Tanda-tanda Penghidap Diabetes.
Diabetes adalah penyakit yang sukar dikenal pasti kerana tidak ada bukti secara fizikal.

Namun, penghidap diabetes akan menghadapi gejala-gejala berikut:
• Berumur 35 tahun ke atas.
• Berat badan melebihi tahap normal
• Menghidap diabetes semasa hamil
• Melahirkan anak melebihi 4kg
• Keluarga berpenyakit diabetes
• Menghidap darah tinggi
• Paras lemak yang tinggi
Komplikasi Diabetes.
Sekiranya seseorang itu menghidapi diabetes, terdapat komplikasi yang ditunjukkan. Berikut adalah dua komplikasi :

i. Komplikasi akut
Merupakan petanda awla penyakit diabetes. Pada peringkat ini pesakit akan menunjukkan tanda-tanda yang berkaitan dengan fizikal. Lazimnya komplikasi pada peringkat ini hanya disedari oleh pesakit sahaja.

 

• Tersangat dahaga dan lapar

Setiap hari penghidap diabetes akan minum lebih banyak air berbanding orang normal. Rasa dahaga yang serius disebabkan air terus menjadi urin. Lazimnya pesakit ini sering terkencing dan sukar ditahan. Selain itu, mereka juga mudah berasa lapar. Ini disebabkan bahan yang dikumuh tidak disimpan di dalam perut, sebaliknya dikeluarkan melalui muntah. Rasa loya dan mual teruatama apabila berasa kenyang menyebabkan berat badan menjadi susut, tetapi masih boleh dikawal dengan pemakanan yang banyak.
• Letih dan lesu
Pesakit ini juga mudah letih dan lesu akibat glukosa yang menjadi tenaga tidak dapat digunakan sepenuhnya. Kandungan gula yang berlebihan dalam darah melemahkan sistem saluran darah. Kekerapan muntah atau kencing menyebabkan kekurangan makanan. Pesakit diabetes tidak memperoleh tenaga yang sepatutnya oleh pemakanannya.

• Mengantuk

Kandungan gula berlebihan juga member kesan mengantuk kepada pesakit. Pengaliran darah yang perlahan dan tidak sempurna melemahkan badan. Letih dan lesu menyebabkan pesakit sentiasa mengantuk sepanjang hari. Pesakit dikehendaki melakukan aktiviti fizikal agar tidak mudah mengantuk. Tidur atau berehat hanya menggalakn tubuh pesakit semakin letih dan tidak bermaya sehingga sukar dipulihkan.
• Koma hiperglisemia
Simptom ini berlaku disebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik dan berlaku sekatan. Koma juga disebabkan terlalu letih dan pengeluaran air dan makanan yang banyak dari tubuh. Koma hiperglisemia berlaku secara tiba-tiba dan hanya dapat dikesan oleh penghidap diabetes apabila berasa sakit kepala, penglihatan kabur dan berpeluh. Koma berlaku tanpa mengira masa dan waktu biarpun ketika sedang memandu.
Sakit kepala

Hal ini berpunca apabila glukosa dalam tubuh melebihi paras normal. Saluran darah yang banyak terdapat di kepala tidak dapat mengalir dengan lancer dan pemikiran juga menjadi lebih perlahan. Penghidratan juga berlaku apabila air yang diminum dikumuhkan melalui urin atau najis. Oleh itu, penghidratan kandungan air yang sedikit dan cuaca yang panas menyebabkan rasa sakit kepala sehingga berdenyut-denyut dan mengakibatkan pitam.
• Berpeluh
Kandungan glukosa berlebihan menyebabkan sistem pengaliran darah tidak teratur. Selain itu, diabetes juga mengalamai masalah penghidratan langsung menyebabkan perpeluhan yang banyak. Masalah ini tidak sahaja berlaku pada cuaca yang panas tetapi juga cuaca sejuk terutama waktu malam. Ini disebabkan fungsi perpeluhan dalam tubuh tidak dapat berjalan dengan baik dan member kesan sukar tidur.
Berkelakuan agresif

Kebanyakan pesakit ini berperlakuan agresif akibat kandungan gula dalam darah dan ketidaklancaran pengaliran darah dengan baik. Kesannya, pesakit mudah letih, cepat dahaga, stress dan lapar sekaligus menyebabkan tekanan perasaan. Perlakuan ini hanya dalam jangka masa pendek sahaja sehinggan kandungan gula menurun, kelakuan tersebut berkurangan.

ii. Komplikasi kronik
Peringkat ini adalah peningkat akhir pesakit diabetes. Paras gula terlalu tinggi dan menyebabkan kerosakan buah pinggang, salur darahbesar mahupun kecil. Biasanya kerosakan ini dapat dilihat di matadan buah pinggang. Pesakit ini juga mengalamai masalah rabun dan kerosakan mata yang boleh membawa kepada buta.

Kerosakan salur darah besar pula menyebabkan terjadi serangan jantung akibat arteri diselaputi dengan enapan lemak yang memperlahankan pengaliran darah ke jantung. Oleh itu, pesakit dikehendaki mengamalkan budaya hidup sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang. Pesakit juga boleh mengalamai kerosakan salur darah dan kebas pada kaki. Jika kaki terluka atau kelihatan melepuh, ini boleh dikaitkan sebagai sakit saraf yang serius.

 

Kaedah Rawatan Dan Penjagaan Tubuh Badan.
Penyakit ini boleh dirawat supaya masalah tidak berulang antara kaedah rawatannya ialah:
• Rawatan hipoglisemia

Jika kandungan gula dalam darah berkurangan sehingga menyebabkan hipoglisemia, seseorang itu perlu menganbil makanan atau minuman bergula. Namun, jika pesakit menjadi koma, suntikan yang mengandungi hormone glucagon perlu diberikan untuk menyerap masuk dengan cepat ke dalam salur darah. Pada masa yang sama penting agar pesakit menghindarkan daripada makanan manis yang menyebabkan pesakit tersedak.
• Terapi Pen
Terapi ini menggunakan alat seperti pen yang mempunyai tabung insulinuntuk pesakit-pesaki ini. Terapi ini digunakan secara menyuntik di peha pesakit dan boleh dilakukan secar bersendirian. Insulin yang terdapat dalam alat ini akan menyerap masuk dalam salur darah sekaligus memudahkan pesakit membuat rawatn sendiri di rumah.
• Penjagaan kaki.

Pesakit yang merana penyakit ini lebih 25tahun mudah mengalamai kerosakan saraf pada bahagian kaki dan jari. Saraf akan menjadi rosak akibat kandungan glukosa yang tinggi. Pesakit ini perlu memastikan kebersihan kaki setiap hari agar tiada tompok hitam, kulat atau luka. Kasut juga perlu dilonggarkan untuk memperoleh keselesaan optimum. Elakkan daripada tidak memakai kasut kerana boleh terdedah kepada kecederaan.

Cara Mengatasi
Penghidap penyakit ini masih pada peringkat awal, rawatan yang perlu dilakukan ialah melalui senaman, diet, dan pendidikan kesihatan. Kaedah kawalan perlulah dijalankan serentak untuk mendapatkan kesan optimum.
Sekiranya penghidap diabetes hanya mengamalkan salah satu kaedah dan meninggalkan salah satu daripadanya, kandungan glukosa dalam darah gagal dikawal dengan berkesan. Ini disebabkan sebahagian besar glukosa darah bergantung kepada makanan yang dimakan.
i) Diet

Dalam aspek pemakanan, makanan yang mengandungi terlalu banyak gula, lemak dan garam yang tinggi perlulah dielakkan. Makanan sebegitu bukan sahaja mengandungi kalori yang tinggi malah boleh menyebabkan kegemukan dan risiko diabetes. Pesakit dinasihati supaya memakan makanan seimbang dan mengurangkan pengambil garam, gula dan lemak. Pengambilan makanan hasil tenusu seperti ikan, telur dan daging diambil secara sederhana manakala buah-buahan dan bijirin boleh diambil dengan banyak.
ii) Senaman

Senaman boleh dilakukan dengan tepat dan seimbang untuk meningkatkan penggunaan glukosa dalam darah, sekaligus mengurangkan kandungan gula. Di samping dapat meningkatkan peredaran darah, mengawal berat badan dan menguatkan jantung, senaman dapat mengatasi tekanan perasaan. Senaman yang berkesan harus dilakukan selama 30 minit dengan denyutan nadi mencapai kadar 120 hingga 150 seminit. Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu. Bagaimanapun senaman yang dilakukan bergantung kepada keadaan fizikal, unur, pilihan dan jenis senaman. Bagi penghidap diabetes, senaman perlu dilakukan secara berhati-hati dengan emmakai kasut yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan atau hipoglisemia berlaku.

iii) Ubat-ubatan
Ubat-ubatan diberi kepada pesakit sekiranya kaedah senaman dan diet gagal mebantu dalam tempoh 3 bulan. Namun, ianya bergantung kepada tindak balas ubat-ubatan tersebut. Pemberian ubat diberi tanpa menunggu kesan daripada diet atau senaman sekiranya:

1) Pesakit mengalami tanda-tanda diabetes, sering kelaparan dan kerap kencing.
2) Pesakit tidak menunjukkan tanda diabetes, tapi paras gula dalam darah terlalu tinggi melebihi paras normal.
Antara ubat-ubatan yang digunakan terbahagi kepada 4 kumpulan:
• Biguanides: melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengurangkan jumlah pengambilan glukosa
• Suphonyluria: merenggangkan penghasilan insulin dari pancreas di samping membantu tindakan insulin.
• Alpha-glucosidese inhibitors: mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus.
• Insulin hormon (protein) : digunakan semasa kecemasan dan ibu mengandung. Perlu mendapatkan pengesahan doctor terlebih dahulu kerana boleh menjejaskan antibody kepada golongan tua, pesakit buah pinggang dan kerosakan hati

Bagi ibu yang hamil dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tablet kerana tidak begitu selamat. Rawatan ini melibatkan semua pihak termasuk doktor dan pesakit, keluarga dan rakan-rakan.

Penyakit Diabetes Di Malaysia

Penyakit diabetes di Malaysia merujuk kepada pengambilan makanan bergula yang tinggi. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai etnik yang hidup secara aman. Namun, kebanyakan makanan yang beraneka ini member kemudaratan jika pengambilannya tidak dikawal terutama dari segi paras gula, garam dan lemak.

 

Selain makanan seperti kek, agar-agar atau kuih-muih yang lain, minuman juga menggunakan banyak kandungan gula. Minuman berjus atau bergas mengandungi gula yang banyak. Sudah menjadi kelaziman masyarakat Malaysia gemar makanan yang mengandungi gula yang banyak.Menyedari hakikat ini, satu persepuluh penduduk Malaysia yang berumur melebihi 45 tahun menghidap penyakit diabetes. Oleh itu, kerajaan Malaysia sering menyarankan supaya masyarakat di Negara ini menjalani hidup sihat dengan mengamalkan budaya senaman serta mengawal pengambilan makanan mengikut pengambilan diet yang seimbang. Hal ini bertujuan agar memastikan penyakit diabetes tidak menular kepada generasi baru.

Penyakit Diabetes Di Dunia

Penyakit ini sudah lama dikenal pasti dan sukar untuk dipulihkan. Penyakit ini telah ditemui semenjak abad 15 lag. Sehingga sekarang masih belum ada penawar yang Berjaya menangani masalah ini. Pada dasarnya, penyakit ini berkaitan dengan amalan kehidupan seharian. Oleh itu, pengamalan hidup sihat adalah sangat penting bagi mengawal kesihatan diri.

Kebanyakan Negara-negara maju mempunyai sumber makanan yang mewah dengan makanan yang lazat dan manis. Oleh itu pesakit diabetes dilaporkan paling tinggi di dunia berasal dari Negara ini. Berbeza dengan Negara China, mereka lebih suka memakan makanan yang direbus dan tidak bercampur gula serta selamat dimakan. Negara-negara mundur seperti Afrika pula jarang-jarang mengalami masalah ini. Hal ini disebabkan di sana masyarakat menghadapi masalah kekurangan gizi seimbang, kebuluran bahkan terdapat penduduk Negara tersebut yang tidak pernah merasai kemanisan gula.