukang urut tradisional yang menggunakan lengan.Tapi kebiasaannya,tukang urut tradisional pakar menggunakan jari kerana ianya merupakan medium atau alat utama dalam rawatan urut tradisional untuk mengesan angin terutama masalah sakit bahu ini.Arah rawatan urut tradisional pada bahu ini juga ada pelbagai jenis.Ada tukang urut tradisional yang hanya menarik menggunakan tapak tangan beberapa kali sahaja semasa pesakit meniarap terhadap kedua-dua belah bahu tersebut.Cara urutan ini biasanya diberi bagi rawatan urut berbentuk ‘relaxing‘ seperti Aromatherapi dan Thai.Rawatan urut sebegini sememangnya tidak dapat menghilangkan masalah berkaitan sakit bahu ini sebenarnya.Tetapi walaupun urut berbentuk ‘relaxing‘ dalam Urut Aromatherapi dan Thai ini,pesakit akan diberi rawatan urut khusus pada bahu ini iaitu pada akhir masa rawatan urut tersebut.Tujuan utama adalah untuk mengendurkan segala urat saraf yang menegang di kawasan bahu tersebut.Ada tukang urut tradisional mengurut bahu ini dengan arah atas ke bawah.Ada juga tukang urut tradisional mengurut dari aras bawah ke atas.Ianya mengikut kecenderungan tukang urut tradisional tersebut berdasarkan apa yang mereka tahu atau belajar.Kedua-dua cara arah urutan tradisional ini boleh diguna pakai.Bergantung kepada setakat mana usaha dan niat tukang urut tradisional tersebut dalam menyembuhkan masalah sakit bahu ini kepada pesakitnya.Selepas anda diurut dengan rawatan urut tradisional sakit bahu yang bagus sehingga selesai,anda akan mendapati sakit atau lenguh leher juga akan hilang kerana bahu adalah penyebab utama kepada masalah-masalah yang berkaitan.Yang paling pentingnya di sini adalah anda mestilah mendapatkan dan menyelidik betul-betul seseorang tukang urut tradisional yang anda ingin dapatkan tersebut sebelum mendapatkan rawatan urut tradisional daripada mereka.Carilah seorang tukang urut tradisional yang mempunyai pengalaman dan mempunyai pendidikan dalam rawatan urut dan rawatan urut tradisional.Tukang urut tradisional sebegini biasanya seseorang yang bagus dalam memberi rawatan urut tradisional.